25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalTidak menyedari diri hamil, seorang wanita di Indonesia tiba-tiba melahirkan anak

Tidak menyedari diri hamil, seorang wanita di Indonesia tiba-tiba melahirkan anak

Seorang ibu dengan nama samaran L dan berumur 24 tahun dari Kuningan di Jawa Barat, Indonesia dilaporkan oleh media tempatan secara tiba-tiba melahirkan seorang anak baru-baru ini.

Tiada seorang pun penduduk di kampung L mengetahui wanita ini hamil. Ketua Kampung Padabeunghar berkata, kelahiran anak daripada ibu dikenali L itu adalah sangat mengejutkan.

Menurut sumber, tiada siapa yang menyedari kehamilan L termasuk bidan kampung yang berkata dia tidak menyangka L sedang mengandung.

Apa yang unik dan agak luar biasa, L telah bersalin secara mengejut kerana tidak merasakan dirinya hamil dan secara tiba-tiba melahirkan anaknya ketika berada di dalam bilik air.

Gambar Hiasan / Unsplash

Ibu ini menjelaskan pada masa kejadian, perutnya berasa sakit memulas-mulas dan ingin membuang air besar.

Setibanya di bilik air, ternyata yang keluar ialah bayi seberat 3.7 kilogram dalam keadaan kelahirannya yang sihat dan sempurna.

Kes wanita tidak sedar hamil tiba-tiba bersalin di Indonesia bukan sahaja berlaku di Kuningan, Jawa Barat pada tahun 2022. Sebelum ini terdapat kes seumpamanya yang berlaku di Tasikmalaya pada tahun 2020.

Jadi, mungkinkah boleh terjadi wanita hamil tidak berasa apa-apa dan tiba-tiba terus bersalin?

Jawapannya boleh dan berkemungkinan, walaupun dengan kebarangkalian yang sangat kecil. Terdapat satu keadaan yang dipanggil ‘cryptic pregnancy’ atau kehamilan kriptik, atau mengandung tanpa tanda walaupun ia sangat jarang berlaku.

Kehamilan kriptik adalah kehamilan tanpa sedar sehingga separuh proses kehamilan, malahan sehingga ke saat bersalin atau kelahiran. Kadang-kadang ini dipanggil kehamilan “stealth” atau “penolakan”.

Kajian menunjukkan satu daripada 475 wanita tidak menyedari mereka mengandung sehingga minggu ke-20 kehamilan atau lebih. Ini bermakna ada yang menyedari mereka mengandung setelah usia kandungan mencecah lima hingga enam bulan. Sementara 1 daripada 2,500 wanita tidak menyedari diri hamil sehingga saat melahirkan.

Menurut theAsianparent, ibu yang mengalami kehamilan kriptik selalunya tidak mengalami simptom biasa wanita mengandung seperti muntah-muntah, loya, tidak datang haid, kekejangan perut serta keluarga atau doktor tidak menyedari wanita ini mengandung kerana tiada perubahan ketara pada bentuk badan.

Kehamilan kriptik terjadi apabila wujudnya keadaan perubatan yang dipanggil penolakan kehamilan. Ia adalah disebabkan ‘human chorionic gonadotropin’ atau kadar hCG terlalu rendah sehingga sukar dikenalpasti dalam darah atau air kencing.

‘hCG’ adalah hormon yang dikeluarkan oleh plasenta setelah embrio menempel di dinding rahim ibu, penanda ujian kehamilan biasanya digunakan untuk mengesan kadar hCG dalam darah atau air kencing ibu, bagaimanapun jika terlalu sedikit ianya agak sukar dikesan.

Gambar Hiasan / Unsplash

Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada berlakunya kehamilan kriptik yang antaranya:

  • Usia muda.
  • Kehamilan kedua, ketiga dan seterusnya.
  • Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) atau gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif.
  • Baru melahirkan anak.
  • Lemak tubuh terlalu rendah.
  • Perimenopause atau ibu mengalami perubahan hormon ke arah menopause sehingga tidak sangka diri boleh hamil.
  • Stres atau tekanan perasaan.

Risiko kehamilan kriptik antaranya:

  • Terlepas daripada penjagaan pranatal yang boleh memastikan ibu dan bayi sihat lengkap dengan ujian fizikal, ujian darah dan imbasan ultrabunyi.
  • Ibu tidak akan mengetahui risiko bayi atau ibu itu sendiri sedang mengalami sebarang komplikasi seperti anemia, preeklampsia atau serangan darah tinggi, diabetes atau kecacatan kelahiran.
  • Tumbesaran bayi mungkin terganggu kerana ibu tidak mengetahui pelbagai vitamin dan zat perlu diambil untuk memastikan bayi cukup nutrisi dan sihat sepanjang dalam kandungan.

Keadaan yang menjelaskan bagaimana L menjadi ibu dan melahirkan anaknya secara tiba-tiba dalam kes istimewa yang jarang berlaku.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI