26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 2, 2025
Utama Blog Laman 406

Ibu lembu mengalir air mata tanda bersyukur ketika serah kepercayaan anaknya dijaga baik oleh lelaki ini, beri ciuman kali terakhir sebelum ajalnya tiba

0

Tingkah laku haiwan kadangkala memberi petunjuk untuk menjadi pedoman buat manusia supaya dapat berfikir dengan lebih baik.

Freser hanya seekor lembu dan dia juga baru menjadi ibu, tetapi dia berterima kasih dan berasa bersyukur kepada seorang lelaki bernama Ismael kerana telah membantunya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Ketika itu, Freser berhadapan dengan kesukaran ketika melahirkan anak lembu pertamanya.

Freser membalas kasih sayang dan rasa terhutang budinya kepada Ismael dengan memberi ciuman.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Walaupun sesudah dia selesai melahirkan anaknya dengan selamat, Freser terus menangis.

Ya, percaya atau tidak ibu lembu bernama Freser ini terus menangis, air mata jatuh berjujuran di sisi wajahnya.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Lebih-lebih lagi ketika itu, tahap kesihatannya tidak menunjukkan sebarang petanda yang baik.

Keadaan Freser amat lemah sebaik sahaja melahirkan anaknya, Savi. Sehingga untuk berdiri pun dia tidak mampu.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Doktor haiwan yang memeriksanya tidak dapat menemui pendarahan.

Bahkan dia memeriksanya sampai ke rahim dengan sarung tangan, tetapi tidak menemui kesan pendarahan.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Dan Freser terus menangis.

Mungkin dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Selepas anaknya selamat dilahirkan, Freser terus menjilat dan mencium Ismael, seolah-olah ingin mengatakan sesuatu, “Jaga baik-baik anak saya, percayakan anda!”

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Ini adalah tanda selamat tinggal terakhirnya, sebelum dia berangkat ke satu tempat yang jauh, meninggalkan anaknya hidup bersendirian tanpa ibu.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Freser percayakan si kecil Savi untuk dijaga dengan baik oleh Ismael.

Pada keesokan harinya, selepas selamat melahirkan anak lembu betina itu, Freser menemui ajalnya dengan tenang.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Bermula sejak itu, Ismael menepati janjinya kepada Freser.

Ismael kini menjaga Savi, bersama dengan lembu-lembu lain di Fundacion Santuario Gaia (Gaia Sanctuary Foundation)

Tonton video di bawah:

Pusat jagaan warga emas tukar setiap pintu bilik jadi ‘pintu rumah’, mereka yang demensia tidak bersedih kerana akhirnya dapat ‘pulang’ ke rumah

0

Warga emas yang telah lama ditinggalkan di rumah orang-orang tua atau pusat jagaan warga emas sudah pasti mengalami perasaan rindu dengan rumah sendiri dan kampung halaman.

Dan bagi mereka yang menderita penyakit demensia dan Alzheimer, diri sendiri sudah pasti menjadi bingung dan bersedih apabila melihat rutin seharian atau perkara yang biasa dilihat ketika berada di rumah sendiri tidak berada di hadapan mata.

Maka dengan membuat pintu seperti ini di pusat jagaan warga emas, mungkin dapat mengubat rindu mereka terhadap kampung halaman.

Sebuah syarikat True Door dari Belanda telah melancarkan produk ‘kertas dinding’ yang dapat disesuaikan seperti salin dan tampal dengan pintu rumah warga emas itu sendiri di kampung halaman masing-masing ke pintu bilik mereka di pusat jagaan, bertujuan bagi mengubat rindu dan hati yang bersedih.

Dan idea ini secara tidak disangka telah disukai ramai di rumah jagaan orang tua. Ketika mereka mengganti pintu bilik seorang warga emas lelaki di rumah jagaan ini dengan penampilan pintu rumah dari kampung halamannya, menyebabkan semua orang tiba-tiba menjadi hiba dan ada yang menangis.

Pintu bilik benar-benar serupa bagai berada di hadapan rumah sendiri.

Terutama bagi mereka yang menderita penyakit demensia dan Alzheimer, amalan ini dapat membangkitkan kenangan indah paling baik dan memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Melihat pintu rumah yang dikenali sudah semestinya dapat mengingatkan orang-orang tua ini dengan nostalgia dan kenangan masa lampau serta membantu mereka dengan mudah mengenal pasti bilik dengan identiti masing-masing berbanding dengan pintu bilik atau wad yang serupa dan berwarna tipikal.

Pintu wad pusat jagaan warga emas yang biasa selalu menampilkan pemandangan muram, tetapi kini segera terasa lebih hangat seperti berada di rumah sendiri.

Setiap warga emas di pusat jagaan ini mempunyai pintu bilik dengan identiti tersendiri, yang meningkatkan rasa seperti berada di dalam rumah sendiri.

Idea kecil yang telah mengubah kehidupan setiap warga emas di pusat jagaan ini.

Amat menyentuh hati apabila melihat mereka bertambah ceria dan gembira kerana dapat ‘pulang dan membuka pintu’ ke rumah masing-masing setiap hari.

Video penghasilan kerepek kentang mini guna perkakas dapur yang kecil molek. Comelnya!

0

Siapa gemar menikmati kerepek kentang? Rasanya majoriti akan mengatakan ya kerana siapa sahaja yang tidak sukakan makanan yang sedap. Di pasaran, produk kerepek kentang memiliki pelbagai perisa istimewa bagi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza. Ada kerepek kentang perisa original, BBQ, pedas, krim masam dan bawang serta lain-lain lagi.

Kebiasaannya, kami akan berkongsi video resepi daripada Taste Life namun berbeza untuk kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan kerepek kentang versi mini yang sungguh comel. Bukan sahaja anda berpeluang untuk melihat kerepek kentang bersaiz kecil, tetapi segala peralatan memasak seperti sudip, dapur dan juga mesin pengisar juga adalah dalam saiz kecil molek!

Kami akan jelaskan langkah atau cara untuk menyediakan kerepek kentang mini ini satu persatu. Pasti akan menjadi satu tontonan yang menghiburkan.

#1 Kupas kulit kentang

#2 Hiris kentang yang telah dibasuh bersih secara halus dengan menggunakan pemarut

#3 Rendam kentang yang telah dihiris ke dalam mangkuk berisi campuran air dan garam selama satu jam

#4 Selepas sejam, anda boleh toskan hirisan kentang. Jemur di bawah cahaya matahari bagi mengeringkan kandungan air pada kentang tersebut

#5 Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan anda menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk tujuan menggoreng

#6 Goreng hirisan kentang anda dalam minyak panas sehingga ia bertukar warna menjadi keperangan. Setelah garing, angkat dan ketepikan.

#7 Untuk bahan perasa krim masam dan bawang, anda perlu mengisar susu tepung, serbuk keju, daun pasli, gula, garam, serbuk bawang merah, serbuk bawang putih, serbuk lada hitam dan cuka. Kisar sehingga halus. Taburkan sedikit di atas kerepek kentang yang telah digoreng.

#8 Setelah itu, masukkan ke dalam bungkusan untuk mengekalkan kerangupannya.

Itulah dia proses menghasilkan kerepek kentang pelbagai perisa dalam versi mini. Seronok pula tengok perkakasan dapur yang comel seperti dalam video ini. Teringat zaman kanak-kanak dahulu ketika kita suka bermain masak-masak namun bezanya kali ini, hasil masakan itu betul-betul menjadi dan boleh dimakan!

Ziarah kubur arwah setiap hari selama dua tahun, Nana si Oyen buat netizen sayu dengan kasih sayangnya

0

Siapa kata haiwan tidak mempunyai perasaan? Hakikatnya, jika seseorang sudah mempunyai ikatan perhubungan yang akrab dengan haiwan, haiwan juga mampu menunjukkan perasaan kasih, sayang, sedih dan sebagainya dengan manusia.

Baru-baru ini di Kelantan, telah menular kisah mengenai seekor kucing yang tidak jemu untuk menziarahi kubur pemiliknya meskipun bekas tuannya itu sudah meninggal dunia lebih dua tahun yang lalu. Kucing berbulu jingga yang dikenali sebagai Nana dan berusia enam tahun ini telah membuatkan majoriti warganet berasa sayu dengan tindakannya yang luar biasa itu.

Facebook | Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Facebook)

Kisah Nana yang menziarahi kubur tuannya setiap hari tanpa henti telah dikongsikan oleh Hazlynn Nozi di kumpulan Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia. Menurut Hazlynn, Nana kekal setia dan akan melawat arwah tuannya yang tercinta meskipun sudah bertahun-tahun ditinggalkan.

“Sudah lebih dua tahun arwah meninggal. Tetapi dari hari pertama sehingga ke hari ini, Nana sentiasa menziarahi pusara ayah pada setiap pagi”.

Memetik kenyataan Hazlynn kepada Malay Mail, pemergian ayahnya telah memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kucing peliharaan mereka iaitu Nana. Menurutnya, beberapa bulan selepas bapanya meninggal dunia, Nana hilang selera makan sehingga menyebabkan berat badannya menurun.

Facebook | Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Facebook)

“Selepas tiga bulan pemergian ayah, Nana mula makan seperti biasa tetapi akan merayau di kawasan yang ayah selalu pergi seperti di buaian yang merupakan tempat rehat kegemaran ayah ataupun Nana akan duduk di atas kereta lama ayah”.

“Kubur ayah terletak di belakang surau dan surau itu terletak di sebelah rumah kami. Setiap kali Nana pulang ke rumah untuk makan, tapak kakinya akan basah kesan daripada embun pagi dari kawasan perkuburan itu”.

Jelas Hazlynn lagi, pada hari pertama ayahnya meninggal dunia, Nana merupakan antara yang pertama tiba di kawasan perkuburan tersebut. Sikap kasih sayang tidak terhingga yang ditunjukkan oleh Nana dikatakan kerana tindakan arwah sendiri yang sangat menyayangi kucing dan sering menjaga kebajikan kucing-kucing lain.

Facebook | Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Facebook)

Setiap pagi, arwah akan memberikan makanan kepada Nana yang merupakan kucing kesayangannya sebelum beransur ke surau. Hal ini menyebabkan kedua-dua membentuk ikatan yang sangat istimewa dan membuatkan Nana rapat dengan arwah.

“Nana sentiasa mengikuti ayah ke surau dan menunggunya habis solat sebelum pulang bersama-sama ayah ke rumah. Kucing ini mempunyai ikatan istimewa dengan ayah berbanding kucing-kucing lain di rumah,” jelas Hazlynn.

Rata-rata pengguna Facebook tersentuh dengan kisah inspirasi ini dan berharap agar Hazlynn sentiasa keluarga dapat terus memberikan kasih sayang kepada Nana.

Aksi ‘drift’ penunggang motosikal berjaya elak kemalangan, warganet mahu bakat kanak-kanak ini diasah

0

Sebagai pengguna jalan raya, kita seharusnya sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan sekali gus mengancam keselamatan nyawa. Selain daripada sikap individu yang tidak berhemah, keadaan kenderaan atau motosikal juga menjadi punca berlakunya kemalangan.

Justeru, kita perlu sentiasa memeriksa keadaan brek dan tayar bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Menerusi satu perkongsian video di Facebook oleh Info Roadblock JPJ/POLIS memaparkan aksi ‘drift’ seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menunggang motosikal bagi mengelakkan daripada berlakunya pelanggaran dengan sebuah kenderaan di hadapan.

Berdasarkan rakaman yang berdurasi 30 saat itu, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat menunggang sebuah motosikal bersama seorang lagi kanak-kanak sebagai pembonceng. Kanak-kanak berkenaan yang memandu dalam keadaan agak laju secara tiba-tiba melakukan aksi ‘drift’ bagi mengelakkan pelanggaran dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U.

Insiden yang mengejutkan itu dipercayai berlaku di Bahau, Negeri Sembilan pada tanggal 26 Disember 2020 sekitar jam 3.46 petang. Majoriti warganet yang menonton video ini memberikan pelbagai reaksi namun rata-ratanya memuji kecekapan kanak-kanak lelaki itu dalam melakukan satu belokan di saat-saat akhir!

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menular dengan pantas dan berjaya meraih lebih 1.9k kali perkongsian dengan 6.8k tanda suka. Berikut merupakan antara komen yang diberikan oleh pengguna Facebook.

“Harap pihak berwajib dapat mengasah bakat adik itu. Mungkin dia boleh mewakili negara pada masa akan datang”.

“Gugur kejap jantung penunggang motosikal itu. Pembonceng pula sedang mencari brek, yang pernah alami sahaja tahu”.

“Bakal menggantikan pelakon-pelakon aksi ngeri filem-filem Tamil suatu masa nanti. Semoga berjaya”.

Mampu tahan nafas sejam setengah, gaya anjing laut tidur dalam air buat netizen terkesima

0

Tidur adalah satu keperluan, bukan hanya pada manusia bahkan untuk makhluk lain seperti mamalia liar anjing laut.

Baru-baru ini, satu video yang memperlihatkan gaya tidur seekor anjing laut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi pengguna di Facebook.

Anjing laut ini yang mengantuk ini berjaya dirakamkan tidur pada kawasan rumpai laut. Berapa lama mamalia ini tidur bergantung kepada banyak faktor sebenarnya.

Yahoo News Australia/Facebook

Dan anjing laut spesies ini difahamkan mampu menahan nafas sehingga sejam setengah. Patutlah lena sahaja tidur!

Menurut sumber, anjing laut boleh tidur di darat mahupun di dalam air. Ia membolehkan mamalia itu tidur di mana sahaja lokasi yang dimahukan bagi mengelakkan bahaya.

Anjing laut cenderung untuk tidur di darat apabila mereka mahukan kehangatan ataupun jika mereka mempunyai anak.

Jika di dalam air pula, tubuh mereka akan tenggelam sepenuhnya seperti yang kita dapat lihat menerusi video di bawah :

Yahoo News Australia/Facebook

Sungguhpun begitu, anjing laut yang tidur di dalam air akan kekal berada berhampiran dengan permukaan air.

Untuk mengelakkan lemas,  mereka juga boleh membuka dan menutup lubang hidung mereka bagi menghindari air daripada memasukinya.

Dengan cara ini, mereka dapat tidur untuk seketika sebelum bangun dan ke permukaan air untuk bernafas, menutup kembali lubang hidung untuk sambung tidur semula di dalam air.

Antara fakta unik yang lain adalah mamalia ini berupaya ‘menghentikan’ fungsi separuh otak mereka seketika semasa tidur, manakala separuh lagi kekal berwaspada.

Doktor ini luah kekecewaan ditipu pesakit yang kemudian menjangkitinya

0

Seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah berkongsi bagaimana dirinya dijangkiti dengan COVID-19.

Ia dikesan selepas salah seorang pesakit menipu mengenai tahap kesihatannya apabila hadir ke fasiliti kesihatan untuk menjalani pemeriksaan.

Menurut petugas tersebut, Nur Marini Zainal, pesakit terbabit mendakwa dirinya berada dalam keadaan yang sihat selepas suhu tubuhnya diimbas normal.

“Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit COVID-19. Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku batuk dan demam selama seminggu tetapi berasa sedikit sihat untuk datang temujanji CT”.

Pesakit itu kemudiannya disahkan positif COVID-19 selepas dua hari. Pada mulanya, Marini hanya dikategorikan sebagai kontak risiko rendah kerana kedua-duanya memakai pelitup muka.

Pesakit juga difahamkan tidak batuk di hadapannya namun jarak sahaja tidak dapat dielakkan kerana Marini terpaksa menyediakan saluran IV untuknya sebelum menjalani imbasan CT.

Nur Marini Zainal/Facebook

“Masa kontak tidak lama, lebih kurang 5-15 minit. Saya mengamalkan aspek kebersihan tangan mengikut SOP sebab saya memang paranoid!”, tulisnya.

Oleh kerana bimbang, doktor tersebut kemudiannya mengambil keputusna untuk menjalani swab di hospital lain memandangkan tiada kuarantin mahupun swab dilakukan di tempatnya bertugas.

“Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala namun sempat bekerja selama 2 hari di jabatan sebelum kuarantin”.

Keputusan ujian Marini kemudiannya positif. “Saya menangis semasa dapat tahu sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami”.

Malah dia turut berasa risau tentang kemungkinan keluarga dan rakan sekerjanya dijangkiti, selain turut kecewa dengan sikap pesakitnya.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang menasihati orang ramai untuk tidak menipu.

Jadilah insan yang bertanggungjawab dengan tidak menipu tentang keadaan kesihatan anda, jangan sesekali menipu kerana tindakan anda memberi kesan kepada orang lain.

Tiga sukarelawan Vietnam terima suntikan pertama vaksin COVID-19 buatan tempatan

0

HANOI – Tiga orang sukarelawan menjadi penerima suntikan pertama dos sebanyak 50 mikrogram (mkg) vaksin COVID-19, Nanocovax pada 26 Disember lalu.

Nanocovax, dibangunkan oleh Nanogen Pharmaceutical Biotechnology JSC dan Universiti Perubatan Tentera Viet Nam adalah calon vaksin pertama negara itu yang mencapai peringkat percubaan untuk manusia.

Keseluruhan sukarelawan dilaporkan berjumlah 60 orang, berusia dalam lingkungan 18 ke 50 tahun telah dipilih untuk peringkat pertama ujian klinikal.

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, masing-masing menerima tiga dos 25mkg, 50mkg dan 75mkg. Vaksinasi itu terdiri daripada dua suntikan selang 28 hari.

Selepas suntikan, para sukarelawan dipantau oleh pihak Universiti Perubatan Tentera yang berpusat di Hanoi selama 72 jam.

Baki 17 orang dalam kumpulan itu kemudiannya akan mendapat suntikan dos 50mkg jika keselamatan vaksin disahkan.

Menurut Mejar Jeneral Hoang Van Luong selaku Timbalan Pengarah universiti, kesemua 20 orang sukarelawan dalam kumpulan itu berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang tanda-tanda abnormal selepas menerima suntikan.

Fasa pertama dijadualkan berakhir setelah satu setengah bulan, di mana pihak universiti akan terus memilih sukarelawan yang sesuai untuk kumpulan kedua, yang dijadualkan bermula pada bulan Mac 2021.

Paparan Skrin/YouTube

Para peserta juga akan menjalani pemantauan perubatan selama enam bulan bermula pada hari mereka diberi suntikan pertama.

JSC Bioteknologi Farmasi Nanogen telah membelanjakan VN V20 bilion (RM 3.5 juta) untuk membeli pakej insurans kesihatan untuk para sukarelawan.

Selain Nanocovax, Vietnam mempunyai beberapa calon vaksin COVID-19 lain yang dikembangkan oleh Vabiotech, Polyvac serta Institut Vaksin dan Biologi Perubatan.

Pengebom Nashville dilaporkan terkorban, DNA ditemui di lokasi kejadian

0

Anthony Quinn Warner, individu yang terlibat dalam pengeboman Hari Krismas di Nashville, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mati di tempat kejadian, sementara DNAnya dijumpai di lokasi letupan, menurut seorang peguam dan seorang pegawai FBI.

Peguam daerah Tennessee, Don Cochran pada Ahad dalam satu sidang media mengatakan Warner yang berusia 63 tahun, meletakkan kenderaan di jalan di pusat bandar Nashville pada 25 Disember sebelum didakwa menyiarkan amaran sebelum letupan.

Cochran menyatakan bahawa Warner adalah pengebom dan dia berada di lokasi ketika bom itu meledak, sambil menambah bahawa Warner turut terkorban dalam pengeboman itu.

Jurucakap FBI, Douglas Korneski mengatakan bahawa tiada sebarang petunjuk menandakan orang lain terlibat dalam letupan itu.

Rakaman pengawasan ditinjau oleh pegawai selama berjam-jam dan digunakan bagi menentukan bahawa Warner adalah satu-satunya individu yang terlibat.

Kata Korneski, pemeriksaan DNA pada sampel tisu yang dijumpai semasa letupan itu konsisten dengan Warner. Namun, dia meminta siapa saja yang mungkin mengenali Warner untuk menghubungi mereka mengenai motif yang berkemungkinan.

Ketika ditanya mengenai motif, Cochran tidak mengatakan sama ada ia diandaikan oleh pasukan penguat kuasa. Para pegawai akan terus menyiasat.

Terdahulu, polis mengesahkan Warner kemungkinan terlibat dalam letupan itu. Ejen FBI dan pegawai penguat kuasa lain dilihat sedang mencari hartanah yang dimilikinya.

Anggota penguat kuasa memeriksa kerosakan akibat letupan di pusat bandar Nashville pada 25 Disember, 2020 (Mark Humprey/AP)

Menurut rekod awam, Warner tinggal di sebuah rumah di Antioch, tenggara Nashville, dan telah digeledah pada 26 Disember oleh FBI dan pegawai Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan AS berikutan letupan pada Hari Krismas.

Ejen-ejen Persekutuan mengatakan mereka menemui lebih daripada 500 petunjuk dan sedang berusaha untuk mengenal pasti pula mayat manusia yang ditemui.

Pada awal hari terbabit, Datuk Bandar Nashville, John Cooper memberitahu CBS News bahawa beliau percaya terdapat kaitan antara pengeboman tersebut dengan bangunan AT&T berdekatan.

Letupan tersebut menyebabkan perkhidmatan AT&T lumpuh di rantau ini dan setakat hari Ahad, syarikat terbabit sedang berusaha untuk memulihkannya.

Steve Fridrich, pemilik Fridrich & Clark Realty di kawasan Green Hills, Nashville mengatakan bahawa dia ada bercakap dengan ejen setelah syarikat itu memberitahu FBI bahawa dia pernah bekerja di sana.

Jelas Fridrich, selama empat atau lima tahun Warner datang ke pejabat kira-kira sebulan sekali untuk memberikan perkhidmatan perundingan komputer, hinggalah Disember ketika Warner memberitahu syarikat itu melalui e-mel bahawa dia tidak akan lagi bekerja untuk mereka.

“Dia tidak memberi alasan. Dia kelihatan menyenangkan bagi kami. Nampaknya karakter ini tidak bersesuaian dengannya”, kata Fridrich.

Si Oyen bermain piano dengan iringan gitar buat hati netizen cair. Oyen yang berbakat!

0

Pada 18 Disember yang lalu, sebuah video di Facebook telah menular sehingga meraih lebih daripada 69,000 perkongsian dengan 180,000 tanda suka. Video yang dikongsikan oleh Gigi Young itu menunjukkan aksi seekor kucing yang comel sedang bermain piano sambil dirakamkan oleh tuannya.

Menerusi video pendek berdurasi 36 saat itu, kucing berwarna jingga ini kelihatan sedang asyik bermain piano sambil melihat tuannya di hadapan. Video ini disunting dengan aksi seorang pemain gitar yang cuba untuk berkolaborasi bersama si comel ini.

Hasilnya begitu mengagumkan dan membuatkan ramai warganet memuji kemahiran kedua-dua pemuzik yang berbakat itu. Video ini ternyata mendapat sokongan yang hebat daripada pengguna Facebook kerana bunyi rambang yang dihasilkan oleh kucing itu ternyata boleh diubah menjadi satu nada yang sangat mempesona hasil gabungan bunyi gitar.

Majoriti warganet yang menonton video duo ini memberikan pelbagai respon dan pujian kepada mereka. Antaranya:

“Kucing itu lebih mahir daripada saya walaupun saya mengambil kelas piano”.

“Muzik jazz yang bagus! Kucing ini memiliki idea muzik yang indah!!!”.

“Kucing yang berbakat dan comel. Minta tuan anda masukkan anda ke kelas piano supaya anda boleh bertanding di peringkat lebih tinggi”.