Kehilangan ahli keluarga, terutamanya ibu bapa sudah pasti menyayat hati dan menjadi lebih perit lagi menyedihkan apabila individu itu adalah pencari nafkah buat keluarga.
Pada 5 Disember, dermawan Uncle Kentang telah memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai seorang kanak-kanak yang dipanggilnya Manja.
Hantaran itu ditulis sempena hari lahir Manja yang kini sudah meningkat remaja dan Uncle Kentang mengimbau kisah mereka yang bermula 10 tahun lalu.

“Apabila saya bertemu dengan Manja, hidupnya sekeluarga berada dalam keadaan yang sangat daif. Rumah kayu mereka sudah tua dan mereput. Apabila mereka tidur pada waktu malam, mereka akan digigit oleh tentera semut hitam.”
“Untuk terus hidup, keluarga itu akan memotong telur kepada empat untuk dikongsi bersama,” cerita Uncle Kentang dengan sedih. Dikatakan bapa Manja, seorang pemandu teksi meninggal dunia kerana dipercayai dibunuh dan Manja sangat merindui bapanya.

Dermawan itu berkata seorang wartawan bernama Nell telah memberitahunya tentang keluarga ini, jadi beliau memberi perhatian kepada mereka dengan membelikan makanan serta keperluan asas lain untuk jangka masa panjang.
Sejak itu Uncle Kentang menjalinkan hubungan rapat dengan keluarga ini dan suatu hari, Manja bertanya meminta kebenaran kepadanya:
“Boleh saya panggil ayah?”

Uncle Kentang terkejut pada mulanya tetapi gembira bercampur bangga kerana Manja adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai perwatakan dan sahsiah yang baik, jadi beliau membenarkan anak ini memanggilnya Ayah!
“Dia melayan saya seperti ayahnya sendiri dan sentiasa menyapa hormat saya. Dia tahu saya sangat sibuk dan tidak akan mempunyai banyak masa untuk melawat tetapi dia faham dan tidak pernah meminta apa-apa,” tulis Uncle Kentang.

Sudah 10 tahun berlalu dengan mereka terus berhubungan baik dan Manja kini telah memasuki Tingkatan 2. Sebagai seorang figura bapa, Uncle Kentang berharap agar Manja menjadi anak yang berbakti kepada ibunya dan keluarga serta mendoakannya dengan kehidupan yang baik di masa hadapan.
Walaupun Uncle Kentang telah membantu ramai orang yang tidak terkira banyaknya, nampaknya Manja mempunyai tempat yang istimewa di hatinya. Selamat hari lahir buat Manja! Semua orang mendoakan Manja sekeluarga dan Uncle Kentang dengan segala yang terbaik!