26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 25, 2025
Utama Blog Laman 59

Pinggan Tom & Jerry berusia lima tahun undang tangisan hiba

0

Penjaja keropok lekor akhirnya menjawab persoalan tentang pinggan Tom & Jerry yang sering digunakan oleh isterinya. Kisahnya menghibakan hati!

Facebook

Pinggan Tom & Jerry ini sebenarnya ada kaitan dengan anak Encik Muhammad yang telah meninggal dunia lima tahun lepas.

Encik Muhammad menerusi hantaran di Facebook berkata, arwah anaknya suka menonton kartun Tom & Jerry. Sebelum masuk ke dewan bedah, anaknya itu meminta untuk melihat kartun tersebut.

Namun takdir yang tertulis tidak dapat diubah apabila pembedahan gagal dan si kecil itu meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Kenapa pinggan ini? Dulu arwah anak saya suka tengok tom and Jerry. Sebelum masuk dewan bedah dia minta nak tengok tom n jerry, tapi takdir untuk dia ke syurga awal. Pembedahan gagal.

Muhammad Hassan

Kini terjawab sudah pertanyaan warga siber tentang kekerapan isterinya menggunakan pinggan tersebut setiap kali makan.

Facebook

Menurut Encik Muhammad lagi, isterinya akan membawa sekali pinggan ini jika mereka pulang ke kampung. Biarpun tertinggal, Encik Muhammad sanggup patah balik ke rumah dan mendapatkan pinggan tersebut.

Setelah mengetahui kisah disebalik pinggan kartun tersebut, warga siber mengucapkan takziah kepada Encik Muhammad sekeluarga.

Al fatihah semoga tenang anak saudara di sana..🤲🏾

Fahzil Sulaiman

Allahu ado sejaroh nya..smg anakanda cikMat ditmptkan dikalangan para syurga

Wan Nurul Ezzah Rhazaki

Sorry to hear that 😢 May you and family be blessed and stay strong together ❤️

Valerie Mun

Alfatihah….semoga dipermudahkan urusan dunia Dan akhirat…arwah mesti mnunggu IBU Dan ayahnye disyurga

Norazlin Binti Abd Wahab

Alfatihah utk anak syurga awk. Semoga dia tenang bermain dgn rakan2 disana dan menunggu awk dan isteri diakhirat nanti

Hawiyah Hasan

Tinjauan di ruang komen mendapati terdapat warga siber yang melalui pengalaman yang hampir sama seperti Encik Muhammad.

Sy berkahwin dgn suami, dr awl kahwin hingga ke skrg jika mkn masih mgunakan pinggan sy sama. Pinggan tu pernah di gunakan oleh Allahyarham ibunya. Setiap kali mkn dia pastikan bahawa itu la pinggan yg akn dia gukankan tp tak pernah lg bw ke mana2 pinggan tu.

Azlin Tukiman

Pinggan arwah bpk mertua….Suami yg suka pakai..utk letak lauk atau utk Dia yg pakai ..asalkn nampak d lihat🥺

Nurul Iman

Selain pinggan, bantal, baju, kain pelikat juga antara barangan peninggalan orang tersayang yang sering digunakan dan dijaga dengan baik.

Saya sampai sekarang gunakan bantal arwah mak gunakan walaupun kemana shj.. Itu antara kenangan yg tinggal walau dh bertahun.. Bila baring dkt situ terasa mcm baring dipeha arwah.. Al-Fatihah buat semua arwah yg telah pergi..

Wan KS

Saya ada bju melayu yg arwah mak sy buat.. dr zmn awal bljr u bju tu.. smpai skrg sy pakai lg klu ke masjid. Nasib bdn xbrpa nk naik wlupn dh cecah 30an.. hehe

Colourless Human

Sy ada jugak simpan beberapa helai baju arwah anak… Bg adik² dia pakai… auto teringat.. rindu..

Julie Jamaludin

Rindu kepada orang yang sudah tiada di dunia ini memang menyakitkan. Namun kehidupan mesti diteruskan. Semoga kehilangan ini menjadikan anda orang yang lebih kuat dan tabah.

Kawan sekolah anak habiskan bekal makanan, ibu berasa sebak

0

Kisah kawan sekolah anak menghabiskan bekal makanan ini mendapat perhatian warga siber. Ibu berasa sebak setelah mendengar pengakuan anaknya.

Siti Hawa Mohd Zainudin, menerusi hantaran di Facebook telah mendapat perhatian ramai warga siber apabila dia menceritakan perihal disebalik bekal makanan sekolah anaknya itu.

Menurut Puan Siti, pada 3 November lalu dia berkesempatan menjemput dan menghantar balik salah seorang kawan sekolah anak ke rumahnya.

Sesampainya di rumah, anak Puan Siti mengeluarkan bekas makanan yang dibekalkan untuk mereka berdua.

Anaknya memberitahu Puan Siti bahawa kawannya itu telah menghabiskan semua makanan yang dibekalkan kerana makanan tersebut sedap.

Puan Siti berasa sebak setelah mendengar pengakuan anaknya itu.

Ujar Puan Siti, pada hari tersebut dia membawakan bekal makanan untuk anaknya dan juga kawan anak yang telah kehilangan ibu tercinta.

Facebook

Kawan anak saya nie ibu dia dah meninggal dunia baru berusia 11 tahun.

Siti Hawa Mohd Zainudin

Tambah Puan Siti, dia juga maklum jika kawan anaknya itu ada masanya tidak membawa duit belanja ke sekolah. Disebabkan itu, Puan Siti tidak lupa memberikan duit belanja lebih untuk kawan anaknya itu.

Kadang-kadang anak saya berkongsi makan bekal dengan kawan dia, ada masa saya bagi extra duit belanja untuk kawan dia sekali .

Siti Hawa Mohd Zainudin

Warga siber di Facebook turut berasa sebak dengan kisah yang dikongsikan oleh Puan Siti itu.

Mereka juga memuji sikap Puan Siti yang baik hati dan turut mendoakan agar Puan Siti dimurahkan rezeki oleh Tuhan.

Semoga puan dilimpahruahkan rezeki seluruh keluarga. aamiin3.

Nur Faiza Salleh

Semoga allah murahkan rezeki buat puan sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan. aamiin.

Rabiatul Adawiyah

Semoga diluaskan lagi rezeki buat puan sekeluarga

Nurul Diana

Memang kita diajar untuk berbuat baik sesama manusia.

Selagi mana kita tidak berasa susah untuk menolong orang yang memerlukan, selagi itulah Tuhan akan menolong kita pula.

Susulan kisah tersebut, ada warga siber yang meminta nombor akaun bank Puan Siti. Tujuannya ialah untuk mengirimkan sejumlah wang supaya Puan Siti dapat menggunakan wang tersebut untuk kawan anaknya itu.

Assalam puan tolong pm saya no account puan..saya nak transfer dan mintak puan sediakan bekal untuk anak tu sehingga jumlah yang saya transfer tu habis..

Mohd Imran

Assalamualaikum puan blh bg no acc pd sy jgk, blh gunakan jumlah yg sy transfer utk puan sediakan bekal utk ank tersebut.

Wan Nur Azimah

Puan Siti berasa terharu dengan niat warga siber yang mahu berbakti sama untuk kanak-kanak yang telah kehilangan ibunya itu.

Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan, mungkin anda boleh menghubungi terus Puan Siti melalui Facebook beliau.

Semoga kita sentiasa dilembutkan hati dan diberi peluang untuk melakukan kebaikan kepada sesiapa pun terutamanya anak yatim.

Syed Saddiq bersalah atas 4 tuduhan, dihukum 2 sebatan

0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman bersalah atas empat tuduhan.

FMT

Empat tuduhan tersebut termasuklah bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Berdasarkan kesalahan tersebut, Syed Saddiq dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang membuat keputusan tersebut mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan.

Datuk Azhar memerintahkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dijatuhkan hukum penjara empat tahun sekiranya gagal membayar denda.

Walau bagaimanapun, hakim turut membenarkan Syed Saddiq membuat permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan tenang, sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya oleh Datuk Azhar.

Terdahulu ketika membacakan hukuman itu, mahkamah memutuskan pemimpin itu bersalah selepas mendengar 29 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang memberi keterangan bersumpah dan empat saksi pembelaan yang dikemukakan.

“Mahkamah ini memberikan pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan bagi empat pertuduhan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melepasi keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan.

“Oleh itu tertuduh didapati bersalah bagi keempat-empat pertuduhan,” katanya.

Syed Saddiq, 31, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta.

Beliau melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 12 di sini, pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang adalah hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin bersama Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Langkawi kurang pelancong, pengusaha menyuarakan kegusaran

0

ALOR SETAR: Pengusaha sektor pelancongan di sini menyuarakan kegusaran dengan situasi kurangnya pelancong ke Langkawi.

Kosmo

Apabila dikatakan Langkawi kurang pelancong, tinggi potensi untuk pengusaha mengalami kerugian berterusan. Malah jika tidak ada tindakan diambil, dibimbangi destinasi pelancongan ini bakal bertukar menjadi ‘pekan hantu’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, sekadar 10 peratus hotel di pulau peranginan itu ditempah sempena cuti Deepavali. Perkara itu dilihat agak membimbangkan.

“Cuti Deepavali bermula minggu depan, namun sehingga kini tempahan hotel hanya 10 peratus bagi yang bertaraf tiga bintang.

“Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini lebih teruk dan kita jangkakan kerugian sehingga 58 peratus,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambahnya lagi, senario itu disifatkan terburuk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah industri pelancongan di Langkawi bakal berkubur jika tiada langkah drastik dilakukan oleh kerajaan.

“Berdasarkan tinjauan dan maklum balas pengusaha sektor pelancongan, semakin ramai pengusaha makanan di sini (Langkawi) ‘gulung tikar’, pemilik kereta sewa pula melelong kenderaan kerana tidak mahu tanggung hutang bank akibat jumlah pelancong yang semakin merosot kebelakangan ini.

“Ramai pengusaha terjejas, ada yang sudah jual perkakasan kedai mereka, saya bimbang jumlah ini akan bertambah lagi jika tiada langkah segera diambil pihak terlibat,” ujarnya.

Selain itu, menurut Zainudin sebanyak 31 daripada 163 pengusaha kedai makan atau restoran yang berdaftar dengan LTA sudah tidak beroperasi sepanjang Oktober.

“Faktor kemerosotan lain mungkin disebabkan kekurangan trip feri selain pelancong terpengaruh dengan berita di media sosial yang dimomokkan dengan harga makanan mahal.

“Banyak kedai makan tawarkan harga berpatutan.

“Dakwaan yang tular kononnya kedai makan di Langkawi cekik darah atau ‘harga kayangan’ perlu diperbetulkan,” jelasnya.

Zainudin berharap agar pihak yang terlibat tampil memperjelaskan isu tular atau tidak tepat berkenaan Langkawi kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar dan menakutkan pelancong untuk berkunjung ke pulau tersebut.

Zainudin juga percaya, kemerosotan pelancong ke pulau itu turut didorong oleh tindakan orang ramai memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian murah.

“Harga makanan dan penginapan di selatan Thailand lebih murah dan ia jadi faktor penarik kepada pelancong antarabangsa berbanding memilih Langkawi.

“Sebenarnya banyak tarikan ditawarkan di negara jiran itu antaranya kos perjalanan yang jauh lebih murah dan mudah,” katanya lagi.

Kesannya, pendapatan penduduk Langkawi yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada pelancongan terjejas apabila pulau berkenaan tidak lagi menjadi pusat percutian pilihan.

“Tidak mustahil Langkawi akan jadi ‘pekan hantu’ sama seperti ketika era pandemik Covid-19 dahulu.

“Langkawi sudah hilang tarikan sebab tidak ada promosi baharu untuk merancakkan semula industri pelancongan di sini,” jelas Zainudin.

Susulan situasi langkawi kurang pelancong tersebut, Zainudin berharap agar kerajaan negeri mahupun persekutuan dapat berbincang bersama dan mencapai titik persamaan dalam mempromosikan Langkawi seterusnya merancakkan kembali industri pelancongan di pulau peranginan itu.

“Persepsi buruk mengenai Langkawi juga perlu diperbetulkan segera selain pihak terlibat tampil dengan pakej serta tarikan baharu untuk gamit semula kemasukan pelancong, khususnya pada musim cuti persekolahan akan datang,” ujarnya.

Lagu kahwin direnjis-renjis diubah rentak oleh busker raih perhatian

0

Lagu kahwin direnjis-renjis yang diubah rentak oleh busker raih perhatian apabila video mereka dapat lebih tiga juta tontonan di TikTok.

TikTok

Kumpulan penghibur jalanan itu @csebuskers mencuri perhatian warga siber di TikTok sejak mereka memuat naik satu video persembahan lagu pengantin bertajuk di renjis-renjis dipilis itu.

Menerusi video tersebut, lagu yang sering dimainkan di kebanyakan majlis perkahwinan Melayu itu pada mulanya dinyanyikan secara mendayu-dayu seperti rentak asal.

Namun semuanya berubah selepas ahli kumpulan itu masing-masing memberikan isyarat untuk melakukan sesuatu.

TikTok

Bermula dengan pemain drum, kawan-kawan yang lain turut mengubah rentak lagu tersebut menjadi rancak. Penyanyi juga memainkan peranannya dengan menukar intonasi suaranya daripada irama Malaysia ke genre rock.

Biarpun gabungan alunan suara dan rentak peralatan muzik menjadi semakin rancak namun masih sedap didengar. Warga siber menunjukkan reaksi terhibur terhadap persembahan busker tersebut.

Antara komen yang menarik ialah:

mule2 lunak bkrim je dgr..last2 smue kne rasuk… punce drummer

@amirulamrisaleh

takut tertelan gigi palsu makcik pakcik time makan bila tiba2 dengar part hujung tu 😂

@rabiatuladawiah294

Tengah renjis pengantin tetiba masuk tang Rock tu… Terus siram xde renjis2 dah.

@peninglalat30

baru nak masuk rumah kenduri, patah balik. ingatkan ada ritual metal.

@najw4_malik

pakcik: salah kenduri ke aku nih??!!

@katakgilerr

memula makan nasi kenduri rilek2 je kunyah slow2..sekali dgr lagu laju n roick..terus telan je.x yah kunyah3 dh..

@alinktichengarden

awal2 duduk bersimpuh sopan pastu up besila pastu kaki angkat sebelah last2 lost control x duduk dah terus mencangkung sambil ratah peha ayam

@mohdzaki182
TikTok

Persembahan mereka memang unik, tetapi ada yang lebih menarik perhatian iaitu pemain drum. Tanpa menggunakan peralatan muzik sebenar, dia mampu melantunkan bunyi drum daripada aplikasi telefon pintar dengan begitu baik sekali.

Real drum❌ Mobile Drum✅

@ayrul74

Selepas menonton video persembahan @csebuskers, ada di antara warga siber yang mahukan versi penuh lagu kahwin direnjis-renjis yang diubah rentak tersebut.

bang, tolog buat full cover. minggu depan saya kahwen so saya nak pasang lagu ni.

@totorochan1510

Namun menurut @csebuskers, mereka menyanyikan lagu berentak rancak tersebut hanyalah secara spontan sahaja.

Walaupun tiada versi penuh, namun warga siber tetap berasa puas hati dan memuji-muji persembahan @csebuskers itu.

bestnya busking ceni happening and unique hahahaha

@i_am_idi

padu..screamo terbaik 👍👍👍

@anip92taiping

Lirik:
Direnjis-renjis dipilis,
ditepungi lah tawar,
Hai beras kunyit ditabur,
Disiram si air mawar.

Duduk muda sejoli,
Atas pelamin berseri,
Dihias intan baiduri,
Sebagai raja sehari.

Lepas duduk bersanding,
Jalan rapat berganding,
Salam bersalam keliling,
Sambil mata menjeling.

Riang pengantin baru,
Gurau senda bercumbu,
Aman damai selalu,
Sampai ke anak cucu.

‘Lady Choi Mr Queen’ tamatkan zaman bujang pada usia 43 tahun

0

Siapa yang menonton drama ‘Mr Queen’ mesti minat watak Lady Choi yang lucu.

Pada 27 Oktober yang lalu, salah seorang pelakon di dalam K-drama popular ‘Mr Queen’ yang memegang watak Lady Choi iaitu Cha Chung Hwa telah menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya.

Gambar YouTube

Agensi Cha Chung Hwa pada awal Oktober yang lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa aktres berusia 43 tahun itu akan berkahwin dengan lelaki yang bukan selebriti.

Gambar Soompi

Perkahwinannya telah berlangsung di Seoul Korea yang hanya dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekatnya. 

Gambar Soompi

Chung Hwa yang telah terbiasa melakonkan watak ‘Ahjumma’, rupanya sangat cantik dan anggun dengan gaun pengantinnya. 

Agensi pelakon tersebut telah memuat naik beberapa gambar perkahwinannya yang memberikan keterujaan terutamanya buat peminat-peminat Cha Chung Hwa.

Gambar Soompi

“Kami berharap agar peminat Cha Chung Hwa akan terus menyokongnya dalam industri seni walaupun dia telah berkahwin, dan Cha Chung Hwa akan berjanji untuk memberikan yang terbaik buat peminatnya,” menurut agensinya.

Semoga perkahwinan Cha Chung Hwa dan suami berkekalan selamanya.

Oyen Capybara Zoo Negara kongsi momen kemesraan bersama buat semua terasa diri tidak pernah kesunyian

0

Semua sedia maklum bahawa seekor Oyen yang teristimewa telah memutuskan untuk menjadikan kandang capybara di Zoo Negara sebagai rumahnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, Oyen si kucing berwarna jingga itu telah menjadi popular di seluruh dunia kerana dia tinggal, makan dan tidur bersama capybara di Zoo Negara.

Gambar Bernama

Oyen bertahan cukup lama di situ sehingga Zoo Negara menyaksikan peningkatan pelawat dan juga menyediakan plak untuknya, yang berbunyi, “Capybara & Oyen”.

Kucing itu diterima mesra oleh capybara sebagai salah seekor ahli dalam kumpulan mereka, yang mana baru-baru ini dilihat berkasih sayang dan berpelukan dengan salah seekor teman capybaranya.

Zoo Negara Malaysia/TikTok

Dalam video yang dikongsi oleh Zoo Negara di TikTok, kedua-duanya boleh dilihat dengan penuh kasih sayang mengusap kepala dan memberi ciuman mesra, terutamanya dimulakan oleh Oyen.

Zoo Negara Malaysia/TikTok

Kapsyen Zoo Negara di TikTok yang berbunyi, “Selamat pagi, semoga anda mendapati diri anda seseorang seperti Oyen”.

Zoo Negara Malaysia/TikTok

Momen lembut yang sungguh manis itu seolah-olah berlangsung agak lama dan capybara kelihatan tidak kisah untuk membuat sebarang aduan.

Jika ini bukan cinta atau kasih sayang, tidak tahulah apa dia.

Pencuci teraniaya, tuan rumah culas bayar upah membersih rumah

0

Seorang pencuci teraniaya kerana tuan rumah culas bayar upah membersih rumah. Shaa Mimi berkongsi tentang kejadian yang menimpanya di ruang Facebook Meru Klang Residents Official.

Facebook

Menurut Shaa Mimi, dia dan suaminya membersihkan rumah dua tingkat yang penuh dengan sampah. Sampah-sampah itu kemudiannya dimasukkan ke dalam tong roro.

Melihatkan gambar yang dilampirkan, tong roro tersebut penuh dengan sampah. Pasti kerja membersih rumah tidak begitu mudah untuk dilakukan mereka.

Facebook

Namun kepenatan membersihkan rumah tersebut seakan tidak berbaloi apabila tuan rumah culas membayar upah yang sepatutnya.

Menurut Shaa Mimi, memandangkan dia sudah mahir melakukan tugas-tugas pembersihan rumah, jadi kerjanya pada hari itu siap lebih cepat. Hanya dalam masa empat jam sahaja, dia dan suaminya siap membersihkan rumah besar dua tingkat itu.

Selepas siap membersihkan rumah, Shaa Mimi menghubungi tuan rumah untuk memberitahu bahawa mereka sudah siap mengemas rumah. Tuan rumah datang dan bercadang untuk membayar upah secara pemindahan dalam talian memandangkan dia tidak mempunyai wang tunai dan perlu ke tempat lain.

Facebook

Shaa Mimi bersetuju dengan cadangan tersebut. Dalam perjalanan pulang, dia cuba menghubungi tuan rumah namun gagal. Tuan rumah tidak menjawab panggilannya itu. Akhirnya selepas terpaksa menunggu selama tiga hingga empat jam dia mendapat upahnya tetatpi tidak seperti yang dijanjikan.

Tuan rumah berpendapat disebabkan Shaa Mimi dapat menyelesaikan kerjanya lebih awal, maka dia tidak layak mendapat upah seperti yang dijanjikan pada awal perbincangan.

Shaa Mimi dan suami berasa kecewa namun terpaksa jua menerima upah yang diberikan. Kata Shaa Mimi dia redha dan menerima upah tersebut dengan seikhlas hati.

Perkongsian Shaa Mimi itu mendapat maklum balas warga siber yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan tuan rumah tersebut. Mereka menyifatkan tuan rumah sebagai orang yang kedekut dan tidak bertimbang rasa.

Shaa Mimi walau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat tuan rumah tersebut biarpun didesak oleh beberapa pengguna Facebook yang membaca luahan hatinya itu. Baginya biarlah dia menyipan sahaja aib tuan rumah tersebut.

Shaa Mimi berharap agar tidak ada pihak yang merendah-rendahkan pekerjaan sebagai pencuci. Dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya sekeluarga.

Bagi Shaa mimi, dia tidak malu untuk mengaku dirinya bekerja sebagai pencuci, selagi mana pekerjaannya itu halal dan dia tidak mendapatkan wang dengan cara meminta-minta.

Facebook

Kisah ini perlu dijadikan teladan bagi semua pihak, sama ada pencuci atau tuan rumah. Pencuci perlulah melakukan tugasnya dengan sempurna manakala tukang rumah perlulah membayar upah seperti yang dijanjikan atau yang setara dengannya.

Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan menyertai PLKN 3.0

0

KUALA LUMPUR: Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan menyertai PLKN 3.0 sekiranya program tersebut dilaksanakan pada tahun hadapan (2024).

hmetro

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan terkini berkata, pelatih program itu akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dienarkan, mereka boleh memohon penagguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” katanya.

Terdahulu, Mindef memaklumkan dalam kenyataan itu bahawa Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Facebook

Buletin TV3 sebelum ini melaporkan bahawa Program Latihan Khidmat negara (PLKN) bakal dilaksanakan semula selepas program tersebut dimansuhkkan sejak tahun 2018. Program tersebut akan dilaksanakan menerusi dua fasa yang melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat. Pada peringkat itu, silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan.

Fasa 2 pula akan melibatkan pelajar Tingkatan Lima selepas mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak. Peserta kumpulan ini akan menjalani latihan di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

“Jawatankuasa yang sudah dilantik itu memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap yang mana melihat kepada kepentingn penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fas sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

“Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang disairkan di laman web Parlimen.

Tambah Mohamad lagi, PLKN Fasa 2 hanya akan dijalankan selama 45 hari. Di samping itu, 13 kem tentera wataniah di seluruh negara akan dimanfaatkan untuk PLKN yang mana tenaga pelatih membaibitkan anggota tentera sendiri.

Pada awal pengumuman pelaksanaan semula PLKN, ramai orang awam yang terkeliru, bimbang dan gusar dengan penetapan umur pelatih PLKN 3.0. Namun, kini semuanya boleh menarik nafas lega.

Kepada mereka yang akan dipanggil kelak, semoga program ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat berkhidmat untuk negara!

Kucing melarikan diri tatkala ikan disua kepadanya

0

Lazimnya kucing makan ikan. Namun, kali ini lain daripada kebiasaan apabila seekor kucing melarikan diri tatkala ikan disua kepadanya.

TikTok

Baru-baru ini tular satu rakaman video mengenai kucing yang dikatakan ‘rosak’ oleh tuannya (@naemdaos) kerana haiwan peliharaannya itu takutkan ikan.

Pada awal video kelihatan @naemdaos mengambil seekor ikan yang telah siap disiang daripada bekas lalu disuakan kepada kucingnya.

TikTok

Kucing itu menghidu dan melihat ikan tersebut namun terus melarikan dirinya menjauhi ikan tersebut.

@naemdaos cuba menyua ikan itu semula kepada kucingnya namun si bulu itu tetap menghindarinya malah melarikan diri ke bilik. @naemdaos mengejar kucingnya itu sambil membawa ikan ditangannya. Kucing itu terus ‘mematikan’ diri di sudut bilik sebagai tanda tidak menyukai ikan tersebut.

TikTok

Video selama 15 saat di TikTok itu telah mendapat tontonan melebihi 300,000 dan 15,000 tanda suka daripada pengguna aplikasi tersebut. Ramai warga siber yang memberi komen terhadap video tersebut.

Menurut pengguna TikTok @ude_idah, kucingnya tidak mahu ikan yang bermata merah seperti dalam video kerana bagi kucingnya, ikan tersebut dianggap sudah tidak segar. Tambahnya lagi, kucingnya hanya mahukan ikan yang masih segar sahaja.

Bagi @wwwrubyjane pula, kucingnya juga tidak makan ikan, hanya makan daging dan ayam sahaja.

Pexels

Ada juga warga siber yang mengusik dengan mengatakan bahawa kucing milik @naemdaos itu tidak mahu ikan tetapi mahukan KFC. Namun @naemdaos menyangkal usikan tersebut dengan mengatakan bahawa kucingnya juga tidak mahukan KFC.

Dalam pada itu, ada warga siber yang bertanyakan @naemdaos tentang petua untuk mengelakkan kucing daripada makan ikan. @naemdaos mencadangkan supaya mengajar kucing makan wetfood dengan kibble dari kecil hingga dewasa.

Pexels

Melihatkan kucing melarikan diri setelah dipelawa ikan itu, ada warga siber yang mengatakan tidak perlu bimbang ketika menyiang ikan. Ini kerana pasti ikan tidak akan dicuri oleh kucing.

Biarpun ada kucing yang makan ikan mentah tanpa sebarang alahan, namun ikan mentah sebenarnya tidak sesuai untuk kucing. Ini kerana, ikan mentah mengandungi enzim yang disebut thiaminase yang boleh merosakkan tiamin yang penting untuk kucing.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kucing mempunyai tiamin (vitamin B) yang terlalu sedikit? Kesannya, kucing mungkin mengalami beberapa masalah kesihatan yang teruk seperti hilang selera makan, sawan atau kematian. Apatah lagi, ikan mentah yang biasanya menjadi tempat pembiakan bakteria boleh menyebabkan keracunan pada kucing.

Pexels

Oleh yang demikian, sekiranya kucing anda tidak mahu makan ikan mentah misalnya, jangan paksa kucing anda memakannya. Berkemungkinan ikan tersebut tidak sesuai untuk kucing anda. Dapatkan nasihat daripada pakar haiwan mengenai makanan yang sesuai untuk kucing kesayangan anda itu.

Secara teknikalnya, anda boleh memberi makan kucing anda ikan mentah, tetapi lebih baik dalam jumlah yang kecil. Ini disebabkan sistem pencernaan kucing mungkin tidak dapat menghadamnya. Terlalu banyak ikan juga boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing kucing anda, tahu?

Sebaiknya, berikan kucing anda ikan yang telah dimasak tanpa perasa, sos, atau minyak. Ikan yang dipanggang atau direbus itu lebih baik untuk kucing anda, selagi tiada perasa tambahan ditambah pada ikan tersebut.

Kesimpulannya, kucing tidak memburu atau menangkap ikan termasuklah ikan di dalam akuarium anda. Jangan pelik sekiranya kucing anda menghindari ikan kerana memang ada kucing di luar sana yang sebenarnya tidak suka ikan.