31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 29, 2025
Utama Blog Laman 243

Mahkamah Rayuan kekalkan sabitan, hukuman Najib berkait kes SRC

0

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia melibatkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Ketiga-tiga panel hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Abdul Karim, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera) sebulat suara membuat keputusan itu, seperti apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa wang yang dipindahkan ke akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan terdapat kemasukan wang daripada dana SRC ke dalam akaunnya.

Dalam pembelaannya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa tindakannya adalah bagi kepentingan nasional.

Datuk Seri Najib sebelum itu diberikan kuasa istimewa dalam SRC berhubung peranannya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara (Nationali embarrassment)”, kata Abdul Karim selaku Pengerusi panel hakim.

“Kami bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa tuduhan pengubahan haram berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah”.

Panel hakim Mahkamah Rayuan juga mendapati tiada kekhilafan oleh Mahkamah Tinggi atas pendakwaan yang berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah.

Datuk Seri Najib sebelum itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu setelah hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 dijatuhkan ke atasnya.

Hukuman itu dijatuhkan ke atasnya selepas mendapati beliau bersalah atas 7 tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Ringkasnya, SRC merupakan subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Uncle Kentang bangga dipanggil ‘Ayah’ oleh anak angkatnya ‘Manja’ sejak 10 tahun lalu

0

Kehilangan ahli keluarga, terutamanya ibu bapa sudah pasti menyayat hati dan menjadi lebih perit lagi menyedihkan apabila individu itu adalah pencari nafkah buat keluarga.

Pada 5 Disember, dermawan Uncle Kentang telah memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai seorang kanak-kanak yang dipanggilnya Manja. 

Hantaran itu ditulis sempena hari lahir Manja yang kini sudah meningkat remaja dan Uncle Kentang mengimbau kisah mereka yang bermula 10 tahun lalu.

Uncle Kentang / Facebook

“Apabila saya bertemu dengan Manja, hidupnya sekeluarga berada dalam keadaan yang sangat daif. Rumah kayu mereka sudah tua dan mereput. Apabila mereka tidur pada waktu malam, mereka akan digigit oleh tentera semut hitam.”

“Untuk terus hidup, keluarga itu akan memotong telur kepada empat untuk dikongsi bersama,” cerita Uncle Kentang dengan sedih. Dikatakan bapa Manja, seorang pemandu teksi meninggal dunia kerana dipercayai dibunuh dan Manja sangat merindui bapanya.

Uncle Kentang / Facebook

Dermawan itu berkata seorang wartawan bernama Nell telah memberitahunya tentang keluarga ini, jadi beliau memberi perhatian kepada mereka dengan membelikan makanan serta keperluan asas lain untuk jangka masa panjang. 

Sejak itu Uncle Kentang menjalinkan hubungan rapat dengan keluarga ini dan suatu hari, Manja bertanya meminta kebenaran kepadanya:

“Boleh saya panggil ayah?”

Uncle Kentang / Facebook

Uncle Kentang terkejut pada mulanya tetapi gembira bercampur bangga kerana Manja adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai perwatakan dan sahsiah yang baik, jadi beliau membenarkan anak ini memanggilnya Ayah!

“Dia melayan saya seperti ayahnya sendiri dan sentiasa menyapa hormat saya. Dia tahu saya sangat sibuk dan tidak akan mempunyai banyak masa untuk melawat tetapi dia faham dan tidak pernah meminta apa-apa,” tulis Uncle Kentang.

Uncle Kentang / Facebook

Sudah 10 tahun berlalu dengan mereka terus berhubungan baik dan Manja kini telah memasuki Tingkatan 2. Sebagai seorang figura bapa, Uncle Kentang berharap agar Manja menjadi anak yang berbakti kepada ibunya dan keluarga serta mendoakannya dengan kehidupan yang baik di masa hadapan. 

Walaupun Uncle Kentang telah membantu ramai orang yang tidak terkira banyaknya, nampaknya Manja mempunyai tempat yang istimewa di hatinya. Selamat hari lahir buat Manja! Semua orang mendoakan Manja sekeluarga dan Uncle Kentang dengan segala yang terbaik!

Mangsa ‘langgar lari’, wanita kesal individu langgar keretanya tak mengaku salah. Mujur ada bukti ‘dashcam’..

0

Kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ kini merupakan satu alat yang menjadi kemestian pada masa kini berikutan aspek keselamatan.

Dengan adanya dashcam di kereta, segala kejadian dapat dirakamkan dan kelak boleh digunakan sebagai bukti.

Samalah seperti apa yang terjadi pada seorang wanita ini yang berasa kesal apabila keretanya dilanggar pada bahagian belakang oleh kereta jenis Perodua Bezza.

Malah, pemandu kereta Bezza itu tidak mengaku salah pula ketika menghubungi pihak polis. Namun mujurlah ada rakaman dashcam sebagai bukti.

Menurut wanita itu, dia memandu di laluan sebelah kiri dengan kelajuan 90 kilometer. “Aku memang nampak daripada cermin sisi, kereta belakang datang laju”.

“Dan terus langgar kereta aku sebelah kanan. Terus melulu ke depan tanpa berhenti. Ye, memang langgar lari. Bukti terang lagi bersuluh, depan belakang ada kamera”.

Syukurlah wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mungkin kerana dia memandu perlahan dan mampu mengawal stereng. Dia kemudian berhenti.

Syukurlah wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Mungkin kerana dia memandu perlahan dan mampu mengawal stereng. Dia kemudian berhenti.

“Bila polis tiba di lokasi kejadian, dia bawa ke pejabat PLUS di Yong Peng. Dalam kereta polis, aku tunjuk video dalam dashcam. Sarjan terus call owner kereta”.

Pemandu Bezza tersebut tidak mengaku pemanduannya sebegitu. Malah, pemandu itu turut memberikan alasan seperti salah nombor dan dia tidak memiliki kereta.

“Selesai report polis, dipendekkan cerita, petang sikit sarjan cakap dekat aku, owner kereta itu buat report polis juga di balai polis Muar”.

Kata sarjan, “Dia cakap awak daripada lorong kanan masuk ke lorong kiri. Lepas itu, dia rapat awak terus jalan saja”.

Dengan adanya rakaman dashcam pada kereta wanita itu, kesemua persoalan terjawab.

Wanita itu turut menasihati orang lain untuk mendapatkan dashcam dan jangan berkira untuk membeli dashcam yang berkualiti.

Ia adalah penting untuk memastikan keselamatan kita jika berlaku perkara tidak diingini seperti apa yang dialaminya.

Berikut adalah video kejadian.

Isteri menabung RM1,424 setahun, hasil kumpul baki wang dalam saku baju suami

0

Menabung sememangnya merupakan amalan murni yang bakal memanfaatkan kehidupan individu di kemudian hari. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita ini yang bertindak mengumpul wang ataupun syiling yang dijumpainya ketika membasuh pakaian.

Kisah itu diceritakan oleh seorang pengguna di Twitter, @WZullnaidi yang juga merupakan suaminya.

“Setiap kali dia terjumpa baki wang di dalam saku mahupun baju saya, dia akan memasukkannya ke dalam tabung”.

Setelah setahun menabung, mereka memecahkan tabung bagi mengetahui jumlahnya. Sungguh tidak disangka apabila amaunnya berjumlah RM1,424 (tidak termasuk syiling).

“Tipsnya mudah. Beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka. Letak di tepi mesin basuh”, tulisnya di Twitter.

“Sebelum membasuh seluar dan baju suami, seluk ke dalam poket. Baca Bismillah, insyaAllah jumlah duit baki yang suami tinggal ada”.

Tambahnya, tabungan itu juga lebih elok dimaklumkan kepada suami dengan harapan niat itu mendapat sokongan.

“Jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang atau baki bayar tol”. Masukkan juga apa-apa wang yang dijumpai di rumah ke dalam tabung.

Jika ada duit lebih juga, masukkan ke dalam tabung. “Jangan dok gatal-gatal nak simpan dalam poket balik”, tambahnya.

Cukup setahun maka barulah tabung itu dipecahkan dan dikira jumlahnya. Terpulanglah kepada hasrat masing-masing sama ada mahu memasukkan ia ke dalam bank atau digunakan.

Menurut Wan Zullnaidi, isterinya mahu mendermakan 10% daripada wang tabungan itu kepada masjid.

Seekor hamster comel dibawa pulang dan kucing ini sangat menyukainya. Peluk tak mahu lepas boleh buat hati terharu

0

Orang dahulu berkata kucing dan tikus sentiasa menjadi musuh semula jadi. Di luar bandar, banyak isi rumah akan memelihara kucing untuk membantu mereka menghapuskan tikus pemusnah yang jahat.

Boleh dikatakan kucing sangat tangkas menangkap tikus siap boleh menyusunnya satu-satu depan tuannya lagi. 

Tetapi hari ini zaman moden kucing dan tikus kampung pun faham guna gajet, bukan mahu bercerita kisah kucing dengan tikus, tetapi kucing dengan hamster. Walaupun tikus dan hamster kelihatan nampak lebih kurang sama spesiesnya, mereka itu agak berbeza apabila memperkatakan tentang kecomelannya.

Facebook

Walaupun semua orang boleh membezakan antara tikus dan hamster, tetapi ia hanyalah tikus pada pandangan kucing, dan semua itu adalah sama. Jadi jika anda ingin memelihara haiwan peliharaan, sebaiknya jangan simpan hamster bersama dengan kucing. Hamster itu kecil comel, jadi demi keselamatan baik jangan ditunjukkan kepada kucing. Takut lain pula jadinya. 

Beralih kisah sebaliknya, apabila seorang pemilik memelihara seekor anak kucing di rumah. Pemilik ini perlu bekerja setiap hari dan meninggalkan kucing comel itu bersendirian di rumah pada waktu siang. 

Facebook

Pemilik takut kucingnya menjadi bosan, lalu dia mencarikan pasangan kecil untuknya dan membawanya pulang. Bukan kucing tetapi seekor hamster kecil yang comel. 

Apabila si hamster mula-mula diperkenalkan ke dalam rumah, kucing itu sangat menyukainya dan jatuh cinta pandang pertama, spontan mencium dan memeluk hamster itu berkali-kali. 

Facebook

Pemiliknya memberitahu kucing itu mereka adalah kawan dan bukan makanan, dan kucing itu nampaknya faham. Jadi, si comel tidak melakukan apa-apa kekasaran kepada hamster, sebaliknya hanya membelainya dengan lembut.

Kucing bermain dengan hamster kecil setiap hari, memeluk erat hamster kecil itu supaya dia tidak hilang dari pandangan. Jadi dia enggan berenggang peluk tak mahu lepas.

Facebook

Jika kucing tidak dapat melihat hamster kecil, dia terpaksa mencarinya sekeliling rumah. Hamster kecil mungkin takut dengan keghairahan kucing itu yang bersikap terlalu melindungi, jadi dia tidak berani melawan.

Maka dibiarkan sahajalah begitu. Tak berani hamster bergerak lebih-lebih sebab rasanya terlebih sayang dia ni..

Bagaimana dapatkan nisbah sesuai air dan telur ketika membuat telur kukus? Netizen yang pakar kata ikut cara begini

0

Telur boleh bertukar menjadi pelbagai hidangan yang berkhasiat. Antaranya hidangan telur kukus yang lembut dan lazat. Digemari ramai tidak kira peringkat umur. Walaupun langkah-langkah membuat telur kukus tidak sukar, ia tidak dinafikan akan menguji kemahiran seseorang yang ingin membuatnya.

Seorang netizen di Taiwan menanyakan soalan dalam talian platform media sosial mereka ‘Road’ tentang bagaimana untuk menentukan nisbah telur dengan air semasa membuat telur kukus? Maka ramailah yang memberi komen dan petua mereka.

YouTube

Netizen ini ingin belajar membuat telur kukus, tetapi tidak memahami bagaimana untuk mendapatkan “nisbah sempurna” telur dan air. Dia mendapati telur kukus kelihatan mudah dibuat tetapi sebenarnya memerlukan pengetahuan dengan secukupnya.

Oleh itu, dalam kumpulan Facebook ‘Cooking Commune’, netizen ini mengajukan soalan, “Bolehkah seseorang mengajar saya apakah nisbahnya? 1:1.5. Sebiji telur berkos 1.5 untuk air? Saya tidak faham.”

Maka ramai netizen yang memberi respon akan hantaran di Facebook itu:

“Kalau telur 50 gram, air 75 gram.”

“1 biji telur dengan 100ml stok dan air.”

“Tiada nisbah sempurna. Lagi banyak air, lagi lembut telur kukus. Rupa sama sahaja seperti teknik lain telur kukus. Pastikan penutup pengukus tidak kedap udara, dan kelim mesti dibiarkan, jika tidak telur kukus akan menjadi seperti permukaan bulan.”

“Telur dengan 100ml air ikut nisbah betul.”

“Telur bersaiz sederhana purata 50 gram.” 

“Kaedah sebenar telur kukus ikut nisbah 1:1. Lebih baik guna air dan stok, guna serbuk bonito = telur kukus mangkuk teh Jepun (chawanmushi), dan mangkuk sup = telur kukus Cina (chinese steamed egg).”

“Setiap kali telur dengan saiznya masuk ke dalam mangkuk, sukat cara ini sebagai penanda.” 

“Paling ringkas, 4 biji telur + satu tin sup biasa jenama Niutou”.

Ramai juga yang mengatakan menggunakan kulit telur adalah kaedah yang paling mudah: 

“Saya akan memecahkan kulit telur dengan sekata yang mungkin, dan menggunakan kulit telur untuk menyukat air.”

“Kulit telur digunakan untuk mengukur air dengan sebiji telur dan dua kali air. Cengkerang telur separuh.” 

“Saya pernah melihat menggunakan kulit telur untuk mengisi air, iaitu sebiji telur, masukkan air dalam kulit telur tiga atau empat kali. Nisbah tidak tetap, bergantung kepada rasa kegemaran anda.”

YouTube

“Gunakan kulit telur yang sudah dipecahkan untuk mengisi air. Satu biji telur dan dua air adalah bersamaan dengan menuang air empat kali dengan separuh kulit telur.” 

“Ia akan dibahagikan kepada dua, separuh kulit telur sebagai cawan sukat iaitu air : telur = 4:1”

Lebih mudah tidak mahu buat perkara menjadi rumit macam semua netizen ini, tonton sahaja video di bawah:

MH370: Mungkinkah pesawat dengan kehilangan misteri akhirnya ditemukan lokasinya?

0

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, adalah salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

Seorang jurutera aeronautik Britain, yang telah menghabiskan lebih setahun bekerja dalam merungkai bencana itu, berpendapat dan mendakwa telah mengira di mana kedudukan sebenar MH370 terhempas, lapor BBC.

Richard Godfrey percaya Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi 2,000km barat Perth, di Australia Barat.

Twitter

Pesawat MH370 hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Richard Godfrey memberitahu BBC dia berharap “kami akan dapat memberikan ‘kesimpulan’ kepada waris dan jawapan kepada orang awam dan industri penerbangan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat MH370 dan bagaimana dapat menghalang tragedi yang sama pada masa hadapan.

Richard menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan, untuk menjajarkan ke lokasi baharu ini di Lautan Hindi Selatan.

Richard berkata ia adalah “latihan yang rumit”, tetapi sebelum ini terdapat kekurangan pemikiran lateral, merentasi pelbagai disiplin, untuk menyatukan perkara ini.

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung Oceanographic, serta data bersih WSPR (Weak Signal Propagation Reporter),” katanya.

Richard Godfrey berkata kerja dengan pasukannya telah dibangunkan selama setahun kini, dan “kami telah melakukan agak banyak ujian terhadap idea baharu ini dan kami berkeyakinan untuk menerapkannya ke atas MH370”.

Titik tepat yang ditentukan oleh pengiraan data adalah sekitar 33 darjah selatan dan 95 darjah timur di Lautan Hindi.

Terdapat dua pencarian meluas di Lautan Hindi untuk MH370, yang telah membuahkan keputusan tidak konklusif.

Twitter

Pencarian telah menelan belanja ratusan juta dolar, dan walaupun terdapat permintaan daripada ahli keluarga untuk mencari orang yang mereka sayangi, kos yang berkaitan dengannya adalah sangat besar.

Pencarian MH370 sebelum ini sukar kerana saiz kawasan pencarian.

Richard Godfrey berkata, “Kawasan seluas 120,000 km persegi telah dicari dan itu bukan mencari jarum dalam timbunan jerami – itu mencari sesuatu yang mikroskopik dalam timbunan jerami. Ia sangat sukar untuk dilakukan.”

Cadangan baharu jurutera ialah radius bulatan 40 batu nautika, jauh lebih kecil daripada carian sebelumnya.

“Serpihan itu mungkin berada di belakang tebing atau dalam ngarai di dasar lautan. Dan anda mungkin memerlukan tiga atau empat hantaran sebelum anda boleh mula membuat keputusan. Serpihan itu mungkin boleh terletak sejauh 4,000 meter dalam ,” jelasnya.

Lebih tiga puluh keping serpihan pesawat telah dihanyutkan ke pantai Afrika dan pulau-pulau di Lautan Hindi.

Pada 2009, Richard Godfrey sepatutnya menjadi penumpang Air France 447 dari Rio de Janeiro ke Paris, tetapi rancangan kerja membuatnya terpaksa kekal berada di Brazil.

Twitter

Penerbangan itu tidak pernah sampai ke destinasinya dan hilang di Lautan Atlantik. Dari sudut ini, Richard mula berminat dengan penerbangan yang hilang di lautan dan berusaha menyiasat untuk mencari lokasinya.

Richard Godfrey adalah pengasas MH370 Independent Group, merupakan seorang jurutera dengan latar belakang dalam membina sistem pendaratan automatik dan sistem autopilot untuk pesawat.

“Saya telah melakukan banyak kerja berkaitan sistem maklumat dan mengendalikan banyak data dan itu penting dalam analisis ini. Terdapat sejumlah besar data yang dapat dilalui dan menapis jarum dalam timbunan jerami,” katanya.

Tunggu tuan pulang di tingkap setiap hari selama 11 tahun, anjing setia ini akhirnya pergi buat selamanya

0

Tidak dapat kita nafikan lagi bahawa anjing merupakan haiwan yang setia terhadap insan kesayangannya bukan?

Malah mereka akan menunggu kepulangan tuannya di rumah dengan penuh sabar dan ceria apabila menyambut tuannya pulang.

Buat Roman, seorang pemuda di Chicago, Amerika Syarikat, dia sudah terbiasa dengan tabiat anjingnya, Toby menyambutnya pulang daripada tempat kerja.

Apabila Roman pulang, dia akan memandang tingkap untuk mengetahui sama ada Toby menunggunya ataupun tidak.

Toby nampaknya tidak pernah gagal memunculkan diri di tingkap itu untuk menyambut ketibaan tuan kesayangannya.

Rupanya, tabiat yang dilakukan oleh Toby ini sudah berlangsung selama 11 tahun. Namun semuanya berubah..

Ini kerana Roman sedang melalui situasi yang sangat memeritkan apabila anjing kesayangannya yang setia bersamanya itu sudah tiada lagi.

Difahamkan bahawa Toby menghidapi kanser dan sudah beberapa kali menjalani pembedahan namun tahap kesihatannya masih lagi buruk.

Selain itu juga, Toby turut menderita kegagalan buah pinggang tahap 4 pada tahun 2018. Malah pada Februari 2019, tubuh Toby semakin lemah hingga tidak berdaya untuk menelan makanan.

Tidak sanggup melihat Toby menanggung kesakitan, Roman memutuskan untuk membawa Toby ke klinik veterinar dan menidurkan Toby buat selamanya.

Roman dan Toby berjumpa pada 14 tahun yang lalu apabila Toby dibawa oleh bekas teman wanitanya ke rumah.

Toby yang berusia 2 tahun itu kemudian membuang air besar di ruang tamu rumah Roman, menyebabkan Roman tidak begitu menyukai Toby pada mulanya.

“Layanlah Toby macam kanak-kanak. Jangan selalu memarahinya”, pesan bekas teman wanita Roman.

Toby kemudian pandai mengambil hati Roman dan sentiasa mahukan perhatian daripadanya. Ia sekaligus mengubah cara layanan Roman terhadap anjingnya itu.

Setelah beberapa tahun kemudian, Roman dan Toby menjadi pasangan yang sangat rapat walaupun Roman dan bekas teman wanitanya itu berpisah pada akhirnya.

Sungguhpun tahun bertukar tahun, manusia datang dan pergi, Toby masih setia bersama menemani Roman.

Buat Roman, Toby adalah anjing yang sempurna dan semestinya tiada galang ganti. Bahkan sehingga kini, Roman masih lagi terbiasa memandang tingkap.

Jauh di sudut hati, dia seakan terasa akan kehadiran Toby di situ dan tidak pernah meninggalkannya..

Pekerja kafe malu besar tarian ditonton pelanggan. Yakin betul diri berseorangan..

0

Di kala bersendirian, anda rasa apa agaknya yang anda lakukan ya?

Ini kerana apabila berseorangan, kita bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa ‘diadili’ oleh sesiapa pun.

Pendek kata, pada waktu inilah kita boleh menjadi diri kita sendiri, 100 peratus!

Tetapi bayangkan jika anda melakukan sesuatu yang bakal dikesali di kemudian harinya, seperti apa yang terjadi pada seorang gadis di Korea Selatan ini.

Gadis tersebut difahamkan bekerja di sebuah kafe. Pada suatu malam, dia cukup yakin bahawa dirinya bersendirian.

Dia yang pada mulanya sedang mengemop lantai dengan senang hati kemudiannya menari dengan penuh bersemangat.

Tidak beberapa lama kemudian, muncul seorang lelaki di pintu masuk kafe tersebut dengan tidak semena-mena.

Lelaki yang dipercayai sebagai pelanggan itu berasa pelik melihat situasi itu dan bertindak berdiri sahaja di pintu masuk, tanpa mahu mengganggu pekerja terbabit.

Akan tetapi, sebaik sahaja gadis itu selesai berpusing, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang pelanggan sedang melihat ‘apa’ yang dilakukannya sebentar tadi.

Malah lebih melucukan, pelanggan itu kemudian menepuk tangan atas ‘persembahan’ gadis terbabit.

Gadis itu pula tertunduk malu kerana langsung tidak menyangka setiap gerak gerinya dilihat orang lain.

Anda tontonlah video penuhnya di sini.

Tersalah potong kaki pesakit, pakar bedah didenda RM12,900

0

AUSTRIA- Seorang pakar bedah telah dikenakan denda sebanyak $3,049 (RM12,900) oleh mahkamah selepas melakukan kesalahan dalam pembedahan yang dilakukan.

Doktor tersebut dilaporkan telah tersalah memotong kaki pesakit yang merupakan seorang warga emas. Pakar tersebut sepatutnya perlu melakukan pembedahan pada kaki kiri pesakitnya tetapi sebaliknya berlaku apabila dia telah memotong kaki sebelah kanan.

Walau bagaimanapun, kesilapan tersebut dikatakan hanya diketahui selepas dua hari pembedahan dilaksanakan.

Menurut laporan, pihak mahkamah mendakwa bahawa doktor yang tidak disebutkan nama itu bersalah atas kecuaian yang dilakukan dan dikenakan denda sebanyak RM 12,900.

Pesakit tersebut pula dilaporkan telah meninggal dunia sebelum kes tersebut dibicarakan. Balunya yang hadir ke mahkamah telah diberikan ganti rugi sebanyak $5,660 (RM 23,947.46).

Pesakit tiba di klinik Freistadt pada Mei lalu untuk melakukan pembedahan pada kakinya. Walau bagaimanapun, doktor tersebut dilaporkan melakukan kesalahan semasa menanda lampiran pada bahagian kaki pesakit.

Semasa menukar pembalut, barulah kesilapan yang dilakukan telah disedari dan pesakit kemudian telah diarahkan untuk memotong sebelah lagi kakinya.

“Punca dan kesilapan perubatan telah dianalisis secara terperinci,” jelas pihak hospital dalam satu kenyataan.

“Kami amat terkejut apabila kaki salah seorang pesakit yang berusia 82 tahun telah dipotong pada 18 Mei walaupun terdapat piawaian jaminan kualiti,” tambahnya lagi.

Menurut akhbar Austria, Kurier, pakar bedah tersebut ada memberitahu mahkamah bahawa terdapat isu yang melibatkan arahan semasa pembedahan dijalankan.

Menurut pihak mahkamah pula, doktor tersebut hanya menjawab ‘tidak tahu’ ketika ditanya mengapa dia tersalah menanda pada kaki pesakit.

Selepas kes dibicarakan, doktor tersebut dilaporkan telah dipindahkan ke hospital baharu.