27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGaya HidupKerana terlalu sayang akan ikan peliharaan, kanak-kanak 'seludup' ikan di dalam botol...

Kerana terlalu sayang akan ikan peliharaan, kanak-kanak ‘seludup’ ikan di dalam botol air dan bawanya ke sekolah

Baru-baru ini seorang ibu di Pennsylvania, AS, terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak prasekolah anak perempuannya yang berusia tiga tahun memberitahunya bahawa gadis kecil itu telah ‘menyeludup’ ikan peliharaannya ke dalam kelas.

Anak perempuan Lauren Scanlan, Peyton, dikatakan sangat menyayangi ikan peliharaanya yang diberi nama ‘Mermaid’. Jadi, minggu lalu si kecil itu telah membawa ikan kesayangannya ke sekolah menggunakan botol airnya.

Kehadiran ikan tersebut langsung tidak disedari oleh ibu dan gurunya sehinggalah tiba waktu untuk makan. Gurunya mula sedar bahawa terdapat sesuatu di dalam botol air Peyton dan terus menghubungi Lauren untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

Mendengar berita itu membuatkan Lauren sangat terkejut. Tidak hanya itu, menurut gurunya lagi, Peyton telah minum air di dalam botol tersebut kerana terlupa bahawa ada ikannya di dalam botol itu.

Lauren bertanya kepada anaknya mengapa dia memutuskan untuk membawa ikan itu ke sekolah, dan dengan mudah Peyton memberitahu ibunya kerana dia sangat sayang akan ikan peliharaanya.

Lauren juga memberitahu tentang detik ini kepada Today Parents. Menurut Lauren pengarah sekolah Peyton telah menelefon dan ingin tahu sama ada dia tahu bahawa Peyton telah membawa ikannya ke sekolah di dalam botolnya.

“Saya berkata tidak, saya tidak tahu bahawa Peyton telah membawa ikannya dalam botol. Saya berasa malu. Saya tidak tahu nak cakap apa.”

Lauren memberitahu bahawa pada awal pagi itu, Peyton kelihatan sangat mencurigakan semasa dia memberi makan ikan. Dia memberitahu ibunya supaya tidak datang ke tempat dia melakukannya. Pada ketika itu Lauren tidak menyangka bahawa Peyton telah memasuk ikannya ke dalam botol air.

Selepas itu, Lauren terlihat ada makanan ikan yang bertaburan di atas tanah dan menyangka itu mungkin sebabnya mengapa Peyton tidak membenarkannya datang melihatnya semasa memberi makan ikan.

Dia kemudian memberitahu anaknya bahawa dia akan membersihkan makanan ikan yang bertaburan itu. Peyton kemudian meletakkan botol airnya ke dalam beg dan mereka terus ke sekolah.

Apa yang paling comel Peyton tidak lupa untuk meletakkan sedikit makanan ikan ke dalam botolnya untuk Mermaid. Mendengar cerita itu, Lauren tidak jadi untuk memarahi anaknya. Peyton membuktikan yang dia sangat sayang akan ikannya dan dia adalah pemilik haiwan yang baik.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI