27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 28, 2025
Utama Blog Laman 249

Salah sangka teh sebagai dadah, 2 beranak dipenjara di Australia

0

Gara-gara disangka mengimport 25 kilogram dadah, seorang ibu dan anak perempuannya dikenakan hukuman penjara 4 bulan di Australia.

Walhal sebenarnya mereka berdua membawa the halia perang dan kini mereka dalam proses untuk menyaman pihak berkuasa Australia sebagai ganti rugi.

Connie Chong Vun Pui dan anaknya, Melanie Lim San Yan terdahulu membawa teh tersebut yang popular digunakan untuk meredakan sakit menstruasi di Malaysia untuk dijual di negara tersebut.

Semuanya tiada masalah pada awalnya namun pihak polis kemudiannya menyerbu rumah mereka yang terletak di Barat Daya Sydney pada bulan Januari.

Serbuan itu susulan rampasan penghantaran teh di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang menafsir ia adalah ‘amphetamine’.

Mereka kemudian dipenjarakan tanpa jaminan walaupun pihak berkuasa masih belum maklum tentang ujian dalam mengenalpasti bahan itu yang memakan masa berminggu dan berbulan lamanya.

Tuduhan juga tidak ditarik balik sehingga 10 Ogos apabila pihak polis New South Wales menerima analisis forensik mereka.

ABF difahamkan telah menggunakan ujian ‘hazmat’ untuk mengenalpasti produk yang diimport sebagai ‘phenmetrazine’ – bahan terlarang yang digunakan untuk tujuan rekreasi.

Walau bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menghasilkan spectrum bahan yang serupa dengan ‘phenmetrazine’.

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai terkemuka kes itu, Tara Conaghan, untuk menyatakan kebimbangan terhadap ujian itu.

“Ringkasnya, kita tidak boleh mengambil keputusan ABF ini bahawa sampel mengandungi atau tidak mengandungi Phenmetrazine”, tulis penganalisis itu kepada Conaghan.

Mahkamah mendengar bahawa Conaghan gagal menyampaikan maklumat ini kepada pasukan pertahanan wanita.

Ketika menyoal balas Conaghan, peguam Chong, Steve Boland bertanya kepadanya mengapa dia tidak mendedahkan maklumat baharu ini kepada wanita itu lebih awal dan dia menjawab : “Kerana dadah masih menunggu untuk diuji sepenuhnya”.

“Jadi mereka perlu duduk di penjara?”, tanya Boland yang kemudian tidak menerima apa-apa jawapan. “Saya anggap soalan itu tidak akan dijawab”, tambahnya.

Chong dan Lim tidak diikat jamin sehingga Mei dan kini menyaman kos, yang enggan dibayar oleh Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel.

Kes difahamkan takan ditangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

Pengumpul barang terpakai bina rumah dan rumah tangga selepas temui cincin berlian bernilai RM24,000 dalam sampah separuh terbakar

0

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah pepatah Melayu yang menggambarkan untung nasib dan rezeki seseorang, seperti yang berlaku kepada seorang pengumpul barang terpakai dari Indonesia ini.

Kisahnya, pengumpul barangan terpakai itu berasa sangat gembira apabila dia menemui sebentuk cincin berlian yang kebetulan juga amat sepadan diacukan ke jari manisnya.

Menurut Suara.com, Harianto yang berusia 34 tahun menemui cincin itu sejak lima tahun lalu setelah berlaku kebakaran di tempat pembuangan sampah Supit Urang di Daerah Sukun, Kota Malang, Indonesia.

Gambar Hiasan / Pixabay

Lima hari selepas tragedi, bapa kepada tiga anak itu menemui sebentuk cincin berlian bernilai 80 juta Rupiah (RM 24,000) ketika sedang mengais-ngais sampah yang separuh terbakar.

Harianto, yang pada mulanya merasakan cincin yang ditemuinya itu tidak bernilai, telah menjualnya pada keesokan hari dan menggunakan wang itu untuk membina sebuah rumah berhampiran rumah ibu bapanya.

“Ia adalah cincin berlian. Ia selebar jari manis saya dan terdapat sebutir berlian sebesar biji jagung. Keesokan harinya saya menjual cincin itu kepada Sawojajar dan saya amat terkejut apabila mendapati cincin itu berharga 80 juta Rupiah,” kata Harianto.

Harianto yang bekerja sebagai pengutip sampah selama 25 tahun menambah, setelah memiliki rumah sendiri, ia memberi keyakinan kepadanya untuk meminang teman wanitanya.

Pasangan suami isteri itu kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya telah lama berteman wanita, tetapi tidak berani untuk berkahwin. Tetapi apabila saya telah mendapat rumah, saya terus melamarnya,” kata Harianto.

“Saya bersyukur kerana dapat membina rumah tangga dengan bahagia bersama kurniaan anak-anak dan ia cukup bagus untuk bekerja seperti ini walaupun ia kotor,” tambahnya.

Harianto mendedahkan dia memperolehi pendapatan antara 80,000 dan 100,000 Rupiah (RM23.42 hingga 29.27) dalam sehari.

Menurut Ketua UPT Supit Urang TPA Budi Heriyanto, pengumpul barangan terpakai sering menemui item berharga termasuk paling mengejutkan senjata api dan bayi baru lahir.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan editor:

Rupa mi segera ‘aneh’ ini dimasak oleh bapa mertua seorang pengguna internet. Ada yang hilang selera, ada yang kata sedap…

0

Ekoran mudah dan cepat disediakan, mi segera kerap menjadi pilihan majoriti daripada kita untuk dinikmati terutamanya tatkala sedang lapar.

Tidak kurang juga, ada segelintir daripada kita yang sempat mengolah resipi dan bahan masakan yang boleh ditambah agar hidangan itu lebih menarik dan bernutrisi.

Baru-baru ini, seorang individu dari Taiwan berkongsi foto hidangan mi segera yang dimasak oleh bapa mertuanya di internet.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian wargamaya memandangkan rupanya yang seakan sudah rosak dan dipenuhi ulat berenga (maggot).

“Mi segera ini dimasak oleh bapa mertua saya dan ianya adalah mi segera yang dikukus bersama telur. Saya hampir menjerit apabila membuka periuk”, kata individu itu.

Menurutnya, sekali pandang daripada atas, permukaan hidangan itu memang kelihatan seperti makanan rosak dan dipenuhi ulat berenga.

Namun apabila dia mula menyenduk hidangan itu, jelas kelihatan telur kukus pada bahagian bahawa mi segera terbabit.

Tentulah perkongsian itu mengundang pelbagai komen netizen. Ada yang berkata, “Ya Tuhan, ini adalah ulat berenga. Hilang selera saya melihatnya”.

Namun ada pula yang berkata, “Saya pernah masak hidangan sebegini. Mi segera kembang dan menyerap telur. Boleh dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro. Ia sangat sedap”.

Apa pendapat pula anda?

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan editor:

Lemas ketika mandi-manda di kolam renang, mujur kanak-kanak ini cepat diselamatkan orang ramai

0

Kejadian lemas boleh berlaku bukan sahaja di pantai atau sungai malah jika tidak berhati-hati kejadian ini boleh berlaku di kolam renang. Jadi, tidak kira di mana pun, setiap orang perlu berhati-hati ketika bermandi manda terutama jika mereka memiliki anak kecil.

Baru-baru ini berlaku kejadian lemas yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kolam renang. Tidak diketahui bagaimana dia boleh lemas, tetapi detik cemas tersebut mengejutkan orang ramai yang ada di situ.

Kanak-kanak tersebut walau bagaimanapun masih bernasib baik apabila ada beberapa orang yang melihat keadaannya terus cuba untuk menyelamatkannya. Kelihatan beberapa orang lelaki berusaha melakukan kaedah resusitasi kardio-pulmonari atau Cardiopulmonary resuscitation (CPR) untuk menyelamatkan mangsa berkenaan.

Pada mulanya tiada reaksi daripada kanak-kanak lemas itu. Badannya masih tidak memberi sebarang respons tetapi pemuda-pemuda itu terus melakukan CPR dan akhirnya barulah budak perempuan tersebut mula sedar semula.

Kejadian seperti ini memberitahu kita bahawa pengatahuan mengenai CPR adalah sangat penting kerana malang tidak berbau. Jadi, adalah lebih baik untuk mempelajari teknik-teknik CPR yang betul untuk persediaan akan datang.

Berikut adalah kaedah melakukan bantuan asas hayat seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah pertama
D – DANGER
Pastikan persekitaran anda dan pesakit selamat
1. Pastikan anda berada  dalam keadaan selamat untuk menghampiri  mangsa.
2. Alihkan objek yang berbahaya seperti wayar elektrik jika terdapat daripada mangsa.
3. Jika mangsa berada dalam keadaan bahaya cuba alihkan mangsa apabila keadaan selamat.
4. Pastikan mangsa berada di permukaan yang keras dan rata, seterusnya betulkan dan luruskan badan mangsa.
Langkah kedua
R – RESPONSE
Periksa tindak balas mangsa

1. Panggil mangsa dengan suara yang lantang berhampiran telinga mangsa dan tepuk kedua-dua bahagian bahu mangsa dengan sederhana untuk  cuba mengejutkan mangsa.
2. Jika mangsa tidak mempunyai sebarang tindak balas , dapatkan bantuan orang lain dan  segera menelefon talian kecemasan  999 terlebih dahulu sebelum memberikan bantuan seterusnya.
3. Jika anda berada dalam kawasan yang  anda tahu mempunyai  mesin AED minta bantuan orang lain untuk mendapatkan alat tersebut.
Langkah ketiga
A – AIRWAY
Buka saluran pernafasan

1. Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan dahi dan  mengangkat dagu mangsa ke atas.
2. Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak.
3. Jika tidak, periksa jika terdapat sebarang benda asing di dalam mulut mangsa dan cuba keluarkan jika  benda asing itu dapat dilihat dengan jelas.
Langkah keempat
B-BREATHING
Bantu pernafasan
1. Periksa dada mangsa jika terdapat sebarang tanda-tanda bahawa pesakit masih bernafas seperti pergerakan dada ke atas dan ke bawah secara tetap.
2. Jika pesakit tidak bernafas, mulakan tekanan dada.
Langkah kelima
C – CIRCULATION
Peredaran darah dan tekanan dada

1. Lakukan tekanan dada kepada mangsa sebanyak 30 kali secara berterusan dan diikuti dengan memberi dua hembusan nafas  dan lakukannya sebanyak lima kali pusingan.
2. Semasa melakukan tekanan dada, pastikan kedua-dua tangan anda diletakkan di atas  bahagian tengah dada mangsa dan lakukannya dalam kelajuan 100  hingga 120 kali tekanan seminit dengan kedalaman  5 hingga 6 cm.
3. Pastikan juga dada pesakit naik sepenuhnya semasa melakukan tekanan dada  untuk membenarkan aliran darah dapat kembali ke jantung.
4. Jika terdapat lebih daripada seorang yang terlatih dalam melakukan bantuan asas  hayat ini  lakukan giliran setiap lima pusingan untuk mengelakkan keletihan dan memastikan  kualiti bantuan asas hayat yang tinggi.
5. Elakkan sebarang gangguan semasa melakukan bantuan asas hayat ini.
6. Anda juga boleh melakukan bantuan asas hayat ini dengan melakukan tekanan dada sahaja secara berterusan dan ini dikenali juga sebagai ‘Chest compression only  cardiopulmonary resuscitation’ tanpa memberi sebarang bantuan pernafasan.
7. Teruskan melakukan tekanan dada sehingga bantuan kecemasan tiba atau pesakit kembali sedarkan diri, ataupun penyelamat tidak dapat meneruskan bantuan akibat keletihan.
8. Jika pesakit sedar, posisikan pesakit secara mengiring dengan sebelah tapak tangan diletakkan di bahagian bawah pipi mangsa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Malaysia hantar 3,600 pokok hidup setinggi 18 meter ke Qatar bagi tujuan mempromosi kelestarian alam sekitar

0

Sebanyak 3,600 pokok hidup telah berjaya dihantar dari Malaysia ke Qatar. Pencapaian mengagumkan ini diumumkan oleh Elegancia Group baru-baru ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat itu untuk mempromosikan kelestarian dan masa depan yang lebih menghijau untuk Qatar. 

The Peninsular Qatar melaporkan sebuah kapal khas perlu digunakan untuk mengendalikan projek yang kompleks dan rumit serta melalui cabaran logistik untuk menghantar pokok yang besar dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua minggu.

The Peninsular Qatar / Twitter

Pokok-pokok gergasi itu yang setinggi 18 meter, ditempatkan dalam muatan kapal dengan pegangan bertutup pada kedalaman 20 meter. Ketua Pegawai Eksekutif Elegancia Group, Henrik Christiansen menjelaskan:

“Penghantaran sejumlah besar pokok pelbagai saiz pada jarak sejauh 3,000 batu nautika adalah satu peristiwa penting dalam sejarah perkhidmatan kami. Walaupun sifat operasi yang mencabar, keupayaan unik dan profesionalisme kami yang berpengalaman dan berkelayakan tinggi menggunakan kepakaran yang tiada tandingan dalam perancangan dan pelaksanaan, mengukuhkan lagi rekod prestasi cemerlang kami dalam menyampaikan projek menjadi lebih cemerlang.”

The Peninsular Qatar / Twitter

Walaupun perjalanan mungkin hanya mengambil masa 2 minggu, projek itu sendiri mengambil masa beberapa bulan dalam perancangan dan koordinasi. Pokok-pokok yang besar itu perlu disediakan untuk perjalanan bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada akarnya.

Untuk membangunkan semula sistem akar baru, keseluruhan prosedur mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 bulan.

The Peninsular Qatar / Twitter

Sebelum memulakan perjalanan, kawasan di mana pokok-pokok ini diletakkan telah dibersihkan dan disanitasi. Buaian kayu dan perancah juga telah dipasang untuk menyokong pokok di sepanjang perjalanan.

Selain itu, beberapa pakar telah diupah untuk menguruskan susunan pokok serta pengairannya sehingga kapal khas itu selamat sampai ke Doha.

KJ seru orang ramai dapatkan dos penggalak, terutamanya penerima Sinovac

0

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyeru orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak, terutamanya kepada penerima vaksin Sinovac.

Dalam satu kenyataan dimuat naiknya di Twitter, beliau menjelaskan keperluan golongan tersebut untuk diberikan suntikan penggalak terlebih dahulu.

“Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih awal. Itulah sebabnya kami mahu anda mengambil apa sahaja penggalak yang ditawarkan”, tulis Khairy.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi graf data kemasukan kes COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, di mana kebanyakan pesakit kategori 4 dan 5 adalah penerima Sinovac.

Tempoh penurunan keberkesan lebih cepat cepat juga adalah faktor mengapa jarak masa antara suntikan penggalak Sinovac adalah 3 bulan, berbanding 6 bulan untuk Pfizer dan Astrazeneca.

Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa jangkitan kes COVID-19 kini banyak datangnya daripada kontak rapat keluarga dan rakan.

“”Sebab itu, perlu amalan #TRIIS adalah penting, terutamanya MAKLUMKAN kepada keluarga & rakan jika anda telah diuji positif supaya mereka boleh melakukan ujian kendiri dengan cepat”.

Ringkasnya, TRIIS merujuk kepada ‘test’ (uji), ‘report’ (lapor), ‘isolate’ (asing), ‘inform’ (maklumkan) dan ‘seek’ (cari).

Bermula 22 November, individu boleh mula mendaftar diri untuk menerima suntikan penggalak.

Nama samaran itu namanya sebenar, lelaki diberitahu pernah diculik 20 tahun lalu bertemu semula ibu kandung di Shenzhen

0

Nampaknya segala-galanya telah diaturkan dengan takdir pertemuan, ucap seorang lelaki bernama Zeng dari Shenzhen di China dengan gembira. Lelaki ini akhirnya bertemu semula dengan ibu kandungnya selepas diculik dan diperdagangkan selama 20 tahun. Lebih mengejutkan apabila mendapati nama samaran yang ditukar selama ini adalah namanya yang sebenar.

Pada 19 November, wanita bernama Xie yang tinggal di Songgang, Shenzhen bertemu semula dengan anak lelaki kandungnya yang telah terpisah selama 20 tahun. Ibu dan anak menangis teresak-esak dalam pertemuan menyayat hati yang diaturkan oleh Biro Sekuriti Awam Shenzhen Nanshan menerusi padanan ujian DNA.

Tangkap Skrin /NTDTV

Satu rakaman video yang memaparkan pertemuan semula yang dinanti-nantikan oleh si ibu yang merindui selama 20 tahun itu menjadi tular di platform media sosial di China.

Menurut laporan Southern Metropolis Daily, Xie mengingati insiden kehilangan anak lelakinya ketika dia dan keluarga telah pergi ke Shenzhen dari Maoming untuk berniaga dan membuka kedai serbaneka di Songgang. 

Pada suatu petang 20 tahun lalu, anaknya secara tidak sengaja telah hilang dan mereka mengesyaki dia diculik. Sejak itu, keluarga Xie memulakan proses yang panjang untuk mencari anak lelakinya.

Xie berkata setelah kehilangan anaknya, dia kehilangan berat badan sebanyak 11 kilogram dalam masa seminggu. Pernah suatu ketika terlintas di fikirannya untuk membunuh diri. 

“Keluarga saya memujuk supaya saya jangan pergi dan terus kuat, kerana anak saya tidak akan mempunyai ibu lagi jika dia datang kelak untuk menemui saya pada masa akan datang. Saya berpegang dengan perkataan itu sehingga hari ini.” kata ibu yang tabah ini.

Tangkap Skrin / NTDTV

Selama tempoh 20 tahun itu, Xie tidak pernah meninggalkan Songgang. Wanita ini sentiasa menaruh harapan pada suatu hari nanti anak lelakinya akan menemui jalan pulang. Pada tanggal 15 April adalah hari lahir anaknya. Xie berkata dia akan menangis untuk masa yang lama pada setiap kali tibanya hari itu.

“Saya hanya berharap dapat berjumpa dengannya selagi hayat saya masih ada,” katanya yang mana kini harapan dan hajatnya akhirnya dimakbulkan.

Anak lelaki kandung Xie, Zeng berkata dia dibesarkan di Jieyang, Chaoshan, dan merupakan anak tunggal dalam keluarga. Ibu bapa angkatnya melayannya dengan baik. Selama lebih 20 tahun, ibu bapa angkatnya tidak pernah menceritakan pengalaman hidupnya, tentang bagaimana dia diambil sebagai anak angkat.

Tiga tahun lalu, Zeng berhijrah ke Tanglang di Shenzhen tidak jauh dari Songgang untuk bekerja, dan menukar namanya kepada nama samaran kerana dia berasa namanya semasa kecil yang diberikan ibu bapa angkat agak pelik.

Pertemuan semula anak dan ibu kandung ini berjaya diatur setelah pihak polis mengenal pasti sampel darah dihantar Zeng yang diberitahu dirinya pernah diculik di Shenzhen adalah sepadan dengan sampel darah yang dihantar semula oleh Xie pada bulan Ogos lalu.

Tangkap Skrin / NTDTV

Apabila Zeng mengetahui nama asal semasa kecil yang sama dengan nama samaran diberinya, dia berasa amat terkejut sambil berkata, “Tanpa disangka, saya dipanggil dengan nama ini. Nampaknya semuanya telah diaturkan dengan takdir pertemuan.”

Video pertemuan semula ibu dan anak kandung ini menjadi tular di Weibo, membuat ramai netizen yang menjadi anak angkat berasa tersentuh hati dan memberikan komen mereka:

“Saya dipanggil dengan nama yang diberi sejak kecil, jadi hanya tahu nama itu dalam fikiran separa sedar ketika itu. Iri hati dengan dia yang tiba-tiba berubah menjadi kaya sekarang.”

