Semua maklum aktivis masyarakat Uncle Kentang dimasukkan ke hospital selepas disah positif COVID-19 yang diklasifikasikan dalam kategori 4A bermaksud beliau perlu diberi oksigen.
Pada 9 Februari, Uncle Kentang menerusi hantaran di Facebook telah berkongsi satu insiden yang dirasainya sebagai menyayat hati. Didedahkan seorang budak lelaki yang pernah dilindunginya 15 tahun lalu daripada pembuli rupanya adalah doktor yang melakukan X-Ray di dadanya baru-baru ini ekoran diagnosis COVID-19.
Ketika itu, doktor itu bukan sahaja seorang budak yang pendiam tetapi juga menjadi mangsa buli di Subang Jaya dan Uncle Kentang melindunginya daripada sekumpulan pembuli. Masa berlalu dan kini beliau merupakan seorang pakar pulmonologi (pakar perubatan dalam sistem pernafasan) yang berkelulusan dari sekolah perubatan di United Kingdom.

Beliau kini merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital di Singapura dan juga penyelidik virus COVID-19.
“Beliau telah memeriksa imbasan X-Ray paru-paru saya dan memberi tanda ibu jari sambil memberitahu saya tiada apa yang perlu dibimbangkan,” tulis Uncle Kentang.
Uncle Kentang melahirkan rasa terkejut serta berterima kasih kepada doktor yang dipanggilnya Dr Chong kerana tanpa sangka dan takdir mempertemukan mereka semula selepas membantu doktor itu 15 tahun lalu.
Dalam hantaran lain, Uncle Kentang turut mendedahkan beliau telah keluar dari hospital dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga 14 Februari ini. Beliau dijangka akan kembali bertugas pada hari lahirnya yang jatuh pada 16 Februari.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan kesihatan dan kesejahteraannya untuk pulih dengan segera.
“Saya tidak sangka ribuan orang akan mendoakan saya termasuk mereka di surau. Terima kasih semua,” tulisnya.
Budi yang baik sentiasa dikenang. Semoga Uncle Kentang cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: