27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 24, 2025
Utama Blog Laman 251

Lancar dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu, pelajar Jepun terima pujian netizen

0

Sejak kebelakangan ini isu bercakap dalam bahasa Melayu menjadi topik hangat yang dibincangkan. Apa yang menjadi isu ialah apabila rakyat Malaysia sendiri ada yang tidak boleh berbahasa Melayu dan lebih selesa bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

Namun, di sebalik polemik tersebut tular sebuah video di mana beberapa orang pelajar Jepun dilihat sangat fasih berbahasa Melayu. Ia adalah sesuatu yang membanggakan apabila ada orang asing yang memilih untuk belajar bahasa kebangsaan negara kita.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pelajar Jepun daripada Tokyo Foreign University sedang merakam sebuah video tentang sebab dan alasan mereka suka akan Malaysia dan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah apabila setiap daripada mereka dilihat menjawab soalan yang diberikan dalam bahasa Melayu yang fasih dan tersusun.

Antara jawapan yang diberikan oleh mereka apabila ditanya ialah mereka mengatakan bahawa,

“Saya suka makanan Malaysia dan orang Malaysia.”

“Sudah tentu, saya suka Malaysia khususnya saya suka kebaikan hati orang Malaysia.”

“Saya sangat suka Malaysia, orang Malaysia sangat baik hati kepada orang asing.”

Video yang dimuat naik di YouTube itu telah menerima pelbagai komen positif daripada netizen Malaysia. Rata-rata memuji kebolehan mereka berbahasa Melayu dan ramai juga yang turut bangga apabila bahasa sendiri dituturkan oleh orang Jepun.

Gerhana bulan paling lama abad ini berlaku pada 19 November

0

Gerhana bulan separa akan muncul pada minggu ini dan ianya dijangka akan bertukar penuh menjadi jingga kemerah-merahan”, ujar pakar astronomi.

Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana bulan Penumbra itu akan berlaku selama 3 jam dan 28 minit.

Fenomena ini juga digelar sebagai ‘blood moon’ (bulan berdarah), di mana ia berlaku tatkala posisi Bumi berada tepat antara matahari dan bulan hingga bayang Bumi menutupi bulan.

Menurut sumber, gerhana Bulan terpanjang dalam abad ini tersebut dijangka berlaku pada 19 November dan dianggarkan bahawa hampir 97% bulan akan terlindung daripada Bumi.

Pada 2018, gerhana bulan penuh berlaku selama satu jam 42 minit dan 57 saat.

Lazimnya gerhana akan berlangsung kurang 2 jam, justeru menjadikan gerhana yang bakal berlaku Jumaat ini disifatkan sebagai gerhana bulan paling lama.

Mengikut laporan tempatan, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini pada sekitar jam 6:58 petang hingga 8:03 malam pada 19 November.

Di luar negara, fenomena ini dapat dilihat dengan jelas tanpa binokular atau teleskop namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Malaysia.

Peristiwa gerhana seterusnya dijangka akan berlaku pada 16 Mei tahun hadapan.

Lelaki di Brazil bantu, beri air pada tenggiling tatkala kebakaran buat warganet terharu

0

‘Kebakaran liar’ sering kali berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, meliputi kebakaran belukar, semak, rumput dan lain-lain.

Tentunya bukan sahaja tumbuhan yang menjadi satu-satunya mangsa, bahkan ia turut memberi kesan pada haiwan liar di sesuatu kawasan yang terjejas.

Itulah yang terjadi pada seekor anak tenggiling malang yang dijumpai oleh seorang lelaki di Rio Verde, Brazil.

Difahamkan pada ketika itu berlakunya kebakaran. Mujurlah anak tenggiling terbabit berjaya menyelamatkan diri.

Namun ekoran suhu yang tinggi dan kepanasan akibat kebakaran, tentunya haiwan malang itu memerlukan bantuan manusia.

Detik itulah yang paling bermakna apabila lelaki yang menjumpainya itu kemudian dilihat memberikan air untuknya menghilangkan dahaga.

Pandai pula minum terus daripada cawan..

Tindakan lelaki itu kemudiannya menerima pujian daripada warganet :

The Epoch Times/Facebook

Sememangnya kita tidak perlu berfikir banyak kali untuk melakukan kebaikan kepada makhluk di sekeliling kita.

Cukup sekadar rasa kasih dan empati dalam diri, ia tentunya berupaya untuk menjadikan kita insan berhati nurani yang sedia membantu.

Penemuan baharu tengkorak kanak-kanak berusia 250,000 tahun cabar kognisi asal usul manusia

0

Dua laporan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal PaleoAnthropology pada 5 November menyatakan penemuan tengkorak kanak-kanak dengan gigi dan serpihan tulang berasal daripada spesies manusia purba Homo naledi yang berusia kira-kira 250,000 tahun.

Berdasarkan hampir 2,000 tulang dan gigi yang ditemui di Gua Rising Star setakat ini, saintis membuat andaian bahawa mereka tinggal di Afrika Selatan kira-kira 350,000 hingga 250,000 tahun dahulu. Tubuh badan mereka adalah menyerupai manusia zaman kini, dengan kapasiti otak mereka jauh lebih kecil. Saintis berpendapat cara hidup mereka hampir seperti haiwan, dan tiada struktur sosial seperti manusia.

Walau bagaimanapun, penemuan tengkorak kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara empat hingga enam tahun ketika meninggal dunia baru-baru ini, secara beransur-ansur mengubah persepsi ini.

Twitter

Pada tahun 2013, saintis telah menemui fosil dan rangka manusia dengan sekurang-kurangnya 15 spesies manusia purba Homo naledi di Gua Rising Star ruang Dinaledi di Afrika Selatan. Sistem gua pada kedalaman 150 kaki (46 meter), adalah legap sepenuhnya dengan bentuk muka buminya yang agak curam.

Tengkorak kanak-kanak dengan gelaran ‘Leti’ yang baru ditemui itu juga berada di dalam gua ini, tetapi di tempat yang lebih dalam di celah yang hanya berukuran 15 sentimeter lebar dan 80 sentimeter panjang. Seorang wanita dengan tubuh badan paling kecil dan perwatakan paling berani, ahli arkeologi Becca Peixotto memasuki celah berbatu yang hanya lebih lebar sedikit daripada tapak tangan, dan kemudian mengeluarkan serpihan tengkorak itu.

Salah seorang penyelidik dan pakar antropologi, Marina Elliot dari Simon Fraser University berkata, penemuan tengkorak kanak-kanak itu merupakan penemuan yang menakjubkan, kerana tulang kanak-kanak sangat kecil dan rapuh sehingga sukar untuk disimpan dalam jangka masa lama.

Mereka juga menemui dua gigi susu kanak-kanak, yang menunjukkan bahawa kanak-kanak itu hanya berusia kira-kira empat hingga enam tahun ketika meninggal dunia.

Tengkorak kanak-kanak itu diletakkan di atas rak kecil di belakang retakan. Tiada rangka lain yang ditemui berdekatan, di mana nampaknya rangka kanak-kanak itu sengaja diletakkan di situ.

Para penyelidik memeriksa 15 rangka yang ditemui sebelum ini, dan tidak menemui bukti bahawa mereka diseret ke dalam gua oleh haiwan liar atau dihanyutkan oleh air bah, dan tiada tanda-tanda diterbalikkan.

Penyelidik membuat spekulasi bahawa kesemua manusia ini mungkin dikebumikan di sini oleh manusia yang sama, yang bukan dikumpulkan secara tidak sengaja. Terutama ketika melihat tengkorak kanak-kanak yang baru ditemui itu, kemungkinan besar mereka sengaja memilih tempat yang selamat dan rahsia untuk meletakkan mayat kanak-kanak ini di sana.

Spekulasi yang menimbulkan perdebatan dalam komuniti saintifik: Adakah Homo naledi yang mempunyai otak sangat kecil, seperti manusia hari ini, mempunyai struktur sosial dan adat resam, dan tahu cara menguburkan ahli keluarga dan sahabat mereka yang telah meninggal dunia?

Penyelidik dan ahli antropologi Steven Churchill dari Duke University di Amerika Syarikat berkata, “Mereka adalah homonid yang mempunyai struktur sosial. Rangka-rangka ini diletakkan di sini secara sengaja. Ini adalah penjelasan yang paling boleh dipercayai. .”

Kebanyakan sarjana percaya bahawa tiada manusia yang hidup berusia ratusan ribu tahun dan paling baik mereka dikatakan adalah spesies haiwan homonid. Berdepan dengan keraguan, ketua penyelidik dan ekspedisi Rising Star, Lee Berger dari University of the Witwatersrand, Johannesburg, Afrika Selatan berkata kepada sidang media, “Ini adalah sains. Kami akan terus mendedahkan sebarang petunjuk yang ditemui untuk menguji dan mencabar keraguan serta merungkai teka-teki.”

Kerajaan Jepun sumbang peralatan rantaian sejuk kepada KKM

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan peralatan rantaian sejuk bernilai RM6 juta dari kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) sekali gus meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin COVID-19.

Sumbangan berupa dalam bentuk 184 peti sejuk, 1,343 kotak sejuk dan 1,579 pencatat data akan diedarkan kepada 436 fasiliti kesihatan awam di seluruh negara secara berperingkat, bagi memperkukuhkan pengurusan rantaian sejuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dijalankan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada majlis penyerahan berkata, Malaysia melahirkan penghargaan atas sumbangan ikhlas kerajaan Jepun semasa wabak melanda dan pendirian mereka membantu negara lain yang bergelut melawan COVID-19.

Twitter

“Acara ini adalah contoh terbaik pakatan strategik yang mempamerkan kemanusiaan cemerlang dalam memerangi COVID-19 secara bersama-sama serta berusaha untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya.

Sambil menambah usaha ini dapat dicapai berikutan hubungan baik dan kukuh yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Jepun. 

Malaysia juga telah menerima satu juta dos vaksin AstraZeneca (AZ) yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun pada Julai tahun ini untuk mempergiatkan proses vaksinasi di bawah PICK.

Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi yang turut hadir pada majlis itu memuji proses vaksinasi kerajaan Malaysia yang disifatkan berjalan dengan giat dan lancar.

Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap sikap kerajaan Malaysia yang sentiasa melayan warga Jepun di Malaysia secara sama rata dalam program vaksinasi kebangsaannya.

“Ia membuatkan kami berasa selamat dan terjamin di tengah-tengah krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata Duta Hiroshi.

Inovasi ‘Crossing Arm’ di AS dan Kanada elak murid dilanggar bas, wajar dicontohi

0

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan berita mengenai murid Tahun 1 yang maut selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya di hadapan sebuah tadika.

Insiden itu ternyata membuka mata semua pihak, khasnya ibu bapa yang begitu bimbang mengenai keselamatan anak masing-masing dalam menggunakan perkhidmatan bas mahupun van sekolah.

Seorang pengguna di Facebook, Abudi Alsagoff dalam pada itu turut berkongsi satu inovasi yang menjadi amalan penyedia bas sekolah di Amerika Syarikat dan Kanada.

Perkara ini dirasakannya perlu diterapkan di negara kita. Di kedua negara terbabit, bas dengan ‘crossing arm’ digunakan secara meluas.

Lazimnya, ‘crossing arm’ pada bas merujuk kepada peranti wayar atau plastik yang dipasang secara memanjang di bahagian hadapan sebelah kanan bas.

Ketika itu, pintu yang dibuka bagi memuatkan atau memunggah dan membentuk seperti penghalang.

Inovasi ini akan memastikan kanak-kanak yang perlu menyeberang jalan, berdiri beberapa kali di hadapan bas itu sebelum mula menyeberang jalan.

Dalam keadaan ini, pemandu bas juga dapat melihat mereka semasa mereka melintas, sekaligus mengelakkan titik buta (blind spot) di hadapan bas.

Terdapat satu lagi inovasi di sana apabila mereka menggunakan tanda ‘STOP’ (BERHENTI) di tepi bas. “Bila bas berhenti, ia akan terbuka keluar daripada sisi bas 6-10 kaki, lengkap dengan kelipan lampu merah”.

Ia bertujuan untuk memastikan pemandu daripada kedua-dua arah berhenti hingga kesemua murid turun dengan selamat untuk melintas jalan raya.

Bukankah kaedah yang diamalkan di Amerika dan Kanada ini jauh lebih selamat? Semoga perkongsian ini diambil serius oleh pihak-pihak berwajib.

Bersaiz kecil tapi akibatkan lebam, gatal-gatal. Inilah ‘phereoca uterella’, ulat yang melekap di dinding rumah

0

Kelihatan aneh dan pelik, anda pastinya pernah melihat ulat bersaiz kecil ini yang sering melekap pada dinding dan perabot di rumah bukan?

Ada yang tidak tahu sebenarnya ia adalah spesies ulat yang berupaya menyebabkan benjol, lebam dan gatal-gatal pada tubuh manusia.

Ulat tersebut, ‘phereoca uterella’ mampu menyebabkan kesan lebam akibat daripada luka gigitannya walapun sebesar jarum sahaja.

Kesan lebam itu juga difahamkan mungkin bertahan sehingga berminggu-minggu lamanya. Biasanya ulat ini akan meninggalkan bulu di tempat yang digigit atau disengat.

Bulu itulah yang akan menyebabkan lebam dan bengkak, dengan rasa sakit dan gatal yang teruk. Kebiasaannya gatal yang disebabkan oleh ulat ini boleh dirawat dengan menyapu ubat gatal.

Larva didalamnya itu tinggal di dalam cengkerang yang membentuk sarung pipih. Manakala kepompongnya di bahagian luar pula berfungsi untuk proses metamorfosis menjadi kupu-kupu.

Kepompongnya juga terdiri daripada serat sutera yang bercampur dengan pasir dan debu, malah juga daripada tanah.

Lazimnya, kepompong itu mempunyai jalan keluar daripada depan atau belakang ataupun di kedua-dua arah bagi memudahkan pergerakan masuk dan keluar larva.

Sungguhpun begitu, larva berkenaan hanya keluar separuh daripada badannya dan tidak akan keluar sepenuhnya jika mahu mencari makan.

Menurut sumber, larva ini yang menjadi kupu-kupu dengan panjang sekitar 13 milimeter akan menghasilkan telur sebanyak 200 biji dalam satu kitaran telurnya.

Telur yang menetas akan menjadi ulat sebegini dan tinggal di tempat yang tersembunyi di rumah manusia.

Ulat ini juga gemar memakan fabrik kain dan sering kali melekat pada sarang labah-labah, memandangkan ia suka memakan labah-labah kecil.

Oleh kerana haiwan ini gemarkan suhu yang hangat, jadi anda perlulah sentiasa periksa lokasi tersembunyi dan hangat dengan kerap ya!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

“Lagi cantik corak guna dua kaki tau..” Kucing lebih kreatif tunjuk cara betul membuat seni tembikar ‘paw-ttery’

0

Jangan kata manusia itu sahaja yang berbakat seni, malahan boleh datang daripada kucing juga. Jika kucing itu berbakat dalam seni yang jarang-jarang manusia boleh lakukan, maka ia sudah pasti lebih kagum melucukan. 

Spontan boleh membuat anda ketawa melihat keletah dan reaksi si bulus menghasilkan produk seni.

Rakaman video yang tular di media sosial ini menunjukkan si oyen memerhatikan pemiliknya yang bernama Jim, seorang pembuat tembikar mahir dan berpengalaman sedang membuat tembikar.

Facebook

Agak khusyuk juga oyen bernama Mike ini memerhatikan kerja tangan tuannya yang fokus memusingkan tanah liat itu.

Ketekunan Mike memerhati yang tanpa disangka ingin melakukan sentuhan lebih kreatif ke atas tembikar yang sedang dihasilkan oleh Jim.

Facebook

Rupanya Mike ingin ‘mengajar’ Jim untuk menghasilkan seni tembikar baharu dikenali sebagai ‘paw-ttery’ hihi..

Facebook

Guna kaki kiri dan kemudian kanan, satu kaki dan satu lagi kaki, bukan seperti Jim, yang menggunakan kedua-dua tangan. Tak cantiklah macam itu.

Facebook

Membuatkan Jim tiba-tiba terpaku dengan ‘bakat dan kemahiran’ kucing ini membuat ‘paw-ttery’.

Sambil menunjukkan wajah menekunnya itu, Mike seakan berkata kepada Jim dalam hatinya, “Lagi cantik corak tembikar ini guna dua kaki tau..”

Facebook

Maka dengan itu, tuannya Jim tidak boleh berbuat apa-apa melainkan memerhatikan gelagat ‘Mahaguru Mike’ yang sedang menurunkan ilmunya.

Facebook

Gelagat si oyen di mana-mana pun sememangnya terkenal dengan kebijaksanaan dan kreativitinya yang tidaklah dapat dinafikan.

Tengok, cantik kan!

Facebook

Jim dan anak perempuannya yang merakam video ini tidak dapat menahan rasa lucu mereka dan terus ketawa ketika memerhatikan Mike membina ‘paw-ttery’nya. 

Tonton video di sini.

Shen Yun benar-benar unik di hati para penonton Boston yang terasa hangat tersentuh

0

Hujan musim luruh dalam suasana suram tidak menghalang keghairahan para penonton di Boston untuk menyaksikan persembahan Shen Yun. Pada petang 13 November, Shen Yun Performing Arts mengadakan persembahan tempatan yang pertama. Membuka tirai pada penghujung tahun ini.

Sejam sebelum persembahan, para penonton beratur di luar Boch Center Wang Theatre di Boston, Amerika Syarikat dengan teruja menunggu persembahan pertama.

Keterampilan tarian yang luar biasa mempesonakan serta muzik indah yang dipersembahkan oleh artis Shen Yun mendapat tepukan gemuruh.

Persembahan pertama Shen Yun Performing Arts pada 13 November 2021 di Boston, Amerika Syarikat yang disaksikan oleh para penonton termasuk selebriti dan elit, menghargai seni persembahan kebudayaan tradisional dari China yang berusia lima ribu tahun. (Gambar oleh Dai Bing/The Epoch Times)

Brant McDougall, bekas naib presiden bank serantau terbesar di Timur Amerika Syarikat, menyedari prinsip penyemaian nilai dan percaya bahawa kebudayaan tradisional masyarakat Cina mengajar seseorang itu untuk “melihat secara dalaman” dan keluhuran diri sendiri”.

Ketua pegawai pentadbiran Newbury, Massachusetts Angus Jennings memuji Shen Yun kerana ia “benar-benar unik.” Craig Hyslip, ketua pegawai operasi perniagaan keluarga, menganggap persembahan itu sangat indah mempesonakan.

Ketua Pegawai Pentadbiran Newbury memuji persembahan Shen Yun benar-benar unik.

Angus Jennings, isteri Kristen Jennings dan anak perempuan mereka menyaksikan persembahan Shen Yun di Boch Center Wang Theatre di Boston pada 13 November 2021. (Gambar oleh Mai Lei / Epoch Times)

Selepas menonton persembahan itu bersama isteri dan anak perempuannya, Ketua Pegawai Pentadbiran Newbury, Massachusetts, Angus Jennings memuji Shen Yun kerana persembahan yang “unik”. Beliau memperolehi “pengalaman baharu” dan menyaksikan kebudayaan tradisional masyarakat Cina yang hilang di China, dan percaya usaha artis untuk menghidupkan semula tradisi ini tidak dapat ditandingi oleh seluruh pelosok dunia. Beliau berkata nilai-nilai persembahan Shen Yun mempunyai nilai-nilai universal dan bergema dalam hatinya dan penonton lain yang menyaksikannya.

Jennings dilantik sebagai pengurus Newbury pada Julai 2018. Pengurus bandar itu kemudian berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi dan pentadbiran yang mengawal selia beberapa jabatan dalam pengurusan hal ehwal awam, termasuk pengurusan kewangan dan bajet bandar.

Jennings berasa segar ketika menonton persembahan Shen Yun. Beliau memuji, “Oh! Persembahan itu benar-benar hebat! Ia amat berbeza daripada apa-apa yang kami pernah alami, benar-benar unik!” Sambil menekankan, “Persembahan itu sangat indah! Ia benar-benar unik dan sangat mengujakan!”

Shen Yun komited untuk menghidupkan semula budaya tradisional yang telah hilang di China. Jennings melahirkan rasa jatuh cintanya. Beliau memuji usaha ini sebagai unik dengan menggambarkan persembahan Shen Yun amat sempurna dan asli. “Usaha mereka benar-benar tiada tandingan di dunia, benar-benar tidak dapat disangkal, benar-benar asli. Kami amat menyukainya!”

Shen Yun mempersembahkan kembali kebudayaan tradisional China. Jennings percaya, “Warisan kebudayaan ini kaya dan ia akan memberikan pengalaman yang kaya. Dalam segala segi dan rasa, ia sangat indah dan menakjubkan,” tambah Jennings.

Isterinya, Kristen Jennings, seorang guru mengulas, “Persembahan yang amat bertenaga! Ia sangat berwarna-warni dan sungguh menarik!” Beliau memuji pilihan warna dan pakaian dengan bijak dalam persembahan itu telah menambah warna ke atas persembahan dan tarian menjadi lebih elegan. “Warna-warni sangat menyemarakkan persembahan, dan pakaiannya sangat cantik! Ia telah menambahkan begitu banyak kemeriahan kepada pengalaman visual penonton, terutamanya alunan penari yang elegan. Ya, ia benar-benar cantik,” katanya.

Kristen berkata setiap orang harus memulihara dan menghargai budaya ini. “Budaya ini sangat indah sehingga ia harus dipulihkan dan dihargai. Sangat penting untuk kita semua menonton persembahan yang sebegitu sempurna.”

Hati terasa hangat dengan menonton Shen Yun.

Sebagai seorang pendidik, Kristen percaya lebih ramai kanak-kanak perlu dibenarkan menonton persembahan Shen Yun untuk meneruskan pengetahuan mengenai budaya ini. “Jika kita boleh membenarkan lebih ramai kanak-kanak menonton persembahan, maka budaya ini mampu diteruskan. Mereka boleh menikmatinya dan berkongsi apa yang mereka lihat dengan orang lain,” katanya.

“Saya rasa Shen Yun ada kaitan dengan apa yang kini hilang daripada masyarakat di China,” tambahnya. Kristen berpendapat semua orang harus memulih dan menghargai budaya ini. “Budaya ini sangat indah, jadi ia harus dipulihkan dan dihargai. Sangat penting untuk kita semua menonton persembahan yang begitu sempurna dan ini mutlak.”

Adakah hatinya bergema dengan konotasi Ketuhanan dalam budaya ini? Kristen mengangguk dan berkata ya, dan beliau berkata, “Saya tahu hati saya terasa hangat tersentuh dan saya tahu saya menonton (persembahan) dengan mata terbuka. Setiap tarian menceritakan kisah, seolah-olah ia membawa anda kembali ke masa lampau dan membuat anda memikirkan tentang kehidupan anda sendiri.”

Pasangan itu memuji nyanyian soprano Shen Yun sebagai luar biasa, konotasi liriknya penuh dengan kerohanian, dan nilai yang disampaikan mempunyai nilai universal.

“Ini satu fenomena! Oh,Tuhan! Saya agak terkejut melihat nyanyiannya. Sangat menyentuh hati! Penuh emosi dan konotasi. Ya, saya sukakan nyanyian soprano,” katanya dengan perasaan seperti dibuai khayalan.

Pasangan Jennings juga memuji, “Soprano yang unggul, sangat cantik dan indah!”

Lirik yang menyeru semua orang untuk kembali kepada tradisi dan kerohanian. “Kami jarang mengalami konotasi seperti ini dalam budaya kami. Jadi sebagai perbandingan, ini adalah budaya yang unik! Saya terasa bergema dan terpanggil dengannya. Nilai-nilai di dalamnya mempunyai nilai sejagat,” tambah pasangan Jennings.

Shen Yun hebat dan mempesonakan ketika Ketua Pegawai Operasi syarikat dan isterinya memuji: Ia juga penuh dengan konotasi kerohanian.

COO Craig Hyslip dan isteri kagum dengan persembahan hebat dan pesona Shen Yun Performing Arts (Gambar oleh Lin Nanyu / The Epoch Times)

Craig Hyslip yang berjawatan ketua pegawai operasi perniagaan keluarga, dan isterinya menonton persembahan Shen Yun bersama-sama. Ini adalah hadiah berharga yang mereka terima daripada cucu mereka—tiket Shen Yun. Mereka mengagumi “tarian dan muzik yang unggul” dalam persembahan Shen Yun. Pasangan Hyslip pada mulanya mengagumi persembahan itu dengan berkata: “Sungguh cantik!”

Craig Hyslip berpendapat tahap persembahan Shen Yun adalah “luar biasa cantik” dan “mengagumkan!” Isterinya pula berkata, “Terlalu cantik! Dan menakjubkan! Kostum dan warnanya cantik, dan penarinya sungguh menakjubkan. .”

Pasangan itu percaya bahawa “kisah yang dibawa Shen Yun mempunyai makna yang mendalam” dan “penuh konotasi rohani.” Hyslip berkata, “Ada yang tidak dapat dijangka, tetapi ia amat sempurna dan indah.” Isterinya juga berkata, “Saya suka kisah ini, dan sudah tentu ia menakjubkan.”

Pasangan Hyslip juga berkata bahawa persembahan Shen Yun menunjukkan rahmat manusia dari kehidupan yang lebih tinggi di syurga. Isterinya berkata, “Ia sangat menarik dan benar-benar bermakna. Saya mengingati semua adegan itu. Saya faham, dan saya sangat menyukainya. Bahagian dia ini.” Beliau berpendapat persembahan Shen Yun adalah yang terbaik, indah dan luar biasa.

Craig Hyslip ialah ketua pegawai operasi Griffin Greenhouse Supplies, sebuah syarikat kepunyaan keluarga yang berusia 74 tahun, yang menjadi broker dan pembekal perkakas kebun dan taman terbesar di Amerika Syarikat.

Pengasas syarikat perundingan: Menyaksikan persembahan Shen Yun dan mengimbau perasaan bahawa setiap orang mempunyai misi suci.

Jim Johnston dan isteri, Mary Johnston di hadapan Boch Center Wang Theatre selepas menyaksikan persembahan Shen Yun pada 13 November 2021 (Gambar oleh Wen Ye / The Epoch Times)

Jim Johnston dan isterinya Mary Johnston berkata bahawa mereka telah lama menantikan Shen Yun dan akhirnya menyaksikan persembahan itu tahun ini. Johnston ialah pengasas syarikat perundingan yang melatih CEO dan kakitangan pengurusan kanan yang lain. Beliau juga merupakan ahli lembaga penasihat editorial “Majalah CFO” dan telah menulis pelbagai artikel dalam banyak penerbitan.

Bermula dengan melihat pengenalan di laman web rasmi Shen Yun, Johnston mengetahui tujuan Shen Yun Performing Arts adalah untuk menghidupkan semula kebudayaan berusia lima ribu tahun di China, dan untuk mempersembahkan budaya tradisional dari China yang terpenting dan paling asas sebelum Parti Komunis berkuasa di pentas dunia.

Beliau berkata ini adalah salah satu sebab mengapa beliau mahu menyaksikan persembahan Shen Yun. “Saya menyokong perkara ini Saya fikir memulihkan budaya tradisional adalah idea yang baik. Saya tidak tahu banyak tentang kebudayaan tradisional China purba, tetapi saya jelas menolak komunisme. Saya tahu perkara ini dengan baik.”

Berkenaan dunia kerohanian-Buddha yang ditunjukkan dalam persembahan itu, Jim Johnston berkata, “Saya percaya sebelum kita lahir ke bumi, kita hidup bersama Tuhan, dan setiap daripada kita mempunyai misi-misi suci. Persembahan ini mengingatkan saya sekali lagi. Idea-idea ini.”

Rima Shen Yun sangat indah.

Pasangan Johnston juga menyentuh daripada pengenalan persembahan itu, “Saya sedar bahawa para penari adalah yang terlatih, tetapi latihan mereka bukan sahaja tarian, tetapi juga daya tarikan semula jadi yang diperoleh daripada peningkatan kehidupan kerohanian. Saya sangat gembira tentang perkara ini.”

Selain itu, Jim Johnston juga menyukai muzik yang dimainkan oleh Orkestra Shen Yun. Apa yang lebih dikagumi oleh Johnston ialah “suara tenor menusuk kalbu yang dinyanyikan menggunakan kaedah nyanyian tradisional yang memulihkan gema fon kepala yang hilang.”

Seperti suaminya, Mary Johnston turut terharu dengan persembahan yang telah lama dinanti-nantikan dengan berkata, “Saya menyukai persembahan ini, dan saya menyukai tarian yang dipersembahkan. Rima adalah perkataan baharu bagi saya, tetapi saya benar-benar belajar daripada para penari. Saya nyata mengalaminya sendiri. Pesona seperti ini, pesona semacam ini adalah tersangat indah.”

Pemandu teksi di Liverpool kunci pengebom berani mati dalam kereta, sempat lari

0

Mempercayai kata hati dan naluri sendiri adalah satu perkara baik yang boleh kita amalkan dalam kehidupan sehari-harian.

Mana tahu, ia boleh mengelakkan perkara buruk daripada diingini, samalah seperti apa yang terjadi di Liverpool, England ini.

Seorang pemandu teksi, David Perry dianggap sebagai hero tempatan apabila dia bertindak mengunci pengembom berani mati di dalam teksinya.

Tindakannya itu hanya beberapa saat sebelum bom pada individu terbabit meletup. Mujurlah umur  David masih panjang dan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Dia kini menerima rawatan di hospital berdekatan. Pada hari kejadian, David memberhentikan teksinya di luar wad bersalin di sebuah hospital di sana.

Difahamkan bahawa wad itu terletak kurang sebatu daripada kawasan sasaran yang sepatutnya sempena Hari Peringatan yang diadakan di Anglican Cathedral, Liverpool.

Tindakan David turut membawa kepada penangkapan 3 lagi individu di bandar tersebut oleh pihak polis.

Identiti pengebom masih belum didedahkan dan bandar itu masih dalam keadaan berjaga-jaga selepas kejadian itu.

Terdahulu, pengebom tersebut telah meminta David menghantarnya ke gereja lokasi Hari Peringatan tersebut namun mereka terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Penumpang tersebut kemudian meminta David menurunkannya di hospital sahaja. Di hospital itulah David mula perasan keadaan individu agak mencurigakan dengan bahan letupan bersamanya.

Susulan daripada itu, David bertindak pantas dengan menguncinya di dalam kereta lalu segera melarikan diri sejauh mungkin daripada teksinya itu.

“David dalam keadaan yang agak teruk – telinganya dijahit, ada kesan lecurdan kecederaan lain yang agak serius”, kongsi seorang saksi di tempat kejadian.

Rakan David juga melancarkan kutipan dana menerusi GoFundMe dengan menyasarkan kutipan sebanyak £20,000 bagi membiayai kos rawatan, perbelanjaan keluarga serta teksi baharu untuk David.