Kemungkinan banjir diramalkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula 30 hingga 31 Disember ini.
Menurut kenyataan JPS, model ramalan itu dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi 25 Disember hingga akhir tahun.
Risiko banjir diramal berlaku di Kelantan antara jam 8 malam pada 30 Disember dan 8 pagi keesokan harinya melibatkan jajahan Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitar.
Ini adalah berikutan jangkaan kenaikan aras air melepasi paras bahaya di Sungai Galas di Limau Kasturi dan Dabong serta Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Pada tempoh yang sama, ramalan risiko berkenaan turut melibat daerah Dungun dan kawasan sekitarnya di Terengganu ekoran aras air Sungai Dungun, Kampung Pasir Raja juga dijangka naik melepasi aras bahaya.
Oleh yang demikian, JPS mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan peka dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Video wanita ini membaling beras yang telah dicelup pelbagai warna ke udara telah menjadi tular di TikTok dan Instagram.
Alissa Teo ialah artis di sebalik penghasilan idea “Seni Beras Goreng” yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Akaun TikTok dan Instagram di mana Alissa memuat naik video dirinya melemparkan seni baru ini yang diperbuat daripada beras yang telah dicelup.
Ahli terapi dari The Flower Mound, Texas dan seorang ibu, amat ceria mewarnakan beras yang belum dimasak dengan pewarna makanan dan meletakkannya secara strategik di atas papan untuk mencipta imej yang diingini.
Tetapi Alissa tidak berhenti di situ. Keseronokan sebenar datang pada peringkat seterusnya. Setelah imej itu selesai, Alissa melemparkan beras ke udara untuk mencipta awan beras berwarna-warni dan cantik!
Alissa yang memiliki latar belakang pendidikan dalam lukisan grafit dan lakaran tangan bebas, menjadikan jiwa seninya bukanlah sesuatu yang baru dalam ekspresi artistik.
Tetapi bagaimana seseorang mendapat idea secara kreatif dan bijak untuk untuk membaling beras yang dicelup ke udara? Alissa Teo mendapat inspirasi melalui pekerjaannya.
“Saya seorang ahli terapi secara profesion, dan kami kadangkala membuat tong deria untuk kanak-kanak. Tong deria pada asasnya ialah tong yang diisi dengan sejenis pengisi,” katanya.
“Dalam kes ini, saya menggunakan beras berwarna, dan anda hanya menambah trinket dan alatan yang menyeronokkan di dalamnya untuk membantu anak-anak meneroka dunia mereka melalui lima deria,” jelas Alissa.
“Sejak berada di rumah lebih kerap pada tahun lalu, saya telah membuat tong deria beras berwarna untuk anak lelaki saya yang berusia dua tahun dan dia amat menyukainya.”
“Pada suatu hari, saya melihat ramai pengguna di media sosial melemparkan perkataan dan frasa dengan beras bagi tujuan untuk berseronok, dan saya fikir ia agak menyeronokkan untuk saya mencubanya sendiri kerana saya sudah mempunyai semua bahan yang diperlukan di rumah untuk membuatnya!” tambahnya.
2. Keseronokan: Saya melambungkan perkara yang saya suka dengan rasa menyeronokkan! Saya dibesarkan dengan bermain dan menyukai semua sukan, terutamanya bola keranjang. Saya peminat tegar NBA!”
3. Persahabatan: Semasa ayah masih hidup, dia selalu mengingatkan saya untuk menyayangi dan mengenali orang lain. Ini adalah bahagian terbaik daripada kesemuanya.
“Orang ramai menghantar mesej di media sosial dari seluruh dunia, semata-mata untuk mengetahui dan memberitahu seni yang saya hasilkan memberikan senyuman kepada wajah seseorang dan ia menceriakan hari saya,” kata Alissa Teo.
Ketika zaman pandemik dan kemelesetan ekonomi kini, ramai orang yang hidup dalam kesusahan sehingga ada yang terpaksa menahan kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan.
Bagi sesetengah orang yang memahami, sedikit sumbangan sudah pasti akan memberi kelegaan dan menggembirakan hari golongan yang kurang bernasib baik ini.
Seorang ibu bersama dua anaknya berlegar-legar di dalam pasar raya sambil berkira-kira untuk membeli tepung yang paling kecil dan paling murah untuk bekalan makanan mereka di rumah.
Ibu ini tidak membawa troli atau bakul kecil bersamanya kerana rasanya dia hanya mampu untuk membeli tepung yang paling kecil itu.
Kebetulan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Kevin memperhatikan ibu bersama dua anaknya ini dan ketika menyapanya, wajah juga mata mereka kelihatan menyedihkan.
“Kenapa puan hanya ambil yang kecil? Kenapa puan tidak membawa troli?” tanya Kevin.
“Sebab saya hanya mahu beli yang ini, tidak perlu troli,” jawab ibu ini.
Kevin tahu ibu ini dalam kesusahan dan dia terus berkata kepada anak perempuannya, “Tidak, pergi ambil troli dan isi barang yang puan hendak hari ini, saya bayarkan.”
Kelihatan ibu yang dikenali Leti ini mengesat air mata sambil memegang erat tangan anak lelaki comelnya.
Selepas troli itu tiba bersama anak perempuan Leti, Kevin memasukkan tepung 10 kilogram di dalamnya, daging berkualiti yang mahal, kemudian gula dan susu.
Tidak rugi melakukan kebaikan kepada orang lain kerana ia sudah pasti menukar hari mereka dan hari anda menjadi lebih baik serta penuh kelapangan di dada.
Penduduk sekitar Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini digemparkan dengan munculnya gajah liar yang memasuki beberapa perkampungan di sana.
Kelibat seekor gajah liar terbabit kelihatan berkeliaran di Kampung Sungai Sok, Kampung Sungai Sam dan Kampung Laloh dipercayai sejak malam 24 Disember lalu.
Difahamkan bahawa gajah liar berkenaan berkeliaran untuk mencari makan. Menurut seorang penduduk, gajah itu sudah muncul buat 3 malam berturut-turut di kawasan itu pada waktu malam.
Ujarnya, penduduk merasa takut lantas kebanyakan mereka mengambil keputusan untuk tidak turun menoreh getah.
“Mereka khuatir gajah ada bersembunyi di dalam kebun getah dan terserempak ketika mereka keluar mencari rezeki selepas subuh”, katanya.
Susulan itu, penduduk di perkampungan terbabit juga dilaporkan mula membuat rondaan bagi mengetahui keberadaan gajah itu terutamanya pada waktu malam.
Tambahnya lagi, penduduk sudah pun membuat aduan pada Jabatan Perlindungai Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan dan pihak Perhilitan juga sudah turun ke lokasi.
Walau bagaimanapun, proses menangkap gajah liar terbabit mungkin akan mengambil sedikit masa. “Kami harap tangkapan segera dilakukan demi keselamatan penduduk di sini”, akhirinya.
Ada yang tidak percaya bahawa haiwan juga memiliki hati dan perasaan. Ada yang mengatakan haiwan adalah haiwan, mereka bukan manusia yang dikurniakan akal. Namun, hakikatnya banyak haiwan yang telah membuktikan mereka juga punyai emosi dan perasaan kasih sayang.
Buktinya, ada anjing yang pergi ke kubur tuannya setiap hari kerana rindu. Ada juga kucing yang memeluk telefon bimbit yang ada gambar tuannya yang sudah meninggal dunia. Tidak hanya itu, lihat sahaja ibu-ibu ayam yang memiliki anak kecil, mereka pastinya sangat garang semata-mata mahu melindungi anak-anak mereka.
Haiwan-haiwan di bawah ini turut membuktikan mereka sebenarnya sangat penyayang terhadap sesiapa sahaja dan dalam keadaan apa sekalipun.
1. Kelsey telah menyelamatkan pemiliknya yang terperangkap dalam angin kuat yang sejuk. Pemiliknya itu telah jatuh tergelincir di atas ais dan lehernya patah. Anjing itu kemudian bersandar padanya, melindunginya daripada terus kedinginan.
2. Burung kakak tua betina kehilangan bulunya, tetapi salah satu burung kakak tua jantan jatuh cinta dengan burung botak ini. Dia melindunginya, memberinya makan, dan bermain dengannya.
5. “Anak saya yang berumur 3 tahun menghidap selesema. Dia hanya mahu anjingnya ada bersamanya. Mereka tidur seperti ini selama beberapa jam. Hanmer adalah anjing yang terbaik.”
7. “Ini Daisy dan Luna. Daisy tidak suka menaiki kereta, jadi Luna akan terus menghiburkannya sehingga mereka tertidur. Ia benar-benar menyentuh perasaan.”
12. Kucing itu mengikut pemiliknya ke gim, kemudian duduk di meja penyambut tetamu dan menunggu pemiliknya selesai bersenaman sebelum membawanya pulang.
18. Burung ini telah berkawan dengan seekor anjing jalanan yang sering berjalan di jeti. Selepas anjing itu menemui pemilik baru, dia tetap melawat kawan lamanya.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Segalanya sanggup dilakukan asalkan anak-anak mendapatkan semua keperluan mereka tanpa kurang sedikit pun.
Sama jugalah dengan anak-anak apabila mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat senyuman pada wajah ibu bapa mereka. Melihat senyum bangga ibu bapa adalah pencapaian paling bernilai buat mereka. Jadi, tidak hairanlah ramai yang cuba sedaya upaya upaya untuk membahagiakan ibu bapa terutama semasa hari tua mereka.
Contoh terbaik seperti yang ditunjukkan oleh anak-anak kepada pasangan suami isteri ini. Pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-37 tahun, anak-anak mereka telah memberikan hadiah yang sangat istimewa iaitu sebuah kereta baharu!
Mereka pastinya tidak sangka akan menerima hadiah semahal itu. Pasangan bertuah itu sangat terkejut dan seolah-olah tidak percaya apabila melihat ada kunci kereta di dalam kotak hadiah. Rupa-rupanya ana-anak mereka sepakat untuk membelikan kereta baharu kerana kereta miliknya si ayah selalu rosak dan memakan kos yang tinggi untuk dibaiki.
Jadi, sempena ulang tahun perkahwinan itu mereka menghadiahkan sebuah kereta baharu. Air mata bahagia sudah tidak dapat disembunyikan lagi apabila kedua-duanya menangis terharu.
Hadiah tersebut pastinya sangat istimewa bukan kerana harganya tetapi kerana nilainya. Apa yang paling penting ia adalah hadiah ikhlas daripada anak-anak sendiri.
Anak kecil memang banyak ragamnya. Kalau boleh semua kehendak mereka perlu dituruti. Bayangkan kalau mainan atau makanan manis yang mereka mahu tidak dibelikan oleh ibu bapa mereka, pasti sudah berguling-guling di atas lantai kedai.
Nampaknya bukan hanya anak kecil anda yang suka mengamuk dengan tantrum mereka bahkan anak kucing comel ini juga melakukan perkara yang sama. Tidak pasti apa yang dia marahkan, habis selimut dan cadar katil disepahkannya. Sepertinya dia geram dengan sesuatu sehingga dia mengamuk seperti itu.
Tidak lama selepas itu muncul ibunya dan terus memarahinya. Entah apa yang dibebelkan oleh ibunya itu, kelihatan si ibu kucing marah dengan anaknya yang menyepahkan katil tersebut.
Apa yang paling comel ibu kucing pandai pula mengemas katil yang bersepah itu. Lihat sahaja cara profesionalnya mengemas, siap boleh tarik selimut dan cadar untuk dirapikan.
Inilah buktinya semua ibu memang perlu mengemas lebih-lebih lagi jika anak kecil mereka yang membuat huru-hara.
Jika di bahagian pantai timur mereka mungkin sudah biasa dengan banjir yang berlaku saban tahun. Ramai yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan itu. Namun, tanpa disangka-sangka tahun ini banjir bukan sahaja melanda negeri-negeri di pantai timur malah bencana alam itu terjadi di negeri-negeri lain.
Ramai antara mereka yang berpengalaman berhadapan banjir sudah bersedia untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting. Namun, lain pula bagi sebuah keluarga ini apabila mereka membina rumah rakit untuk persediaan jika banjir berlaku lagi.
Menurut seorang pengguna Facebook, Aziela Baharudin, rumah rakit tersebut telah dibina oleh abangnya. Hal ini kerana mereka pernah dua kali berhadapan dengan banjir sebelum ini dan mereka perlu menyelamatkan pelabagai barangan rumah dan bengkel setiap kali bencana seperti itu berlaku.
Jadi, untuk mengelakkan semua itu berlaku lagi, mereka yang tinggal di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis itu telah memulakan projek membuat rumah rakit sejak Mei lalu. Ramai orang yang melihat usaha itu hanya tergelak tetapi tidak langsung dihiraukan mereka.
Akhirnya, banjir besar berlaku sekali lagi dan kali ini mereka sekeluarga berjaya menyelamatkan barangan rumah. Ketika banjir terjadi mereka meletakkan kesemua barangan rumah di atas rumah rakit dan mereka bersyukur kerana semuanya elok sahaja terapung di atas rumah rakit yang dibina.
Suatu ketika dahulu ada yang hanya gelak menyindir, tetapi kini terbukti usaha mereka bukan sesuatu yang sia-sia dan idea kreatif itu mampu menyelamatkan pekakas rumah yang berharga.
Ramai antara kita yang suka berkebun di sekitar rumah. Ada yang menanam pokok bunga, ada yang suka menanam pokok sayur yang renek dan buat mereka yang mempunyai laman yang luas semestinya lebih banyak jenis pokok yang mereka tanam.
Pasangan bahagia, Jayanti Sahu, 53, dan suaminya, Chittaranjan, 60, nampaknya mempunyai semangat berkebun yang luar biasa apabila mereka berjaya menanam sekitar 450 jenis pokok di sekitar rumah mereka. Ya, percaya atau tidak mereka gigih menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan, sayur-sayuran serta ratusan pokok bunga.
Jayanti memberitahu bahawa dia sudah mula bercucuk tanam lebih daripada 25 tahun lalu. Apa yang menariknya, walaupun pokok yang ditanam adalah sangat banyak, dia tetap boleh mengingati setiap pasu dan pokok miliknya. Dia ingat bila dia menanam setiap jenis pokoknya dan dia juga ingat di mana dia mendapatkan pokok tersebut.
Setelah memenangi beberapa anugerah untuk tanamannya selama bertahun-tahun daripada Persatuan Pencinta Tumbuhan, Bhubaneswar dan NALCO, Jayanti memutuskan untuk tidak lagi menyertai mana-mana pertandingan tumbuhan.
Katanya dia sudah berpuas hati dengan kemenangannya selama ini dan dia mahu memberi peluang kepada penanam lain pula. Kini, apa yang dia mahukan ialah untuk meluangkan masa dengan pokok-pokoknya.
Menurut Jayanti, semangat berkebun diperolehi daripada bapanya sendiri. Menurutnya, bapanya pernah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan buat dinikmati oleh keluarga mereka. “Saya melihat dia menghabiskan masa berjam-jam menjaga pokok. Saya gembira kerana memiliki bakat semula jadi untuk bercucuk tanam daripada bapa saya,” katanya.
Sehingga Mac 2020, teres milik pasangan itu sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan bermusim. Ketika berhadapan dengan ‘lockdown’ akibat Covid-19, Jayanti memutuskan untuk menanam lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Memandangkan mereka sekeluarga terpaksa duduk di rumah dan sukar untuk ke luar dia memutuskan untuk menanam lebih banyak pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang digemari oleh keluarganya. Antara pokok yang banyak ditanam ialah bendi, tomato, terung, timun, labu, bayam dan lobak.
Dia juga mengatakan bahawa ketika musim sejuk, bilangan tumbuhan berbunga menjadi semakin banyak. Antara pokok bunga yang ditanam ialah lily, teratai, orkid, bunga markisa, mawar, melati, Brahma Kamal, marigold dan 10 jenis bougainvillea.
Menanam pokok berbuah di teres merupakan satu cabaran pada mulanya, tetapi Chittaranjan menemui cara untuk mengatasinya. Menurut Jayanti mereka bimbang jika lantai teres tidak dapat menampung berat tanaman berbuah.
Jadi, untuk mengatasinya, mereka meletakkan campuran tanah, kompos, sabut kelapa dan daun kering dalam bekas plastik besar dan mula menggunakan bekas tersebut untuk penanaman. Ini mengurangkan berat beban di teres.
Pasangan itu kini menanam jambu, mangga, ciku, limau, dan betik. “Tumbuhan ciku kami menghasilkan buah-buahan yang sangat manis yang dinikmati oleh semua orang di rumah,” kata Jayanti.
Menurutnya lagi, dia biasanya akan menghabiskan hampir dua jam pada setiap pagi, dan hampir satu setengah jam setiap petang di teresnya. Anak-anaknya pula sentiasa faham dan tidak pernah menganggunya.
Dia juga tidak pernah mengupah sesiapa pun untuk membantunya mengurus tanamannya kerana dia mahu melakukan semuanya sendiri. Dia bahkan beraa gembira kerana dapat melihat pokok-pokoknya tumbuh segar di depan mata.
“Bekerja di atas teres juga merupakan cara terbaik untuk saya dan suami mendapatkan senaman yang kami perlukan,” tambahnya lagi.