31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGaya HidupZiarah kubur arwah setiap hari selama dua tahun, Nana si Oyen buat...

Ziarah kubur arwah setiap hari selama dua tahun, Nana si Oyen buat netizen sayu dengan kasih sayangnya

Siapa kata haiwan tidak mempunyai perasaan? Hakikatnya, jika seseorang sudah mempunyai ikatan perhubungan yang akrab dengan haiwan, haiwan juga mampu menunjukkan perasaan kasih, sayang, sedih dan sebagainya dengan manusia.

Baru-baru ini di Kelantan, telah menular kisah mengenai seekor kucing yang tidak jemu untuk menziarahi kubur pemiliknya meskipun bekas tuannya itu sudah meninggal dunia lebih dua tahun yang lalu. Kucing berbulu jingga yang dikenali sebagai Nana dan berusia enam tahun ini telah membuatkan majoriti warganet berasa sayu dengan tindakannya yang luar biasa itu.

Facebook | Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Facebook)

Kisah Nana yang menziarahi kubur tuannya setiap hari tanpa henti telah dikongsikan oleh Hazlynn Nozi di kumpulan Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia. Menurut Hazlynn, Nana kekal setia dan akan melawat arwah tuannya yang tercinta meskipun sudah bertahun-tahun ditinggalkan.

“Sudah lebih dua tahun arwah meninggal. Tetapi dari hari pertama sehingga ke hari ini, Nana sentiasa menziarahi pusara ayah pada setiap pagi”.

Memetik kenyataan Hazlynn kepada Malay Mail, pemergian ayahnya telah memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kucing peliharaan mereka iaitu Nana. Menurutnya, beberapa bulan selepas bapanya meninggal dunia, Nana hilang selera makan sehingga menyebabkan berat badannya menurun.

Facebook | Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Facebook)

“Selepas tiga bulan pemergian ayah, Nana mula makan seperti biasa tetapi akan merayau di kawasan yang ayah selalu pergi seperti di buaian yang merupakan tempat rehat kegemaran ayah ataupun Nana akan duduk di atas kereta lama ayah”.

“Kubur ayah terletak di belakang surau dan surau itu terletak di sebelah rumah kami. Setiap kali Nana pulang ke rumah untuk makan, tapak kakinya akan basah kesan daripada embun pagi dari kawasan perkuburan itu”.

Jelas Hazlynn lagi, pada hari pertama ayahnya meninggal dunia, Nana merupakan antara yang pertama tiba di kawasan perkuburan tersebut. Sikap kasih sayang tidak terhingga yang ditunjukkan oleh Nana dikatakan kerana tindakan arwah sendiri yang sangat menyayangi kucing dan sering menjaga kebajikan kucing-kucing lain.

Facebook | Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Facebook)

Setiap pagi, arwah akan memberikan makanan kepada Nana yang merupakan kucing kesayangannya sebelum beransur ke surau. Hal ini menyebabkan kedua-dua membentuk ikatan yang sangat istimewa dan membuatkan Nana rapat dengan arwah.

“Nana sentiasa mengikuti ayah ke surau dan menunggunya habis solat sebelum pulang bersama-sama ayah ke rumah. Kucing ini mempunyai ikatan istimewa dengan ayah berbanding kucing-kucing lain di rumah,” jelas Hazlynn.

Rata-rata pengguna Facebook tersentuh dengan kisah inspirasi ini dan berharap agar Hazlynn sentiasa keluarga dapat terus memberikan kasih sayang kepada Nana.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI