Pekerjaan dalam bidang kurier itu bukan kerja yang mudah. Kebanyakan pekerja penghantaran bekerja keras tidak mengira masa sehingga kadang-kadang ada yang tidak perasan kasut pun boleh menjadi lusuh dan rosak. Sampai hendak menukar yang baru pun kadang-kadang tidak sempat.
Nasib salah seorang pekerja penghantaran yang rajin dan mesra ini amat baik setelah bertemu dengan pelanggannya yang baik hati, tambah pula dengan sikapnya yang menyentuh hati dan membuat hari semua orang bertambah baik.
Seorang wanita @erinerahim berkongsi video menyentuh hati di platform TikTok mencuri tumpuan warganet menjadi sangat tersentuh!
Rupanya video itu merakam suaminya jadi simpati selepas ternampak kasut adik pekerja penghantaran yang sudah rosak, jadi dia spontan mengambil sepasang kasut Nike dari koleksi miliknya sendiri untuk ditukar tanpa berkata sepatah pun. Terkejut dan terharu adik tu…
Kisahnya pada 3 Oktober yang lalu, ketika seorang pekerja penghantaran bungkusan J&T tiba ke rumah Erine untuk menghantar bungkusan. Suami Erine, Mohd Faithal, mengambil barang itu di luar rumah, sementara Erine menunggu di dalam kereta.
Kemudian, Erine melihat suaminya sudah lama juga berborak dengan adik penghantar itu dan tidak selesai-selesai, jadi dia mengambil telefon dan merakam video mereka berdua.
Tidak disangka pula pada detik berikutnya, Faithal masuk ke dalam rumah sebentar dan dia keluar membawa sepasang kasut Nike miliknya selepas secara tidak sengaja melihat kasut adik penghantar itu kelihatan sangat lusuh dan sudah terkoyak. Rupanya dia kasihan dan mahu menghulurkan kasut trendy Nike Kevin Durant dari koleksinya kepada adik ini.
Walaupun ia bukan kasut baru, tetapi adik penghantar itu kelihatan tersenyum sangat gembira, bersyukur dan berterima kasih kepada Faithal kerana bersikap prihatin untuk memberinya kasut yang boleh digunakan ketika bekerja.
Secara kebetulan, saiz kasut Faithal sama dengan saiz kasut adik J&T itu. Faithal berkata kepadanya, “Kamu boleh pakai kasut ini untuk bekerja.”
Sambil tidak boleh elak menunjuk rasa tersentuh dan terharu, adik itu turut memuji kasut pemberian Faithal sangat cantik, boleh dibuat kasut berjalan makan angin.
Video ini turut membuat ramai warganet yang tersentuh dan meninggalkan komen di TikTok:
Kakak, saya sedang makan aiskrim ketika menonton video ni, makan aiskrim pun air mata bertakung.
Tidak perlu kaya pun mudah sahaja boleh membahagiakan hati orang lain.
Adik J&T ini nampak sangat menghargai sepasang kasut yang dia terima.
Erine sangat berterima kasih kepada pekerja penghantaran itu kerana sentiasa menjaga bungkusannya dengan baik dan mendoakan supaya urusan pekerjaannya dipermudahkan. Dia menulis, “Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik-baik.”
Jadi sekiranya berkemampuan, anda juga boleh membantu orang lain dengan kemurahan hati sendiri, dapat membuat orang lain bahagia sekali gus turut membuat hati anda berasa gembira dan bahagia. Membandingkan hati anda yang baik dengan hati orang lain yang turut baik, nescaya dunia akan menjadi lebih baik.