34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiTak sengaja langgar motosikal, kejujuran pelajar ini mengaku salah dan ikhlas meminta...

Tak sengaja langgar motosikal, kejujuran pelajar ini mengaku salah dan ikhlas meminta maaf raih perhatian di Taiwan

Kejujuran sering kali dianggap satu perkara yang biasa namun tanpa kita sedar sebenarnya, ia adalah nilai yang paling bermakna dalam hidup manusia.

Pendek kata, biarlah kita bersikap jujur dalam semua perkara meskipun hakikatnya itu pahit untuk ditelan.

Di Taiwan, sikap jujur seorang pelajar mendapat perhatian netizen di sana apabila dia segera meninggalkan nota meminta maaf.

Ia berikutan pelajar itu telah melanggar sebuah motosikal secara tidak sengaja ketika dalam perjalanannya berbasikal ke sekolah.

Malah, ibu bapa pelajar itu turut datang menemui pemilik motosikal tersebut. Sikap jujur dan bertanggungjawab itu ternyata mendapat pujian daripada pemiliknya.

Menurut sumber, pelajar terbabit secara tidak sengaja melanggar motosikal berkenaan gara-gara bergegas ke sekolah.

Pada pagi kejadian juga, terdapat banyak kenderaan sehingga membuatkannya terlanggar motosikal itu.

Bahagian belakang sebelah kiri motosikal tersebut difahamkan mengalami keretakan.

Namun dia sempat meninggalkan nota bagi menyatakan maafnya sambil melampirkan nama kelas dan sekolah berserta nama dan nombor telefon ibu bapanya.

“Saya terkejar mahu ke sekolah jadi saya tidak boleh tunggu. Saya benar-benar minta maaf. Saya akan bertanggungjawab dan akan membayar ganti rugi sepenuhnya”.

Mengaku bersalah dan meminta maaf tidaklah sukar namun ia memerlukan keberanian dan rasa tanggungjawab yang tinggi, samalah seperti apa yang dilakukan oleh pelajar ini.

Ternyata ia merupakan satu etika dan nilai yang perlu kita terap dan amalkan dalam kehidupan seharian kita. Semoga kisah ini menjadi ikutan dan bermanfaat untuk semua.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI