Kadang kala, kuasa internet berupaya untuk mendedahkan sisi murni masyarakat alam maya, terutamanya apabila ia melibatkan warga emas.
Baru-baru ini, tular mengenai satu video menunjukkan seorang warga emas dipercayai berusia 68 tahun bekerja sebagai penghantar makanan Grab Food.
Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @danielashraf370. Warga emas terbabit difahamkan telah terlibat dalam ekonomi gig itu dengan harapan ia dapat menyara dirinya.
Warga emas berkenaan sebelum ini dipercayai bekerja sebagai pemandu lori dan telah pun bekerja sebagai penghantar makanan sejak 2 bulan yang lalu.
Sangat menyentuh perasaan apabila warga emas yang digelar sebagai ‘atuk’ itu berjalan perlahan dengan keadaan tubuh yang bongkok demi mencari rezeki.
Mana tidaknya, kita sedia maklum pekerjaan penghantar makanan ini memerlukan pergerakan fizikal yang banyak dan sangat memenatkan.
@danielashraf370/TikTok
Ia sama sekali tidak sesuai sebenarnya untuk individu berusia seperti atuk.
“Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga. Hati ini tengok atuk teringat arwah atuk saya”, tulis Daniel.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna TikTok lain turut berasa simpati dan berniat mahu membantunya.
@danielashraf370/TikTok