“Mungkin dalam separa sedar ada yang boleh ingat perkara asal yang lama berlalu, tetapi saya tidak ingat apa-apa.”

“Inilah namanya rezeki diterima pada masa kegelapan.”

Lelaki ini kongsi kisah sedih jumpa ‘atuk’ kerja hantar makanan demi sara diri

0

Kadang kala, kuasa internet berupaya untuk mendedahkan sisi murni masyarakat alam maya, terutamanya apabila ia melibatkan warga emas.

Baru-baru ini, tular mengenai satu video menunjukkan seorang warga emas dipercayai berusia 68 tahun bekerja sebagai penghantar makanan Grab Food.

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @danielashraf370. Warga emas terbabit difahamkan telah terlibat dalam ekonomi gig itu dengan harapan ia dapat menyara dirinya.

Warga emas berkenaan sebelum ini dipercayai bekerja sebagai pemandu lori dan telah pun bekerja sebagai penghantar makanan sejak 2 bulan yang lalu.

Sangat menyentuh perasaan apabila warga emas yang digelar sebagai ‘atuk’ itu berjalan perlahan dengan keadaan tubuh yang bongkok demi mencari rezeki.

Mana tidaknya, kita sedia maklum pekerjaan penghantar makanan ini memerlukan pergerakan fizikal yang banyak dan sangat memenatkan.

Ia sama sekali tidak sesuai sebenarnya untuk individu berusia seperti atuk.

“Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga. Hati ini tengok atuk teringat arwah atuk saya”, tulis Daniel.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna TikTok lain turut berasa simpati dan berniat mahu membantunya.

@danielashraf370/TikTok

Kesalahan tinggalkan anak kecil sendirian di dalam kenderaan boleh didenda atau dipenjara- MKN

0

KUALA LUMPUR- Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini ada mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan anak mereka di dalam kenderaan bersendirian.

Amaran tegas tersebut dimuat naik di laman Facebook milik MKN pada hari Jumaat, 18 November lalu.

Kecuaian meninggalakan anak kecil bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan merupakan kesalahan serius dan boleh diambil tindakan tegas.

Kecuaian tersebut adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Facebook | Majlis Keselamatan Negara

Ramai yang tidak tahu bahawa air rebusan rumput ini boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kucing

0

Ramai yang akan membawa kucing mereka berjumpa doktor jika haiwan kesayangan mereka tidak sihat. Berapa pun sanggup dibelanjakan asalkan kucing mereka sihat dan aktif seperti biasa. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada tumbuhan semula jadi yang boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kucing.

Tumbuhan yang dimaksudkan ialah sejenis rumput yang dipanggil ‘Rumput Pendul’. Rumput ini dikatakan boleh merawat kucing yang menhidapi penyakit Parvo, selesema atau demam.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan air rebusan rumput ini kepada kucing yang sakit. Jika ada kucing anda yang tiada selera makan, boleh juga diberikan air rebusan rumput ini kepadanya.

Bagi yang mahu mencari rumput ini, anda boleh cuba mencarinya di kawasan lapang yang tanahnya agak lembap. Rumput jenis ini biasanya tumbuh meliar di kawasan seperti itu dan tidak akan tumbuh di celah pohon yang besar kerana rumput ini suka akan tempat terang dengan cahaya matahari.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat air rebusan Rumput Pendul:

  1. Cabut rumput ini bersama akarnya.
  2. Bersihkan tanah dari akar dan daun.
  3. Patahkan daun, batang dan akar dan masukkan ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Pastikan api tidak besar kerana khasiatnya akan hilang.
  4. Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
  5. Bila sudah sejuk, berikan sekitar 10ml hingga 20ml kepada kucing yang sakit pada waktu pagi dan malam.

Air rebusan lebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi pastikan tidak lebih daripada dua minggu kerana khasiatnya akan hilang.

Sumber: Facebook

Pilihan Editor: