28.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 152

“Ingatkan tergelincir,” Gadis ini perasan seekor rakun kembali berenang tenang dalam kolam belakang rumah, sedang kepanasan rupanya

0

Pada satu pagi, Maddie Altman dari Toronto, Kanada melangkah keluar ke halaman belakang rumahnya dan melihat sesuatu penampakan yang agak luar biasa.

Semasa dia memerhatikan ke satu sudut, ke arah kolamnya, kelihatan beberapa tompokan lopak pada simen. Kemudian dia melihat cetakan kaki haiwan yang basah.

Rupa-rupanya jejak yang diperhatikan ialah daripada si rakun ini..

TikTok

“Bulunya basah, jadi saya fikir dia terjatuh ke dalam kolam,” kata Maddie yang memuat naik video rakun comel itu di TikTok.

Mulanya dia percaya rakun montel itu telah tergelincir ke dalam air secara tidak sengaja dan, mungkin selepas beberapa kali bergelut, dia bernasib baik kerana berjaya mencapai ke atas dengan kudrat sendiri, tetapi mungkin juga Maddie telah terlebih salah.

TikTok

Ia bukan satu kemalangan atau insiden, tetapi memang satu acara renang gaya bebas yang disengajakan..

Apabila Maddie memeriksanya tidak lama kemudian, rakun itu telah kembali ke dalam kolam untuk berenang lagi.

“Saya benar-benar terkejut. Saya tidak pernah melihat rakun berenang, apatah lagi melihatnya berada di dalam kolam kami!” kata Maddie yang hairan.

TikTok

Rakun itu kelihatan agak tenang berenang di dalam kolam rumah Maddie, dia tidak mempunyai masalah sama sekali untuk memanjat keluar masuk dengan sesuka hatinya.

“Dia sebenarnya bijak menggunakan tangga!” katanya kepada The Dodo.

Dan Maddie fikir rakun itu sangat comel dan caranya berenang jelas sangat selesa.

Kemungkinan juga ini bukan lawatan terakhir buat si rakun itu.

TikTok

Cuaca musim panas agak panas sejak kebelakangan ini, jadi tidak hairanlah seekor rakun berbulu gebu mungkin mencari sedikit kelegaan akibat kepanasan.

Sudah tentu, Maddie Altman boleh cuba menghalaunya tetapi mengapa mengganggu pemandangan yang begitu comel?

Lagipun, hari itu sangat panas, jadi semua orang patut faham. Kalau manusia pun rasa berbahang, si rakun ini pun berperasaan yang sama.

TikTok

“Saya benar-benar bersimpati melalui hari terlalu panas. Saya rasa sangat gembira dapat membiarkan dia berenang tanpa gangguan,” kata Maddie. 

Sambil menambah, “Saya akan mengalu-alukan rakun comel ini kembali pada bila-bila masa yang dia mahu untuk menyejukkan badannya..”

PKC bangunkan ‘Kit Penyeksaan’ dan tubuh agensi baru bagi tujuan penganiayaan Falun Gong

0

Sungguhpun kekejaman dalam kempen penganiayaan ke atas Falun Gong telah didedahkan secara beransur-ansur kepada dunia luar selama bertahun-tahun berdasarkan testimoni mangsa-mangsa, laporan baru-baru ini mendedahkan rejim telah membangunkan ‘kit’ untuk ‘kakitangan terlatih’ yang digunakan secara khusus kepada pengamal Falun Gong.

Jiang Yongqin, telah dipenjarakan beberapa kali oleh rejim sejak 2009 kerana kepercayaan pengamal wanita ini kepada Falun Gong, amalan meditasi dan kultivasi berasaskan budaya Cina kuno. Rejim Komunis, di bawah Jiang Zemin, mula menganiaya Falun Gong pada tahun 1999. Selama bertahun-tahun, kempen itu telah menyebabkan ramai pengamal ditahan dan dipenjarakan sehingga menyebabkan banyak kematian, juga mencetuskan industri pengambilan organ secara sistematik daripada pengamal Falun Gong yang dipenjarakan.

Minghui.org, sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang mendokumentasikan penganiayaan Parti Komunis China (PKC) terhadap Falun Gong, memberikan butiran tentang apa yang Jiang Yongqin lalui baru-baru ini.

Gambar oleh Stephen Shaver/AFP/Getty Images

Menurut laporan itu, penculikan terbaru Jiang Yongqin berlaku pada 12 Jun.

Sumber dalaman mendedahkan Jiang telah dipindahkan ke lokasi rahsia antara 7 dan 8 Julai untuk sesi soal siasat. “Pakar terlatih” dan pembantunya menggunakan kit penyeksaan untuk menderanya secara seksual sehingga dia rebah sepenuhnya.

Pakar itu memberitahu Jiang, mereka akan meninggalkan kit itu di dalam bilik soal siasat hanya untuk dia melihatnya sehingga maklumat diberikan kepada mereka seperti yang diinginkan.

“Terdapat sekatan tertentu untuk menggunakan kit; tetapi, apabila ia berkaitan dengan Falun Gong, kami boleh menggunakannya pada bila-bila masa yang kami suka,” katanya.

Pelakunya: Polis Wilayah Jilin

Jiang adalah seorang guru di Pusat Pembelajaran Eksperimental untuk Asas Mekanikal di Universiti Sains dan Teknologi Zhejiang apabila dia buat pertama kali telah diculik oleh polis pada 26 September 2009. Pada Februari 2010, Jiang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dihantar ke Penjara Wanita Zhejiang, meninggalkan anak perempuannya yang ketika itu berusia 4 tahun dan orang tuanya yang uzur tanpa ada sesiapa yang menjaga mereka.

Sejak penganiayaan yang bermula pada tahun 1999, polis sering mengganggu Jiang dan keluarga serta mengganggu pekerjaannya.

Pada 12 Jun, polis tempatan menculik Jiang dan keluarganya, termasuk anak perempuannya yang berusia 8 tahun, dari kediaman mereka di Jilin. Polis turut menggeledah rumahnya dan merampas komputer serta telefon bimbitnya.

Ahli keluarganya kemudian dibebaskan, tetapi Jiang kekal dalam tahanan di lokasi yang tidak diketahui.

Sumber dalaman memberitahu wartawan Minghui.org di Jilin, Kementerian Keselamatan Awam terlibat dalam penculikan ini atas sebab yang tidak diketahui.

Buat pertama kalinya, agensi rahsia itu dinamakan: Pejabat Tatatertib Khas (SDO) di bawah jabatan keselamatan awam wilayah Jilin.

Soal siasat penyumbaleweng

Menurut sumber dalaman, ‘pakar kit’ itu dan pembantunya adalah kedua-duanya dari SDO. Bersama dua lagi anggota polis keselamatan negara wilayah Jilin bernama Tang dan Lu, empat lelaki itu memulakan ‘pekerjaan’ mereka terhadap Jiang.

Di dalam kit itu terdapat pencungkil gigi, instrumen kecil, dadah, wayar, afrodisiak dan barangan lain.

Empat lelaki itu mula-mula menyembur minyak sawi ke dalam lubang hidung Jiang, menambah rokok yang dinyalakan, dan kemudian meninggalkan puntung rokok dari dalam lubang hidungnya. Jiang kemudiannya terbatuk-batuk yang keluar melalui mulutnya, tambah sumber itu lagi.

Memandangkan Jiang tidak akan memberikan maklumat yang mereka inginkan, pakar itu mengarahkan lelaki lain untuk menyerangnya secara seksual menggunakan item dari kit. Apabila mereka mendapati dia sedang haid, pakar itu mendakwa item itu akan berfungsi dengan lebih baik.

Keseluruhan proses itu mengambil masa hampir dua jam sehingga Jiang rebah dan mengalah. Dia memberikan mereka kod laluan komputernya.

Gambar ilustrasi oleh Minghui.org

Protokol sistematik untuk penganiayaan: Penganalisis

Penganalisis China Heng He berkata soal siasat dalam bentuk penyeksaan adalah perkara biasa di dalam penjara China; namun, ia biasanya dikendalikan oleh kakitangan penjara atau banduan lain.

Kes ini menonjol kerana fakta yang mengatakan pakar yang dipanggil itu dihantar dari peringkat yang lebih tinggi dan menggunakan kit dengan protokol yang mengandungi dadah untuk soal siasat.

Katanya, jenis penganiayaan seksual ini jauh berbeza berbanding masa lalu.

Heng menjelaskan soal siasat penyeksaan telah menjadi alat sistemik di bawah Parti Komunis China (PKC) yang memerintah. Sebagai contoh, kerusi besi dan belantan elektrik dikenali sebagai alat penyeksaan PKC dalam masyarakat antarabangsa.

Penggunaan dadah dan serangan seksual sebagai senjata PKC adalah terlalu biasa, kata Heng.

Beliau menjelaskan PKC sentiasa terlibat dalam meneroka kaedah penyeksaan yang jarang berlaku di negara lain. Beliau percaya apa yang dipanggil pakar itu sebenarnya adalah seorang yang pakar dalam mencari cara untuk menyeksa tahanan secara melampau, tanpa membunuh mereka, untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

Gambar oleh Chien-min Chung/AP

Peraturan ditetapkan tanpa undang-undang

Berkenaan penggunaan tanpa had kit itu ke atas pengamal Falun Gong, Heng berkata dakwaan serupa telah dilaporkan secara meluas sejak rejim memulakan penganiayaan pada 1999.

Katanya sistem kehakiman PKC telah menganggap pengamal Falun Gong sebagai kes luar biasa di mana semua peraturan adalah mungkin tidak sah jika kes berkaitan dengan Falun Gong.

“Oleh kerana ia merupakan kempen penganiayaan politik sejak awal lagi, ia tidak terikat dengan undang-undang,” katanya.

Heng menggunakan Pejabat 610 sebagai contoh. Ia adalah sebuah badan “tambahan undang-undang” yang ditubuhkan pada Jun 1999 untuk menyasarkan pengamal Falun Gong secara spesifik.

“Ini sudah cukup untuk membuktikan dalam proses penganiayaan Falun Gong, PKC tidak perlu bercakap mengenai undang-undang,” kata Heng.

Wanita 70 tahun akhirnya timang cahaya mata pertama selepas percubaan ketiga IVF

0

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti menginginkan kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga dan menjadi pewaris. Kini, dengan kemajuan teknologi dan rawatan kesuburan, usaha mendapatkan zuriat boleh sahaja direalisasikan seperti wanita dari India berusia 70 tahun ini yang hanya menimang cahaya mata pertama ketika usia perkahwinannya mencecah 54 tahun.

Ibu bertuah itu, Chandravati Devi kini akhirnya mampu tersenyum dan memeluk cium zuriat sulungnya. Hari ini, tangisan bayi lelaki memecah keheningan di kediamannya dan menggembirakan seluruh ahli keluarganya.

Pasangan warga emas Chandravati Devi dan suaminya Gopichand Singh, 75 tahun dari daerah Alwar, Rajasthan di India sebelum ini melakukan rawatan kesuburan di merata hospital di beberapa bandar. Sebelum berjaya hamil, pasangan itu sudah tiga kali melakukan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF).

Gambar India Today

“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, pasangan ini mendapatkan rawatan di sini setelah dicadangkan oleh saudaranya. Chandravati dan Gopi Singh tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana berhampiran Jhunjhunu, Rajasthan,” kata pakar IVF, Dr Pankaj Gupta kepada India Today.

Kelahiran bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu disifatkan sebagai satu keajaiban. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah melewati usia tujuh dekad seperti Chandravati.

“Chandravati hamil selepas percubaan ketiga melalui IVF. Walaupun gembira, wujud unsur ketakutan kerana usia ibu yang sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, beliau selamat melahirkan bayi yang sihat,” katanya.

Mungkin selepas ini tiada lagi ibu berusia emas seperti Chandravati di India. Menurut India Today, undang-undang terkini telah diluluskan oleh Parlimen India baru-baru ini yang berkuat kuasa Jun 2022  di mana pusat rawatan IVF tidak dibenarkan memberikan rawatan kepada wanita dan lelaki berusia 50 tahun ke atas.

Tetapi Chandravati dan suaminya bernasib baik kerana telah berjaya hamil sebelum undang-undang itu berkuat kuasa.

Gambar India Today

Ibu yang melahirkan anak melalui IVF tertua di dunia ialah Erramatti Mangamma dari India. Pada tahun 2019, Mangamma melahirkan bayi perempuan kembar yang merupakan anak pertama dan keduanya bersama suami, Raja Rao, 80 tahun. Lebih istimewa, rawatan itu dilakukan menggunakan sel telur milik Mangamma sendiri, lapor DNA.

Kehamilan ketika lewat usia mempunyai risiko kesihatan. Kesuburan semula jadi terhenti apabila seorang wanita mengalami menopaus pada purata umur antara 43 hingga 51 tahun.

Teknik seperti IVF sejak itu membolehkan wanita seperti Chandravati dan Erramatti hamil walaupun selepas menopaus.

Beberapa risiko dihadapi sekiranya kehamilan lanjut usia boleh berlaku seperti berikut:

Gambar Hiasan / Pexels

Risiko kepada ibu:

  • Masalah kencing manis semasa kehamilan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kelahiran pramatang.
  • Bayi kembar.
  • Uri rendah.
  • Kelahiran secara pembedahan.

Risiko kepada bayi:

  • Pertumbuhan terbantut.
  • Bayi tidak normal seperti alami sindrom Down, sindrom Edwards dan sindrom Patau.
  • Keguguran.

Bayi empat bulan terima ijazah, wakili ibunya yang telah meninggal dunia

0

Kisah pilu yang biasa kita dengar ialah ibu atau ayah akan mengambil ijazah, mewakili anaknya yang telah meninggal dunia sebelum majlis graduasi. Tetapi kali ini, kisah pilunya ialah seorang anak mewakili arwah ibunya untuk mengambil ijazah ibunya. Namun yang membuatkan orang ramai tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ialah anak itu baru berusia empat bulan. Bagaimana perkara ini terjadi?

Kimberly, bayi berusia empat bulan hadir dalam majlis konvokesyen Universiti Andi Djemma, Kota Palopo, Sulawesi Selatan untuk mewakili arwah ibunya, Citra Fadhila Arsyad, graduan bidang Pengurusan.

Suasana majlis menjadi pilu apabila melihat bayi kecil yang lengkap berjubah konvokesyen itu naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah milik arwah ibunya.

Kimberly yang didukung oleh neneknya, ibu kandung kepada Citra turut ditemani oleh nenek sebelah bapanya. Difahamkan, bapa Kimberly sepatutnya hadir sama dalam majlis konvokesyen tersebut namun tidak dapat berbuat demikian kerana sedang menjalani hukuman penjara kerana terlibat dengan kes pelanggaran pengguna jalan raya.

Menurut Nurjannah, Ketua Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan universiti itu kepada detikSulsel pada Selasa lalu, orang ramai termasuklah Ketua Senat, Canselor dan Dekan Fakulti yang hadir dalam majlis graduasi itu menangis melihat kedatangan Kimberly yang mewakili arwah Citra.

Kata Nurjannah lagi, Citra sendiri baru mengetahui dirinya mengandung ketika usia kandungannya telah pun mencecah tujuh bulan. Disebabkan mengalami keracunan ketika kehamilan, dia melahirkan anaknya secara pramatang. Namun, umurnya tidak panjang. Citra meninggal dunia ketika melahirkan anaknya itu.

Katanya, mereka berharap Kimberly adalah pilihan Allah yang diberi ujian saat masih tidak faham apa-apa. Mereka juga berharap agar Kimberly menjadi anak yang soleh, berguna, dapat meneruskan impian ibu dan membanggakan ibu bapanya.

WhatsApp bakal perkenalkan tiga ciri baharu termasuklah meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap

0

WhatsApp pada Selasa lalu mengumunkan bahawa mereka akan memperkenalkan tiga ciri baharu bagi meningkatkan privasi pengguna. Tiga ciri baharu tersebut ialah menyembunyikan status dalam talian, menyekat pengguna lain daripada melakukan tangkapan layar terhadap sesuatu mesej dan membenarkan pengguna untuk meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap.

PEXELS

Menerusi hantaran di Facebook dan Instagram, Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg mengumumkan WhatsApp akan terus membina cara baharu untuk melindungi mesej dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka.

Dengan ciri terbaharu ini, pengguna WhatsApp seperti anda boleh menyembunyikan status dalam talian kepada semua orang, kenalan anda atau kenalan tertentu dengan beberapa pengecualian. Ini bermaksud, apabila anda membaca mesej, tiada pengguna lain pun yang mengetahui bahawa anda sedang membaca mesej atau sama ada mesej tersebut sudah dibaca atau belum.

PEXELS

Ciri terbaharu lain yang bakal diperkenalkan ialah menyekat pengguna lain melakukan tangkap layar terhadap mesej yang dilihat melalui fungsi View Once. Ini bermaksud, foto atau video yang dihantar akan hilang sebaik sahaja penerima membukanya. Dengan ini, pengguna tidak akan sempat untuk melakukan tangkap layar.

Dan ciri terbaharu terakhir yang bakal diperkenalkan ialah kebolehan meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap. Jika sebelum ini, kita akan mengetahui jika ada orang meninggalkan kumpulan, tapi tidak lama lagi tiada pengguna yang akan menyedari bahawa seseorang telah keluar daripada kumpulan. Walau bagaimanapun, pentadbir kumpulan borak masih lagi boleh menerima notifikasi jika terdapat ahli meninggalkan kumpulan berkenaan.

Untuk rekod, WhatsApp mempunyai lebih daripada dua bilion pengguna di seluruh dunia dan dimiliki oleh syarikat induk Facebook (FB) Meta. Untuk menikmati ciri baharu itu, pengguna perlulah mengemas kini WhatsApp.

Dalam pada itu, Ketua Produk WhatsApp, Ami Vora berkata mereka berusaha meningkatkan perlindungan untuk membantu memastikan perbualan pengguna selamat dan ciri baharu itu adalah salah satu cara untuk mereka terus menyampaikan komitment bagi memastikan mesej kekal peribadi.

Katanya lagi, mereka percaya bahawa WhatsApp adalah tempat paling selamat untuk mengadakan perbualan peribadi. Ini kerana tiada perkhidmatan pemesejan global lain pada skala ini yang menyediakan tahap keselamatan sebegini untuk mesej, media, mesej suara, panggilan video dan sandaran sembang pengguna mereka.

Arab Saudi rancang bina projek pencakar langit Mirror Line sepanjang 170km bakal menempatkan 5 juta orang

0

“Saya mahu membina piramid saya,” itu yang diungkapkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman Al Saud yang melancarkan rancangan baru projek pembangunan bercita-cita tinggi dikenali Mirror Line.

Baginda merancang membelanjakan AS$1 trilion (RM4.45 trilion) bagi membina dua bangunan pencakar langit terbesar dan tertinggi di dunia diperbuat daripada kaca cermin setinggi 487.6 meter, yang berdiri selari antara satu sama lain sepanjang 170 kilometer dan mampu memuatkan 5 juta orang, lapor WSJ dan New York Post.

Twitter

Pada bulan Januari tahun lalu, Putera Mahkota Arab Saudi itu telah mengumumkan kerajaan Arab Saudi akan membina Mirror Line yang menjadi sebahagian daripada bandar futuristik NEOM.

Bangunan itu, yang terbentang ke arah timur akan merentasi dari Teluk Aqaba, melalui banjaran gunung, dan pantai memanjang ke ‘aerotropolis’ padang pasir yang sebelum ini tidak boleh didiami.

Bandar futuristik itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti stadium bola sepak, kereta api berkelajuan tinggi dan pelbagai kemudahan moden lain yang seperti tidak tercapai dengan realisasi akal fikiran.

Twitter

“Projek Mirror Line dilihat merupakan revolusi peradaban yang mengutamakan manusia,” dakwa Putera Mohammed.

Putera Mohammed sebelum ini menyatakan hasrat untuk menyelesaikan projek tersebut pada tahun 2030, namun pasukan jurutera menyatakan projek mega bercita-cita tinggi itu akan mengambil masa selama 50 tahun untuk disiapkan.

Twitter

Bangunan mega ini terlalu panjang sehingga ia akan didirikan di atas struktur keras untuk mengambil kira kelengkungan bumi dan juga mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi di bawahnya, lapor WSJ.

Mengikut jangkaan, mereka akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti dron penghantaran, pelayan robot, helikopter elektrik tulen, dan lain-lain untuk menjadikan kehidupan manusia yang mendiaminya penuh dengan rasa futuristik.

Jasa besar ‘Solar Mama’ buat warga Kg Sonsogon Magandai, pemergian wirawati tidak didendang yang ditangisi

0

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, begitulah peribahasa yang menggambarkan orang yang membuat kebajikan dan kebaikan semasa hayatnya akan sentiasa diingati buat selama-lamanya.

Nama Tarihing Masanim mungkin tidak pernah didengar di Semenanjung, tetapi jika anda berada di Sabah lebih-lebih lagi di pedalaman Kota Marudu, nama itu cukup terkenal dengan meninggalkan jasa yang cukup besar. Terlampau besar dan akan terus kekal buat selama-lamanya.

Pada 7 Ogos lalu, warga pribumi Sabah bersedih mendengar berita Tarihing Masanim menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di kampung halamannya, Kampung Sonsogon, Magandai, Kota Marudu dengan dikelilingi keluarga tercinta.

Sabah Info /Facebook

Kisah wirawati tidak didendang, mendiang Tarihing kekal menjadi inspirasi buat semua kerana beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang mendapat gelaran “Solar Mama”.

Tarihing Masanim telah meninggalkan satu legasi, semangat untuk membangunkan diri dan masyarakat walaupun mereka berada dalam serba kekurangan.

Tarihing bertekad untuk membangunkan Kampung Sonsogon Magandai, sebuah kampung yang berada di pedalaman Kota Marudu, yang amat sukar dimasuki oleh apa jua kenderaan ekoran jalan yang menghubungkan kampung terpencil itu amat teruk dan penuh mencabar.

Sabah Info / Facebook

Pada tahun 2014, Tarihing Masanim mengambil keputusan berani untuk mengambil kursus teknologi solar di Kolej Barefoot di Rajasthan, India.

Sekembali dari latihan selama 6 bulan di India, wanita yang menyara kehidupannya sebagai penoreh getah ini telah bertekad untuk membantu memasang lampu solar untuk 100 buah rumah di kampung halamannya.

Beliau dengan tangkas turut melatih sekumpulan wanita di kampung itu untuk mewarisi kemahiran teknikal yang sama, menggunakan teknologi solar sebagai pengganti elektrik yang tidak dapat dicapai talian gridnya oleh kampung itu buat sekian lama.

Sabah Info / Facebook

Mendiang Tarihing berusaha sendiri umpama wakil rakyat sebenar untuk memberi cahaya buat warga kampungnya walaupun beliau tidak pernah belajar secara formal untuk membaca dan menulis, jauh sekali menjejakkan kaki ke sekolah dan universiti. 

Sehingga hari ini, hasil usaha dan pengorbanan wanita tabah ini, telah memberi sedikit keselesaan buat 100 buah rumah di kampung terpencil berkenaan yang tidak lagi bergantung kepada lampu gasolin selepas hari menjelang gelap.

Sabah Info / Facebook

“Saya sanggup korbankan apa sahaja yang saya ada, saya tinggalkan anak-anak, keluarga dan juga kampung, bukan untuk apa. Tetapi untuk kampung ini juga, kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu pergi,” katanya di Sabah Info.

Berbekalkan semangat dan kecekalan yang ada, mendiang Tarihing tetap tekad untuk ke India bagi memastikan kampungnya tidak lagi perlu bergelap, dan anak-anak dapat belajar dengan selesa tanpa menggunakan lampu gasolin lagi.

Sabah Info / Facebook

“Saya sudah merasa keperitan untuk hidup di waktu malam dengan hanya lampu gasolin,” katanya.

“Jadi inilah masanya untuk saya ubah. Saya cekalkan hati dan isikan sedikit dengan keberanian,” mendiang Tarihing menceritakan bagaimana beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus itu di India.

Sabah Info / Facebook

Dan hari ini, seluruh Kampung Sonsogon Magandai sudah mempunyai panel solar, dan mereka tidak lagi perlu bergelap di waktu malam dan anak-anak selesa boleh belajar sehingga ke tengah malam jika mereka mahu.

Semuanya atas pengorbanan besar yang ditinggalkan oleh wirawati tidak didendang “Solar Mama”. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang Tarihing Masanim atas pemergian beliau menemui Pencipta. Jasanya amat bernilai besar dan akan terus dikenang buat selama-lamanya.

Ibu lupa letak kicap dalam bekal si kecil, nasib baik ayah tak panik selesaikan ‘hal kecemasan’ waktu pagi ‘jalan jem’

0

Buat para ibu bapa, melayan kerenah anak-anak terutama yang masih kecil biasa bermula sejak pagi.

Dan cara ibu dan bapa menangani situasi adalah berbeza-beza seperti mana orang dewasa menyelesaikan masalah lelaki dan wanita.

Begitulah yang dialami oleh pengguna Facebook, Syafiq Ridhwan yang menyelesaikan situasi ‘kecemasan’ anak perempuannya ketika mereka dalam perjalanan ke tadika.

Ikuti hantaran Syafiq yang melucukan ini sehingga menjadi tular dengan hampir 4,000 perkongsian di bawah:

Sekadar Gambar Hiasan / Pinterest

Pagi tadi, maknya buatkan bekal. Bihun goreng telur.

Disebabkan maknya tak berapa sihat, jadi hari ni saya lah bertugas menghantar dia ke sekolah.

Dalam perjalanan ke sekolah, disebabkan jem. Dia beritahu saya nak makan bekal dia dulu dalam kereta. Saya iyakan sahajalah.

Tiba-tiba, terdengar dia menangis.

“Hani kenapa menangis?”

“Ibu bawakan bekal tak letak kicap”

Lahaullawalla…

Pepagi dah mulakan hal nampaknya ni. Tapi sebagai ayah yang bijak saya beritahu.

“Hani nanti tanya cikgu lah kot dekat pantry school ada kicap”

“Tak naklah, nak abah patah balik rumah ambil kicap”

Laillahaillah..

Time ni saya dah tak jadi ayah dah. Saya berfikiran sebagai seorang lelaki, gaduh dengan perempuan macam mana pun tak akan menang.

“Tak pelah, abah pun dah lambat ni, kita beli je ya kicap”

Mengangguk Hani perlahan.

Dah satu kerja pepagi cari kedai runcit yang buka, mujurlah ada.

Dan taraaaa. Tuangkan kicap selesai masalah. Kemain happy dia. 

Facebook

Pengajaran hari ini:

1. Perempuan kalau dia minta apa saja, lelaki kena usahakan dapatkan.

2. Perempuan dengan perempuan punya masalah, lelaki kena settlekan.

Sabar jelah.

Dan penangan anak-anak yang menjadi hantu kicap tidak boleh dibuat main-main, memang kena patah balik ke rumah, kalau semua kedai runcit dan 7E belum dibuka waktu itu. Nasib baik dah buka..

Hampir semua air hujan di Bumi tidak selamat untuk diminum kerana terdapat ‘bahan kimia kekal selamanya’- Kajian

0

Air hujan dengan hampir kesemuanya di mana-mana dalam Bumi mempunyai tahap ‘bahan kimia kekal selama-lamanya’ yang tidak selamat untuk diminum, menurut penyelidikan terbaharu.

Bahan per-and poly-fluoroalkyl (PFAS) adalah keluarga besar bahan kimia buatan manusia yang tidak berlaku di alam semula jadi. Ia dikenali sebagai ‘bahan kimia kekal selama-lamanya’ kerana ia tidak terurai di alam sekitar.

Mereka mempunyai ciri-ciri tidak melekat atau penolak kotoran jadi boleh didapati dalam barangan isi rumah seperti pembungkusan makanan, barangan elektronik, kosmetik dan alatan memasak.

Gambar Hiasan / Pixabay

Tetapi kini penyelidik di Universiti Stockholm telah menemui bahan ini dalam air hujan di kebanyakan lokasi dalam planet ini yang termasuk di Antartika. Tiada ruang selamat untuk melarikan diri daripada mereka.

Air hujan di mana-mana adalah tidak selamat untuk diminum

Tahap garis panduan selamat untuk beberapa bahan kimia kekal selama-lamanya ini telah menurun secara mendadak sejak dua dekad lalu disebabkan oleh pandangan baharu tentang ketoksikannya.

“Terdapat penurunan yang menakjubkan dalam nilai garis panduan untuk PFAS dalam air minuman sejak 20 tahun yang lalu,” kata Ian Cousins, pengarang utama kajian dan profesor di Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Stockholm.

Gambar Hiasan / Pexels

Untuk satu bahan yang terkenal, “perfluorooctanoic acid (PFOA) penyebab kanser”, nilai garis panduan air telah menurun sebanyak 37.5 juta kali di Amerika Syarikat.

“Berdasarkan garis panduan terkini Amerika Syarikat untuk PFOA dalam air minuman, air hujan di mana-mana akan dinilai adalah tidak selamat untuk diminum,” jelasnya dalam kajian itu.

“Walaupun dalam dunia perindustrian kita tidak selalu meminum air hujan, ramai orang di seluruh dunia menjangkakan ia selamat untuk diminum dan ia membekalkan banyak sumber air minuman kepada kita,” tambah Ian Cousins.

Apakah risiko ‘bahan kimia kekal selamanya’ terhadap kesihatan kita?

Risiko kesihatan terdedah kepada bahan ini telah dikaji secara meluas. Para saintis mengatakan bahan kimia ini boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan, peningkatan risiko kanser dan kelewatan perkembangan kanak-kanak.

Tetapi yang lain mengatakan tiada sebab dan akibat boleh dibuktikan antara kaitan bahan kimia ini dan tahap kesihatan yang buruk.

Gambar Hiasan / Pixabay

Namun begitu, hasil daripada penyelidikan baharu ini, ada yang menyeru agar sekatan yang lebih ketat terhadap PFAS.

“Tidak mungkin sebilangan kecil mendapat manfaat dari segi ekonomi sambil mencemarkan air minuman untuk berjuta-juta orang lain, dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius,” kata Dr Jane Muncke, pengarah urusan Yayasan Pembungkusan Makanan di Zurich yang tidak terlibat dalam kajian itu.

“Jumlah besar yang diperlukan untuk mengurangkan PFAS dalam air minuman ke tahap yang selamat, berdasarkan pemahaman saintifik semasa, perlu dibayar oleh industri yang menghasilkan dan menggunakan bahan kimia toksik ini,” tegas Dr Muncke.

Masa untuk bertindak sekarang, katanya.

Paruh penyepit burung undan gagal ‘menelan’ capybara, sebaliknya bertenang sahaja dia menikmati ‘urutan seluruh badan’

0

Zoo Ichihara Elephant Kingdom di Prefektur Chiba, Jepun mempunyai kumpulan haiwan bintang yang popular iaitu capybara, spesies tikus terbesar di dunia. 

Penampilan capybara yang bulat montel dengan personalitinya yang lembut telah menarik ramai pengunjung zoo untuk menyaksikan sendiri haiwan yang comel ini. 

Salah satu interaksi capybara dalam kehidupan seharian mereka dengan seekor burung undan putih telah mencetuskan perbincangan hangat dan menghiburkan hati kalangan netizen di Jepun.

Twitter

Seorang pengunjung memuat naik video gelagat dua haiwan ini di Twitter pada tahun 2020. Burung undan putih itu tinggal dalam taman yang sama dengan keluarga capybara dan beberapa ekor angsa. 

Keletah mereka diperhatikan amat melucukan apabila undan itu membuka paruhnya yang panjang berkantung dan bermati-matian untuk menangkap capybara kecil. 

Twitter

Beberapa ekor capybara kecil berjaya mengelak, dan undan cuba mengacah capybara kecil yang paling dekat dengannya.

Apabila dia disepit dari kepala ke ekor, kemudian ke leher, capybara kecil itu menjeling dan menunjukkan ekspresi keseronokan, seolah-olah sedang menikmati urutan percuma.

Twitter

Tetapi rakaman video itu seperti menunjukkan burung undan cuba memakan capybara, yang dia tidak tahu dari mana mahu bermula.

Twitter

Video itu telah meraih hampir 300,000 tontonan dengan pelbagai komen netizen. Oleh kerana pada masa video ini dirakam adalah tahun tikus dan capybara adalah spesies tikus, maka burung undan membantu watak utama iaitu si tikus dengan urutan? 

Kelihatan seperti dia mahu memakan dan menelannya, tetapi saiz capybara itu terlalu besar tidaklah seperti ikan.

Twitter

Zoo Ichihara Elephant Kingdom merupakan zoo terbesar dengan pengumpulan spesies gajah di Jepun, menempatkan pemeliharaan 12 ekor gajah, serta turut menawarkan pelbagai aktiviti untuk berinteraksi dengan gajah. 

Selain capybara dan burung undan ini, terdapat kira-kira 80 spesies haiwan herbivor seperti anak kucing Himalaya dan memerang di zoo itu, yang menjalani pengubahsuaian meluas pada tahun sebelumnya dan dibuka semula pada musim bunga 2021.

Tonton video di bawah: