Semua sedia maklum bahawa seekor Oyen yang teristimewa telah memutuskan untuk menjadikan kandang capybara di Zoo Negara sebagai rumahnya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan, Oyen si kucing berwarna jingga itu telah menjadi popular di seluruh dunia kerana dia tinggal, makan dan tidur bersama capybara di Zoo Negara.
Oyen bertahan cukup lama di situ sehingga Zoo Negara menyaksikan peningkatan pelawat dan juga menyediakan plak untuknya, yang berbunyi, “Capybara & Oyen”.
Kucing itu diterima mesra oleh capybara sebagai salah seekor ahli dalam kumpulan mereka, yang mana baru-baru ini dilihat berkasih sayang dan berpelukan dengan salah seekor teman capybaranya.
Dalam video yang dikongsi oleh Zoo Negara di TikTok, kedua-duanya boleh dilihat dengan penuh kasih sayang mengusap kepala dan memberi ciuman mesra, terutamanya dimulakan oleh Oyen.
Kapsyen Zoo Negara di TikTok yang berbunyi, “Selamat pagi, semoga anda mendapati diri anda seseorang seperti Oyen”.
Momen lembut yang sungguh manis itu seolah-olah berlangsung agak lama dan capybara kelihatan tidak kisah untuk membuat sebarang aduan.
Jika ini bukan cinta atau kasih sayang, tidak tahulah apa dia.