Siapa yang menonton drama ‘Mr Queen’ mesti minat watak Lady Choi yang lucu.
Pada 27 Oktober yang lalu, salah seorang pelakon di dalam K-drama popular ‘Mr Queen’ yang memegang watak Lady Choi iaitu Cha Chung Hwa telah menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya.

Agensi Cha Chung Hwa pada awal Oktober yang lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa aktres berusia 43 tahun itu akan berkahwin dengan lelaki yang bukan selebriti.

Perkahwinannya telah berlangsung di Seoul Korea yang hanya dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekatnya.

Chung Hwa yang telah terbiasa melakonkan watak ‘Ahjumma’, rupanya sangat cantik dan anggun dengan gaun pengantinnya.
Agensi pelakon tersebut telah memuat naik beberapa gambar perkahwinannya yang memberikan keterujaan terutamanya buat peminat-peminat Cha Chung Hwa.

“Kami berharap agar peminat Cha Chung Hwa akan terus menyokongnya dalam industri seni walaupun dia telah berkahwin, dan Cha Chung Hwa akan berjanji untuk memberikan yang terbaik buat peminatnya,” menurut agensinya.
Semoga perkahwinan Cha Chung Hwa dan suami berkekalan selamanya.