26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaKesihatanWanita ini didiagnosis dengan ‘rhabdomyolysis’ gara-gara berbasikal terlalu bersungguh

Wanita ini didiagnosis dengan ‘rhabdomyolysis’ gara-gara berbasikal terlalu bersungguh

Memaksa diri melakukan aktiviti fizikal melangkaui keupayaan dan had tubuh berupaya membawa kepada keadaan yang tidak diingini.

Ia bukan sahaja menyebabkan ketegangan otot dan kesakitan malah membawa kepada keadaan yang mungkin kita tidak sangkakan.

Itulah yang berlaku pada seorang gadis dari Kuching, Sarawak yang mesra dipanggil Ling ini, apabila aktiviti fizikal yang dilakukannya bertindak ‘memakan diri’.

Ling merupakan seorang yang agak aktif. “Pulang daripada kerja, kadang kala saya akan memanjat gunung, berlari atau melakukan senaman aerobik”.

Namun pada suatu hari, dia mencuba satu senaman yang tidak pernah dicubanya iaitu ‘indoor dynamic cycling’.

Menurut Ling, pada 5 November lalu, dia mencuba senaman itu dengan bersungguh-sungguh buat pertama kalinya. “Habis sahaja, saya rasa seperti tidak dapat berjalan”.

Hari berikutnya, otot kakinya masih terasa lenguh namun dia mampu lagi untuk berjalan. Tetapi pada 8 November, Ling tidak dapat mengangkat kakinya.

Dia mula berasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya apabila mendapati bahawa air kencingnya berwarna keruh, tidak seperti biasa.

Ling memutuskan untuk berjumpa dengan doktor dan memberitahu simptom yang dialaminya. Menurut doktor, keadaan itu berlaku disebabkan oleh aktiviti senaman yang terlalu kuat.

Wanita itu juga didiagnosis dengan ‘Rhabdomyolysis’ – keadaan di mana otot tercedera dan terkoyak mengakibatkan pelepasan kandungan sel otot ke dalam darah.

Keadaan itu juga berupaya untuk merosakkan dan menggagalkan fungsi buah pinggang. Sebab itulah, warna air kencing Ling berubah.

Tambah doktor lagi, pemeriksaan pada buah pinggangnya itu juga menunjukkan hasil yang agak serius sehinggakan buah pinggang Ling juga perlu dicuci.

Wanita itu turut dimasukkan ke dalam wad pada 10 November memandangkan bacaan darah pada buah pinggangnya agak tinggi.

Setelah dipantau doktor, keadaan Ling beransur pulih setelah 4 hari dimasukkan ke wad hospital. Bacaan darahnya juga sudah kembali normal.

Ujar Ling, dia mendapat tahu bahawa ramai juga pesakit yang mendapat penyakit ini ekoran aktiviti fizikal yang melampau.

Oleh yang demikian, Ling sempat juga berpesan kepada semua agar tidak memaksa tubuh untuk melakukan aktiviti melebihi kemampuan tubuh.

Di samping itu juga, sentiasa peka terhadap sebarang perubahan pada tubuh – dalam kes ini, warna air kencing. Jangan ambil mudah ya!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI