Lagu kahwin direnjis-renjis yang diubah rentak oleh busker raih perhatian apabila video mereka dapat lebih tiga juta tontonan di TikTok.

Kumpulan penghibur jalanan itu @csebuskers mencuri perhatian warga siber di TikTok sejak mereka memuat naik satu video persembahan lagu pengantin bertajuk di renjis-renjis dipilis itu.
Menerusi video tersebut, lagu yang sering dimainkan di kebanyakan majlis perkahwinan Melayu itu pada mulanya dinyanyikan secara mendayu-dayu seperti rentak asal.
Namun semuanya berubah selepas ahli kumpulan itu masing-masing memberikan isyarat untuk melakukan sesuatu.

Bermula dengan pemain drum, kawan-kawan yang lain turut mengubah rentak lagu tersebut menjadi rancak. Penyanyi juga memainkan peranannya dengan menukar intonasi suaranya daripada irama Malaysia ke genre rock.
Biarpun gabungan alunan suara dan rentak peralatan muzik menjadi semakin rancak namun masih sedap didengar. Warga siber menunjukkan reaksi terhibur terhadap persembahan busker tersebut.
Antara komen yang menarik ialah:
mule2 lunak bkrim je dgr..last2 smue kne rasuk… punce drummer
@amirulamrisaleh
takut tertelan gigi palsu makcik pakcik time makan bila tiba2 dengar part hujung tu 😂
@rabiatuladawiah294
Tengah renjis pengantin tetiba masuk tang Rock tu… Terus siram xde renjis2 dah.
@peninglalat30
baru nak masuk rumah kenduri, patah balik. ingatkan ada ritual metal.
@najw4_malik
pakcik: salah kenduri ke aku nih??!!
@katakgilerr
memula makan nasi kenduri rilek2 je kunyah slow2..sekali dgr lagu laju n roick..terus telan je.x yah kunyah3 dh..
@alinktichengarden
awal2 duduk bersimpuh sopan pastu up besila pastu kaki angkat sebelah last2 lost control x duduk dah terus mencangkung sambil ratah peha ayam
@mohdzaki182

Persembahan mereka memang unik, tetapi ada yang lebih menarik perhatian iaitu pemain drum. Tanpa menggunakan peralatan muzik sebenar, dia mampu melantunkan bunyi drum daripada aplikasi telefon pintar dengan begitu baik sekali.
Real drum❌ Mobile Drum✅
@ayrul74
Selepas menonton video persembahan @csebuskers, ada di antara warga siber yang mahukan versi penuh lagu kahwin direnjis-renjis yang diubah rentak tersebut.
bang, tolog buat full cover. minggu depan saya kahwen so saya nak pasang lagu ni.
@totorochan1510
Namun menurut @csebuskers, mereka menyanyikan lagu berentak rancak tersebut hanyalah secara spontan sahaja.
Walaupun tiada versi penuh, namun warga siber tetap berasa puas hati dan memuji-muji persembahan @csebuskers itu.
bestnya busking ceni happening and unique hahahaha
@i_am_idi
padu..screamo terbaik 👍👍👍
@anip92taiping
Lirik:
Direnjis-renjis dipilis,
ditepungi lah tawar,
Hai beras kunyit ditabur,
Disiram si air mawar.
Duduk muda sejoli,
Atas pelamin berseri,
Dihias intan baiduri,
Sebagai raja sehari.
Lepas duduk bersanding,
Jalan rapat berganding,
Salam bersalam keliling,
Sambil mata menjeling.
Riang pengantin baru,
Gurau senda bercumbu,
Aman damai selalu,
Sampai ke anak cucu.