27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGlobalWanita 70 tahun akhirnya timang cahaya mata pertama selepas percubaan ketiga IVF

Wanita 70 tahun akhirnya timang cahaya mata pertama selepas percubaan ketiga IVF

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti menginginkan kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga dan menjadi pewaris. Kini, dengan kemajuan teknologi dan rawatan kesuburan, usaha mendapatkan zuriat boleh sahaja direalisasikan seperti wanita dari India berusia 70 tahun ini yang hanya menimang cahaya mata pertama ketika usia perkahwinannya mencecah 54 tahun.

Ibu bertuah itu, Chandravati Devi kini akhirnya mampu tersenyum dan memeluk cium zuriat sulungnya. Hari ini, tangisan bayi lelaki memecah keheningan di kediamannya dan menggembirakan seluruh ahli keluarganya.

Pasangan warga emas Chandravati Devi dan suaminya Gopichand Singh, 75 tahun dari daerah Alwar, Rajasthan di India sebelum ini melakukan rawatan kesuburan di merata hospital di beberapa bandar. Sebelum berjaya hamil, pasangan itu sudah tiga kali melakukan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF).

Gambar India Today

“Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, pasangan ini mendapatkan rawatan di sini setelah dicadangkan oleh saudaranya. Chandravati dan Gopi Singh tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana berhampiran Jhunjhunu, Rajasthan,” kata pakar IVF, Dr Pankaj Gupta kepada India Today.

Kelahiran bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu disifatkan sebagai satu keajaiban. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah melewati usia tujuh dekad seperti Chandravati.

“Chandravati hamil selepas percubaan ketiga melalui IVF. Walaupun gembira, wujud unsur ketakutan kerana usia ibu yang sudah lanjut. Tetapi akhirnya pada hari Isnin, beliau selamat melahirkan bayi yang sihat,” katanya.

Mungkin selepas ini tiada lagi ibu berusia emas seperti Chandravati di India. Menurut India Today, undang-undang terkini telah diluluskan oleh Parlimen India baru-baru ini yang berkuat kuasa Jun 2022  di mana pusat rawatan IVF tidak dibenarkan memberikan rawatan kepada wanita dan lelaki berusia 50 tahun ke atas.

Tetapi Chandravati dan suaminya bernasib baik kerana telah berjaya hamil sebelum undang-undang itu berkuat kuasa.

Gambar India Today

Ibu yang melahirkan anak melalui IVF tertua di dunia ialah Erramatti Mangamma dari India. Pada tahun 2019, Mangamma melahirkan bayi perempuan kembar yang merupakan anak pertama dan keduanya bersama suami, Raja Rao, 80 tahun. Lebih istimewa, rawatan itu dilakukan menggunakan sel telur milik Mangamma sendiri, lapor DNA.

Kehamilan ketika lewat usia mempunyai risiko kesihatan. Kesuburan semula jadi terhenti apabila seorang wanita mengalami menopaus pada purata umur antara 43 hingga 51 tahun.

Teknik seperti IVF sejak itu membolehkan wanita seperti Chandravati dan Erramatti hamil walaupun selepas menopaus.

Beberapa risiko dihadapi sekiranya kehamilan lanjut usia boleh berlaku seperti berikut:

Gambar Hiasan / Pexels

Risiko kepada ibu:

  • Masalah kencing manis semasa kehamilan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kelahiran pramatang.
  • Bayi kembar.
  • Uri rendah.
  • Kelahiran secara pembedahan.

Risiko kepada bayi:

  • Pertumbuhan terbantut.
  • Bayi tidak normal seperti alami sindrom Down, sindrom Edwards dan sindrom Patau.
  • Keguguran.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI