27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024
UtamaBerita UtamaKucing melarikan diri tatkala ikan disua kepadanya

Kucing melarikan diri tatkala ikan disua kepadanya

Lazimnya kucing makan ikan. Namun, kali ini lain daripada kebiasaan apabila seekor kucing melarikan diri tatkala ikan disua kepadanya.

TikTok

Baru-baru ini tular satu rakaman video mengenai kucing yang dikatakan ‘rosak’ oleh tuannya (@naemdaos) kerana haiwan peliharaannya itu takutkan ikan.

Pada awal video kelihatan @naemdaos mengambil seekor ikan yang telah siap disiang daripada bekas lalu disuakan kepada kucingnya.

TikTok

Kucing itu menghidu dan melihat ikan tersebut namun terus melarikan dirinya menjauhi ikan tersebut.

@naemdaos cuba menyua ikan itu semula kepada kucingnya namun si bulu itu tetap menghindarinya malah melarikan diri ke bilik. @naemdaos mengejar kucingnya itu sambil membawa ikan ditangannya. Kucing itu terus ‘mematikan’ diri di sudut bilik sebagai tanda tidak menyukai ikan tersebut.

TikTok

Video selama 15 saat di TikTok itu telah mendapat tontonan melebihi 300,000 dan 15,000 tanda suka daripada pengguna aplikasi tersebut. Ramai warga siber yang memberi komen terhadap video tersebut.

Menurut pengguna TikTok @ude_idah, kucingnya tidak mahu ikan yang bermata merah seperti dalam video kerana bagi kucingnya, ikan tersebut dianggap sudah tidak segar. Tambahnya lagi, kucingnya hanya mahukan ikan yang masih segar sahaja.

Bagi @wwwrubyjane pula, kucingnya juga tidak makan ikan, hanya makan daging dan ayam sahaja.

Pexels

Ada juga warga siber yang mengusik dengan mengatakan bahawa kucing milik @naemdaos itu tidak mahu ikan tetapi mahukan KFC. Namun @naemdaos menyangkal usikan tersebut dengan mengatakan bahawa kucingnya juga tidak mahukan KFC.

Dalam pada itu, ada warga siber yang bertanyakan @naemdaos tentang petua untuk mengelakkan kucing daripada makan ikan. @naemdaos mencadangkan supaya mengajar kucing makan wetfood dengan kibble dari kecil hingga dewasa.

Pexels

Melihatkan kucing melarikan diri setelah dipelawa ikan itu, ada warga siber yang mengatakan tidak perlu bimbang ketika menyiang ikan. Ini kerana pasti ikan tidak akan dicuri oleh kucing.

Biarpun ada kucing yang makan ikan mentah tanpa sebarang alahan, namun ikan mentah sebenarnya tidak sesuai untuk kucing. Ini kerana, ikan mentah mengandungi enzim yang disebut thiaminase yang boleh merosakkan tiamin yang penting untuk kucing.

Apakah yang akan terjadi sekiranya kucing mempunyai tiamin (vitamin B) yang terlalu sedikit? Kesannya, kucing mungkin mengalami beberapa masalah kesihatan yang teruk seperti hilang selera makan, sawan atau kematian. Apatah lagi, ikan mentah yang biasanya menjadi tempat pembiakan bakteria boleh menyebabkan keracunan pada kucing.

Pexels

Oleh yang demikian, sekiranya kucing anda tidak mahu makan ikan mentah misalnya, jangan paksa kucing anda memakannya. Berkemungkinan ikan tersebut tidak sesuai untuk kucing anda. Dapatkan nasihat daripada pakar haiwan mengenai makanan yang sesuai untuk kucing kesayangan anda itu.

Secara teknikalnya, anda boleh memberi makan kucing anda ikan mentah, tetapi lebih baik dalam jumlah yang kecil. Ini disebabkan sistem pencernaan kucing mungkin tidak dapat menghadamnya. Terlalu banyak ikan juga boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing kucing anda, tahu?

Sebaiknya, berikan kucing anda ikan yang telah dimasak tanpa perasa, sos, atau minyak. Ikan yang dipanggang atau direbus itu lebih baik untuk kucing anda, selagi tiada perasa tambahan ditambah pada ikan tersebut.

Kesimpulannya, kucing tidak memburu atau menangkap ikan termasuklah ikan di dalam akuarium anda. Jangan pelik sekiranya kucing anda menghindari ikan kerana memang ada kucing di luar sana yang sebenarnya tidak suka ikan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI