34.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupBahaya Gestational Diabetes Mellitus (GDM) kepada kandungan, ibu hamil jangan ambil mudah!

Bahaya Gestational Diabetes Mellitus (GDM) kepada kandungan, ibu hamil jangan ambil mudah!

Ibu hamil sememangnya berhadapan dengan pelbagai risiko dan komplikasi, baik risiko terhadap diri sendiri mahupun risiko terhadap bayi yang di dalam kandungan. Antara ‘penyakit’ yang sering dialami oleh ibu hamil ialah diabetes yang dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

GDM biasanya boleh dikesan selepas minggu ke-24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada ibu malah bayi dalam kandungan juga berhadapan dengan risiko.

Baru-baru ini seorang doktor, Dr Muhammad Izzat ada berkongsi kisah sedih di laman Facebook miliknya yang menimpa seorang pesakitnya yang menghidap GDM.

DOKTOR KONGSI KISAH BAYI TAK ADA TEMPURUNG KEPALA

Menerusi hantaran itu, beliau menjelaskan ketika memeriksa keadaan bayi menggunakan mesin, ia agak sukar untuk mengukur saiz bayi tersebut.

Jelasnya, keadaan ini sering berlaku kepada bayi yang tiada tempurung kepala dan kejadian ini disebabkan oleh kencing manis yang dihidapi oleh si ibu.

Puas digodek-godek mesin scan. Puas cari angle yang terbaik untuk mengukur kepala baby. Patutla doktor sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala bayi. Baru saya faham kenapa doktor tersebut mohon second opinion.

Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau nampak kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.

Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti. Seakan-akan anencephaly ( baby tiada tempurung kepala) Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti. Semuanya bersependapat.

“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”

“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”

“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”

“Oh yang tu saya tak pergi”

Kurang pasti, ibu terlupa atau bagaimana.

“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”

“Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak biasa. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”

Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir

“Ibu, saya tinggalkan dulu dengan suami. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu” Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.

“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan tulang kepala dan sebahagian otak tidak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan.”

Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal”

“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya mengesyaki ibu ada kencing manis daripada kehamilan terdahulu berlarutan sehingga sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”

Semak HbA1c = 13%

PENTING KAWAL KENCING MANIS, ELAK KECACATAN LAIN

Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yang mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.

  1. Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis atau tidak selepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa.
  2. Kalau tak ada kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa doktor, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tiada.
  3. Ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan.
  4. Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
  5. Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI