26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 23, 2025
Utama Blog Laman 253

Pemilik ini syaki kucingnya ‘berlaku curang’, jadi hantar nota untuk menguji pihak lain dan jawapannya, “Hello, tuan punya yang satu lagi!”

0

Sesetengah kucing lebih suka tidak berumah, tetapi ada sesetengah kucing lebih suka mempunyai dua rumah. Seperti seekor kucing ini yang sangat licik akalnya kerana dia sampai hati menipu perasaan dua orang pencinta kucing. 

Kucing bernama Pixi telah diambil oleh pemiliknya sejak dua tahun, ketika dia baru dilahirkan. Setelah Pixi dewasa, dia sangat suka keluar merayau-rayau dalam kejiranan, tetapi Pixi akan pulang ke rumah tepat pada waktu untuk makan malam setiap hari, jadi pemiliknya menganggap tidak mengapalah asal dia tahu rumahnya dan tidak hilang.

Tetapi pada suatu hari Pixi pulang dengan kolar hijau baru, dan pemilik ini mula tertanya-tanya: Adakah Pixi dalam diam-diam ada dua kehidupan dan dua rumah?

Facebook

Kucing licik Pixi, ketika dia masih kecil, menggunakan penampilan comelnya untuk menipu perasaan pemiliknya, Mary Lore Barra dengan merayu untuk membawanya pulang dari tepi jalan dan menjadi kucing rumah.

Pada mulanya, keadaan kesihatan Pixi anak kucing comel ini amat lemah dan kurang aktif bergerak. Tetapi selepas beberapa ketika, Pixi kembali pulih dan mula suka berlari-lari. Bukan sahaja suka berlari-lari di sekitar rumah pemiliknya, malahan ada kala dia berlari terlalu jauh, membuatkan Mary sendiri pun tidak tahu Pixi pergi ke mana. 

Facebook

Walau bagaimanapun, Pixi akan pulang tepat pada masa setiap hari untuk makan malam, jadi Mary tidak ambil kisah kerana hanya menganggap kucingnya itu berjiwa bebas.

Tidak lama kemudian, pemilik ini mendapati Pixi semakin gemuk, seakan-akan diberi makan makanan yang lebih banyak tidak seperti sebelum ini, menyebabkannya sangat hairan. Tambahan pula, beberapa hari berikutnya Mary mendapati Pixi mempunyai kolar hijau baharu di lehernya selepas dia keluar dan pulang.

Facebook

Melihat Pixi semakin gemuk dalam tempoh ini, Mary bersangka dengan idea yang berani: Adakah kamu kucing milik saya mempunyai dua rumah?

“Kucing saya telah berlaku curang!” Pemilik ini berkata dalam hatinya dan merasakan dia perlu mengetahui jawapannya.

Jadi mulalah Mary menyelitkan sehelai kertas pada kolar hijau itu dan menulis: “Kucing saya dipanggil Pixi, saya mengesyaki dia ini mempunyai dua rumah!” 

Facebook

Keesokan harinya, Pixi keluar rumah seperti biasa, tetapi dia tidak tahu bahawa kali ini perbuatan misteri kucing licik akan diselesaikan.

Apabila Pixi pulang ke rumah pada petang itu, Mary segera mengeluarkan nota balasan dari kolar hijau. Sambil menunjukkan wajah yang keliru, nota kecil itu berbunyi: “Dia dipanggil Huarache di rumah saya. Nampaknya dia ni mempunyai dua rumah. Hello, tuan punya yang satu lagi!” 

Facebook

Sah! Perbuatan kucing licik ini didedahkan. Pixi mempunyai dua nama, dua rumah, dan makan dua kali sehari untuk menikmati nikmat kehidupan yang diingininya daripada kedua-dua pemilik. Wow!

Facebook

Walaupun kucing itu berjaya memperdaya, Mary tidak marah, sebaliknya meminta tuan itu menulis catatan baru tentang situasi diet masa lampaunya, dan meminta pemilik yang satu lagi untuk menunjukkan status terkini keadaan kesihatan ‘Huarache’, sambil menambah ‘Pixi’ telah dibawa berjumpa dengan doktornya baru-baru ini dan telah sepenuhnya dirawat, kerana bimbang kalau kucing ini akan terlebih dirawat.

Facebook

Kucing ini akhirnya menamatkan teka-teki kemusykilan kedua keluarga yang sama-sama menyayanginya sebab dia tersangat comel walaupun licik.

Mereka juga turut bertukar-tukar nota untuk berkomunikasi dan akhirnya hubungan kedua-duanya menjadi lebih erat disebabkan oleh si comel Pixi/Huarache.

Facebook

Kedua-dua pemilik merasakan yang mereka adalah satu-satunya pemilik Pixi/Huarache, tetapi tidak menyangka rumah dan kasih sayang mereka hanya sebagai tiket buat kucing ini untuk mengisi perut dan meminta belaian terbaik!

Facebook

Jadi semua pemilik kucing harus optimis tentang kucing mereka sekiranya kucing itu selalu pulang lewat dan tiba-tiba bawa pulang kolar baru yang lebih cantik ke dalam rumah pada satu hari nanti. Pasti dia ada misteri yang sedang disembunyikan seperti dia mungkin ada dua kehidupan.

Lelaki maut dan seorang cedera parah selepas tejatuh dari roda Ferris di ‘fun fair’

0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh dari menaiki roda Ferris di sebuah pesta ria (fun fair) di Cheras pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata polis menerima laporan daripada seorang pekerja di pesta ria yang terletak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Cheras pada 12.05 pagi.

Laporan itu mendakwa bahawa dua lelaki tempatan terjatuh dari roda Ferris di pesta itu.

“Seorang saksi memaklumkan dua lelaki terjatuh dari roda Ferris. Seorang daripada mereka berusia 39 tahun. Anggota perubatan yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

Nasir berkata, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan di lokasi, tiada unsur jenayah dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, polis meneruskan siasatan untuk memastikan punca kejadian. Kami sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur kecuaian di pihak pemilik pesta itu, atau daripada pihak mangsa,” katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-763 8512 atau pergi ke balai polis berhampiran.

40 peratus individu terima janji temu dos penggalak gagal hadir – Menteri Kesihatan

0

Kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan mereka yang sepatutnya menerima dos penggalak kekal rendah.

“Jika pengambilan dos penggalak adalah rendah, khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi, jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat. Ini sudah pasti,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang menerima janji temu agar pergi mendapatkan suntikan dos penggalak itu bagi menguatkan imuniti dan perlindungan mereka terhadap COVID-19.

Pemberian dos penggalak bermula pada 13 Oktober lalu di seluruh negara untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin COVID-19 bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

Wanita baik hati poskan dompet lelaki yang tak dikenalinya, lengkap dengan wang RM3,000 di dalamnya

0

Barang yang hilang kebiasaannya sukar untuk ditemui semula, lebih-lebih lagi barangan berharga seperti dompet misalnya.

Namun bukan semua individu yang menjumpai barang berharga bertindak mengambilnya menjadi hak sendiri, samalah apa yang apa yang menimpa seorang lelaki bernama Traj TJ.

Difahamkan bahawa dompet Traj hilang selama 3 minggu dan pada 1 November, dia telah menerima kembali dompetnya itu.

Menurutnya bukan wang atau kad yang berada di dalam dompet itu yang merungsingkannya, namun nilai sentimental pada dompet itu pada Traj.

Dompet itu menurutnya adalah hadiah daripada tunangnya, manakala terdapat foto mendiang neneknya di dalam dompet tersebut.

Ujar Traj, dia mempunyai koleksi pelbagai wang kertas luar negara, kira-kira RM3,000 bernilai dolar Singapura dan beberapa helai wang RM50.

Berdasarkan foto yang dimuat naiknya, dompet itu turut tertera namanya dengan emas di bahagian dalam dan luar.

“Beberapa hari lalu, satu bungkusan telah dihantar ke rumah saya dan saya hanya sempat membukanya selepas 2 hari ia tiba”, tulisnya di Facebook.

“Mengejutkan apabila saya mendapati ia mengandungi dompet saya yang hilang sebelum ini. Setiap item di dalam dompet itu masih sama kedudukannya seperti sebelum ia hilang”.

Tambah Traj lagi, dia terharu apabila terdapat insan yang cukup baik hati sanggup membelanjakan wang bagi mengeposkan dompetnya itu. Malah wanita itu turut memastikan ianya sampai.

“Hello encik, saya jumpa encik punyai wallet di Petronas Batu Caves. Call saya jika wallet sudah sampai”, tulis nota pada wanita itu.

Traj kemudiannya meminta nombor telefon wanita itu dan bertanyakan lokasinya kerana dia berniat untuk membalas budi wanita berkenaan.

“Ya, saya segera bertanyakan lokasinya kerana mahu berterima kasih secara bersemuka dan memberinya hamper”, kata Traj.

“Saya berkawan dengan Salina menerusi ‘tragedi’ ini. Malah saya turut menjemputnya ke majlis kahwin saya nanti. Insan mulia sepertinya patut dihargai walaupun kita berlainan bangsa”.

“Saya gembira apabila Traj menghubungi saya dan berkata dompetnya itu selamat diterimanya”, kata Salina.

COVID-19 : Ketahui simptom ‘Long COVID’ dan implikasinya terhadap pesakit yang telah dijangkiti

0

Umumnya, pesakit yang dijangkiti COVID-19 berpotensi untuk pulih sepenuhnya namun terdapat segelintir daripada mereka yang terkesan dengan komplikasi ‘long COVID’.

Keadaan ini merujuk kepada pesakit yang masih lagi menunjukkan tanda dan gejala selepas jangkitan COVID-19, melibatkan dua tempoh iaitu :

  • ‘Ongoing symptomatic COVID-19’ merupakan tanda dan gejala selepas jangkitan dalam tempoh 4 hingga 12 minggu
  • ‘Post COVID-19 Syndrome’ adalah tanda dan gejala wujud pada ketika atau selepas jangkitan COVID-19 yang berterusan melepasi 12 minggu, di mana ia tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain.

Jelas Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 5 gejala paling kerap dilaporkan iaitu kelesuan (71.8%), kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti (61.9%), batuk (13.6%), kesakitan (13.2%) dan kesukaran tidur nyenyak (11%).

Tanpa rawatan khusus, keadaan ini akan berterusan dan tempoh masa panjang diperlukan bagi mengembalikan fungsi sepenuhnya, sekaligus ia turut menjejaskan kualiti kehidupan individu pasca jangkitan COVID-19.

Simptom ini juga menyebabkan implikasi serius seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang sumber pendapatan.

Oleh itu, pihak KKM dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaksanakan inisiatif :

#1 ‘Recognition’ – Garis panduan serta protokol kebangsaan yang melibatkan pelbagai perkhidmatan kepakaran perubatan termasuk Perawatan Umum, Perawatan Utama, Respiratori, Organizing Pneumonia, Immunocompromised, Nefrologi, Obstetrik, Pediatrik, Rehabilitasi serta Psikiatri telah diwujudkan bermula Julai 2021

#2 ‘Rehabilitation’ – Perkhidmatan rehabilitasi bagi menangani kesan jangka sederhana serta jangka panjang gejala Long COVID disediakan di fasiliti kesihatan tertentu untuk merawat individu yang terkesan.

Mereka yang mengalaminya disaran agar mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan bagi penilaian serta preskripsi program rehabilitasi awal oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Carakerja yang akan dipantau oleh Pakar Perubatan Keluarga.

Bagi individu yang terkesan dengan gejala Long COVID yang lebih serius serta memerlukan program rehabilitasi khusus, mereka akan dirujuk ke hospital berpakar dengan perkhidmatan kepakaran perubatan rehabilitasi yang menyediakan program khusus melalui pendekatan pelbagai kepakaran secara interdisiplinari.

#3 ‘Research’ – Pelbagai kajian klinikal melibatkan pelbagai kepakaran perubatan termasuk rehabilitasi kini sedang dijalankan bagi memahami dengan lebih terperinci gejala-gejala, faktor risiko, impak serta kesan gejala Long COVID.

Penyanyi rap, Namewee jadi jutawan segera selepas single terbaru ‘Fragile’ terjual RM4 juta

0

Penyanyi rap Malaysia Namewee menjadi jutawan dalam tempoh satu malam selepas mengeluarkan lagunya ‘Fragile’ sebagai ‘non-fungible token’ (NFT).

Menurut laporan Taiwan News, lagu terbabit berjaya memperoleh 209 ETH (Ethereum) atau kira-kira NT $27 juta (RM4 juta) dalam tempoh hanya 3 jam selepas dilancarkan.

Lagu tersebut merupakan karya kerjasama antara Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bersama penyanyi Australia, Kimberley Chen.

Parti Komunis China walau bagaimanapun telah mengharamkan akaun Weibo Wee dan Chen selepas single itu dikeluarkan serta memadam lagu itu kerana menghina China.

Sungguhpun begitu, lagu itu terus meraih populariti dan dimainkan lebih 10 juta kali dalam seminggu selain menerima tontonan paling banyak dari Taiwan, Hong Kong dan Malaysia.

“Saya sangat terharu kerana menjadi jutawan dalam sekelip mata”, ujar Namewee menerusi akaun Facebooknya.

Anak kelahiran Muar itu mendedahkan bahawa dia juga telah menghasilkan lagu khusus untuk NFT yang dipanggil Go NFT, dan dia memadam semua dokumen muzik asal yang berkaitan untuk memastikan keunikan item maya itu.

Dia juga berjanji bahawa dia tidak akan menukar mata wang maya kepada wang sebenar tidak kiralah berapa banyak yang diperolehnya serta akan mengeluarkan lebih banyak NFT pada 12 November kelak.

Menurut portal Singapura Today, Fragile diharamkan kerana ia mengandungi ‘memerli’ presiden PKC Xi Jinping dan menyentuh topik sensitif seperti COVID-19, penapisan, budaya membatalkan sesuatu dan Uighur.

Liriknya ada menyebut cinta untuk “anjing, kucing, kelawar dan musang” yang sepertinya merujuk kepada wabak COVID-19.

Manakala satu lagi baris liriknya berbunyi, “Adalah haram untuk tembok api, anda tidak akan terlepas jika Pooh menemuinya”. Pooh yang dimaksudkan merujuk kepada pemimpin PKC oleh pengguna media sosial.

Cipta robot untuk membantunya menggoreng nasi lepas tangan tercedera, jualan nasi goreng penjaja di Indonesia ini semakin laris

0

Seorang penjaja makanan dari Jawa Timur, Indonesia menjadi tular selepas ciptaan geniusnya telah dipertontonkan di TikTok, iaitu robot yang membantunya menggoreng nasi.

Seorang pengguna TikTok @revan.z22 berkongsi klip video seorang peniaga jalanan yang menyediakan hidangan nasi goreng pada waktu malam, menggunakan satu elemen memasak unik yang semua orang ingin tahu iaitu dia telah dibantu oleh robot.

TikTok

Dengan hanya boleh menggunakan sebelah tangan, penjaja itu memegang sudip dan memutar kuali manakala robot itu membantunya mengacau nasi dan bahan-bahan nasi goreng menjadi sebati.

Pengguna TikTok dikenali sebagai M. Soleh merupakan salah seorang pelanggan tetap gerai nasi goreng ini telah berkongsi video yang mula mendapat perhatian warganet pada 8 Oktober, dan sejak itu menjadi tular dengan lebih 1.9 juta tontonan dan 88,200 yang suka.

Merdeka

Selepas mendapat perhatian kerana robot pintarnya, penjaja yang hanya dikenali sebagai Hatardi menjelaskan dia telah menjual makanan di sepanjang jalan di Malang bersama isterinya selama beberapa tahun, sebelum dirinya telah terlibat dalam kemalangan yang menjejaskan penggunaan tangan kirinya sejak tiga tahun lalu.

Sudah tentu, Hatardi menjadi sangat bimbang kerana mata pencarian dan periuk nasinya terjejas, jadi selepas itu dia berazam untuk mencari jalan dalam menyelesaikan dilema yang dihadapi.

TikTok

Dia akhirnya mendapat idea untuk membina sebuah mesin yang menyerupai lengan logam yang terdapat bilah untuk mengacau, yang dilekatkan pada hujung bahagian tengah yang berputar, dan meletakkannya di atas kuali.

Untuk menggunakan mesin ini, apa yang Hatardi diperlukan hanyalah menambah bahan-bahan masakan ke dalam kuali dengan langkah demi langkah dan membiarkan bilah itu untuk mencampur dan mengacau segala bahan menjadi hidangan nasi goreng.

Setelah memperkenalkan robot pintar pengacau nasi goreng, Hatardi mendedahkan ciptaannya telah membantunya mengembangkan perniagaannya menjadi lebih kukuh berbanding sebelumnya.

TikTok

Selain menjadi alat yang membantu menggoreng nasi dengan cekap, mesin itu juga membolehkan dia menggoreng lebih banyak hidangan dalam satu masa – jika dahulu enam hingga tujuh hidangan pada satu masa, mesin itu kini membolehkan dia menggoreng sehingga 10 hidangan nasi goreng sekali gus.

Selain itu, mesin itu memberinya kelebihan yang berbeza iaitu kesan pengaruh video tular yang telah menarik lebih ramai pelanggan datang ke gerainya hanya untuk melihat ciptaan itu, dan merasa sendiri nasi goreng yang dimasak oleh robot.

Merdeka

“Saya rasa ini kali pertama di Malang ada orang menjual nasi goreng menggunakan robot, sebab itu saya tertarik untuk datang,” kata seorang pelanggan sambil menunggu makanannya.

“Saya ingin tahu, ia kelihatan menyeronokkan dan kreatif, dan saya hanya mahu melihat bagaimana rasanya. Saya pasti rasanya sedap,” tambah seorang pelanggan.

Di sebalik populariti gerai nasi gorengnya yang menggunakan robot, Hatardi terus menjual nasi goreng yang lazat pada harga yang sama iaitu antara RM3.00 hingga RM4.00.

“Kita ucap hello semula,” Setengah bulan lepas pindah, kucing jalanan rumah lama muncul depan pintu pemberi makannya tunjuk wajah terkilan

0

Pernahkah anda bersimpati dengan kucing jalanan? Kerana ada pemilik dan pencinta kucing akan menunjukkan rasa belas kasihan dengan memberi mereka makan, memberi harapan kepada si bulus yang comel agar dia tidak kelaparan dan menerima kasih sayang manusia.

Seorang netizen yang juga pemilik kepada dua ekor kucing menceritakan yang dia sangat suka memberi makan kepada kucing jalanan terbiar. Berdekatan rumahnya selalu sahaja ada kucing terbiar. 

Seekor kucing tabby yang nampak comel sering datang ke rumahnya untuk makan. Netizen ini melihat kucing itu sangat bijak, jadi dia pun berniat untuk mengadopsinya.

prettycutepet

Tetapi dia tahu, kucing ini nampaknya macam ego lebih suka hidup bebas dengan sanggup menjadi kucing jalanan. 

Kerana dia melihat, pada setiap kali kucing ini dan rakan-rakannya datang, mereka hanya mahu mengisi perut dan berlalu pergi.

prettycutepet

Netizen ini menulis, sebenarnya setakat yang dia tahu, kebanyakan kucing jalanan berhampiran rumahnya yang diberi makan setiap hari adalah pengikut si tabby ini. Mungkin kucing-kucing itu menganggap netizen ini sebagai pusat ‘welfare’ bagi mereka.

Tengok yang ini.. Walaupun tidak semestinya dia datang setiap hari, tapi dia akan muncul berselang sehari dua untuk makan, kecuali si tabby itu yang datang setiap hari tanpa jemu.

prettycutepet

Atas sebab tertentu pada awal tahun, netizen ini terpaksa berpindah dan meninggalkan tempat asal kucing jalanan itu mendapatkan makanannya. Selepas netizen ini berpindah, mulalah dia teringatkan masalah siapa yang akan memberi makan kucing-kucing jalanan comel itu. 

Sudah berhari-hari juga dia berasa bimbang memikirkan bagaimana nasib haiwan terbiar yang kalau diikutkan bukan tanggungjawab netizen ini pun.

Tetapi tidak pernah menyangka untuk menerima kejutan tidak sampai setengah bulan selepas dia berpindah, apabila dilihatnya seekor kucing yang pernah dikenalinya muncul berdiri di depan pintu selepas dia pulang ke rumah barunya. 

prettycutepet

Spontan dia menyedari kucing itu adalah si tabby ego yang dulunya tidak mahu menjadi haiwan peliharaan netizen ini.

Tulisnya, “Saya agak terkejut, tetapi saya terpaksa mempercayainya. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana kucing ini boleh mengingati dan mengecam saya. Bagaimanapun, melihat ekspresi wajahnya penuh tidak berapa senang, macam mahu mengadu, ada perkara terkilan yang salah. Matanya seolah-olah seperti mahu berkata: Kenalah bertanya khabar dan ucap selamat tinggal kalau hendak berpindah, itu yang membuatkan saya berkejar ke sini.”

prettycutepet

Netizen beranggapan mungkin inilah dia nasib kucing jalanan ini, jadi lebih baik kutip dan bawa pulang ke dalam rumah. 

Kadang-kadang takdir pertemuan pemilik dan kucing yang disukai sudah diatur siap-siap untuk difikirkan, jadi kali ini mestilah si kucing tabby kena menghargai kasih sayang yang diberi.

Mulanya kucing terbiar, Leon kini bergelar ‘peguam’ di Brazil

0

Kucing comel ini dahulunya tidak bertuan, merempat di jalanan namun kini berjaya mendapat ‘pekerjaan’ di sebuah firma peguam, Order of Attorneys of Brazil.

Semuanya bermula pada suatu di mana hujan turun di ibu kota Brazil, seekor kucing terbiar dilihat tumpang berteduh di pejabat firma terbabit.

Kucing tersebut yang diberi nama Leon, tidak dihalau pada ketika itu membuatkan kucing terbabit kerap berteduh di kawasan penyambut tetamu apabila cuaca tidak menentu.

Disebabkan pejabat itu agak sibuk, maka ada beberapa individu membuat aduan tentang Leon yang sering berada di sana.

Tetapi staf firma terbabit tidak sanggup untuk menghalau Leon, oleh kerana itu mereka memutuskan untuk mengambilnya ‘bekerja’.

Pada ketika itulah, kucing tersebut diberi nama – Dr. Leon Advogato. ‘Advogado’ di dalam bahasa Portugis bermaksud peguam dan ‘gato’ pula bermaksud kucing.

“Saya pandailah buat kerja..”

Leon memulakan ‘tugasnya’ di bahagian penyambut tetamu dan kemudian jawatannya berubah menjadi ‘peguam’ dalam tempoh yang singkat. Pemurah betul majikan Leon bukan?

Nampaknya majikan Leon tidak berhenti di situ. “Kami dalam peringkat akhir untuk melancarkan institut hak haiwan yang dikenali sebagai Instituto Dr. Leon”.  

Siap ada lencana kerja lagi..

“Malangnya kami tidak dapat menempatkan semua haiwan terbiar, jadi kami akan membiayai NGO di bandar. Kami akan menjadi contoh ikutan di Brazil”.

Ibu anjing gonggong, tanam bangkai anak sendiri buatkan mata netizen bergenang. Sedihnya…

0

Sudah terdapat banyak bukti yang menunjukkan kasih sayang ibu haiwan terhadap anaknya kadang kala melangkaui kasih manusia pada anak masing-masing.

Walaupun haiwan seperti anjing misalnya lazimnya melahirkan anak anjing dalam kuantiti yang banyak, namun ibu anjing dapat mengenali setiap seekor daripada anaknya.

Menurut sumber, keadaan ini terjadi ekoran ikatan yang terbentuk oleh si ibu dengan setiap seekor daripada anaknya daripada peringkat awal lagi.

Malangnya tidak semua anaknya akan hidup, samalah seperti apa yang terjadi pada ibu anjing ini yang terpaksa menanam sendiri bangkai anaknya.

Dengan langkah longlai, si ibu menggonggong bangkai anaknya lalu ia dibawa ke kawasan bertanah. Dengan mulutnya yang masih menggonggong si anak, kaki ibu anjing itu segera mengorek tanah.

Bangkai anaknya itu kemudian diletakkan lalu dikambus dengan tanah oleh ibu anjing tadi. Jelas pakar, anjing berupaya untuk bertindak balas terhadap kematian sama seperti manusia.

Namun cara tindak balas mereka itu ternyata berbeza dengan apa yang dizahirkan oleh manusia. Ada anjing yang tidak begitu terjejas secara emosi jika berlaku kematian anjing yang lain.

Sementara banyak juga anjing mengalami kemurungan yang ketara jika berlaku kematian spesies mereka sendiri.

Dalam situasi yang teruk, anjing yang terjejas daripada segi emosi juga akan bersedih dan meratapi pemergian anjing mahupun insan kesayangannya.

Mereka juga berkemungkinan akan hilang selera makan dan tidak aktif – enggan untuk bermain seperti kebiasaannya.

Sesungguhnya makhluk Tuhan ini dapat merasai rasa kehilangan sama seperti apa yang kita semua rasakan tatkala kehilangan insan tersayang.

Lihatlah video mereka berhadapan dengan kematian spesies sendiri menerusi video di sini.