28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 7, 2025
Utama Blog Laman 214

“Ayah, sekarang kamu ada peguam,” Graduan undang-undang kembali ke kampus rindukan penjual puding soya dianggap sebagai bapa

0

Peguam berjaya dan graduan undang-undang Alex Castro tidak pernah melupakan kebaikan hati penjual puding soya kesayangannya ‘Tatay Dong’, yang dia jalin ikatan persahabatan istimewa ketika menuntut di Universiti Filipina-Diliman.

Walaupun Alex kini seorang peguam bertauliah yang berjaya, Tatay Dong sentiasa mendapat tempat istimewa di hatinya. Selepas beberapa tahun tidak bertemu, akhirnya Alex kembali ke kampus universiti untuk bertemu semula dengan lelaki yang dianggapnya seperti bapa sendiri selama bertahun-tahun.

Gambar oleh Alex Castro/Facebook

Dalam hantaran di Facebook yang menyentuh hati, Alex yang berasal dari keluarga berpecah belah, melahirkan rasa kasih dan syukur serta terhutang budi kepada lelaki yang menjaganya sepanjang tahun belajar undang-undang di UP-Diliman.

Semasa mula belajar di universiti itu, Alex akan selalu berbual dengan penjual puding soya yang peramah setiap pagi di luar bangunan tempatnya menghadiri kuliah pagi.

Sebaik sahaja Tatay Dong mendapat tahu bahawa Alex akan menghadiri ke kelas itu tanpa sarapan pagi, dia berasa sangat sedih.

Gambar Hiasan / Unsplash

Tatay Dong mula bimbang tentangnya dan menunggu Alex setiap pagi dengan secawan puding soya segar untuk dinikmati sebelum anak ini memulakan kelas.

Tatay Dong sangat prihatin dengan kebajikan Alex dan menganggapnya sebagai anak perempuannya sendiri.

Pada suatu hari dalam bulan Disember 2009 ketika sedang hujan, Tatay Dong memberikan Alex bungkusan kecil tambahan bersama secawan puding soya segarnya.

“Apabila saya membukanya, ini adalah jaket kamu. Yang kamu pakai pada pagi sebelumnya dan semua pagi sebelum itu – satu-satunya jaket kamu…Satu-satunya perkara yang kamu katakan kepada saya apabila saya cuba memberikannya semula untuk kali terakhir ialah: ‘Saya sudah basuh bersih-bersih, anak. Ini milik kamu,” tulis Alex di Facebook.

Alex begitu tersentuh dengan sikap penyayang Tatay Dong, dan akhirnya membelikannya jaket baharu sebagai balasan.

Tatay Dong sangat bangga dengan hadiah itu, dan memberitahu semua orang yang hadiah itu diberikan kepadanya oleh “anak perempuannya”.

“Anda memainkan peranan yang besar dan sebahagiannya daripada semua pengalaman saya di UP. Hakikatnya, saya tidak boleh memikirkan UP tanpa memikirkan tentang anda,” tambah Alex.

Gambar oleh Alex Castro/Facebook

Selepas menamatkan pengajian dari UP, Alex Castro menjalani latihan guaman dan berusaha gigih untuk menjadi seorang peguam yang berjaya sehingga beliau tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan Tatay Dong tetapi sentiasa memikirkannya.

Selepas mendapat peluang itu, Alex telah kembali melepas rindu ke kampus itu, lokasi yang sama Tatay Dong pernah menjual puding soyanya setiap hari, tetapi tidak dapat melihatnya.

Tetapi nasib baik, rakannya berada di sana dan memberitahu Tatay Dong yang Alex telah kembali untuk berjumpa dengannya.

Tatay Dong sangat gembira dan segera bergegas menemui Alex.

Gambar oleh Alex Castro/Facebook

Dan Alex akhirnya dapat mengucapkan kata-kata yang ditunggu-tunggu oleh Tatay Dong, “Ayah, sekarang kamu sudah ada peguam!”

“Tahu tak, saya masih menyimpan jaket yang kamu beri. Kadang-kadang, saya melihatnya, memakainya, dan kemudian saya ingatkan kamu, anak. Saya selalu tertanya-tanya tentang keadaan kamu. Dan sekarang kamu sudah menjadi peguam,” jawab Tatay Dong bangga.

Alex sangat gembira untuk mengucapkan kata-kata itu kepada lelaki yang dipandangnya sebagai bapa selama bertahun-tahun.

Gambar oleh Alex Castro/Facebook

“Apabila saya dewasa, saya mahu menjadi seperti dia’ – sesuatu yang saya tidak pernah berpeluang untuk katakan tentang bapa saya sendiri,” kata Alex.

Hantaran menyentuh hati itu telah menarik perhatian beribu-ribu warganet dan berfungsi menjadi peringatan untuk sentiasa bersikap baik kepada semua orang yang anda temui.

Siapa tahu, anda mungkin menjalin persahabatan istimewa dengan seseorang yang tidak dijangka dan ia berkekalan sepanjang hayat untuk dikenang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pasangan peniaga barang mainan bina surau dalam kedai bagi memudahkan pengunjung Muslim pusat beli-belah tunai solat

0

Memandangkan Malaysia sebuah negara pelbagai kaum dan agama, semua sudah sebati dengan perasaan untuk saling hormat-menghormati walaupun terdapat usaha segelintir pihak untuk menyatakan sebaliknya.

Amat menggembirakan untuk mendengar kisah bagaimana sesetengah orang cuba membantu memberikan kemudahan dan mendakap orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Semuanya hanya atas sikap ketulusan hati.

Salah satunya ialah apabila sepasang suami isteri berbangsa Cina telah membina surau di dalam kedai mereka untuk memudahkan pengunjung pusat membeli-belah dan pekerja mereka bersolat.

Gambar oleh mStar

Pasangan yang mengusahakan kedai menjual barang mainan kanak-kanak dan bayi yang terletak di Pandan Kapital, Pandan Indah, Kuala Lumpur itu menyediakan surau untuk lelaki dan wanita, yang lengkap dengan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelanggan dan pengunjung lain di pusat beli-belah itu menunaikan solat.

Lee Chee Win dan Yong Siew Ching memberitahu mStar bahawa surau itu dibina 13 tahun lalu bagi memudahkan pekerja mereka menunaikan solat tanpa perlu berjalan jauh ke premis lain yang menyediakan kemudahan surau.

Gambar oleh mStar

Selepas ia mendapat perhatian rakyat Malaysia, mereka kemudian membukanya untuk kegunaan awam.

Lee yang menjalankan perniagaan di Pandan Kapital sejak tahun 2000 berkata, “Sudah tentu saya gembira surau yang kami bina ini dapat digunakan oleh lebih ramai orang dan saya bersyukur dapat membantu rakan Muslim bersolat apabila tiba masanya.”

Gambar oleh mStar

Jelasnya, sebelum dijadikan surau, ia pada asalnya merupakan tempat mempamerkan barangan jualan, namun mereka mengambil keputusan menukarnya kepada dua bilik untuk menempatkan surau lelaki dan wanita.

Surau itu boleh memuatkan 2 hingga 3 orang dalam satu-satu masa dan Lee berkata, beliau turut membina tempat mengambil wuduk selain meletakkan tirai mandi bagi menjaga aurat wanita.

Gambar oleh mStar

“3 tahun lalu, saya juga menukar lantai daripada permaidani kepada jubin supaya lebih mudah diselenggara. Saya juga menyediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain dan telekung untuk pengunjung,” katanya lagi.

Sementara itu, Yong berkata, apa yang mereka lakukan adalah atas dasar rasa hormat dan niat baik untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat.

Ada anak angkat Melayu

Di sebalik kisah surau itu, Yong berkata, beliau sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama Islam memandangkan mempunyai seorang anak angkat Melayu, Nik Aliza Abdullah yang kini berusia 37 tahun.

Yong berkata, beliau mengambil Nik Aliza yang berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu kerana remaja itu tinggal seorang diri di Kuala Lumpur.

Gambar oleh mStar

“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Dia sangat baik dan saya berasa simpati apabila melihat dia tinggal bersendirian di bandar besar ini.”

“Sejak itu saya telah mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya sehingga kini telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak,” tambah Yong.

Memandangkan Nik Aliza hadir dalam kehidupan Lee dan Yong sekeluarga, mereka telah mempelajari banyak perkara yang baik tentang Islam malahan mereka turut berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Gambar oleh mStar

Malahan, 3 orang anak Nik Aliza juga dijaga oleh Yong dan beliau tidak pernah menganggap cucu angkatnya sebagai orang luar.

“Saya menyayangi mereka seperti cucu saya sendiri dan mereka sangat rapat dengan keluarga kami. Ketiga-tiga mereka fasih berbahasa Mandarin dan Hakka,” jelasnya.

“Kami tidak pernah memandang agama atau perbezaan kaum sebagai masalah kerana kasih sayang dan rasa hormat sesama manusia adalah lebih penting,” kata pasangan ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Doktor merawat Uncle Kentang rupanya budak lelaki pernah jadi mangsa buli yang dilindunginya 15 tahun lalu

0

Semua maklum aktivis masyarakat Uncle Kentang dimasukkan ke hospital selepas disah positif COVID-19 yang diklasifikasikan dalam kategori 4A bermaksud beliau perlu diberi oksigen.

Pada 9 Februari, Uncle Kentang menerusi hantaran di Facebook telah berkongsi satu insiden yang dirasainya sebagai menyayat hati. Didedahkan seorang budak lelaki yang pernah dilindunginya 15 tahun lalu daripada pembuli rupanya adalah doktor yang melakukan X-Ray di dadanya baru-baru ini ekoran diagnosis COVID-19.

Ketika itu, doktor itu bukan sahaja seorang budak yang pendiam tetapi juga menjadi mangsa buli di Subang Jaya dan Uncle Kentang melindunginya daripada sekumpulan pembuli. Masa berlalu dan kini beliau merupakan seorang pakar pulmonologi (pakar perubatan dalam sistem pernafasan) yang berkelulusan dari sekolah perubatan di United Kingdom.

Uncle Kentang / Facebook

Beliau kini merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital di Singapura dan juga penyelidik virus COVID-19.

“Beliau telah memeriksa imbasan X-Ray paru-paru saya dan memberi tanda ibu jari sambil memberitahu saya tiada apa yang perlu dibimbangkan,” tulis Uncle Kentang.

Uncle Kentang melahirkan rasa terkejut serta berterima kasih kepada doktor yang dipanggilnya Dr Chong kerana tanpa sangka dan takdir mempertemukan mereka semula selepas membantu doktor itu 15 tahun lalu.

Dalam hantaran lain, Uncle Kentang turut mendedahkan beliau telah keluar dari hospital dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga 14 Februari ini. Beliau dijangka akan kembali bertugas pada hari lahirnya yang jatuh pada 16 Februari.

Uncle Kentang / Facebook

Dalam pada itu, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan kesihatan dan kesejahteraannya untuk pulih dengan segera.

“Saya tidak sangka ribuan orang akan mendoakan saya termasuk mereka di surau. Terima kasih semua,” tulisnya.

Budi yang baik sentiasa dikenang. Semoga Uncle Kentang cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Letak tuala basah pada dahi boleh sebabkan sawan, doktor pakar kongsi cara yang betul rawat anak ketika demam

0

Sudah menjadi kebiasaan kita di Malaysia, jika ada sahaja sesiapa yang demam perkara pertama yang dilakukan ialah dengan meletakkan tuala basah pada dahi. Jangan kata anak kecil, kita yang dewasa juga pasti melakukan hal yang sama. Sudah menjadi rutin ‘turun-temurun’ rasanya, asal demam sahaja tuala basah yang digunakan sebelum berjumpa doktor.

Namun begitu, rupa-rupanya tindakan tersebut sebenarnya adalah sesuatu yang bahaya terutama kepada anak kecil. Mengapakah begitu? Mari saksikan perkongsian seorang doktor pakar ini.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mansor Ramli ada menjelaskan tentang cara dan kaedah jerlum yang boleh dilakukan kepada anak-anak ketika demam.

Dr Mansor juga ada menerangkan mengapa tuala basah tidak sesuai digunakan kepada anak kecil kerana menurutnya anak kecil boleh berhadapan dengan sawan. Hal ini kerana tuala basah yang digunakan akan memerangkap haba dan tidak berjaya dilepaskan bagi mengurangkan suhu badan.

“Sama macam periuk nasi dan dalam situasi tuala basah ini, haba di bawah tuala akan terus terperangkap dan rasa panas itu umpama gagal dilepaskan.

“Boleh lakukan cara lain termasuk sapukan air secara terus ke kepala, leher dan juga ketiak, elakkan air terkena di tangan atau kaki supaya anak-anak tidak menggigil,”

“Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik” kata Doktor Mansor Ramli.

Jelasnya, kaedah menggunakan tuala basah pada kepala anak boleh menghalang haba keluar dan apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan anak-anak terkena sawan.

“Jadi, mak-mak kena jerlum air pada kepala anak setiap lima minit hanya menggunakan tangan,” tambahnya lagi.

Tambahan lagi, biasanya anak kecil akan berasa tidak selesa jika menggunakan tuala basah yang diletakkan di dahi mereka. Mereka biasanya akan menepis dan membuang tuala dari dahi mereka. Jadi, dengan gunakan kaedah jerlum anak-anak tidak boleh mengelakkan lagi.

“Paling berkesan untuk keluarkan haba panas dari badan adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak guna tangan, sudah tentu anak tak boleh tepis,” ujar Doktor Mansor.

Selain itu, Doktor Mansor turut menerangkan tantang masa yang sesuai untuk anak kecil mandi jika mereka demam. Mereka tidak digalakkan untuk mandi ketika badan masih panas. Apa yang perlu dilakukan ialah mandi ketika suhu badan sudah mulai turun dan sebaiknya selepas dua jam selepas mengambil ubat.

Pastikan suhu badan turun dahulu baru mandi, jika tidak demam boleh menjadi lebih teruk.

Sumber: TikTok

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kucing ini fikir kaedah ‘spesies pandai’ menyeberang anak sungai tanpa empat kaki menjadi basah

0

Umum mengetahui kucing banyak akal, sangat comel dan tidak suka kaki dia basah. 

Bila lihat apa yang kucing ini boleh lakukan untuk dirinya kekal kering ketika menyeberangi anak sungai, manusia boleh menjadi sangat kagum.

Facebook

Bukan setakat dia pintar, kucing ini pun sangat sopan. 

Si bulus bukan sahaja menunggu untuk melihat sama ada atuk di belakangnya mahu berjalan dahulu dan menunggu arahan atuk itu.

Facebook

Apabila sudah mendapat lampu hijau atuk untuk dia berjalan dahulu, maka kucing ini pun berjalan melalui jambatan kecil untuk menyeberang anak sungai itu.

Facebook

Dan kucing ‘spesies pandai’ sudah pasti dengan menggunakan kepintarannya.

Facebook

Sebab sudah biasa dengan ‘catwalk’ dan tubuh badan seimbang, maka menyeberang anak sungai boleh dengan cara yang paling bijak tanpa mana-mana kaki menjadi basah.

Facebook

Stabil je kucing comel ni jalan terkedek-kedek, cecah kaki hujung penghadang jambatan ke kiri dan ke kanan tanpa kena air langsung.

Facebook

Selesai menyeberang, dia pun menoleh lagi melihat atuk sedang menyusul berjalan, yang terhibur melihat gelagatnya menggunakan otak bergeliga.

Facebook

Memang bertuah tuan yang dapat kucing comel dan pintar macam ini.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Bahaya Gestational Diabetes Mellitus (GDM) kepada kandungan, ibu hamil jangan ambil mudah!

0

Ibu hamil sememangnya berhadapan dengan pelbagai risiko dan komplikasi, baik risiko terhadap diri sendiri mahupun risiko terhadap bayi yang di dalam kandungan. Antara ‘penyakit’ yang sering dialami oleh ibu hamil ialah diabetes yang dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

GDM biasanya boleh dikesan selepas minggu ke-24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada ibu malah bayi dalam kandungan juga berhadapan dengan risiko.

Baru-baru ini seorang doktor, Dr Muhammad Izzat ada berkongsi kisah sedih di laman Facebook miliknya yang menimpa seorang pesakitnya yang menghidap GDM.

DOKTOR KONGSI KISAH BAYI TAK ADA TEMPURUNG KEPALA

Menerusi hantaran itu, beliau menjelaskan ketika memeriksa keadaan bayi menggunakan mesin, ia agak sukar untuk mengukur saiz bayi tersebut.

Jelasnya, keadaan ini sering berlaku kepada bayi yang tiada tempurung kepala dan kejadian ini disebabkan oleh kencing manis yang dihidapi oleh si ibu.

Puas digodek-godek mesin scan. Puas cari angle yang terbaik untuk mengukur kepala baby. Patutla doktor sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala bayi. Baru saya faham kenapa doktor tersebut mohon second opinion.

Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau nampak kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.

Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti. Seakan-akan anencephaly ( baby tiada tempurung kepala) Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti. Semuanya bersependapat.

“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”

“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”

“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”

“Oh yang tu saya tak pergi”

Kurang pasti, ibu terlupa atau bagaimana.

“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”

“Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak biasa. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”

Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir

“Ibu, saya tinggalkan dulu dengan suami. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu” Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.

“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan tulang kepala dan sebahagian otak tidak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan.”

Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal”

“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya mengesyaki ibu ada kencing manis daripada kehamilan terdahulu berlarutan sehingga sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”

Semak HbA1c = 13%

PENTING KAWAL KENCING MANIS, ELAK KECACATAN LAIN

Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yang mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.

  1. Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis atau tidak selepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa.
  2. Kalau tak ada kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa doktor, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tiada.
  3. Ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan.
  4. Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
  5. Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Mahu rumah kekal harum dan bersih tanpa bajet besar? Amalkan 4 petua mudah ini..

0

Rutin membersihkan rumah adalah satu kemestian buat semua kerana tinggal di ruang dan persekitaran rumah yang kotor boleh menyebabkan alahan, jangkitan kulit dan masalah pernafasan yang teruk.

Kajian menunjukkan rumah yang dibersihkan dengan kerap mempunyai kualiti udara dalaman yang lebih baik, sekaligus menjadikan isi rumah yang menetap di dalamnya cergas dan kurang tertekan.

Malahan kini terdapat banyak produk pencuci dan pewangi di pasaran, yang dapat membantu kita membersihkan rumah dengan lebih berkesan.

Cumanya komitmen kita untuk membelinya kadang kala membebankan juga, terutamanya jika produk itu harganya mahal bukan?

Jadi kali ini kami akan kongsikan 4 petua pembersihan rumah menggunakan bahan yang mudah di dapati, bahkan harganya jauh lebih berpatutan.

#1 Elak habuk melekat pada perabot

Bahan yang diperlukan : 1 penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air

Kaedah : Bancuh kedua-dua bahan hingga sebati. Kemudian lapkan sahaja pada perabot di rumah.

#2 Kilatkan lantai rumah

Bahan yang diperlukan : 1 penutup pencuci lantai dan cuka

Kaedah : Sapu lantai rumah terlebih dahulu. Satukan kesemua bahan lalu mopkan lantai menggunakan larutan yang telah dicampurkan tadi.

#3 Wangikan rumah

Daripada anda membeli produk di pasaran, lebih baik jika anda bancuh sendiri. Lebih jimat malah kuantitinya juga lebih banyak. Anda boleh bancuh seberapa banyak yang anda suka!

Bahan yang diperlukan : 1 penutup pelembut fabrik dan cuka

Kaedah : Sama seperti yang lain, campurkan kedua bahan ini dan semburkan di seluruh rumah anda. Gabungan larutan ini difahamkan akan memberi bau dan memperbaiki udara menjadi lebih bersih.

#4 Segarkan bau bilik air

Bilik air menjadi ruang yang sering kali terjadi masalah, lebih-lebih lagi berkait dengan masalah bauan bukan? Jangan susah hati.

Bahan yang diperlukan : 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air

Kaedah : Campurkan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembut, lalu semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

Hasilnya, tiada lagi bau tidak menyenangkan. Bilik air anda akan menjadi lebih segar dan berbau wangi.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Kutip hasil lebih 30kg kangkung, budak 7 tahun ini cetus inspirasi buat semua

0

Hobi bercucuk tanam adalah satu aktiviti yang bermanfaat dan sering kali dianggap sebagai terapi yang sihat buat kebanyakan individu.

Selain menyamankan persekitaran dan memberi ketenangan minda, ia turut dapat menjimatkan wang perbelanjaan sayuran dan buah-buahan bukan?

Namun jangan sangka hanya orang dewasa sahaja yang menggemari aktiviti bercucuk tanam sebegini. Ini kerana si cilik berusia 7 tahun ini juga gemarkan aktiviti yang sama.

Mulanya mahu mengisi masa lapang yang ada setahun yang lalu, Afiq kemudian begitu bersemangat dan rajin untuk terus menanam kangkung.

Difahamkan tanaman kangkung Afiq itu hanyalah sekitar RM10 sahaja dan dapatlah dia berkongsi hasil tanaman kangkungnya bersama jiran-jiran terdekat.

Menurutnya, kangkung yang ditanam hidup dengan subur kerana dia kerap memanfaatkan waktu dengan membaja dan menyiram kangkung yang ditanam di laman hadapan rumahnya.

“Cuaca panas menyebabkan saya perlu menyiram tujuh kali sehari bagi memastikan kangkung ditanam mampu membuahkan hasil memuaskan”.

 “Sepanjang cuti kali ini, saya dan adik hanya duduk di rumah sahaja kerana bimbang penyakit COVID-19 masih belum berakhir dan masa yang ada banyak dihabiskan dengan berkebun”.

Tambahnya, dia menggunakan masa lapang dengan berkebun bagi menghilangkan rasa bosan. Malah hasilnya bukan sahaja boleh dimakan, bahkan dapat diagihkan kepada jiran tetangga.

Lebih kurang 30 kilogram kangkung ditanam oleh Afiq di hadapan rumahnya, dan ia dikutip serta dibersihkan sebelum Afiq berjalan untuk mengagihkan semua hasil tanaman terbabit ke rumah jirannya.

Jelas Afiq, dengan modal RM10, dia telah membeli benih kangkung dengan harga RM6 manakala selebihnya digunakan untuk membeli baja.

Apabila ditanya pemilihan kangkung sebagai tanaman yang ditanamnya, Afiq berkata bahawa tanaman itu dipilih kerana mudah ditanam, dijaga dan hanya disiram mengikut masa.

Ringkasnya, kangkung dapat ditanam menerusi 2 cara :

#1 Keratan batang

Rendamkan sahaja keratan batang selama 2-3 hari hingga akarnya keluar lalu cucukkan sahaja ke tanah.

#2 Biji benih

Sediakan campuran tanah yang sesuai. Buat lubang pada tanah (3-5 sentimeter) dalam dan semaikan biji benih. Satu lubang boleh diletakkan 2-3 biji benih kangkung.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Langgar peraturan pakaian ‘2 cm longgar’ daripada ditetapkan, keputusan jaguh lompat ski wanita Jepun dibatalkan

0

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 menyaksikan jaguh lompat ski wanita dari Jepun dan pemegang rekod Piala Dunia, Sara Takanashi mengalami kejutan ekoran seluar ketatnya ‘longgar 2 sentimeter’ dan melanggar peraturan pakaian ditetapkan menyebabkan keputusan lompatannya dibatalkan. Beberapa atlet dari negara lain turut mengalami nasib sama apabila keputusan telah dibatalkan kerana pakaian yang tidak mengikut peraturan.

Sara Takanashi melakukan lompatan 103 meter apabila pengadil Olimpik Musim Sejuk Beijing menegaskan seluar ketat pada paha adalah “2 cm longgar” daripada yang dibenarkan, dan kemudian keputusan itu dibatalkan. Jepun kehilangan catatan lompatan terbaik dan Sara Takanashi berada di tempat keempat pada keputusan akhir acara itu.

Adegan secara langsung menyaksikan Sara Takanashi menyalahkan dirinya dan menangis serta meminta maaf kepada semua kerana kesilapan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sara Takanashi dilihat sebagai pilihan untuk memenangi pingat emas Olimpik kali ini. Selepas insiden pelanggaran peraturan pakaian, jurulatih lompat ski Jepun Toru Washizawa berkata, “Ini bukan masalah dengan Takanashi, ia adalah kerana pengesahan pengadil dan petugas yang tidak mencukupi.” Beberapa jurulatih ada berkata tapak pertandingan terletak pada ketinggian 1,600 meter, dan suhu yang rendah boleh menyebabkan atlet kehilangan air serta mengalami sedikit perubahan dalam bentuk badan.

Takanashi memenangi Piala Dunia pertamanya pada 2012, dan kemudian memenangi kejuaraan pada musim 2012-13, 2013-14, 2015-16 dan 2016-17 dengan 61 kejuaraan dunia dan rekod cemerlang di bawah namanya.

Selain Sara Takanashi, beberapa pemain terbaik dalam acara ini iaitu dari Jerman, Austria, dan Norway turut mengalami perkara sama apabila keputusan telah dibatalkan kerana pakaian yang tidak layak. Dua atlet lompat ski wanita dan dua atlet lompat ski lelaki dengan lima orang kesemuanya. Beberapa media berkata, “Ini satu sandiwara!”

Seorang pemain Norway yang hilang kelayakan dalam acara itu, Silje Opseth, memberitahu media Norway, pegawai dan pengadil tidak mengikut prosedur biasa apabila mengukur pakaian, “Saya tidak tahu apa yang hendak dikata, mereka mengukur pakaian dengan cara yang berbeza sama sekali. Saya terkejut dan tidak faham apa yang sedang berlaku hari ini.” 

Dalam acara berpasukan luncur laju trek pendek campuran pada 5 Februari, pasukan China pada asalnya tewas kepada Hungary dan Amerika Syarikat pada peringkat separuh akhir, menduduki tempat ketiga dan terlepas pungutan pingat. 

Walau bagaimanapun, pasukan China membuat rayuan dan pengadil kemudian menukar kehilangan kelayakan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai telah melakukan kesalahan. Pasukan China mara ke peringkat akhir dalam kumpulan kedua, dan akhirnya mengalahkan Itali dengan 0.016 saat untuk memenangi emas.

Pada 7 Februari, dalam acara luncur laju trek pendek 1,000 meter separuh akhir lelaki, agensi berita Yonhap melaporkan atlet luncur laju Korea Selatan Hwang Dae-heon dan Lee June-seo masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam acara kumpulan, tetapi pengadil membatalkan keputusan atas alasan kedua-duanya melakukan kekasaran.

Majlis Olimpik Korea Selatan dalam sidang media di pusat media utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 8 Februari berkata persatuan sukan memutuskan untuk membantah dan membuat rayuan terus kepada Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach atas keputusan pengadil yang tidak adil dan berat sebelah daripada atlet luncur laju Korea Selatan yang terlibat pada sehari sebelumnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Tidak menyedari diri hamil, seorang wanita di Indonesia tiba-tiba melahirkan anak

0

Seorang ibu dengan nama samaran L dan berumur 24 tahun dari Kuningan di Jawa Barat, Indonesia dilaporkan oleh media tempatan secara tiba-tiba melahirkan seorang anak baru-baru ini.

Tiada seorang pun penduduk di kampung L mengetahui wanita ini hamil. Ketua Kampung Padabeunghar berkata, kelahiran anak daripada ibu dikenali L itu adalah sangat mengejutkan.

Menurut sumber, tiada siapa yang menyedari kehamilan L termasuk bidan kampung yang berkata dia tidak menyangka L sedang mengandung.

Apa yang unik dan agak luar biasa, L telah bersalin secara mengejut kerana tidak merasakan dirinya hamil dan secara tiba-tiba melahirkan anaknya ketika berada di dalam bilik air.

Gambar Hiasan / Unsplash

Ibu ini menjelaskan pada masa kejadian, perutnya berasa sakit memulas-mulas dan ingin membuang air besar.

Setibanya di bilik air, ternyata yang keluar ialah bayi seberat 3.7 kilogram dalam keadaan kelahirannya yang sihat dan sempurna.

Kes wanita tidak sedar hamil tiba-tiba bersalin di Indonesia bukan sahaja berlaku di Kuningan, Jawa Barat pada tahun 2022. Sebelum ini terdapat kes seumpamanya yang berlaku di Tasikmalaya pada tahun 2020.

Jadi, mungkinkah boleh terjadi wanita hamil tidak berasa apa-apa dan tiba-tiba terus bersalin?

Jawapannya boleh dan berkemungkinan, walaupun dengan kebarangkalian yang sangat kecil. Terdapat satu keadaan yang dipanggil ‘cryptic pregnancy’ atau kehamilan kriptik, atau mengandung tanpa tanda walaupun ia sangat jarang berlaku.

Kehamilan kriptik adalah kehamilan tanpa sedar sehingga separuh proses kehamilan, malahan sehingga ke saat bersalin atau kelahiran. Kadang-kadang ini dipanggil kehamilan “stealth” atau “penolakan”.

Kajian menunjukkan satu daripada 475 wanita tidak menyedari mereka mengandung sehingga minggu ke-20 kehamilan atau lebih. Ini bermakna ada yang menyedari mereka mengandung setelah usia kandungan mencecah lima hingga enam bulan. Sementara 1 daripada 2,500 wanita tidak menyedari diri hamil sehingga saat melahirkan.

Menurut theAsianparent, ibu yang mengalami kehamilan kriptik selalunya tidak mengalami simptom biasa wanita mengandung seperti muntah-muntah, loya, tidak datang haid, kekejangan perut serta keluarga atau doktor tidak menyedari wanita ini mengandung kerana tiada perubahan ketara pada bentuk badan.

Kehamilan kriptik terjadi apabila wujudnya keadaan perubatan yang dipanggil penolakan kehamilan. Ia adalah disebabkan ‘human chorionic gonadotropin’ atau kadar hCG terlalu rendah sehingga sukar dikenalpasti dalam darah atau air kencing.

‘hCG’ adalah hormon yang dikeluarkan oleh plasenta setelah embrio menempel di dinding rahim ibu, penanda ujian kehamilan biasanya digunakan untuk mengesan kadar hCG dalam darah atau air kencing ibu, bagaimanapun jika terlalu sedikit ianya agak sukar dikesan.

Gambar Hiasan / Unsplash

Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada berlakunya kehamilan kriptik yang antaranya:

  • Usia muda.
  • Kehamilan kedua, ketiga dan seterusnya.
  • Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) atau gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif.
  • Baru melahirkan anak.
  • Lemak tubuh terlalu rendah.
  • Perimenopause atau ibu mengalami perubahan hormon ke arah menopause sehingga tidak sangka diri boleh hamil.
  • Stres atau tekanan perasaan.

Risiko kehamilan kriptik antaranya:

  • Terlepas daripada penjagaan pranatal yang boleh memastikan ibu dan bayi sihat lengkap dengan ujian fizikal, ujian darah dan imbasan ultrabunyi.
  • Ibu tidak akan mengetahui risiko bayi atau ibu itu sendiri sedang mengalami sebarang komplikasi seperti anemia, preeklampsia atau serangan darah tinggi, diabetes atau kecacatan kelahiran.
  • Tumbesaran bayi mungkin terganggu kerana ibu tidak mengetahui pelbagai vitamin dan zat perlu diambil untuk memastikan bayi cukup nutrisi dan sihat sepanjang dalam kandungan.

Keadaan yang menjelaskan bagaimana L menjadi ibu dan melahirkan anaknya secara tiba-tiba dalam kes istimewa yang jarang berlaku.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor: