26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaNasionalMahkamah Rayuan kekalkan sabitan, hukuman Najib berkait kes SRC

Mahkamah Rayuan kekalkan sabitan, hukuman Najib berkait kes SRC

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia melibatkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Ketiga-tiga panel hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Abdul Karim, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera) sebulat suara membuat keputusan itu, seperti apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa wang yang dipindahkan ke akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan terdapat kemasukan wang daripada dana SRC ke dalam akaunnya.

Dalam pembelaannya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa tindakannya adalah bagi kepentingan nasional.

Datuk Seri Najib sebelum itu diberikan kuasa istimewa dalam SRC berhubung peranannya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara (Nationali embarrassment)”, kata Abdul Karim selaku Pengerusi panel hakim.

“Kami bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa tuduhan pengubahan haram berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah”.

Panel hakim Mahkamah Rayuan juga mendapati tiada kekhilafan oleh Mahkamah Tinggi atas pendakwaan yang berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah.

Datuk Seri Najib sebelum itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu setelah hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 dijatuhkan ke atasnya.

Hukuman itu dijatuhkan ke atasnya selepas mendapati beliau bersalah atas 7 tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Ringkasnya, SRC merupakan subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI