30 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 23, 2025
Utama Blog Laman 236

Terperangkap dalam rumah ketika banjir, mujur ada jiran Myanmar yang sanggup berenang belikan makanan dan pinjamkan dapur

0

Saban hari banyak kisah yang kita dengar daripada mangsa banjir. Ramai yang menceritakan pengalaman berhadapan saat-saat mencemaskan ketika banjir terjadi. Ada juga yang berkongsi cerita diselamatkan dan ramai juga yang menceritakan kisah mereka dibantu oleh orang ramai atau individu yang tidak kenali.

Seorang netizen Twitter bernama Atiqah baru-baru ini turut berkongsi pengalamannya dibantu oleh jiran warga asing ketika terperangkap semasa banjir di Taman Sri Muda.

Menurut Atiqah semua video itu dirakam pada 19 Disember lalu. Ketika kejadian itu, dia dan empat orang rakannya terkandas di tingkat 2 rumah kawannya, Farahin.

Pada masa itu, mereka mula kelaparan, jadi mereka memutuskan untuk mengibarkan bendera putih. Tindakan mereka dilihat oleh jiran hadapan rumah yang berwarganegara Myanmar. Mereka terus berenang dan bertanya sama ada mereka mahukan mi segera dan mereka akan berenang untuk membelinya.

Selepas jiran Myanmar itu pulang dari kedai, dua orang daripada mereka terus berenang ke arah balkoni rumah dan memberi mereka beberapa bungkus roti dan kek.

Walaupun mereka cuba menolak pemberian itu kerana mereka sudah makan tetapi warga asing itu tetap mahu memberikan makanan tersebut supaya mereka yang terperangkap di rumah itu tidak kelaparan.

Bantuan mereka tidak terhenti di situ, jiran Myanmar itu turut meminjamkan dapur supaya mereka boleh memasak. Mujur ketika itu mereka sempat menyelamatkan tong gas dan membawanya naik ke tingkat atas rumah.

Ketika berenang untuk memberikan dapur, ada bahagian dapur yang terjatuh dan salah seorang daripada warga Myanmar itu sanggup berenang semula untuk mencari bahagian dapur yang terjatuh itu.

Mereka terperangkap di situ selama lebih 24 jam dan hanya diselamatkan kira-kira pada jam 11 malam, Ahad, 19 Disember.

Penyelidik Hong Kong: Dos penggalak Pfizer-BioNTech lebih berkesan berbanding Sinovac

0

Penyelidik dari Hong Kong dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa tiga dos vaksin Sinovac CoronaVac COVID-19 tidak menghasilkan tahap antibodi yang mencukupi untuk melawan varian Omicron.

Analisis mereka mendedahkan bahawa vaksin penggalak Pfizer-BioNTech lebih berkesan tidak kira kepada mereka yang menerima vaksin Pfizer mahupun Sinovac sebelum ini. Dos ketiga Pfizer-BioNTech dikatakan mampu memberikan “tahap perlindungan” antibodi malawan varian Omicron.

Pfizer (PFE.N) dan rakan kongsi Jermannya, BioNTech berkata bahawa dos ketiga mereka dapat meneutralkan varian baharu Omicron dalam ujian makmal.

Kajian terbaru itu dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Hong Kong dan Universiti China Hong Kong yang dibiayai oleh Dana Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan dan Kerajaan Hong Kong.

Kenyataan itu tidak mendedahkan jumlah sampel yang digunakan dalam analisis. Pihak Sinovac walau bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen mengenai kenyataan tersebut.

Sinovac CoronaVac dan vaksin BBIBP-CorV Sinopharm milik kerajaan China ialah dua vaksin yang paling banyak digunakan di negara itu dan merupakan vaksin COVID-19 terbanyak yang dieksport oleh negara itu. Syarikat Sinopharm pula memiliki vaksin kedua paling banyak digunakan di China.

Hong Kong telah menggunakan kedua-dua jenis vaksin, Sinovac dan Pfizer-BioNTech. Namun, mereka yang berumur antara 12-17 hanya dibenarkan untuk menerima vaksin BioNTech.

Tiba-tiba tarik ikan besar berukuran sama tinggi dengannya, rezeki pemancing cilik ketika hanya bermain-main dengan kail

0

Keluar memancing satu hobi yang memerlukan kemahiran, ilmu dan penuh kesabaran.

Kadangkala duduk termenung menunggu ikan memakan umpan, namun tiada apa pun yang berhasil dan pemancing pulanglah berputih mata dengan tangan kosong.

Bertuah buat si kecil ini ketika sedang bermain-main dengan kailnya di dalam lubang ais, seekor ikan besar telah memakan umpan dan dia sangat terkejut!

Facebook

Si comel Drayden Nelson berusia enam tahun tidak menyangka mendapat ikan besar ketika keluar memancing bersama keluarganya di tasik beku yang terletak di Kotzebue, Alaska.

Berbekalkan pancing tali ringkas bersama kail dan umpan, Drayden tersentap dan terlopong seketika apabila mendapati seekor ikan telah memakan umpannya.

Facebook

“Tarik ikan itu ke atas anakku,” bapa Drayden memberi dorongan meminta anak lelakinya berusaha sendiri menangkap ikan itu.

Facebook

Drayden menarik ikan secara bersungguh-sungguh dengan kudratnya dan ia sangat berat.

Facebook

Tetapi si kecil ini tidak menyangka ia adalah ikan yang besar apabila menjenguk kepalanya yang mula timbul dari dalam lubang ais.

Facebook

Bapanya kemudian membantu menaikkan ikan besar itu ke darat.

Akhirnya Drayden berjaya menarik ‘sheefish’ pertamanya. 

Facebook

Drayden tersenyum begitu bangga dan kagum melihat betapa besar ikan putih itu yang sama tinggi dengannya. Berjaya menangkap keluar ‘sheefish’ berukuran 46 inci (117 sentimeter) panjang.

Facebook

Bertuah sungguh anak kecil ini mendapat rezeki besar buat pertama kali dalam hidupnya pada hari itu.

Tonton video di sini.

Keluarga di Kentucky ini bina tempat perlindungan ribut pasang siap lebih sedekad lalu, akhirnya berbaloi selamatkan nyawa

0

Apabila bencana puting beliung melanda Kentucky, sebuah keluarga amat gembira kerana membuat pelaburan membina tempat perlindungan bawah tanah lebih 10 tahun yang lalu.

Sebuah keluarga di Bremen, Kentucky amat bersyukur dapat membina tempat perlindungan ribut dan puting beliung yang telah menyelamatkan nyawa mereka, walaupun ia tidak pernah digunakan sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Facebook

Jordan Evans berada di luar bandar bersama anaknya Gage apabila Kentucky barat dilanda puting beliung yang sangat kuat dan terburuk.

Tempat itu, seperti yang digambarkan oleh Jordan, kelihatan seperti zon perang selepas bencana puting beliung itu berlalu.

Facebook

Ketika puting beliung sedang menuju ke arah kediaman keluarga ini, rumah itu tidak mempunyai ruang bawah tanah atau apa-apa tempat perlindungan di bawah tanah di mana mereka boleh bersembunyi dengan selamat.

Tetapi bersebelahan rumah itu terdapat tempat perlindungan ribut dan puting beliung yang kecil sedalam 10 kaki dan 12 kaki lebar yang mereka bina lebih sedekad lalu.

Facebook

Ayah tiri Gage, Justin Pointer, mengarahkan kesemua lapan ahli keluarganya bersama dua anjing mereka bergegas ke tempat perlindungan kecil itu sehingga puting beliung selesai melintasi rumah dan kawasan kejiranan mereka.

“Ia mula menggegarkan pintunya dengan kuat dan teruk, sehingga kami terpaksa menahannya,” imbas Justin ketika bencana alam itu berlaku.

Facebook

Tempat perlindungan itu mungkin sempit dan tidak selesa, tetapi kesemua mereka berjaya keluar hidup-hidup.

Ruang kecil itu memberikan perlindungan kepada mereka ketika puting beliung membadai dan meranapkan rumah mereka.

Facebook

Bapa Justin membina tempat perlindungan ribut pasang siap itu kira-kira lebih sedekad yang lalu.

Mereka tidak ingat berapa kos untuk membinanya tetapi yang penting sekarang ialah kesemua ahli keluarga telah terselamat selepas dapat berlindung di dalamnya.

Facebook

Tempat perlindungan itu tidak pernah digunakan sehingga pada malam bencana puting beliung itu berlaku.

“Kata ayah dia akan membayar seratus kali ganda untuknya sekarang,” kata Justin.

Facebook

Kentucky mengalami bencana puting beliung terburuk yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 88 nyawa, menyaksikan Mayfield antara bandar yang paling teruk terjejas. Bandar itu kini kelihatan seperti bandar hantu, juga seperti sisa peringatan medan perang. 

Facebook

“Infrastruktur kami rosak teruk. Kami tidak mempunyai air yang mengalir. Menara air kami telah hilang. Pengurusan air sisa kami telah hilang, dan tiada gas asli ke bandar. Jadi kami tiada apa-apa untuk bergantung di sini. Hanya semata-mata untuk kelangsungan hidup pada ketika ini untuk kami,” kata Datuk Bandar Mayfield Kathy Stewart O’Nan.

Mereka boleh dan akan membina semula. Walaupun ia akan mengambil masa dan sentiasa bertabah untuk keseluruhan komuniti kembali.

Remuk, luluh hati wanita ini lihat kereta baru beli 3 bulan lalu rosak dek banjir

0

Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan Semenanjung pada minggu lalu ternyata memberi kesan yang sangat pedih buat rata-rata mangsa.

Bukan sahaja mereka kehilangan tempat berlindung, malah turut ada nyawa yang terkorban, selain harta benda yang lain turut musnah.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan seorang wanita luluh hatinya apabila keretanya rosak dek kerana banjir.

Berikut adalah video yang dimaksudkan :

Hati mana yang tidak remuk dan sedih melihat kereta habis rosak, memandangkan kereta itu baru sahaja dibeli dan digunakannya selama 3 bulan.

Malah lebih perit lagi apabila kereta berkenaan adalah kereta pertama yang dibeli untuk kegunaan keluarganya.

Semoga ada rezeki lain buat wanita ini dan keluarganya..

JPS : Tabiat buang sampah merata antara punca banjir teruk

0

Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan kejadian bencana banjir yang teruk dalam tempoh beberapa tahun ini.

Menurut laporan, hujan lebat pada 18 Disember lalu di Lembah Klang menyamai dengan jumlah taburan purata hujan untuk tempoh sebulan.

Dan ianya juga diumpamakan sebagai satu fenomena yang hanya berlaku setiap 100 tahun sekali.

Tentunya terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada situasi ini. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur (JPS KL), antara puncanya adalah tabiat membuang sampah merata-rata.

“Salah satu daripada punca berlaku banjir kilat ialah masalah pencemaran longkang seperti sampah di dalam longkang”.

“Banjir yang berlaku pada 18 Disember menyaksikan timbunan sampah memasuki aset-aset kerajaan di bawah seliaan JPS KL”.

Tambah pihak JPS KL lagi, sampah yang dibuang sesuka hati oleh sesetengah individu seterusnya akan memasuki longkang dan sungai, sekaligus menjadi faktor berlakunya banjir kilat.

“Sama-sama kita jaga kebersihan, sama-sama kita bersihkan sungai kita. Air sumber kehidupan”, tulis akaun rasmi tersebut.

Jelas JPS KL, penyelenggaraan longkang dan parit adalah di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sungguhpun begitu, orang awam perlu ada kesedaran untuk mengurangkan isu sampah dengan aktiviti membersihkan kawasan kejiranan masing-masing.

Suami jalan kaki redah banjir sejauh 20km cari sebab risau, akhirnya jumpa isteri tercinta terkandas dekat ‘bus stop’

0

Hujung minggu lalu merupakan hari yang tersangat mencabar buat kebanyakan rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang terkesan dengan musibah banjir besar yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Pada hari Sabtu lalu, banyak jalan telah ditutup di Shah Alam ekoran ditenggelami air bah, mengakibatkan ramai orang awam yang terkandas sama ada untuk berpindah dan bergerak ke lokasi lain selain ketibaan bantuan kecemasan yang amat lewat untuk mereka yang terjejas.

TikTok

Situasi itu amat mencemaskan dan menjadi trauma buat para mangsa yang berada di lokasi bencana, sekiranya mereka tidak bernasib baik. Namun satu kelegaan buat Andi Harliza apabila suami tercinta telah datang menyelamatkannya untuk pulang ke rumah walaupun dengan terpaksa berjalan kaki sejauh 20 kilometer.

“Phone tak ada bateri, menangis sorang-sorang di bus stop, tiba-tiba nampak suami datang,” Andi menceritakan detik itu di akaun TikTok miliknya.

TikTok

Sebelum suaminya datang, Andi Harliza telah terkandas di dalam hujan lebat dan terpaksa berteduh di sebuah perhentian bas di TTDI Seksyen 13, Shah Alam.

Nasib Andi pula kurang baik apabila telefon pintarnya telah kehabisan bateri dan powerbank tidak dibawa ketika itu.

TikTok

Semasa sedang menangis, keliru dan panik tidak tahu hendak buat macam mana sambil duduk di hentian bas itu, tiba-tiba suami Andi muncul dengan berjalan kaki ke arahnya.

Rupa-rupanya suami Andi memang telah mula berjalan kaki sejak kali terakhir mereka dapat berhubung dan kemudian terputus hubungan sebab tersangat risau. Pantas sahaja dia telah bergerak mencari dengan berjalan kaki sejauh 20 kilometer.

TikTok

“Rupanya dia memang jalan kaki 20 km cari saya yang lost contact… I love you suami!” kata Andi.

Selepas semuanya selamat, pasangan ini telah singgah sebentar di stesen minyak di seberang jalan dari hentian bas itu untuk ke tandas dan mengisi perut yang lapar, sebelum berjalan kaki semula sejauh 20 kilometer untuk pulang ke rumah mereka di Seksyen 11, Shah Alam.

TikTok

Selain melihat keadaan kebanyakan kawasan di Shah Alam yang dinaiki air, Andi Harliza dan suaminya terpaksa meredah banjir hingga ke paras pinggang.

TikTok

Dalam perjalanan pulang itu, mereka turut menyampaikan informasi tentang keadaan jalan yang dinaiki air kepada para pengguna jalan raya lain yang terkandas dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk.

TikTok

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas suami Andi demi menunjukkan rasa tanggungjawab, pengorbanan dan kasih sayangnya kepada isteri tercinta.

TikTok

Selain kagum dengan ketabahan dan kesabaran pasangan suami isteri ini yang sanggup berjalan kaki meredah banjir sejauh 20 kilometer pergi dan balik sehingga akhirnya selamat sampai ke rumah.

Singapura sumbang wang buat mangsa banjir di Malaysia, taufan Rai di Filipina

0

Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan berkata bahawa pihak kerajaan akan menyumbangkan sebanyak USD60,000 (RM253,000) bagi menyokong Palang Merah Singapura (SRC) dalam usaha bantuan dan menyelamat di Malaysia dan Filipina.

“Banjir di Malaysia dan taufan Rai di Filipina telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda, selain mengakibatkan penderitaan ramai orang”, memetik kenyataan itu.

Menurut laporan media tempatan, sumbangan oleh kerajaan Singapura itu adalah sebagai tambahan kepada USD50,000 (RM211,000) yang disumbangkan SRC kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina.

“Sebagai sahabat dan anggota bersama dalam ASEAN, Singapura bersama-sama dengan Malaysia serta Filipina dalam masa yang sukar ini”.

Wang sumbangan tersebut difahamkan akan digunakan badan-badan pertolongan kecemasan dan untuk agihan barangan seperti khemah, makanan dan selimut di pusat-pusat pemindahan.

Tapir Malaya dilihat berkeliaran, redah banjir di kawasan perumahan

0

Hujan berterusan yang melanda Malaysia baru-baru ini telah mengakibatkan banjir besar, sekaligus melumpuhkan beberapa kawasan utama di Semenanjung.

Ekoran daripada bencana itu, ribuan penduduk telah kehilangan tempat tinggal. Bahkan haiwan peliharaan mahupun hidupan liar turut terjejas.

Tular sebelum ini satu video yang dikongsikan oleh akaun Twitter, @change_shade yang menunjukkan 2 ekor tapir berkeliaran di kawasan perumahan yang dilanda banjir.

Lokasi kejadian dipercayai di Pahang. “Kasihan haiwan liar. Dia pun tiada rumah”, tulis pengguna terbabit.

Video tersebut memaparkan 2 ekor tapir Malaya – seekor dewasa, seekor lagi masih kecil. Mereka dilihat berjalan meredah air banjir di hadapan rumah penduduk.

Haiwan liar tersebut ternyata keliru dan mungkin berasa tidak selamat, memandangkan mereka berada di kawasan yang tidak mereka kenali – bukannya di habitat asal.

Menurut International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Tapir Malaya diklasifikasikan sebagai spesies terancam. Kali terakhir statusnya dinilai ialah pada November 2014, bermakna jumlah mereka boleh berkurangan secara drastik pada hari ini.

Terdapat hanya 2,499 ekor tapir dewasa khasnya di Selatan Thailand, Malaysia dan di Sumatera, Indonesia.

Mereka tinggal di kawasan padang rumput, tanah lembap dan hutan. Spesies ini juga boleh ditemui di sepanjang tebing sungai dan sering kali ditemui sendirian.

Siap dengan pelampung comel, abang Grab sempat buat lawak semasa temu ramah TV buatkan ramai tergelak besar

0

Seluruh negara sedang berdukacita dengan bencana banjir yang terjadi di banyak negeri. Setiap hari ada sahaja berita yang disampaikan di TV mengenai keadaan benacana yang sedang berlaku.

Namun, di sebalik tekanan dan kesedihan yang dirasai semestinya ada golongan yang cuba menceriakan keadaan. Ada yang membuat video lucu, ada yang dengan tenang dan santai menyanyi ketika keadaan masih huru-hara. Semuanya dilakukan semata-mata untuk melupakan seketika dengan realiti pahit yang sedang berlaku.

Misalnya, abang Grab yang dirakam dengan telatah lucu dan selambanya ini. Apa yang berlaku ialah sebuah temu ramah dilakukan oleh seorang wartawan bersama seorang orang awam yang menceritakan tentang apa yang berlaku.

Melihat ada wartawan dan kamera di situ pemuda tersebut mula membuat tanda ‘peace’ ke arah kamera. Tanpa mengganggu sesi temu ramah dia kemudian berlalu pergi tetapi berhenti sekali lagi untuk menunjukkan isyarat ‘peace’ ke arah kamera.

Ramai yang tergelak dengan telatahnya yang selamba itu walaupun di situ ketika itu jelas sekali penuh dengan air banjir. Siap dengan pelampungnya yang berwarna-warni itu boleh pula dia ‘menyibuk’ masuk ke dalam kamera.

Pasti mereka yang menonton temu ramah itu lebih tertumpu kepada abang Grab yang kelakar itu. Memang ‘steady’!

Tonton video di sini.