Seluruh negara sedang berdukacita dengan bencana banjir yang terjadi di banyak negeri. Setiap hari ada sahaja berita yang disampaikan di TV mengenai keadaan benacana yang sedang berlaku.
Namun, di sebalik tekanan dan kesedihan yang dirasai semestinya ada golongan yang cuba menceriakan keadaan. Ada yang membuat video lucu, ada yang dengan tenang dan santai menyanyi ketika keadaan masih huru-hara. Semuanya dilakukan semata-mata untuk melupakan seketika dengan realiti pahit yang sedang berlaku.
Misalnya, abang Grab yang dirakam dengan telatah lucu dan selambanya ini. Apa yang berlaku ialah sebuah temu ramah dilakukan oleh seorang wartawan bersama seorang orang awam yang menceritakan tentang apa yang berlaku.
Melihat ada wartawan dan kamera di situ pemuda tersebut mula membuat tanda ‘peace’ ke arah kamera. Tanpa mengganggu sesi temu ramah dia kemudian berlalu pergi tetapi berhenti sekali lagi untuk menunjukkan isyarat ‘peace’ ke arah kamera.
Ramai yang tergelak dengan telatahnya yang selamba itu walaupun di situ ketika itu jelas sekali penuh dengan air banjir. Siap dengan pelampungnya yang berwarna-warni itu boleh pula dia ‘menyibuk’ masuk ke dalam kamera.
Pasti mereka yang menonton temu ramah itu lebih tertumpu kepada abang Grab yang kelakar itu. Memang ‘steady’!
Tonton video di sini.