31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 23, 2025
Utama Blog Laman 252

Wanita ini didiagnosis dengan ‘rhabdomyolysis’ gara-gara berbasikal terlalu bersungguh

0

Memaksa diri melakukan aktiviti fizikal melangkaui keupayaan dan had tubuh berupaya membawa kepada keadaan yang tidak diingini.

Ia bukan sahaja menyebabkan ketegangan otot dan kesakitan malah membawa kepada keadaan yang mungkin kita tidak sangkakan.

Itulah yang berlaku pada seorang gadis dari Kuching, Sarawak yang mesra dipanggil Ling ini, apabila aktiviti fizikal yang dilakukannya bertindak ‘memakan diri’.

Ling merupakan seorang yang agak aktif. “Pulang daripada kerja, kadang kala saya akan memanjat gunung, berlari atau melakukan senaman aerobik”.

Namun pada suatu hari, dia mencuba satu senaman yang tidak pernah dicubanya iaitu ‘indoor dynamic cycling’.

Menurut Ling, pada 5 November lalu, dia mencuba senaman itu dengan bersungguh-sungguh buat pertama kalinya. “Habis sahaja, saya rasa seperti tidak dapat berjalan”.

Hari berikutnya, otot kakinya masih terasa lenguh namun dia mampu lagi untuk berjalan. Tetapi pada 8 November, Ling tidak dapat mengangkat kakinya.

Dia mula berasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya apabila mendapati bahawa air kencingnya berwarna keruh, tidak seperti biasa.

Ling memutuskan untuk berjumpa dengan doktor dan memberitahu simptom yang dialaminya. Menurut doktor, keadaan itu berlaku disebabkan oleh aktiviti senaman yang terlalu kuat.

Wanita itu juga didiagnosis dengan ‘Rhabdomyolysis’ – keadaan di mana otot tercedera dan terkoyak mengakibatkan pelepasan kandungan sel otot ke dalam darah.

Keadaan itu juga berupaya untuk merosakkan dan menggagalkan fungsi buah pinggang. Sebab itulah, warna air kencing Ling berubah.

Tambah doktor lagi, pemeriksaan pada buah pinggangnya itu juga menunjukkan hasil yang agak serius sehinggakan buah pinggang Ling juga perlu dicuci.

Wanita itu turut dimasukkan ke dalam wad pada 10 November memandangkan bacaan darah pada buah pinggangnya agak tinggi.

Setelah dipantau doktor, keadaan Ling beransur pulih setelah 4 hari dimasukkan ke wad hospital. Bacaan darahnya juga sudah kembali normal.

Ujar Ling, dia mendapat tahu bahawa ramai juga pesakit yang mendapat penyakit ini ekoran aktiviti fizikal yang melampau.

Oleh yang demikian, Ling sempat juga berpesan kepada semua agar tidak memaksa tubuh untuk melakukan aktiviti melebihi kemampuan tubuh.

Di samping itu juga, sentiasa peka terhadap sebarang perubahan pada tubuh – dalam kes ini, warna air kencing. Jangan ambil mudah ya!

Minta bantuan dengan gunakan isyarat tangan kecemasan, seorang kanak-kanak akhirnya diselamatkan daripada penculik

0

Pada Khamis, 4 November lalu, seorang remaja berusia 16 tahun yang berada di dalam sebuah kereta di tempat duduk penumpang telah melakukan isyarat tangan yang memberitahu dia sedang dalam keadaan bahaya. Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di selatan Kentucky, Amerika Syarikat.

Menurut Gilbert Acciardo, timbalan syerif di Jabatan Syerif Daerah Laurel di Kentucky memberitahu bahawa seorang pemandu menyedari bahawa remaja tersebut sedang memberikan isyarat tangan yang menunjukkan dia memerlukan bantuan.

Remaja tersebut dikatakan berasal dari utara Carolina dan dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada Selasa lalu. Rupa-rupanya dia telah diculik oleh seorang lelaki dengan menggunakan kereta yang menuju ke arah selatan.

Pemandu yang melihat isyarat yang diberikan remaja tersebut terus menghubungi polis dan mengekori kereta penculik sejauh hampir 15 kilometer sehingga pihak polis datang.

Remaja tersebut dikatakan telah membuat isyarat tangan tersebut mungkin sebaik sahaja dia diculik dengan harapan akan ada yang faham apa yang cuba disampaikan.

Dia kemudian terus melakukan isyarat tangan sehingga lah ada pemandu yang melihat dan mengerti mesej yang cuba diberikan. Kini, remaja tersebut berjaya diselamatkan dan telah kembali ke utara Carolina bersama dengan keluarganya.

Mungkin masih ramai yang masih tidak tahu bahawa terdapat satu bahasa isyarat yang telah dicipta di Kanada untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan atau kecemasan. Bahasa isyarat tangan ini telah diterima secara meluas terutama golongan wanita.

Pada April 2020, Yayasan Wanita Kanada telah mencipta isyarat kecemasan ini dan melancarkan kempen dengan tujuan untuk membantu mereka yang terperangkap di rumah, terutama mereka yang telah didera dan dikasari.

Bahasa isyarat ini kemudian menjadi terkenal dan digunakan secara lebih meluas. Kajian menunjukkan bahawa menjelang Julai 2020, seramai satu pertiga daripada rakyat Kanada telah mendengar tentang isyarat kecemasan ini atau telah melihat seseorang menggunakannya. Kini, bahasa isyarat ini tersebar secara meluas di seluruh dunia dan digunakan di lebih daripada 70 buah negara.

Sering bantu pelancong sesat di kawasan pergunungan, nampaknya si comel ini bukan kucing sebarangan

0

Siapa sahaja yang tidak terpegun dengan keindahan pergunugan Alps di Switzerland. Tidak hanya memiliki Alps, negara indah itu juga memiliki terikan pelancongan lain yang tidak kurang hebatnya.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung di Switzerland ialah Gimmewald Village. Walaupun pengangkutan di situ tidak begitu efisien tetapi kawasan tersebut sering dikunjungi ramai kerana memiliki pemandangan yang sangat indah.

Suatu ketika dahulu, pernah ada pengunjung yang berkongsi pengalamannya semasa berada di situ dan apa yang dilaluinya adalah sesuatu yang sangat menarik.

Semuanya bermula apabila dia terperangkap di atas gunung. Pada mulanya dia ingin berjalan mendaki naik ke gunung tetapi laluan ketika itu telah ditutup. Jadi, dia memutuskan untuk melalui jalan lain sehingga sampai ke atas dan bercadang untuk menaiki kereta kabel untuk turun semula ke bawah. Namun, apabila sampai di atas dia mendapati kereta kabel tidak berfungsi.

Apa yang lebih membimbangkan dia telah terjatuh semasa berjalan dan akibatnya kakinya terseliuh. Dia kemudian terpaksa meneruskan perjalanan dengan menggunakan kayu yang dijadikan sebagai tongkat. Dia mula panik apabila dia gagal mencari jalan keluar walaupun berjalan dengan melihat peta.

Tiba-tiba muncul seekor kucing datang kepadanya dan memandang tepat ke arahnya. Si comel itu kemudian berbunyi dan mula berjalan pergi. Namun, dia kembali berpaling ke belakang ke arah pelancong tersebut seolah-olah mahu memberitahu sesuatu.

Dia kemudian berbunyi lagi, seperti mahu mengajak pelancong tersebut untuk mengikuti langkahnya. Pelancong tersebut kemudian mengikuti langkah kucing tersebut yang mula meninggalkan kawasan tersebut.

Apa yang lebih menarik kucing tersebut seolah-olah faham bawah kaki pelancong sedang sakit. Jadi, dia berjalan di hadapan dengan perlahan. Si comel tersebut juga sempat berhenti beberapa kali supaya pelancong yang mengikutinya dalam keadaan selesa. Dia juga berbunyi seolah-olah mahu memberitahu bahawa ” jangan risau, saya akan menunggu kamu.”

Selepas berjalan selama beberapa ketika, pelancong tersebut sampai di sebuah kampung di mana tempat dia memulakan perjalanan tadi. Dia juga dapat melihat hotelnya di situ.

Kini, barulah dia tahu bahawa kucing tersebut telah membantunya keluar dari kesesatan yang dilaluinya tadi. Dia berasa sangat tersentuh kerana kucing tersebut telah menolongnya ketika dalam keususahan.

Dia kemudian menulis pengalaman tersebut di internet bersama dengan video yang diambil sepanjang perjalanan. Tanpa disangka, ceritanya mula mendapat perhatian netizen. Rupa-rupanya ramai pelancong yang pernah berjumpa dengan kucing tersebut dan ramai juga yang berkongsi kisah mereka dengan kucing tersebut.

Sekali lihat mungkin kucing itu hanya seperti kucing biasa yang lain. Namun, siapa sangka dia telah membantu ramai penunjung yang sesat di kawasan pergunungan itu. Jelas sekali dia memiliki kebolehan yang luar biasa serta hati yang baik kerana sering membantu mereka yang memerlukan bantuannya.

Pakar kesihatan jangka akan wujudnya gelombang baharu Covid-19 menjelang hujung tahun ini

0

KUALA LUMPUR: Negara dijangka akan menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dan munculnya satu gelombang baharu menjelang hujung tahun ini jika ramai yang masih enggan mengambil suntikan dos penggalak.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli, orang ramai perlu memandang serius terhadap pengambilan dos penggalak atau ‘booster shot’ kerana ia akan memberi lebih imuniti ke atas seseorang individu.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini, ia unik kerana ia akan berlaku pada hujung bulan November dan pada waktu yang sama, kita tahu sudah berjuta rakyat Malaysia yang telah menerima dua suntikan vaksin.

“Juga, kita tahu selepas tiga hingga enam bulan selepas penerimaan dos penuh, kadar imuniti seseorang bakal menurun pada paras lebih kurang 29 peratus sahaja.

“Jadi, kita akan nampak satu gelombang yang akan berlaku hujung tahun ini dan akan memasuki kepada tahun 2022 pula kenaikan kes itu akan terus berlaku,” ujarnya.

Menurutnya lagi, antara cara untuk memastikan gelombang yang bakal berlaku itu tidak menjejaskan sistem kesihatan awam ialah orang ramai perlu segera pengambilan dos penggalak.

“Kita harus memastikan mereka (rakyat) menerima dos penggalak sebelum waktu imuniti mereka terus menurun,” tambahnya lagi.

Beliau pada masa sama menganggap PRN Melaka yang akan tiba sebagai salah satu ukuran atau penterjemahan bagi melihat sama ada rakyat memahami tentang bahayanya risiko berkumpul ketika pandemik masih lagi wujud.

“Saya sebenarnya amat gembira, apabila PRN Melaka ini dilaksanakan kerana di sini selepas dua tahun kita menghadapi Covid-19 di negara kita.

“Kita boleh tengok apa penterjemahan atau informasi dan ilmu yang telah kita berikan kepada rakyat, adakah mereka memahami?

“Jadi apabila kita tengok PRN Melaka ini, kita nampak memang mereka (individu yang berkumpul) tidak faham sebenarnya, ataupun mereka tidak peduli.

“Oleh kerana itu, mereka masih lagi berkumpul, mereka masih lagi sarapan sampai empat kali sehari, bayangkan jika seseorang yang bertanding itu merupakan super spreader, jadi dia makan empat kali sarapan dalam satu hari, dia akan merebakkan virus itu di empat tempat yang berbeza.

“Jadi, benda-benda ini yang harus kita tengok dan faham bahawa orang masih lagi tidak peduli tentang seriusnya perkara Covid-19 ini di kalangan masyarakat.

4 Jenis minuman enak yang penuh dengan khasiat dan baik untuk kesihatan

0

Semua orang tahu tentang kepentingan minum air secukupnya setiap hari. Untuk sentiasa kekal hidrasi kita disarankan untuk minum 8 gelas air kosong sehari. Namun begitu, ramai yang tidak gemar dengan air kosong malah mereka lebih memilih untuk menikmati air manis yang tinggi kandungan gulanya.

Air penting untuk tujuan nyahtoksik, jadi buat anda yang tidak suka minum air kosong, anda mungkin boleh mencuba beberapa jenis resipi air ini. Ianya bukan sahaja lazat malah apa yang penting ianya juga sihat dan baik untuk tubuh.

  1. Lemon Pudina Klasik

Jika sebelum ini anda lebih suka dengan minuman karbonat, mungkin kali ini anda boleh mula ubah selera dengan menikmati sesuatu yang lebih segar. Jadi, anda boleh cuba untuk menikmati air bersama dengan daun pudina. Kalau mahu sedap lagi, potong buah oren atau lemon dan rendamkan bersama daun pudina. Ianya bukan sahaja baik untuk penghadaman, malah akan membuatkan anda lebih segar lebih-lebih lagi jika anda sedang kepenatan!

  1. Lemon Timun

Potong timun bulat-bulat atau hiris panjang, rendam dalam air bersama hirisan lemon bersama kulitnya dan anda sudah boleh menikmatinya. Apa yang istimewa tentang resipi ini boleh menyihatkan dan mencantikkan kulit anda.

Tidak hanya mencantikkan kulit, jika anda sering minum air ini anda boleh membantu mengekalkan metobolisme badan, jadi anda tidak akan mengalami masalah untuk membuang bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

  1. Lemon Halia

Musim panas adalah antara waktu-waktu yang sukar untuk memastikan suhu badan tidak terlalu panas. Jadi, untuk mengelakkan badan terlalu panas anda boleh nikmati air lemon bersama halia.

Potong beberapa hirisan lemon bersama beberapa hirisan halia dan rendam dalam air untuk mengeluarkan haba yang terkumpul dalam badan. Halia juga boleh melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

  1. Air Lemon/Lemonade

Terlalu lama terdedah kepada terik matahari boleh membuatkan kulit anda mula mengalami keduatan, kering dan gelap. Namun, jangan risau kerana anda boleh menambah kandungan vitamin C kepada kulit dengan mengamalkan minum air lemon terutama ketika waktu panas.

YouTube umum akan mula sembunyi kiraan ‘Dislike’ untuk semua kandungan video

0

YouTube telah mengumumkan akan menyembunyikan kiraan ‘Dislike’ atau ‘Tidak Suka’ pada semua videonya, dengan mendakwa pihaknya mahu menangani ‘gangguan ke atas pencipta kandungan’.

Pada 10 November, syarikat milik Google itu berkata pihaknya akan menjadikan metrik secara peribadi selepas mengujinya pada awal tahun dan melihat penurunan dalam bilangan yang dipanggil “samseng dislike” atau ‘pembuli siber’.

Butang ‘like’ atau ‘suka’ dan kiraannya akan kekal dalam paparan, menurut YouTube, yang memuat naik tangkap layar rupa baharu itu. Butang ‘dislike’ menunjukkan tiada kiraan.

Gambar Hiasan / Unsplash

“Kami juga mendengar secara langsung daripada pencipta kandungan yang lebih kecil dan mereka yang baru bermula ketika mereka menjadi sasaran secara tidak adil oleh tingkah laku ini dan kajian kami mengesahkan bahawa perkara ini berlaku pada sebahagian besar untuk saluran yang lebih kecil,” kata YouTube dalam hantaran blog.

Firma itu membuat kesimpulan berdasarkan analisis, bahawa ia akan menjadikan “kiraan ‘dislike’ secara peribadi pada keseluruhan saluran YouTube, tetapi butang ‘dislike tidak akan hilang,” yang bermula secara beransur-ansur untuk bergerak serta-merta.

Pemuat naik video “masih akan dapat melihat kiraan ‘dislike’ mereka yang tepat dalam YouTube Studio, bersama-sama dengan metrik sedia ada yang lain, jika mereka ingin memahami prestasi kandungan mereka,” kata hantaran blog itu, sambil menambah bahawa mereka mahu “mencipta inklusif dan persekitaran yang penuh hormat di mana pencipta kandungan berpeluang untuk berjaya dan berasa selamat untuk meluahkan perasaan dan pandangan mereka.”

Paparan Skrin / YouTube Official Blog

“Penonton masih boleh tidak menyukai video bagi menyesuaikan cadangan mereka dan berkongsi maklum balas secara peribadi dengan pencipta kandungan,” katanya.

Tetapi pencipta kandungan yang kecil tidak semestinya tertakluk kepada orang yang tidak menyukai video mereka secara beramai-ramai.

Pada tahun 2018, YouTube menyiarkan video paling tidak disukai apabila memuat naik YouTube Rewind, imbasan kembali video. Dengan 221 juta tontonan, video itu mempunyai 19 juta ‘dislike’.

Beberapa pengulas di Twitter mencadangkan YouTube bertindak mengalih keluar ciri ‘dislike’ kerana video Rumah Putih sering melihat lebih banyak ‘dislike’ berbanding ‘like’. Pada April 2021, YouTube memadam kira-kira 2.5 juta ‘dislike’ daripada beberapa video pentadbiran Biden, menurut laporan The Epoch Times.

Logo Google and YouTube di Los Angeles pada 21 November 2019. (Gambar oleh Robyn Beck / AFP / Getty Images)

Saluran itu telah menyiarkan lebih daripada 300 video yang mendapat kira-kira 3.7 juta ‘dislike’, menurut data yang diterbitkan di laman web 81m.org pada bulan April. YouTube pada masa itu, telah memadamkan kira-kira 8,000 ‘dislike’ untuk setiap video secara purata, menurut data.

“Kami mempunyai polisi dan sistem untuk memastikan penglibatan di YouTube adalah asli dan sahih, juga mengalih keluar sebarang metrik penipuan,” kata jurucakap YouTube kepada The Epoch Times melalui e-mel pada ketika itu.

Sementara itu, pengumuman terbaru YouTube pasti akan mencetuskan tuduhan penapisan untuk menyekat pandangan dan perbezaan pendapat. Walaupun YouTube dan Google telah lama dituduh berat sebelah politik, firma itu berkata platform mereka direka untuk neutral atau berkecuali dari segi fahaman politik.

Diabai ibu sendiri, harimau kumbang ini membesar dengan wanita dari Rusia bersama rakan karib anjingnya

0

Walaupun sering digelar musuh tradisi, kucing dan anjing ada kalanya boleh menjadi rakan yang agak akrab.

Namun lain pula dengan kisah haiwan peliharaan seorang wanita dari Rusia ini, di mana anjingnya berkawan dengan spesies kucing besar iaitu harimau kumbang bernama Luna!

Sewaktu masih kecil, ibu Luna difahamkan enggan memberikannya susu lantas membiarkan sahaja Luna membesar sendirian.

Mujurlah ada wanita ini yang bertindak menjaganya. Wanita tersebut difahamkan mempunyai pengalaman menjaga spesies kucing besar seperti Luna sebelum ini.

Luna dijaga dengan baik dan diberikan makanan sesuai dengan dietnya serta vitamin bagi melengkapi keperluan tumbesaran Luna.

Semasa masih kecil, Luna diperkenalkan kepada anjing milik wanita itu yang bernama Venza. Makan masa juga untuk Luna dan Venza menyesuaikan diri masing-masing.

Namun tiada insiden tidak diingini berlaku. Mereka kini sangat menyayangi antara satu sama lain dan enggan berpisah walaupun seketika.

Mereka juga kerap kali menghabiskan masa bersama – bermain, berlari dan menjelajah persekitaran berdua.

Hebat bukan persahabatan antara haiwan? Ia merentasi perbezaan antara spesies!

Individu 40 tahun ke atas, berkomorbiditi mula diberi dos penggalak

0

Golongan berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi akan mula diberikan dos penggalak, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, golongan terbabit akan diberikan janji temu menerusi aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat.

“Sekarang ini kita sudah mula program PICK Booster kepada mereka yang layak (40 tahun ke atas) dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi akan menerima janji temu melalui MySejahtera”.

“Apabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan booster dose anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19”.

Pelaksanaan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 kepada golongan rentan sebelum ini dipersetujui oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keutamaan pemberian dos ini tertumpu kepada golongan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun serta warga tua dengan komorbiditi.

Kanak-kanak 7 tahun meninggal dunia akibat dilanggar van sekolah sebaik turun dari kenderaan itu

0

SEPANG: Malang tidak berbau apabila van sekolah dinaiki seorang murid Tahun Satu meragut nyawa kanak-kanak terbabit dalam kemalangan di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu cedera di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.10 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian van sekolah berkenaan menghantar murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Seroja Sepang ke sebuah tadika yang dijadikan transit kepada murid terbabit sebelum ke Kelas Fardu Ain (Kafa).

Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua murid di tadika berkenaan, pemandu van yang juga seorang wanita berusia 31 tahun terus bergerak ke hadapan.

Katanya, pada masa sama mangsa yang terakhir turun dari van melintas di bahagian hadapan van yang sedang bergerak itu lalu dilanggar kenderaan terbabit.

Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre pada 2.30 petang, bagaimanapun pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. Pemandu berkenaan dirakam percakapan dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kejadian berkenaan dirakam melalui litar kamera tertutup (CCTV) milik seorang penduduk di taman berkenaan dan kemudian tular di media sosial.

“Orang yang matang berkuasa buktikan segalanya, belajar kenali diri sendiri juga hormati perbezaan,” Kim Jong-kook yakin jalani 391 ujian doping

0

Sesetengah orang mempersoalkan otot sasa dan ‘berkuasa’ penyanyi kumpulan Turbo, Kim Jong-kook.

Sebelum menjadi ahli program realiti “Running Man” yang terkenal, Kim Jong-kook juga merupakan pakar kecergasan yang cemerlang dan penuh disiplin. Kim Jong-kook yang berusia 45 tahun telah berjaya memperolehi otot sasa idamannya dengan melakukan senaman angkat berat yang baik dan kerja keras selama bertahun-tahun. Selebriti ini mempunyai ramai peminat di Korea dan Asia.

Facebook

Tetapi otot Kim Jong-kook baru-baru ini telah dipersoalkan oleh selebriti bina badan dari Kanada dan YouTuber terkenal Greg Doucette, dengan dakwaan selebriti Korea itu menggunakan steroid untuk menyuburkan ototnya. 

Menjawab tuduhan itu, Kim Jong-kook bertindak balas secara positif, dengan mengakui pada mulanya berniat untuk ketawa sahaja, atau hanya merakam video dan membalas mesej di ruangan komen. 

Facebook

“Saya tidak menyangka perkara ini menjadi topik berita. Sebagai YouTuber yang baru, anda tidak boleh terlepas topik yang menarik. Jika perlu, saya bersedia menjalani semua ujian doping di dunia. Perkara pertama, saya akan menyelesaikannya dalam satu hari,” tegasnya dengan reaksi berani.

Pada 9 November, Kim Jong-kook memuat naik gambar ujian doping melalui saluran YouTube miliknya, sambil berkata, “Walaupun ia mengambil banyak masa dan wang, saya rasa ia amat berharga. Saya telah menjalani 391 ujian doping berdasarkan 2022 WADA (Agensi Anti-Doping Sedunia), di mana saya mengambil peluang ini untuk bukan sahaja pemeriksaan penggunaan hormon, tetapi juga menguji sama ada saya telah menggunakan ubat lain. Orang yang matang perlu belajar mengenali dan menghormati perbezaan orang lain. Saya tidak menggunakan sebarang hormon dan juga dadah.”

Facebook

Malahan Kim Jong-kook sering mempamerkan kekuatan luar biasa di hadapan kamera dalam “Running Man”, dengan ahli “Running Man” yang lain sudah lama mengenalinya dan memuji peribadinya yang sangat berdisiplin serta beretika ketika melakukan apa sahaja.

Facebook

Rutin harian Kim Jong-kook adalah meluangkan masa untuk berada di gim dengan tujuan membina otot badannya secara semula jadi, walaupun pada ketika itu jadualnya sangat sibuk. Apa yang orang lain akan berasa hairan ialah sekiranya Kim Jong-kook tidak berada di gim dalam sehari atau hari berikutnya, bukan bagaimana dia boleh mendapatkan otot sasanya itu.

Tonton video di bawah.