27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaInspirasiJasa besar 'Solar Mama' buat warga Kg Sonsogon Magandai, pemergian wirawati tidak...

Jasa besar ‘Solar Mama’ buat warga Kg Sonsogon Magandai, pemergian wirawati tidak didendang yang ditangisi

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, begitulah peribahasa yang menggambarkan orang yang membuat kebajikan dan kebaikan semasa hayatnya akan sentiasa diingati buat selama-lamanya.

Nama Tarihing Masanim mungkin tidak pernah didengar di Semenanjung, tetapi jika anda berada di Sabah lebih-lebih lagi di pedalaman Kota Marudu, nama itu cukup terkenal dengan meninggalkan jasa yang cukup besar. Terlampau besar dan akan terus kekal buat selama-lamanya.

Pada 7 Ogos lalu, warga pribumi Sabah bersedih mendengar berita Tarihing Masanim menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di kampung halamannya, Kampung Sonsogon, Magandai, Kota Marudu dengan dikelilingi keluarga tercinta.

Sabah Info /Facebook

Kisah wirawati tidak didendang, mendiang Tarihing kekal menjadi inspirasi buat semua kerana beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang mendapat gelaran “Solar Mama”.

Tarihing Masanim telah meninggalkan satu legasi, semangat untuk membangunkan diri dan masyarakat walaupun mereka berada dalam serba kekurangan.

Tarihing bertekad untuk membangunkan Kampung Sonsogon Magandai, sebuah kampung yang berada di pedalaman Kota Marudu, yang amat sukar dimasuki oleh apa jua kenderaan ekoran jalan yang menghubungkan kampung terpencil itu amat teruk dan penuh mencabar.

Sabah Info / Facebook

Pada tahun 2014, Tarihing Masanim mengambil keputusan berani untuk mengambil kursus teknologi solar di Kolej Barefoot di Rajasthan, India.

Sekembali dari latihan selama 6 bulan di India, wanita yang menyara kehidupannya sebagai penoreh getah ini telah bertekad untuk membantu memasang lampu solar untuk 100 buah rumah di kampung halamannya.

Beliau dengan tangkas turut melatih sekumpulan wanita di kampung itu untuk mewarisi kemahiran teknikal yang sama, menggunakan teknologi solar sebagai pengganti elektrik yang tidak dapat dicapai talian gridnya oleh kampung itu buat sekian lama.

Sabah Info / Facebook

Mendiang Tarihing berusaha sendiri umpama wakil rakyat sebenar untuk memberi cahaya buat warga kampungnya walaupun beliau tidak pernah belajar secara formal untuk membaca dan menulis, jauh sekali menjejakkan kaki ke sekolah dan universiti. 

Sehingga hari ini, hasil usaha dan pengorbanan wanita tabah ini, telah memberi sedikit keselesaan buat 100 buah rumah di kampung terpencil berkenaan yang tidak lagi bergantung kepada lampu gasolin selepas hari menjelang gelap.

Sabah Info / Facebook

“Saya sanggup korbankan apa sahaja yang saya ada, saya tinggalkan anak-anak, keluarga dan juga kampung, bukan untuk apa. Tetapi untuk kampung ini juga, kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu pergi,” katanya di Sabah Info.

Berbekalkan semangat dan kecekalan yang ada, mendiang Tarihing tetap tekad untuk ke India bagi memastikan kampungnya tidak lagi perlu bergelap, dan anak-anak dapat belajar dengan selesa tanpa menggunakan lampu gasolin lagi.

Sabah Info / Facebook

“Saya sudah merasa keperitan untuk hidup di waktu malam dengan hanya lampu gasolin,” katanya.

“Jadi inilah masanya untuk saya ubah. Saya cekalkan hati dan isikan sedikit dengan keberanian,” mendiang Tarihing menceritakan bagaimana beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus itu di India.

Sabah Info / Facebook

Dan hari ini, seluruh Kampung Sonsogon Magandai sudah mempunyai panel solar, dan mereka tidak lagi perlu bergelap di waktu malam dan anak-anak selesa boleh belajar sehingga ke tengah malam jika mereka mahu.

Semuanya atas pengorbanan besar yang ditinggalkan oleh wirawati tidak didendang “Solar Mama”. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang Tarihing Masanim atas pemergian beliau menemui Pencipta. Jasanya amat bernilai besar dan akan terus dikenang buat selama-lamanya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI