29 C
Kuala Lumpur
Friday, November 7, 2025
Utama Blog Laman 54

Neil si anjing laut gajah ‘ziarah’ lagi penduduk Tasmania

0

Neil si anjing laut gajah seberat 600 kilogram telah menggemparkan kembali penduduk Tasmania dengan ‘lawatan’nya baru-baru ini.

Stuff

Rakaman video oleh penduduk tempatan memaparkan Neil menghalang jalan, menggaru dirinya pada tiang jalan dan tidur di hadapan rumah orang.

Salah satu rakaman menunjukkan walapun Neil telah merosakkan laman rumah seorang penduduk tempatan, pemilik rumah tetap menyiram Neil dengan air.

TikTok

Selain itu, terdapat rakaman di mana Neil ‘bergaduh’ dengan pegawai polis tempatan.

“Mereka saling mengenali antara satu sama lain, sangat-sangat baik,” kata Jason Howlett seorang pengguna TikTok yang turut merakam aksi Neil.

“Mereka mempunyai hubungan benci tapi sayang,” tambah Howlett.

TikTok

Menurut Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar Tasmania (DNRE), purata 12 ekor anjing laut gajah dilaporkan di negeri ini setiap tahun.

Neil membuat kemunculan pertama pada 2022 di pantai berdekatan Hobart.

Kira-kira sebulan lamanya Neil berada di pantai dan kawasan perumahan sebagai sebahagian tempoh hibernasi biasa.

Ramai penduduk tempatan mengambil peluang merakam aksi Neil si anjing laut gajah berusia dua tahun itu.

Namun ada juga yang kurang senang dengan kehadiran anjing laut gajah itu hingga mereka bertindak mencucuk dan melemparkan barang pada Neil.

Susulan itu, penduduk tempatan telah cuba membantu melindungi anjing laut gajah itu seperti mendirikan papan tanda.

ABC News

Dengan itu orang awam akan dapat mengawasi jarak mereka dengan anjing laut gajah itu sekurang-kurangnya 10 meter.

Marianne Concalves yang tinggal di pinggir bandar berdekatan membawa anaknya bertemu Neil.

“Saya berada berhampiran dan memutuskan untuk membawa si kecil melihat anjing laut gajah itu.

ABC News

“Saya telah berada di sini selama setengah jam dan terdapat beberapa keluarga dan ramai orang mengambil gambar.

“Secara umum orang menghormati dan menjaga jarak mereka, Neil sangat comel,” kata Marianne.

Pada bulan November lalu, Neil menjadikan bandar tepi laut Primrose Sands sebagai ‘rumah’nya.

Salah seorang penduduk yang mendapat ‘kejutan lawatan’ ialah Amber Harris.

Kehadiran Neil telah menyebabkan Amber Harris tidak dapat datang kerja.

ABC NEWS

Ini kerana Neil telah baring di sebelah kereta Amber sehingga menghalang wanita itu untuk menggerakkan keretanya.

Menurut Amber, pakar hidupan liar memberitahunya untuk mengumpan Neil dengan makanan. Amber telah mencuba namun gagal.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa jam berehat di laman rumah Amber, Neil dilihat bergerak dan menuju semula ke pantai.

“Saya tak tahu kenapa ia pilih laman hadapan rumah saya tapi kedatangannya dialu-alukan selama mana ia mahu,” kata Amber.

Program Pemuliharaan Marin sentiasa memantau anjing laut gajah itu untuk memeriksa kesihatannya dan keselamatan kedua-dua haiwan dan orang awam.

Mereka mencadangkan supaya menjaga jarak 20 meter jauhnya dan turut mengingatkan bahawa mengganggu hidupan liar adalah satu kesalahan.

TikTok

Ahli biolgi hidupan liar Kris Carlyon berkata Neil telah selesai menyalin kulit dan tiada apa yang menghalangnya daripada kembali ke laut.

“Adalah penting orang ramai tidak terlalu dekat dengan anjing laut gajah atau mengganggunya,” kata Dr. Carlyon.

“Walaupun anjing laut gajah tidak mungkin menyerang jika tidak diancam dan boleh kelihatan tenang dan santai, ia masih hidupan liar yang besar.”

Walaupun Neil telah berjaya mencuri hati penduduk tempatan, namun itu bukanlah perkara yang baik menurut pakar antropologi Dr. Bruce Englefield.

“Sebaik sahaja anda memberikannya nama, orang akan menganggapnya seperti manusia.

“Ini akan menimbulkan masalah apabila menganggap anjing laut gajah ini penyayang dan boleh dipeluk.

“Tapi sebenarnya tidak. Ia adalah haiwan liar seberat 400 kilogram yang boleh membunuh anda.” kata Dr. Bruce.

Berikut adalah sedikit rakaman kehadiran Neil di Tasmania.

Doktor bedah wanita untuk keluarkan 300 biji batu karang

0

Seorang wanita di Taiwan terpaksa dibedah bagi mengeluarkan lebih 300 biji batu karang daripada buah pinggangnya.

The Star

Wanita yang dikenali sebagai Xiao Yu dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Tainan pada minggu lepas kerana demam dan sakit belakang.

Selepas doktor di Pusat Perubatan Chi Mei menjalankan imbasan ultrabunyi, mereka mendapati terdapat cecair dan batu di dalam buah pinggang Xiao yang membengkak.

Hasil imbas CT menunjukkan terdapat batu-batu berukuran antara lima milimeter hingga dua sentimeter.

Selain itu, keputusan ujian darah mendapati kandungan sel darah putih wanita berusia 20 tahun itu tinggi.

Menurut laporan akhbar tempatan, doktor memberikan wanita itu antibiotik untuk mengeluarkan cecair daripada buah pinggangnya.

Kemudian, doktor menjalankan pembedahan invasif kecil untuk mengeluarkan lebih 300 biji batu karang tersebut.

Batu karang berkenaan kelihatan seolah-olah ‘roti kukus kecil’.

The Star

Keadaan pesakit tersebut stabil selepas pembedahan dan selepas beberapa hari pemantauan, wanita itu dibenarkan pulang.

Menurut pakar urologi Dr. Lim Chye-Yang yang menjalankan pembedahan itu, 9.6 peratus penduduk di Taiwan mengalami batu karang.

Daripada jumlah tersebut, lelaki berkemungkinan mengalami batu karang tiga kali lebih tinggi berbanding wanita.

Tambah Dr. Lim lagi, kebanyakan pesakit batu karang berusia antara 50 dan 60 tahun.

Jelas Dr. Lim, cuaca panas pada musim bunga dan panas merupakan salah satu faktor berlakunya batu karang.

Ini kerana pada waktu itu, orang lebih mudah dinyahhidratkan.

Apabila air kencing menjadi lebih pekat, mineral bergabung lalu menghablur dan akhirnya terbentuk menjadi batu.

Difahamkan, Xiao Yu tidak gemar minum air kosong malah kerap meminum air manis ‘bubble tea’.

Pexels

Penyebab lain batu karang ialah faktor keturunan, penyakit kronik, serta pengambilan kalsium dan protein yang tinggi dalam diet.

Dos penggalak ketiga disarankan untuk golongan rentan – KKM

0

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menerusi hantaran di X mengatakan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak ketiga hanya sebagai satu galakkan kepada golongan rentan iaitu warga emas.

Ini susulan pengambilan dos penggalak ketiga yang disarankan oleh KKM baru-baru ini telah disalah faham oleh sebilangan orang awam.

X

Katanya lagi, saranan itu bukanlah satu arahan wajib kepada semua golongan untuk mengambilnya.

Namun Dr Dzulkefly tetap menggalakkan masyarakat menggunakan pelitup muka, mengelakkan 3C dan lain-lain memandangkan kenaikan kes COVID-19 mutakhir ini.

Jelas Dr Dzulkefly, bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput.

Vaksin tersebut dikatakan berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19.

“Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.

“Kita (KKM) sedar ada sedikit peningkatan kes COVID-19 dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000,” kata Dr Dzulkefly.

Bernama

Dr Dzulkefly juga telah memaklumkan Perdana Menteri dan ahli Kabinet akan situasi ini dan wajar untuk diberikan perhatian.

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Manakala pengisian katil di unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.

Pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 menurut Dr Dzulkefly.

“Adalah wajar diberi perhatian dan dalam keadaan sesak sebaiknya gunakan pelitup muka dan juga bagi individu bergejala.

“Semua ini kriteria yang jelas andai keperluan itu timbul, kita dengan segera akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai.

“Kita tidak mahu terlalu cemas, tapi kita juga tidak ambil mudah,” kata Dr Dzulkefly.

Guru lempang murid disiasat

0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan guru lempang murid menerusi video yang tular di media sosial.

Berita Harian

KPM maklum akan perkara tersebut dan menjalankan siasatan sewajarnya.

“KPM mengambil perhatian rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang guru bertindak kasar terhadap murid sewaktu penganjuran majlis rasmi di sekolah.

“Siasatan sedang dijalankan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Menerusi satu laporan lain, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman @ Abdullah berkata pihaknya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Kita mengesahkan tindakan awal sudah dilakukan selepas menyaksikan video yang ditularkan melalui Facebook (FB).

“Kita difahamkan kejadian itu dikatakan berlaku di dewan perhimpunan ketika perhimpunan diadakan sempena program cegah rokok dan vape, kira-kira jam 10 pagi, semalam,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 42 saat yang memaparkan seorang guru menampar murid berkenaan di bahagian dahi ketika berada di pentas.

Difahamkan tindakan tersebut telah dirakam oleh seorang guru lain yang dikatakan kurang senang dengan tindakan guru terbabit.

Seorang guru yang enggan namanya disiarkan berkata, dua orang murid lelaki yang hanya melakukan kesalahan tidak berdiri tegak dipukul guru berkenaan ketika perhimpunan.

“Biarlah nak saman atau nak kena apapun, kita nak muat naik juga, tiada niat nak buka aib, tetapi untuk dijadikan peringatan kepada orang.

“Mu cikgu ke, guru besar ke atau penolong kanan (PK), tak kisahlah, kita bukannya bertujuan nak mengaibkan, tetapi dia yang mengaibkan diri sendiri,” komen bebrapa pengikut FB berkenaan.

Seorang lagi pengikut FB secara ringkas berkata, pendidik harus terdidik.

Polis langgar pelajar sekolah hingga maut direman tiga hari

0

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis langgar pelajar sekolah hingga maut direman tiga hari bermula Sabtu.

Berita Harian

Razarudin dalam satu kenyataan berkata siasatan akan dijalankan secara adil walaupun melibatkan pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP).

Arahan siasatan secara menyeluruh itu juga dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Polis sudah merakam percakapan tujuh orang saksi membabitkan pelajar sekolah terbabit yang melihat dan berada di tempat kejadian.

“Selain itu, pegawai polis terbabit sudah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini,” katanya kepada BH.

Jelas Razarudin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

“Saya turut meminta mana-mana pihak yang turut melihat kejadian berkenaan dan mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Saya juga memberi jaminan siasatan ini akan dilakukan secara telus dan adil meskipun membabitkan pegawai kanan polis,” kata Razarudin.

Terdahulu, kira-kira jam 12.35 tengah hari Jumaat, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh dilanggar hingga maut.

Calon SPM tersebut yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa yang dipandu oleh DSP berusia 44 tahun.

Berita Harian

Difahamkan, kejadian berlaku selepas DSP itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuat bunyi bising ekzos motosikal.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Berang dengan situasi itu, DSP bertindak mengejar motosikal yang ditunggang Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie sejauh satu kilometer.

Kemudian, dia melanggar mangsa dari belakang dan akibatnya mangsa terjatuh dari motosikal.

Memeritkan lagi apabila DSP berkenaan turut menyeret mangsa sejauh lima meter.

Saksi memaklumkan, pelaku kemudian berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa.

Namun pelaku terbabit segera beredar apabila menyedari kehadiran orang ramai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata DSP Kontinjen Kedah itu ditahan tidak lama kemudian.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Orang awam juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam, ” kata Yahya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Berita Harian

Hasil bedah siasat mayat mangsa mendapati terdapat kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pada itu, kakak mangsa Nur Zawani Muhd Zamrie, 28 berkata DSP berkenaan tiada hak untuk memperlakukan adiknya sedemikian.

Zawani yang berada berhampiran lokasi kejadian terperanjat apabila diberitahu orang awam bahawa mangsa kemalangan itu adalah adiknya sendiri.

“Saya pangku dia, saya memang cuba selamatkan dia.

“Saya yang buat CPR masa muila-mula tiba di situ.

“Ketika itu adik masih bernyawa tetapi sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas,” kata Zawani.

Mainan plastik kanak-kanak mengandungi racun – CAP

0

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesahkan mainan plastik kanak-kanak mengandungi bahan kimia beracun iaitu parafin berklorin.

Utusan Malaysia

Justeru itu, ibu bapa digesa supaya mengelak daripada membeli alat mainan plastik untuk anak-anak mereka.

Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, parafin berklorin terdapat dalam pelbagai jenis plastik termasuk alat mainan plastik kanak-kanak.

Jelas Mohideen, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa parafin berklorin menjejaskan kesihatan.

Kerosakan pada hati dan buah pinggang, sistem endokrin terganggu, kanser dan kerosakan otak yang sedang berkembang adalah antara kesan pendedahan parafin berklorin.

“Bukti juga menunjukkan parafin berklorin dibebaskan daripada plastik melalui kitaran hayatnya.

“Kanak-kanak boleh terdedah kepada bahan kimia dalam alat permainan melalui penyedutan habuk toksik, sentuhan kulit dan melalui pendedahan di mulut dengan mengunyah,” kata Mohideen.

Pexels

Ujar Mohideen lagi, International Pollutants Elimination Network (IPEN) telah menjalankan kajian ke atas 31 sample alat mainan plastik.

Sample itu dikumpulkan dari 10 buah negara termasuk Malaysia.

Hasilnya, didapati kedua-dua parafin berklorin rantai pendek (SCCP) dan parafin berklorin rantai sederhana (MCCP) ditemui dalam semua alat mainan yang diuji.

“Antara alat mainan yang diuji ialah kuda tiup, ayam dan itik getrah, anak patung serta beruang plastik.

“Sample ini dianalisis di makmal di Parague.

“Beberapa alat permainan yang diuji mengandungi paras SCCP yang tinggi dan sangat toksik sehingga boleh diklasifikasikan sebagai sisa berbahaya,” katanya.

Utusan Malaysia

Penemuan oleh IPEN pada Oktober lalu itu amat membimbangkan.

Justeru, terdapat keperluan untuk mengawal selia bahan kimia tersebut secara global.

Tambah Mohideen lagi, SCCP turut tersenarai sebagai bahan kimia yang perlu dihapuskan di bawah Konvensyen Stockholm pada 2017.

Namun Malaysia masih belum meratifikasi konvensyen itu.

Disebabkan itu, CAP menggesa Kerajaan Pusat meratifikasi Konvensyen Stockholm itu dengan segera untuk kebaikan semua pihak.

Pelawak Amerika diculik dan ditikam hingga mati

0

Seorang pelawak Amerika diculik dan ditikam hingga mati oleh kumpulan perusuh di Colombia pada Isnin lalu.

Daily Mail UK

Keluarga Tou Ger Xiong, 50, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan kepada media tempatan.

Difahamkan, Xiong pergi ke Medellin, Colombia sejak 29 November untuk bertemu dengan gadis kenalannya pada Ahad malam.

Selepas pertemuan itu, Xiong diculik, dipukul berkali-kali dan ditikam di dada lebih 12 kali. Kemudian Xiong dicampakkan ke gaung.

Mayat Xiong kemudiannya ditemui pada Isnin di kejiranan Medellin Di Robledo.

Pada Rabu, seorang perempuan ditahan berhampiran kawasan di mana mayat ditemui.

Difahamkan, Xiong bertemu individu berkenaan semasa berkunjung ke bandar Colombia dan jatuh hati kerana budayanya.

“Dia pulang ke rumah dan sebenarnya menunjukkan kepada saya gambar wanita itu,” kata Eh Xiong, abang kepada pelawak Amerika itu.

Daily Mail UK

Eh Xiong sekeluarga percaya yang adiknya itu telah diperangkap.

Keluarga Xiong telah berhubung dengan pejabat Senator Minnesota Tina Smith dan Amy Kobluchar untuk membawa pulang mayatnya ke Amerika Syarikat.

Datuk Bandar St. Paul Melvin Carter memberi penghormatan kepada mendiang Xiong.

“Dia adalah salah seorang yang paling kelakar dan paling ikhlas yang pernah saya temui,” kata Carter.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan mengatakan bahawa Xiong yang juga merupakan seorang aktivis mati akibat terjatuh pada ketinggian 60 kaki.

Menurut Eh Xiong, kali terakhir dia bercakap dengan adiknya itu adalah pada Ahad ketika aktivis itu meminta wang berjumlah $2000.

Melalui perbualan tersebut, Xiong memberitahu abangnya bahawa tujuan dia meminta wang tersebut adalah sebagai pertukaran untuk pembebasannya.

Xiong juga dikatakan turut meminta bantuan daripada rakannya yang lain.

Daily Mail UK

Seorang wanita menghubungi polis Medellin dan melaporkan penculikan itu.

Pihak berkuasa memeriksa kediaman Xiong dan menyedari tingkah laku aneh seorang wanita ketika dia mengeluarkan barang dari lokasi itu.

Menyedari dirinya didekati polis, wanita itu segera melarikan diri.

“Dengan rasa sedih kami berkongsi berita yang menyayat hati tentang penemuan mayat aali keluarga kami yang tersayang.

“Tou Ger Xiong adalah ahli keluarga kami yang dihargai.

“Kesakitan akibat kehilangannya tidak dapat digambarkan,” kata Eh Xiong dalam satu kenyataan.

Menurut Eh Xiong lagi, mereka sekeluarga merancang perjalanan ke Medellin.

Itu adalah sebahagian daripada upacara keagamaan termasuklah untuk membebaskan roh Xiong.

Tou Ger Xiong dilahirkan di Laos pada 1973.

Mereka sekeluarga melarikan diri ke Thailand selepas pengambilalihan Komunis pada 1975.

Selama empat tahun mereka berada di kem pelarian di Thailand sebelum menetap di St. Paul.

Fosil tengkorak dinosaur paling lengkap ditemui di UK – Pakar

0

Fosil tengkorak dinosaur yang ditemui di United Kingdom baru-baru ini adalah antara tengkorak paling lengkap yang pernah ditemui kata pakar.

BBC Steve Etches bersama fosil yang baru ditemuinya.

Tengkorak raksasa laut purba yang besar dipanggil Pliosaur itu ditarik keluar dari tebing di Pantai Jurassic selatan UK.

Pliosaur ialah reptilia marin yang hidup sekitar 150 juta tahun dahulu dan panjangnya sekitar 10 hingga 12 ela.

Fosil tengkorak yang ditemui itu masih mempunyai 130 batang gigi tajam.

Bukan itu sahaja malah masih bergerigi yang mana digunakan untuk menembusi daging haiwan mangsa berulang kali semasa serangan.

BBC Gambaran Pliosaur.

Menurut Dr. Andre Rowe dari Universiti Bristol, dengan ciri-ciri tersebut mustahil untuk mana-mana haiwan yang berdekatan dengannya terlepas daripada menjadi mangsa.

Dr. Andre juga tidak ragu-ragu untuk mengatakan bahawa Pliosaur seolah-olah T-Rex bawah air.

“Saya tiada keraguan yang ianya seperti T-Rex bawah air,” kata Dr. Andre.

Fosil tengkorak dinosaur itu ditemui oleh peminat fosil tempatan Steve Etches.

Ketika itu, Etches berjalan berhampiran dengan tebing dan menemui hujung muncung fosil tersebut.

Etches ingin sekali melihat fosil yang lain, lalu dia menggunakan dron untuk mengagak kemungkinan fosil berada di tepi tebing.

Akhirnya Etches berjaya mengeluarkan fosil selebihnya apabila dia turun dari tebing.

CBS News

Menurut para saintis, fosil berkenaan adalah Pliosaur yang paling lengkap yang pernah ditemui.

Penemuan itu dapat membantu menyumbangkan maklumat baharu tentang cara haiwan itu hidup.

Ahli paleobiologi Profesor Emily Rayfrield telah pun meneliti bukaan bulat besar di bahagian belakang kepala.

Mereka memberitahunya tentang saiz otot yang mengendalikan rahang Pliosaur dan daya yang dijana apabila mulutnya tertutup dan menghancurkan mangsa.

Setelah meneliti Emily memberitahu BBC bahawa dia sudah dapat menentukan haiwan itu mempunyai rahang yang kuat.

Berdasarkan ciri tersebut, kekuatan itu adalah kira-kira dua kali lebih kuat daripada buaya air masin, malah paling kuat daripada haiwan hidup yang lain.

BBC Perbandingan kuasa gigitan.

“Gigitan yang kuat bermakna anda juga boleh meremukkan tisu dan tulang dengan agak berkesan.

“Bagi strategi memberi makan, buaya menutup rahang mereka dan kemudian berpusing untuk memutarkan badannya daripada mangsa.

“Ini adalah ciri haiwan yang telah mengembangkan kepala di bahagian belakang dan kita melihat ini dalam Pliosaur,” jelas penyelidik Bristol itu.

BBC Keadaan fosil setelah dibersihkan. Lubang-lubang kecil itu boleh menjadi sebahagian daripada deria rasa Pliosaur.

Spesimen yang baru ditemui itu mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan ia mempunyai beberapa deria yang sangat tajam dan berguna.

Terdapat lubang-lubang kecil pada muncungnya yang mungkin membantunya mengesan perubahan tekanan air yang dibuat oleh bakal mangsa.

Etches dalam satu kenyataan berkata, dia mahu mempamerkan tengkorak tersebut di muziumnya di Kimmeridge (Koleksi Etches).

Etches juga tidak menolak malah mempertaruhkan nyawanya bahawa baki bahagian lain Pliosaur itu masih berada di dalam tebing.

“Saya mempertaruhkan nyawa saya baki haiwan itu ada di sana,” kata Etches kepada BBC.

BBC Steve Etches menunjukkan Sir David Attenborough muncung Pliosaur iaitu bahagian pertama yang ditemui.

Etches berharap bahagian anggota Pliosaur yang tinggal dapat dikeluarkan segera kerana keadaan tebing yang cepat menghakis.

Dia bimbang sekiranya terlewat, baki anggota Pliosaur tersebut akan jatuh dan terus hilang.

“Ini adalah peluang sekali seumur hidup,” kata Etches.

Oyen Zoo Negara bijak selamatkan diri ketika banjir

0

Antara perkara yang tidak dapat dilupakan ketika Zoo Negara dilanda banjir kilat pada Oktober lalu ialah kebijaksanaan Oyen menyelamatkan diri.

TikTok

Menurut laporan Kosmo, beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat termasuklah Zoo Negara ekoran hujan lebat selama lebih sejam.

Difahamkan, banjir kilat yang melanda Zoo Negara itu walau bagaimanapun tidaklah seteruk yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @Rahmat Ahmad Lana, pada waktu itu dia diberitahu bahawa salah seekor spesies Capybara dan Oyen hilang.

Dengan segera, Rosly turun dan meredah hujan untuk melihat keadaaan zoo.

“Staf zoo, pegawai veterinar dan zookeeper sama-sama turut mencari di sekitar pameran Capybara.

“Alhamdulillah Capybara tersebut berjaya ditemui,” kata Rosly dalam satu video di TikTok.

TikTok

Namun perkara yang masih membimbangkan Rosly ialah Oyen yang masih belum kelihatan.

Rosly mengerahkan seluruh kakitangan zoo untuk mencari Oyen sehingga ditemui.

Tidak berapa lama kemudian, kelihatan Oyen keluar dari celahan rumpun buluh.

TikTok

“Alhamdulillah, Oyen berjaya ditemui.

“Haiwan yang lain juga selamat,” ucap Rosly.

“Kami percaya ketika kejadian, Oyen menyelamatkan diri dengan memanjat tempat selamat,” kata Rosly dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan.

TikTok

Susulan daripada itu, kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas telah dilakukan oleh kakitangan zoo.

Mereka turut dibantu pasukan daripada Balai Bomba Sukarela Gombak dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Proses pembersihan telah dilaksanakan sehingga jam 11.30 malam.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat membantu Zoo Negara.

“Tanpa mereka, kerja-kerja pembersihan itu tidak akan dapat siap,” kata Rosly.

Sinar Harian

Terdahulu, kisah Oyen yang bersahabat baik dengan tikus gergasi Capybara sejak tiga tahun lalu menjadi bualan orang ramai.

Dikenali sebagai ‘The Star of Zoo Negara’, kehadiran Oyen telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga melebihi 3,000 orang pada hujung minggu.

Berita Harian

“Setiap hari, 95 peratus daripada pengunjung yang datang hanya mahu melihat Oyen.

“Oyen sangat popular, sebab itu saya panggilnya The Star of Zoo Negara.

“Malah kedatangan pengunjung juga meningkat dua kali ganda terutamanya pada hujung minggu,” kata Rosly.

Tambah Rosly, pihaknya berhasrat untuk mencarikan pasangan buat Oyen supaya kucing itu mempunyai anak.

Pihak zoo juga sedaya upaya menjaga kebajikan kucing berkenaan termasuk memberi makanan bernutrisi selain memantau tahap kesihatannya.

“Berbanding dahulu, Oyen kini sudah jinak dan boleh didekati.

“Tujuan kami mahu rapat dengan Oyen supaya jika satu hari nanti oyen jatuh sakit, mudah untuk kami pegang dan merawatnya,” kata Rosly.

Semua ini bermula apabila video memaparkan Oyen yang juga kucing jalanan, tidur dan memeluk Capybara tular menerusi media sosial satu ketika dahulu.

Kes Zayn Rayyan: Polis ambil barangan dari Blok R untuk dianalisa

0

PETALING JAYA: Siasatan kes Zayn Rayyan diteruskan dengan tindakan polis mengambil beberapa barangan dari Blok R Apartment Idaman untuk dianalisa.

Harian Metro

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan melakukan analisa terlebih dahulu terhadap bukti-bukti yang diperoleh.

Setakat ini tiada perkembangan positif dalam usaha menjejaki pembunuh kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berusia 6 tahun.

“Kita perlu analisa terlebih dahulu semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hussein lagi, penduduk boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa.

Tambahnya, tiada arahan khusus dikeluarkan oleh pihak polis untuk mengawal pergerakan penduduk apartmen tersebut.

“Jika kita lakukan pemeriksaan, mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan, kita akan tunggu dan panggil mereka untuk mass DNA screening (ujian DNA beramai-ramai),” kata Hussein.

Terdahulu, dua buah kotak dilihat dibawa keluar selepas pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R apartment tersebut.

Kotak berkenaan dipercayai mengandungi bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang ditemui mati di saliran air di kawasan apartmen berkenaan pada 6 Disember lalu.

Lebih 25 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan.