32.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024
UtamaBerita UtamaLangkawi kurang pelancong, pengusaha menyuarakan kegusaran

Langkawi kurang pelancong, pengusaha menyuarakan kegusaran

ALOR SETAR: Pengusaha sektor pelancongan di sini menyuarakan kegusaran dengan situasi kurangnya pelancong ke Langkawi.

Kosmo

Apabila dikatakan Langkawi kurang pelancong, tinggi potensi untuk pengusaha mengalami kerugian berterusan. Malah jika tidak ada tindakan diambil, dibimbangi destinasi pelancongan ini bakal bertukar menjadi ‘pekan hantu’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, sekadar 10 peratus hotel di pulau peranginan itu ditempah sempena cuti Deepavali. Perkara itu dilihat agak membimbangkan.

“Cuti Deepavali bermula minggu depan, namun sehingga kini tempahan hotel hanya 10 peratus bagi yang bertaraf tiga bintang.

“Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini lebih teruk dan kita jangkakan kerugian sehingga 58 peratus,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambahnya lagi, senario itu disifatkan terburuk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah industri pelancongan di Langkawi bakal berkubur jika tiada langkah drastik dilakukan oleh kerajaan.

“Berdasarkan tinjauan dan maklum balas pengusaha sektor pelancongan, semakin ramai pengusaha makanan di sini (Langkawi) ‘gulung tikar’, pemilik kereta sewa pula melelong kenderaan kerana tidak mahu tanggung hutang bank akibat jumlah pelancong yang semakin merosot kebelakangan ini.

“Ramai pengusaha terjejas, ada yang sudah jual perkakasan kedai mereka, saya bimbang jumlah ini akan bertambah lagi jika tiada langkah segera diambil pihak terlibat,” ujarnya.

Selain itu, menurut Zainudin sebanyak 31 daripada 163 pengusaha kedai makan atau restoran yang berdaftar dengan LTA sudah tidak beroperasi sepanjang Oktober.

“Faktor kemerosotan lain mungkin disebabkan kekurangan trip feri selain pelancong terpengaruh dengan berita di media sosial yang dimomokkan dengan harga makanan mahal.

“Banyak kedai makan tawarkan harga berpatutan.

“Dakwaan yang tular kononnya kedai makan di Langkawi cekik darah atau ‘harga kayangan’ perlu diperbetulkan,” jelasnya.

Zainudin berharap agar pihak yang terlibat tampil memperjelaskan isu tular atau tidak tepat berkenaan Langkawi kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar dan menakutkan pelancong untuk berkunjung ke pulau tersebut.

Zainudin juga percaya, kemerosotan pelancong ke pulau itu turut didorong oleh tindakan orang ramai memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian murah.

“Harga makanan dan penginapan di selatan Thailand lebih murah dan ia jadi faktor penarik kepada pelancong antarabangsa berbanding memilih Langkawi.

“Sebenarnya banyak tarikan ditawarkan di negara jiran itu antaranya kos perjalanan yang jauh lebih murah dan mudah,” katanya lagi.

Kesannya, pendapatan penduduk Langkawi yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada pelancongan terjejas apabila pulau berkenaan tidak lagi menjadi pusat percutian pilihan.

“Tidak mustahil Langkawi akan jadi ‘pekan hantu’ sama seperti ketika era pandemik Covid-19 dahulu.

“Langkawi sudah hilang tarikan sebab tidak ada promosi baharu untuk merancakkan semula industri pelancongan di sini,” jelas Zainudin.

Susulan situasi langkawi kurang pelancong tersebut, Zainudin berharap agar kerajaan negeri mahupun persekutuan dapat berbincang bersama dan mencapai titik persamaan dalam mempromosikan Langkawi seterusnya merancakkan kembali industri pelancongan di pulau peranginan itu.

“Persepsi buruk mengenai Langkawi juga perlu diperbetulkan segera selain pihak terlibat tampil dengan pakej serta tarikan baharu untuk gamit semula kemasukan pelancong, khususnya pada musim cuti persekolahan akan datang,” ujarnya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI