31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024
UtamaBerita UtamaSyed Saddiq bersalah atas 4 tuduhan, dihukum 2 sebatan

Syed Saddiq bersalah atas 4 tuduhan, dihukum 2 sebatan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman bersalah atas empat tuduhan.

FMT

Empat tuduhan tersebut termasuklah bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Berdasarkan kesalahan tersebut, Syed Saddiq dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid yang membuat keputusan tersebut mendapati pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah untuk semua pertuduhan.

Datuk Azhar memerintahkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dijatuhkan hukum penjara empat tahun sekiranya gagal membayar denda.

Walau bagaimanapun, hakim turut membenarkan Syed Saddiq membuat permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan tenang, sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya oleh Datuk Azhar.

Terdahulu ketika membacakan hukuman itu, mahkamah memutuskan pemimpin itu bersalah selepas mendengar 29 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang memberi keterangan bersumpah dan empat saksi pembelaan yang dikemukakan.

“Mahkamah ini memberikan pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan bagi empat pertuduhan dan mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melepasi keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan.

“Oleh itu tertuduh didapati bersalah bagi keempat-empat pertuduhan,” katanya.

Syed Saddiq, 31, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta.

Beliau melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 12 di sini, pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang adalah hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin bersama Mohd ‘Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI