28.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024
UtamaGlobalPutera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah selamat diijab kabul

Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah selamat diijab kabul

Putera Diraja Brunei Darussalam, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada jam 2.17 petang, 11 Januari 2024.

Majlis pernikahan berlangsung dengan penuh adat istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah serta kaum kerabat diraja.

RTB News / Facebook

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.

Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan Adat Istiadat Diraja Brunei.

RTB News / Facebook

Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah disempurnakan.

Istiadat Akad Nikah Diraja diakhiri dengan bacaan doa selamat.

@arfdy12/X

Sebelum itu, Awang Adam Abdullah iaitu ayah pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak Brunei seribu ringgit tunai.

RTB News / Facebook

Istiadat tersebut menyusul selepas Majlis Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja serta Pertunangan Diraja yang berlangsung pada 9 Januari lalu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

@arfdy12/X

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadual pada 15 Januari.

@arfdy12/X

Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Tonton video di bawah:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI