30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 25, 2025
Utama Blog Laman 49

Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah selamat diijab kabul

0

Putera Diraja Brunei Darussalam, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada jam 2.17 petang, 11 Januari 2024.

Majlis pernikahan berlangsung dengan penuh adat istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah serta kaum kerabat diraja.

RTB News / Facebook

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.

Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan Adat Istiadat Diraja Brunei.

RTB News / Facebook

Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah disempurnakan.

Istiadat Akad Nikah Diraja diakhiri dengan bacaan doa selamat.

@arfdy12/X

Sebelum itu, Awang Adam Abdullah iaitu ayah pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak Brunei seribu ringgit tunai.

RTB News / Facebook

Istiadat tersebut menyusul selepas Majlis Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja serta Pertunangan Diraja yang berlangsung pada 9 Januari lalu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

@arfdy12/X

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadual pada 15 Januari.

@arfdy12/X

Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Tonton video di bawah:

Kedai makan ini jenis layan diri sebenar, pelanggan kena jujur bungkus dan bayar ambil baki sendiri

0

Jika sebelum ini kita maklum terdapat restoran layan diri yang mana pelanggan mengambil nasi dan lauk mereka sendiri, tetapi bayaran akan dikira dan diterima oleh pekerja atau bos mereka di kaunter.

Tetapi tahukah anda terdapat kedai makan bertahap lain daripada yang lain, yang beroperasi sepenuhnya atas dasar kejujuran dan kepercayaan kepada pelanggan?

@_NazriH/X

Seorang pengguna di laman X @_NazriH melalui paparan videonya telah menunjukkan kini terdapat sebuah kedai makan di mana pelanggan perlu membungkus hidangan nasi campur mereka sendiri, mengira harganya sendiri dan meninggalkan wang (dan ambil baki) dalam bekas, atau membayar melalui kod QR, yang kesemuanya mengikut kejujuran dan kehendak pelanggan sendiri.

“Dia buat bisnes macam meniaga dekat dalam kolej je weh. Pelanggan datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira dan bayar. Semua bergantung kepada kejujuran pelanggan. Saya syak pemilik dia introvert,” kata @_NazriH.

@_NazriH/X

Di kedai makan itu, terdapat notis yang mempamerkan harga hidangan, serta arahan tentang cara pihak mereka beroperasi.

@_NazriH/X

“Layan diri. Sila buat kiraan harga sendiri dan masukkan bayaran anda di dalam bekas yang disediakan. Jika anda tidak pasti, sila ambil gambar makanan anda dan hantarkannya melalui WhatsApp ke nombor ini (dengan nombor telefon kedai itu disediakan).”

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa tiada pekerja membantu anda untuk membungkus makanan dan membuat kiraan harga. Pembayaran boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan,” maklum notis itu.

@_NazriH/X

Apa yang paling mengejutkan tentang semua ini ialah mereka telah meninggalkan bekas pembayaran untuk pelanggan meninggalkan wang dan mengambil wang baki mereka, yang terdedah dan tidak dikawal.

@_NazriH/X

Kedai makan ini beroperasi dan bergantung sepenuhnya dengan konsep kepercayaan kepada pelanggan untuk mereka melakukan perkara yang jujur dan benar.

@_NazriH/X

Jika para pelanggan percaya untuk sentiasa bersikap jujur dan bertanggungjawab dengan diri sendiri, maka konsep perniagaan restoran atau kedai makan seperti ini tiada masalah untuk dijalankan.

Tonton video di bawah:

Pekerja mencelup pinggan dalam tong sampah berisi air kotor

0

PETALING JAYA: Seorang pekerja mencelup pinggan dalam tong sampah berisi air kotor. Perbuatan jijik itu dirakam oleh seorang pengguna X baru-baru ini.

Kosmo

Elyas Yusri sempat merakam perbuatan jijik pekerja berkenaan ketika dia kebetulan berada di sekitar kawasan kedai makan tersebut.

Difahamkan, lokasi kedai makan tersebut berada di Taman Botanik, Klang.

“Kita ni dah lah selalu lepak mamak, sekali nampak benda macam ni depan mata nak muntah.

“Basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah.

“Speechless (tak terkata) nah korang (untuk semua) tengoklah sendiri, tak ada lah tekak aku seorang loya,” tulis Elyas di laman sosial X.

Susulan itu, Elyas memaklumkan dia segera menegur pekerja terbabit sambil merakam situasi tersebut dengan lebih dekat.

Alangkah terperanjatnya Elyas apabila melihat sendiri air kotor yang bertakung di dalam tong sampah berkenaan.

“Untuk pengetahuan semua, aku tegur terus lepas itu.

“Pekerja itu boleh cakap, oh tong sampah itu untuk rendam sahaja.

X

“Berderau darah aku.

“Kalau ye beli lah besen besar ke apa. Aku tak nak sebut nama kedai.

“Tapi mamak ini dekat Bandar Botanik, Klang, kedai ‘corner lot'”, jelasnya.

Dalam masa yang sama, Elyas turut meminta orang ramai yang pernah ke lokasi atau kedai terbabit untuk berhati-hati serta memantau tahap kebersihan di sana.

“Siapa selalu lepak situ, tolong semakkan. Jika masih sama, tolong buat aduan rasmi,” pintanya.

Sementara itu, ramai warga siber yang menyeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan ke kedai makan tersebut.

“KKM, PBT, pihak berkuasa cepat turun pantau mana perlu.

“Kalau begitu cara basuh pinggan, memang kotor, ambil tindakan sita kedai terbabit.

“Mana boleh rendam pinggan mangkuk dalam tong sampah,” tegur Kusyairi.

“Geli.. kalau ya pun untuk basuh sahaja, kotor gila,” tulis Izkir.

“Sebelah pejabat saya sahaja ini, pernah nampak pekerja dia kencing dalam longkang belakang kemudian lap pada apron dia sahaja,” ujar Queen.

Kosmo

Tindakan pekerja mencelup pinggan dalam air kotor itu memang perbuatan yang tidak boleh diterima akal.

Semoga isu ini dapat diselesaikan segera oleh pihak berkaitan.

Myvi dipandu lelaki Switzerland rempuh stesen minyak

0

IPOH: Sebuah Perodua Myvi yang dipandu lelaki Switzerland merempuh sebuah stesen minyak di Taman Canning ketika pemandu itu hendak mengisi minyak.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pemandu berkenaan sedang membetulkan keretanya sebelum mengalami kekejangan kaki kanan secara tiba-tiba.

“Akibat daripada itu, pemandu berkenaan tidak dapat mengawal kenderaannya hingga terbabas ke hadapan lalu melanggar motosikal jenis Yamaha yang diparkir dan merempuh dinding kaca premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bernama

Bagaimanapun, penunggang motosikal berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

Tambah Yahaya, kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita yang berada di situ cedera di kaki kanan.

Kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Video dan gambar kejadian Myvi dipandu lelaki Switzerland berusia 77 tahun yang merempuh stesen minyak itu tular di laman Facebook sejak Selasa.

Gempa bumi 6.0 magnitud landa wilayah Niigata Jepun, tiada amaran tsunami

0

Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda bahagian tengah Jepun di Wilayah Niigata pada 5:59 petang, 9 Januari. 

Pusat gempa adalah berhampiran Pulau Sado di Nagaoka, Wilayah Niigata.

Gambar The Japan News

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Pada 1 Januari, Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, yang mengakibatkan  kerosakan besar kepada harta benda dan nyawa, serta mencetuskan gelombang tsunami di pantai barat.

Reuters melaporkan bahawa jumlah kematian akibat gempa bumi pada 1 Januari telah mencecah lebih 200 orang dengan ramai yang masih hilang. 

Gempa bumi yang melanda pantai barat Jepun memusnahkan infrastruktur, menyebabkan 23,000 rumah terputus bekalan elektrik di wilayah Hokuriku.

Gambar JIJI Press/AFP

Pencarian mangsa yang terselamat di bawah bangunan runtuh diteruskan apabila lebih 30,000 mangsa yang dipindahkan menunggu bantuan, menurut laman web kerajaan Ishikawa. 

Ia merupakan angka tertinggi sejak gempa bumi di Kumamoto di barat daya Jepun yang mengorbankan 276 orang, termasuk kematian berkaitan, pada 2016.

Bakal ayah sekarang tak macam dulu, buang rasa segan sertai kelas penyusuan bayi

0

Buat pasangan suami isteri yang bakal menerima cahaya mata pertama tidak lama lagi, sudah tentu pelbagai persiapan perlu dilakukan.

Bukan setakat membeli pakaian dan peralatan untuk bakal bayi, malahan menghadiri kelas keibubapaan juga amat penting dimasukkan dalam persiapan diri mereka merealisasikan tanggungjawab sebagai ibu bapa kelak.

@nadmasrom/X

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan ramai bakal ayah menemani isteri mereka dan menyertai kelas penyusuan ibu.

Rakaman video yang menarik perhatian apabila memaparkan para ayah menghadiri kursus untuk belajar cara menjaga cahaya mata pertama. 

@nadmasrom/X

Kursus tersebut termasuklah mempelajari ilmu tentang cara mendukung bayi, membantu isteri dalam penyusuan bayi dan sebagainya. 

@nadmasrom/X

Kelas berkenaan didapati mendapat sambutan hebat, justeru menunjukkan bahawa bakal bapa kini lebih ‘sporting’ dan tidak lagi segan untuk sama-sama menyertai isteri dalam mempelajari teknik penyusuan bayi yang betul.

@nadmasrom/X

Rata-rata pengguna laman X menyatakan rasa kagum dengan para suami yang membuang semua rasa malu dan segan untuk turut serta mendalami ilmu dalam kelas berkenaan.

Tonton video di bawah:

Sekawan kucing berkumpul dalam piring Starlink sebagai pemanas badan undang tawa ramai

0

Starlink dicipta oleh syarikat SpaceX dimiliki Elon Musk untuk menjadikan capaian internet lebih mudah diakses dan mampu dimiliki semua terutama mereka yang berada di kawasan terpencil dan pedalaman.

Kini Starlink telah mendapati dirinya turut menyediakan perkhidmatan tambahan yang tidak diingini, iaitu bagi tujuan memanaskan punggung para kucing.

@Tippen22/X

Pelanggan Starlink dari Kanada, Aaron Taylor dalam satu ciapan di X memuat naik satu gambar yang memaparkan lima ekor kucing sedang seronok berkumpul di dalam piring satelit Starlink di rumahnya dan keletah mereka itu didapati amat melucukan.

“Starlink berfungsi hebat sehinggakan kucing turut mengetahui piring itu membebaskan sedikit haba ketika musim sejuk,” kata Aaron.

Piring satelit Starlink dilengkapi dengan ciri “memanaskan diri” untuk membantu mengelakkan salji daripada terkumpul di dalamnya, lapor The Guardian

@Tippen22/X

Dan walaupun itu berita baik untuk mereka di kawasan beriklim sejuk dan bersalji yang ingin memastikan capaian internet mereka berjalan lancar, kucing yang berada di luar turut menghargai ciri ini sebagai satu kaedah dalam memastikan diri mereka kekal hangat.

Dalam ciapan seterusnya, Aaron menjelaskan kucing dalam gambar itu sebenarnya mempunyai rumah kucing yang bagus dan hangat serta banyak lagi tempat berlindung daripada kesejukan, tetapi, entah mengapa kucing-kucing ini tetap mahu melakukan apa yang mereka mahu, iaitu suka berada di luar rumah ketika siang hari untuk berseronok-seronok.

Pemuda itu juga mengeluh, oleh kerana kucing-kucing ini suka melepak di dalam piring Starlink untuk memanaskan badan, jadi mereka sebenarnya telah memperlahankan kelajuan internetnya, menjadikan penstriman filem agak sukar.

Aaron berkata dia telah membuat keputusan untuk mencari lokasi yang lebih tinggi bagi meletakkan piring Starlink itu, dalam usaha untuk menjadikannya kurang menarik daripada capaian kucing.

Spontan terjun parit tidak fikir arus deras, lelaki kongsi detik cemas selamatkan wanita hanyut bersama Myvi

0

“Saya tak fikir panjang dan terus terjun untuk selamatkan wanita itu selepas melihatnya hanyut dibawa arus deras.”

Demikian kata Choo Ngiam Choong, menceritakan detik cemas menyelamatkan wanita yang dihanyutkan arus deras bersama Myvi selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit.

Kontraktor berusia 50-an itu disifatkan sebagai ‘hero’ selepas video detik cemas insiden terbabit menjadi tular yang memaparkan aksinya terjun ke dalam parit dengan arus deras berhampiran Jalan Bukit Samsu Jalan Kota Tinggi-Mersing, sebelum membantu menyelamatkan mangsa yang berisiko hanyut.

Facebook

Menurut Choong, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, dia dalam perjalanan menikmati sarapan pagi dari Kota Tinggi menuju Mawai, sebelum menghentikan kenderaan sebaik melihat rakannya menghentikan kereta.

Katanya, dia terkejut mendapati sebuah kereta Myvi hanyut dalam longkang besar dengan dua wanita turut dihanyutkan arus deras.

“Seorang wanita sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hanyut… melihatkan berisiko untuk lemas, saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam berada di tempat kejadian juga membantu.

Facebook

“Saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya.

Anak ke-10 daripada 12 beradik dan berasal dari Kota Tinggi itu berkata, dia juga bersyukur tidak mengalami kecederaan ketika membantu mangsa berkenaan.

“Saya memang pandai berenang dan pernah meredah kawasan bukit serta mencabar sebelum ini.

“Syukur saya memiliki stamina untuk bantu mangsa itu.

“Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang tiada penggantinya,” kata Choong ketika dihubungi Berita Harian.

Facebook

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus dengan seorang wanita dilihat berpaut pada bahagian belakang kenderaan itu sambil meminta tolong.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora  dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian Myvi hanyut berkenaan yang dinaiki dua wanita berusia 37 dan 43 tahun.

Facebook

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas melalui jalan yang dinaiki air dan memasuki longkang besar sebelah kanan jalan menghala Kota Tinggi.

“Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus deras,” katanya.

Hussin memaklumkan pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.

Tonton video di sini.

Gempa magnitud 6.7 landa selatan Filipina

0

Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter melanda pantai selatan Filipina pada Selasa, 9 Januari, demikian Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, tetapi menurut pihak berkuasa tempatan tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer(43 batu) kira-kira 100 kilometer tenggara perbandaran Sarangani di luar pulau Mindanao, kata USGS.

Ia tidak mencetuskan amaran tsunami, menurut Sistem Amaran Tsunami AS dan agensi seismologi Filipina.

“Dengan rahmat Tuhan ia tidak begitu kuat di wilayah kami,” kata Ketua Master Sarjan Ian Roy Balandan dari pejabat polis wilayah Sarangani di Mindanao.

USGS

Balandan memberitahu AFP tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan infrastruktur atau rumah.

“Ia benar-benar ringan. Orang ramai tidak merasakannya,” katanya.

Harly Sauro, seorang pegawai bencana di perbandaran Sarangani, yang merupakan sekumpulan kecil pulau yang membentuk sebahagian daripada wilayah Davao Occidental, berkata gempa itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa, tetapi “mengganggu tidur sesetengah orang”.

USGS

Gempa bumi kerap melanda Filipina, yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik dan gunung berapi yang kuat yang membentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda Mindanao pada bulan lalu, yang mencetuskan amaran tsunami ringkas. Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan menjadi mangsa korban.

Anak diserang sawan, Ain Edruce tinggalkan set Melodi

0

KUALA LUMPUR: Pengacara, Ain Edruce terpaksa meninggalkan set program Melodi selepas mendapat tahu anaknya, Soraya, diserang sawan secara tiba-tiba.

Instagram

Menurut Ain, kejadian kali pertama itu berlaku dipercayai berpunca daripada demam panas yang dialami anak kesayangannya itu.

Jelas Ain, ketika kejadian, dia juga berasa ralat kerana tidak berada bersama anak dan suaminya, Amirul Hafiz di rumah.

“Anak demam di rumah, jadi saya tidak mahu kacau dia. Sekitar pukul 10.30 pagi, dia bangun tidur dan nampak gembira.

“Hati saya tenang sedikiit. Jadi saya bersolek untuk pergi ke set Melodi (mengacara).

“Dah sampai set dan berlatih dengan Bell Ngasri, dapat panggilan telefon Soraya masuk hospital.

“Suami kata anak kena sawan. Gugur jantung saya,” tulis Ain di Instagramnya.

Susulan itu, Ain meninggalkan set Melodi dan bergegas ke hospital untuk bersama dengan anaknya.

Menerusi hantaran lain, Ain turut berkongsi video rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan situasi kelam kabut suaminya mendukung Soraya yang diserang sawan untuk dibawa ke hospital.

Amirul yang mendukung anaknya yang lemah itu kelihatan tidak tentu arah.

Namun mujurlah ada seorang pembantu di rumah ketika itu yang turut membantu Amirul.

Sementara itu, Ain bersyukur apabila keadaan anaknya semakin pulih. Katanya, Soraya sudah kembali aktif.

“Alhamdulillah, pagi ini Soraya tidak lagi demam dan semakin ceria.

“Dia pun sudah kembali aktif dan jadi diri sendiri (cergas).

“Dah mula merayau satu hospital,” kata Ain.