Berbeza dengan bar coklat Kitkat lain yang anda selalu beli dan berada dalam simpanan, Kitkat Mini Cheesecake edisi terhad baru ini direka untuk perlu dibakar sebelum anda makan.
KitKat yang boleh dipanggang dan dicairkan ini adalah edisi terhad dari Jepun, gabungan sempurna rasa coklat dan ‘cheesecake’ yang amat sedap menyelerakan bersama biskut KitKat.
Untuk mendapatkan rasa utama KitKat ‘cheesecake’ ini, anda hanya perlu memasukkannya ke dalam ketuhar selama lebih kurang dua minit dan biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk beku sebelum boleh dimakan.
Bahagian atas coklat itu akan di karamel dan anda akan dapat menikmati hidangan ini dengan rasa yang lazat menyelerakan.
Seorang pengguna Instagram dikenali Ross berkongsi bagaimana dia memakan KitKat ‘cheesecake’. Tulisnya, “Saya menyejukkan KitKat sebelum meletakkannya di bawah pemanggang untuk karamel atasnya dan kemudian memasukkannya terus ke dalam peti sejuk beku.”
“KitKat yang saya buat nampak sama dan rasanya seperti ‘cheesecake’ panggang yang sebenarnya. Menakjubkan!” Ross berkongsi dalam posting itu.
Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada boleh mendapatkan Kitkat Mini Cheesecake ini di Malaysia, sebenarnya anda boleh membeli Kitkat edisi terhad ini secara dalam talian di Shopee.