26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024
UtamaBerita UtamaWhatsApp bakal perkenalkan tiga ciri baharu termasuklah meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap

WhatsApp bakal perkenalkan tiga ciri baharu termasuklah meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap

WhatsApp pada Selasa lalu mengumunkan bahawa mereka akan memperkenalkan tiga ciri baharu bagi meningkatkan privasi pengguna. Tiga ciri baharu tersebut ialah menyembunyikan status dalam talian, menyekat pengguna lain daripada melakukan tangkapan layar terhadap sesuatu mesej dan membenarkan pengguna untuk meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap.

PEXELS

Menerusi hantaran di Facebook dan Instagram, Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg mengumumkan WhatsApp akan terus membina cara baharu untuk melindungi mesej dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka.

Dengan ciri terbaharu ini, pengguna WhatsApp seperti anda boleh menyembunyikan status dalam talian kepada semua orang, kenalan anda atau kenalan tertentu dengan beberapa pengecualian. Ini bermaksud, apabila anda membaca mesej, tiada pengguna lain pun yang mengetahui bahawa anda sedang membaca mesej atau sama ada mesej tersebut sudah dibaca atau belum.

PEXELS

Ciri terbaharu lain yang bakal diperkenalkan ialah menyekat pengguna lain melakukan tangkap layar terhadap mesej yang dilihat melalui fungsi View Once. Ini bermaksud, foto atau video yang dihantar akan hilang sebaik sahaja penerima membukanya. Dengan ini, pengguna tidak akan sempat untuk melakukan tangkap layar.

Dan ciri terbaharu terakhir yang bakal diperkenalkan ialah kebolehan meninggalkan kumpulan secara senyap-senyap. Jika sebelum ini, kita akan mengetahui jika ada orang meninggalkan kumpulan, tapi tidak lama lagi tiada pengguna yang akan menyedari bahawa seseorang telah keluar daripada kumpulan. Walau bagaimanapun, pentadbir kumpulan borak masih lagi boleh menerima notifikasi jika terdapat ahli meninggalkan kumpulan berkenaan.

Untuk rekod, WhatsApp mempunyai lebih daripada dua bilion pengguna di seluruh dunia dan dimiliki oleh syarikat induk Facebook (FB) Meta. Untuk menikmati ciri baharu itu, pengguna perlulah mengemas kini WhatsApp.

Dalam pada itu, Ketua Produk WhatsApp, Ami Vora berkata mereka berusaha meningkatkan perlindungan untuk membantu memastikan perbualan pengguna selamat dan ciri baharu itu adalah salah satu cara untuk mereka terus menyampaikan komitment bagi memastikan mesej kekal peribadi.

Katanya lagi, mereka percaya bahawa WhatsApp adalah tempat paling selamat untuk mengadakan perbualan peribadi. Ini kerana tiada perkhidmatan pemesejan global lain pada skala ini yang menyediakan tahap keselamatan sebegini untuk mesej, media, mesej suara, panggilan video dan sandaran sembang pengguna mereka.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI