Warga emas yang telah lama ditinggalkan di rumah orang-orang tua atau pusat jagaan warga emas sudah pasti mengalami perasaan rindu dengan rumah sendiri dan kampung halaman.
Dan bagi mereka yang menderita penyakit demensia dan Alzheimer, diri sendiri sudah pasti menjadi bingung dan bersedih apabila melihat rutin seharian atau perkara yang biasa dilihat ketika berada di rumah sendiri tidak berada di hadapan mata.
Maka dengan membuat pintu seperti ini di pusat jagaan warga emas, mungkin dapat mengubat rindu mereka terhadap kampung halaman.
Sebuah syarikat True Door dari Belanda telah melancarkan produk ‘kertas dinding’ yang dapat disesuaikan seperti salin dan tampal dengan pintu rumah warga emas itu sendiri di kampung halaman masing-masing ke pintu bilik mereka di pusat jagaan, bertujuan bagi mengubat rindu dan hati yang bersedih.
Dan idea ini secara tidak disangka telah disukai ramai di rumah jagaan orang tua. Ketika mereka mengganti pintu bilik seorang warga emas lelaki di rumah jagaan ini dengan penampilan pintu rumah dari kampung halamannya, menyebabkan semua orang tiba-tiba menjadi hiba dan ada yang menangis.
Pintu bilik benar-benar serupa bagai berada di hadapan rumah sendiri.
Terutama bagi mereka yang menderita penyakit demensia dan Alzheimer, amalan ini dapat membangkitkan kenangan indah paling baik dan memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Melihat pintu rumah yang dikenali sudah semestinya dapat mengingatkan orang-orang tua ini dengan nostalgia dan kenangan masa lampau serta membantu mereka dengan mudah mengenal pasti bilik dengan identiti masing-masing berbanding dengan pintu bilik atau wad yang serupa dan berwarna tipikal.
Pintu wad pusat jagaan warga emas yang biasa selalu menampilkan pemandangan muram, tetapi kini segera terasa lebih hangat seperti berada di rumah sendiri.
Setiap warga emas di pusat jagaan ini mempunyai pintu bilik dengan identiti tersendiri, yang meningkatkan rasa seperti berada di dalam rumah sendiri.
Idea kecil yang telah mengubah kehidupan setiap warga emas di pusat jagaan ini.
Amat menyentuh hati apabila melihat mereka bertambah ceria dan gembira kerana dapat ‘pulang dan membuka pintu’ ke rumah masing-masing setiap hari.