30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGlobalSalah sangka teh sebagai dadah, 2 beranak dipenjara di Australia

Salah sangka teh sebagai dadah, 2 beranak dipenjara di Australia

Gara-gara disangka mengimport 25 kilogram dadah, seorang ibu dan anak perempuannya dikenakan hukuman penjara 4 bulan di Australia.

Walhal sebenarnya mereka berdua membawa the halia perang dan kini mereka dalam proses untuk menyaman pihak berkuasa Australia sebagai ganti rugi.

Connie Chong Vun Pui dan anaknya, Melanie Lim San Yan terdahulu membawa teh tersebut yang popular digunakan untuk meredakan sakit menstruasi di Malaysia untuk dijual di negara tersebut.

Semuanya tiada masalah pada awalnya namun pihak polis kemudiannya menyerbu rumah mereka yang terletak di Barat Daya Sydney pada bulan Januari.

Serbuan itu susulan rampasan penghantaran teh di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang menafsir ia adalah ‘amphetamine’.

Mereka kemudian dipenjarakan tanpa jaminan walaupun pihak berkuasa masih belum maklum tentang ujian dalam mengenalpasti bahan itu yang memakan masa berminggu dan berbulan lamanya.

Tuduhan juga tidak ditarik balik sehingga 10 Ogos apabila pihak polis New South Wales menerima analisis forensik mereka.

ABF difahamkan telah menggunakan ujian ‘hazmat’ untuk mengenalpasti produk yang diimport sebagai ‘phenmetrazine’ – bahan terlarang yang digunakan untuk tujuan rekreasi.

Walau bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menghasilkan spectrum bahan yang serupa dengan ‘phenmetrazine’.

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai terkemuka kes itu, Tara Conaghan, untuk menyatakan kebimbangan terhadap ujian itu.

“Ringkasnya, kita tidak boleh mengambil keputusan ABF ini bahawa sampel mengandungi atau tidak mengandungi Phenmetrazine”, tulis penganalisis itu kepada Conaghan.

Mahkamah mendengar bahawa Conaghan gagal menyampaikan maklumat ini kepada pasukan pertahanan wanita.

Ketika menyoal balas Conaghan, peguam Chong, Steve Boland bertanya kepadanya mengapa dia tidak mendedahkan maklumat baharu ini kepada wanita itu lebih awal dan dia menjawab : “Kerana dadah masih menunggu untuk diuji sepenuhnya”.

“Jadi mereka perlu duduk di penjara?”, tanya Boland yang kemudian tidak menerima apa-apa jawapan. “Saya anggap soalan itu tidak akan dijawab”, tambahnya.

Chong dan Lim tidak diikat jamin sehingga Mei dan kini menyaman kos, yang enggan dibayar oleh Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel.

Kes difahamkan takan ditangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI