33.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024
UtamaBerita UtamaKawan sekolah anak habiskan bekal makanan, ibu berasa sebak

Kawan sekolah anak habiskan bekal makanan, ibu berasa sebak

Kisah kawan sekolah anak menghabiskan bekal makanan ini mendapat perhatian warga siber. Ibu berasa sebak setelah mendengar pengakuan anaknya.

Siti Hawa Mohd Zainudin, menerusi hantaran di Facebook telah mendapat perhatian ramai warga siber apabila dia menceritakan perihal disebalik bekal makanan sekolah anaknya itu.

Menurut Puan Siti, pada 3 November lalu dia berkesempatan menjemput dan menghantar balik salah seorang kawan sekolah anak ke rumahnya.

Sesampainya di rumah, anak Puan Siti mengeluarkan bekas makanan yang dibekalkan untuk mereka berdua.

Anaknya memberitahu Puan Siti bahawa kawannya itu telah menghabiskan semua makanan yang dibekalkan kerana makanan tersebut sedap.

Puan Siti berasa sebak setelah mendengar pengakuan anaknya itu.

Ujar Puan Siti, pada hari tersebut dia membawakan bekal makanan untuk anaknya dan juga kawan anak yang telah kehilangan ibu tercinta.

Facebook

Kawan anak saya nie ibu dia dah meninggal dunia baru berusia 11 tahun.

Siti Hawa Mohd Zainudin

Tambah Puan Siti, dia juga maklum jika kawan anaknya itu ada masanya tidak membawa duit belanja ke sekolah. Disebabkan itu, Puan Siti tidak lupa memberikan duit belanja lebih untuk kawan anaknya itu.

Kadang-kadang anak saya berkongsi makan bekal dengan kawan dia, ada masa saya bagi extra duit belanja untuk kawan dia sekali .

Siti Hawa Mohd Zainudin

Warga siber di Facebook turut berasa sebak dengan kisah yang dikongsikan oleh Puan Siti itu.

Mereka juga memuji sikap Puan Siti yang baik hati dan turut mendoakan agar Puan Siti dimurahkan rezeki oleh Tuhan.

Semoga puan dilimpahruahkan rezeki seluruh keluarga. aamiin3.

Nur Faiza Salleh

Semoga allah murahkan rezeki buat puan sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan. aamiin.

Rabiatul Adawiyah

Semoga diluaskan lagi rezeki buat puan sekeluarga

Nurul Diana

Memang kita diajar untuk berbuat baik sesama manusia.

Selagi mana kita tidak berasa susah untuk menolong orang yang memerlukan, selagi itulah Tuhan akan menolong kita pula.

Susulan kisah tersebut, ada warga siber yang meminta nombor akaun bank Puan Siti. Tujuannya ialah untuk mengirimkan sejumlah wang supaya Puan Siti dapat menggunakan wang tersebut untuk kawan anaknya itu.

Assalam puan tolong pm saya no account puan..saya nak transfer dan mintak puan sediakan bekal untuk anak tu sehingga jumlah yang saya transfer tu habis..

Mohd Imran

Assalamualaikum puan blh bg no acc pd sy jgk, blh gunakan jumlah yg sy transfer utk puan sediakan bekal utk ank tersebut.

Wan Nur Azimah

Puan Siti berasa terharu dengan niat warga siber yang mahu berbakti sama untuk kanak-kanak yang telah kehilangan ibunya itu.

Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan, mungkin anda boleh menghubungi terus Puan Siti melalui Facebook beliau.

Semoga kita sentiasa dilembutkan hati dan diberi peluang untuk melakukan kebaikan kepada sesiapa pun terutamanya anak yatim.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI