Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena hujan berterusan di Malaysia ini sedikit sebanyak terkesan daripada badai taufan Rai berkenaan.
Bencana yang berlaku semestinya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, termasuklah daripada Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook.
Di laman Twitternya, beliau sempat menzahirkan rasa dukacita berikutan bencana yang menimpa kedua-dua buah negara.
Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
Menurut perkongsian video itu, tips tersebut berguna bagi mengelakkan mangsa banjir daripada tenggelam sementara menunggu bantuan tiba.
Mengapungkan diri di dalam air adalah sangat memenatkan jika dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu lelaki itu menyarankan agar seluar dibuka.
Seluar tersebut perlu dibuka manakala bahagian hujung kaki seluar itu perlu diikat dan disimpulkan. Sejurus diikat, anda masukkan kepala menerusi lubang seluar dan isikan bahagian hujung seluar yang terbuka dengan air.
Seluar tersebut sekelip mata berubah dan menjadi seakan pelampung. Selain seluar, kain sarung ataupun apa-apa kain juga boleh digunakan menerusi cara ini.
Pendek kata, eloklah jika kita bersedia berdepan dengan sebarang kecemasan bukan?
Penghantaran barangan difahamkan kini mengalami penangguhan berikutan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini.
Sehubungan itu, beberapa syarikat kurier sudah memaklumkan mengenai proses penghantaran yang terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca yang tidak menentu, selain keadaan jalan yang masih diragui keselamatannya.
Berikut merupakan antara syarikat kurier yang mengumumkan penangguhan :
Sebanyak RM100 juta peruntukan awal telah dibuat untuk diagihkan kepada mangsa banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur.
Bantuan Wang Ihsan itu diperuntukkan oleh kerajaan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir, di mana mereka akan menerima sumbangan RM1,000 (sama ada mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ataupun tidak).
Kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan beberapa maklumat seperti :
#1 Mesyuarat telah membuat keputusan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan arahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera
#2 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.
#3 Untuk membantu usahawan pula, pembiayaan kewangan tanpa faedah atau keuntungan diberikan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan tempoh bayaran bermula selepas 6 bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani.
#4 Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah bersetuju menyumbang sebanyak RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir.
Ia termasuklah Petronas; Yayasan Petronas; Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah; Yayasan Sime Darby; CIMB; Celcom; Telekom Malaysia; Yayasan UEM; dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dengan geran Kerajaan sebanyak RM25 juta, ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta.
#5 Kerajaan bersetuju untuk memberikan dua bulan pengecualian sewa (rental waiver) kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir selain memudahkan cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.
#6 Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional.
Selain itu, Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut diberikan sehingga RM30,000 kepada mana-mana koperasi yang terjejas.
#7 Mesyuarat juga bersetuju agar isu banjir di Taman Seri Muda, Shah Alam wajar diselesaikan dalam kadar segera. Perdana Menteri turut mengarahkan semua agensi untuk mengatur kerja dengan lebih agresif.
Difahamkan bahawa sebanyak 41 bot, 16 lori dan aset-aset lain telah digerakkan ke Taman Seri Muda dengan kekuatan anggota pasukan penyelamat seramai 321 orang setakat petang 20 Disember.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah diarahkan untuk :
a) Menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan terjejas, tambahan kepada 4 buah pam sedia ada bertujuan untuk mengepam air dari kawasan yang mengalami banjir genang (yang biasa dikenali sebagai banjir termenung) ke sungai yang berhampiran.
Pam-pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki oleh JPS Selangor akan digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Kelang.
b) Beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara untuk mengalirkan air genang segera keluar ke sungai. Lokasi penebukan sedang dimuktamadkan.
#8 Kerajaan juga mengalu-alukan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tetapi perlu merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu.
Pada 20 Disember, tular rakaman video dan gambar di media sosial yang menunjukkan para mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam yang kelaparan dan kesejukan telah memecah masuk beberapa kedai runcit dan pasar raya yang didakwa untuk mendapatkan makanan.
Antara yang terkesan ialah Mydin Mart Sri Muda. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya telah dipecah masuk bukan hanya kerana makanan tetapi turut sengaja dirompak.
Sin Chew Daily melaporkan Datuk Ameer berkata, insiden pecah masuk Mydin Mart Sri Muda adalah disengajakan kerana terdapat segelintir mereka yang tidak mengambil makanan tetapi barangan mahal di tingkat atas.
Menurut Datuk Ameer, Mydin Mart Sri Muda telah ditenggelami air terlebih dahulu, dan barangan makanan telah pun rosak serta mengalami kerugian akibat banjir, kemudian apabila air mulai surut, penceroboh memecah masuk di tingkat bawah. Yang diambil bukan makanan tetapi barangan bukan makanan seperti jam tangan dan peralatan elektrik.
Beliau memaklumkan cawangan Sri Muda, Shah Alam mengalami kerugian kira-kira RM200,000 hingga RM300,000 akibat banjir dan jumlah itu tidak termasuk kerugian akibat barangan yang diambil. Syarikat telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Datuk Ameer berkata ada antara mereka yang menceroboh tiada kaitan dengan kelaparan, kerana makanan berada di tingkat bawah, dan barangan bukan makanan yang lain berada di tingkat dua. Pada asasnya, tidak ada apa-apa barangan makanan untuk direbut di tingkat bawah kerana kesemuanya telah musnah akibat banjir. Ada antara mereka yang membawa keluar barangan berharga.
Insiden berlaku pada kira-kira jam 11 pagi 20 Disember, dan pekerja kedai ketakutan kerana beberapa orang yang menceroboh membawa masuk pisau dan kayu seperti datang untuk merompak. Pekerja tidak berani berbuat apa-apa walaupun berada di dalam kedai, jadi mereka terpaksa membiarkan sahaja barangan diambil.
Walau bagaimanapun, Datuk Ameer memaklumkan sungguhpun mengalami kerugian yang besar, pasaraya Mydin akan tetap menyediakan bekalan yang diperlukan untuk mangsa bencana banjir Taman Sri Muda dan Shah Alam.
Terbaharu, dalam satu kenyataan rasmi Datuk Ameer berkata pada dasarnya tindakan memecah masuk itu adalah satu kesalahan dan beliau tidak bersetuju dengan tindakan itu serta tidak patut berlaku. Akan tetapi, disebabkan oleh situasi darurat dan kemungkinan pelaku terbabit tiada pilihan dengan melakukannya demi kelangsungan hidup akibat bencana, maka Datuk Ameer dan Mydin akan memaaf dan menghalalkan barangan yang diambil mereka.
“Saya tidak menyokong tindakan ini, tetapi ia sudah berlaku dan saya dengan seikhlas hati menghalalkan segala barangan yang diambil mereka jika niat mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dan terdesak akibat bantuan lewat tiba serta bukan niat yang sebaliknya,” katanya.
Dalam kenyataannya, beliau menyatakan bahawa ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19, dan bencana banjir besar pula berlaku, beliau amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan bersedia mempercayai mereka tidak mempunyai pilihan kerana terdesak.
“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah supaya mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini pulih seperti biasa,” kata Datuk Ameer.
Media melaporkan empat kedai serbaneka dan pasar raya di Taman Sri Muda, Shah Alam telah dipecah masuk oleh orang ramai untuk mendapatkan makanan. Polis Shah Alam kemudian mengesahkan terdapat kejadian pecah masuk di Mydin Mart, KK Mart, kedai serbaneka 7-Eleven dan Pasar Mini Jimat serta beberapa kedai lain di Taman Sri Muda.
Polis Shah Alam sahkan berlaku kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang sedang mengalami banjir teruk.
Kejadian sekitar 2 petang itu melibatkan pasar raya Mydin, Gmart, KK Mart dan 7Eleven.
Seorang wanita selamat melahirkan bayi di dalam sebuah kereta jenis Tesla di saat suaminya menetapkan mod pandu sendiri dan membantu menyambut kelahiran bayi sebelum mereka tiba di hospital.
Pasangan itu menceritakan kelahiran dramatik anak perempuan mereka, Maeve Lily yang kini berusia 3 bulan di tempat duduk hadapan selepas wanita itu, Yiran mula mengalami kontraksi pada tengah malam 9 September lalu.
“Saya tahu. Itulah harinya (akan bersalin), tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku dalam masa terdekat”.
Pasangan itu, yang bertemu semasa mengajar di Sekolah Antarabangsa Rainbow Bridge di Shanghai, mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun bernama Rafa dan bersedia untuk menyambut anak kedua.
Pada pagi kejadian, Yiran sempat membasuh pakaian dan menyiapkan Rafa untuk ke tadika. Semasa suaminya, Keating ke dalam kereta, dia sempat memeriksa keadaan Yiran.
Air ketuban Yiran pada ketika itu sudah pun pecah. Keating sedar pada ketika itu mereka perlu membawa Yiran ke hospital terlebih dahulu.
Niat untuk menghantar Rafa ke tadika terpaksa dibatalkan. Dek kerana kontraksi yang terlalu kuat, Yiran terduduk di lantai tempat duduk penumpang hadapan.
Lebih memburukkan keadaan, trafik untuk menuju ke hospital juga agak sesak pada waktu pagi berkenaan.
Pada ketika itulah Keating mengaktifkan mod pandu sendiri pada keretanya, sambil tangan kirinya mengawal stereng manakala tangan kanannya memegang Yiran.
“Yiran meramas tangan saya sehingga di suatu saat saya rasa dia mahu menghancurkan tangan saya”, ujar Keating.
“Fokuskan kepada pernafasan kamu”, kata Keating pada isterinya. Pada waktu itu juga, Keating sebenarnya agak bimbang dan gementar.
Perjalanan singkat itu terasa lama dan di antara kontraksi itu, Yiran memandang GPS untuk melihat berapa lama lagi mereka akan tiba, namun ternyata bayi mereka tidak lagi mahu menunggu.
Mereka akhirnya tiba di hospital namun bayi mereka sudah pun keluar. Mujurlah ada pakar kanak-kanak di luar hospital, segera memanggil jururawat untuk ke kereta Keating.
Jururawat itu juga turut memotong tali pusat bayi Yiran yang berada di tempat duduk hadapan kereta.
“Bayi ini sihat. Tahniah”, ujar jururawat berkenaan membuatkan pasangan itu berasa lega dan gembira semuanya selamat.
Maeve turut diberi jolokan ‘bayi Tesla’ sehinggakan pasangan itu juga terfikir untuk meletakkan ‘Tess’ sebagai nama tengah bayi mereka. Namun akhirnya nama ‘Lily’ diberikan.
Pasangan itu turut bergurau bahawa mereka akan menurunkan kereta itu kepada Maeve kelak”, ujar Keating.
Beberapa hari lalu, kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri lain dilanda bencana banjir sehingga menyebabkan banyak pusat pemindahan dibuka kepada mangsa banjir.
Namun begitu, bukan hanya manusia sahaja yang terjejas dengan bencana tersebut. Haiwan peliharaan turut menjadi mangsa apabila ada yang terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat menyelamatkan diri.
Berbekalkan dengan hanya bot angin dan pendayung, lelaki tersebut dilihat bergerak ke tingkap sebuah rumah untuk mengambil beberapa ekor kucing yang terperangkap di situ.
Allahu kucing adik aku ni dah semalam dia stuck dlm rumah sorang, Adik aku baru blk outstation. Smp je dia kat langat, dia redah banjir nak selamatkan kucing dia. Tapi kucing ni dia cepat takut n trauma. Lepas tu dia lari tah kemana 😢 area kg melaka batu 9 Hulu langat pic.twitter.com/rTmPo0qjZx
Seorang guru tidak salah untuk mendenda murid-muridnya di sekolah kerana melakukan kesalahan tetapi tidak perlu terlalu melampau sehingga boleh membawa maut.
Oriental Daily melaporkan seorang guru sekolah rendah dari Sichuan di China telah bertindak mendenda muridnya secara melampau kerana kesilapannya menjawab 2 soalan matematik sehingga membawa tragedi yang membawa maut.
Sebelum kejadian menyayat hati itu, mangsa yang dikenali sebagai Ning Ning, 10 tahun sempat membeli bunga untuk dihadiahkan kepada gurunya itu yang bernama Wang ketika sambutan Hari Guru di China pada 10 September.
Namun, ketika berada dalam kelas matematik Ning Ning telah membuat dua kesalahan semasa sedang menyelesaikan soalan matematik. Akibatnya Guru Wang telah bertindak menyuruh Ning Ning berdiri di atas podium, menarik telinga, memukul dan menampar dengan kuat kepala juga tangannya.
Menurut saudara kembar Ning Ning, Qian Qian yang turut berada dalam kelas yang sama, adiknya tidak mampu mengangkat kepala selepas didenda oleh gurunya.
Pada jam 11 pagi, guru itu telah menelefon nenek Ning Ning, Yang Yuqing untuk menjemputnya pulang ke rumah supaya boleh berehat.
Yang Yuqing berkata, semasa dia mengambil Ning Ning, cucunya itu tidak mampu bercakap dan membuka kedua belah matanya.
Ning Ning telah dibawa ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri. Malangnya setibanya di hospital, nyawa kanak-kanak itu telah gagal diselamatkan.
Menurut Yang Yuqing, sebelum ini Ning Ning pernah mengadu takut untuk memasuki kelas matematik kerana sikap gurunya yang kasar dan suka memukul serta mendenda para pelajarnya jika melakukan kesalahan menjawab soalan matematik.
Insiden dilaporkan berlaku di Bandar Gaopo, Daerah Cangxi dan pengetua sekolah telah gagal dihubungi untuk mengulas lanjut berkenaan guru terbabit.
Memiliki sebuah rumah sendiri merupakan impian setiap individu. Namun, anda pasti tahu bukan mudah untuk memiliki kediaman sendiri dengan keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu. Tetapi, apa agaknya yang anda rasa apabila mengetahui wanita ini mampu membeli sebuah rumah besar dengan bermodalkan pin rambut.
Seorang pengguna TikTok terkenal iaitu Demi Skipper telah memulakan sebuah kempen yang diberi nama Trade Me Project pada Mei tahun lalu. Projek ini merupakan satu usaha di mana Demi akan menjalani sistem barter dan menukar barangan dengan individu lain.
Antara barang yang pernah ditukar menerusi projek ini adalah seperti telefon pintar iPhone, sepasang anting-anting, rantai berlian dan juga traktor. Demi yang berusia 30 tahun dan berasal dari San Francisco, California ini mula mendapat inspirasi daripada Kyle MacDonald.
Bagi yang tidak tahu, Kyle juga pernah berjaya memiliki sebuah rumah dengan bermula daripada klip kertas! Demi yang kagum dengan pencapaian Kyle memulakan aktiviti ini seawal tahun 2006 dengan menukar pin rambut kepada sepasang anting-anting yang murah.
Dia kemudiannya mula mempromosikan aktiviti penukaran barang ini di laman eBay, Facebook Marketplace dan juga Craigslist. Pada awalnya, kegiatan ini hanya melibatkan individu yang tinggal di sekitar San Francisco. Namun, lama kelamaan Demi berjaya membuat penukaran dengan individu di seluruh Amerika Syarikat.
Sepanjang tempoh tersebut, Demi sering memuat naik video di laman sosial TikTok dan Instagram bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang sasarannya untuk mendapatkan sebuah rumah idaman. Daripada anting-anting kepada alat penyedut hampagas kepada komputer riba, kamera dan sebagainya. Demi juga memaklumkan bahawa dia pernah menukar beberapa pasang kasut Nike kepada sebuah iPhone dan menukarkan telefon berkenaan untuk mendapatkan sebuah caravan.
Demi juga berjaya mendapatkan sebuah kereta Mini Cooper dan menukarkannya untuk seutas rantai berlian yang disangkakan bernilai RM84,370 namun rupa-rupanya, rantai tersebut cuma bernilai sekitar RM8,000. Enggan patah semangat, Demi meneruskan misinya dengan menukarkan rantai itu kepada sebuah basikal senaman Peloton.
Basikal tersebut kemudiannya menjadi kereta Mustang dan akhirnya ditukarkan menjadi sebuah kabin kecil. Kabin tersebut kemudiannya didagangkan untuk mendapatkan sebuah Honda CRV dan daripada itu, Demi berjaya memiliki tiga buah traktor serta kad selebriti Chipotle yang menawarkan makanan percuma dan parti mewah selama setahun!
Daripada situ, Demi berjaya menukarkan kad itu kepada sebuah treler bernilai RM168,740 dan usahanya kini telah tiba ke penghujung apabila dia berjaya mendapatkan sebuah rumah di Nashville setelah menukarkan treler berkenaan.
Projek Trade Me ini meraih banyak pengikut yang rata-ratanya memuji kegigihan Demi dalam mencapai misi dan visi hidupnya. Demi kini bercadang untuk berhijrah daripada California ke Tennessee untuk proses pengubahsuaian rumah baharu mereka.