Buat para ibu bapa, melayan kerenah anak-anak terutama yang masih kecil biasa bermula sejak pagi.
Dan cara ibu dan bapa menangani situasi adalah berbeza-beza seperti mana orang dewasa menyelesaikan masalah lelaki dan wanita.
Begitulah yang dialami oleh pengguna Facebook, Syafiq Ridhwan yang menyelesaikan situasi ‘kecemasan’ anak perempuannya ketika mereka dalam perjalanan ke tadika.
Ikuti hantaran Syafiq yang melucukan ini sehingga menjadi tular dengan hampir 4,000 perkongsian di bawah:

Pagi tadi, maknya buatkan bekal. Bihun goreng telur.
Disebabkan maknya tak berapa sihat, jadi hari ni saya lah bertugas menghantar dia ke sekolah.
Dalam perjalanan ke sekolah, disebabkan jem. Dia beritahu saya nak makan bekal dia dulu dalam kereta. Saya iyakan sahajalah.
Tiba-tiba, terdengar dia menangis.
“Hani kenapa menangis?”
“Ibu bawakan bekal tak letak kicap”
Lahaullawalla…
Pepagi dah mulakan hal nampaknya ni. Tapi sebagai ayah yang bijak saya beritahu.
“Hani nanti tanya cikgu lah kot dekat pantry school ada kicap”
“Tak naklah, nak abah patah balik rumah ambil kicap”
Laillahaillah..
Time ni saya dah tak jadi ayah dah. Saya berfikiran sebagai seorang lelaki, gaduh dengan perempuan macam mana pun tak akan menang.
“Tak pelah, abah pun dah lambat ni, kita beli je ya kicap”
Mengangguk Hani perlahan.
Dah satu kerja pepagi cari kedai runcit yang buka, mujurlah ada.
Dan taraaaa. Tuangkan kicap selesai masalah. Kemain happy dia.

Pengajaran hari ini:
1. Perempuan kalau dia minta apa saja, lelaki kena usahakan dapatkan.
2. Perempuan dengan perempuan punya masalah, lelaki kena settlekan.
Sabar jelah.
Dan penangan anak-anak yang menjadi hantu kicap tidak boleh dibuat main-main, memang kena patah balik ke rumah, kalau semua kedai runcit dan 7E belum dibuka waktu itu. Nasib baik dah buka..