26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 27, 2025
Utama Blog Laman 390

Facebook sekat perkongsian berita kerajaan negeri, jabatan kesihatan, perkhidmatan cuaca Queensland ekoran peraturan baharu di Australia

0

Laman Facebook kerajaan negeri Queensland di Australia Selatan antara lain ACT Health, Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan WA, dan Biro Meteorologi telah disekat ekoran gergasi media sosial berkenaan mula mengenakan sekatan buat pengguna Australia dalam perkongsian berita.

Perkhidmatan untuk laman kerajaan berkenaan disekat ketika Facebook meneruskan ancaman untuk menyekat akses pengguna Australia daripada berkongsi berita di platformnya sebagai tindak balas terhadap cadangan tawar-menawar syarikat media Australia untuk berkongsi pendapatan kandungan berita.

Gambar Reuters/ Dado Ruvic

Halaman Facebook berkaitan, yang memberikan maklumat serta amaran kesihatan dan cuaca milik kerajaan yang penting telah ditutup bermula pagi 18 Februari.

Jurucakap kerajaan Queensland memberitahu AAP perkara itu akan disiasat dan Facebook akan dihubungi.

Komen telah diminta dari kerajaan Australia Selatan dan Australia Barat.

Wartawan AAP Benita Kolovos menulis di Twitter, “Laman kerajaan, Ahli Parlimen, jabatan kesihatan, Biro Meteorologi, beberapa tempat perlindungan wanita dan bahkan program televisyen dan stesen radio berpengaruh. Seperti yang saya katakan, sangat selamba dan normal bagi mereka.”

Lebih daripada 600,000 pengguna mengikuti halaman Queensland Health, manakala lebih 307,000 pengguna Facebook mengikuti halaman SA Health.

Hampir 52,000 pengguna mengikuti halaman Facebook ACT Health sementara halaman Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan WA diikuti oleh lebih daripada 301,000 pengguna media sosial paling popular itu.

Halaman Biro Meteorologi Queensland memberikan kemas kini cuaca serta amaran cuaca buruk dan banjir kepada lebih daripada 909,000 pengguna.

Namun begitu, tiada halaman kesihatan atau perkhidmatan kecemasan kerajaan negeri lain yang telah disekat.

Facebook menyekat laman Queensland Health (Paparan Skrin/ The Epoch Times)

Pengguna dan penerbit Australia disekat untuk berkongsi atau melihat berita tempatan dan antarabangsa di laman itu setelah Facebook meneruskan tindakan untuk memberi ancaman sekatan perkongsian kandungan berita.

Langkah ini adalah sebagai tindak balas terhadap kod tawar-menawar syarikat media Australia yang dicadangkan oleh kerajaan berkenaan peraturan baharu yang sedang dalam rancangan penguatkuasaan undang-undang untuk memaksa syarikat digital membayar kandungan berita.

Dari awan biru ke kuali burger, pramugara Malaysia Airlines beralih ke perniagaan burger di rumah untuk terus hidup

0

Pandemik COVID-19 banyak memberikan kesan buruk kepada umat manusia, khususnya dalam bidang penerbangan.

Perjalanan penerbangan disekat dan hampir lumpuh, menyebabkan ramai juruterbang dan pekerja syarikat penerbangan yang lain terpaksa diberhentikan.

Hakikat itu disedari oleh seorang pramugara, Zakaria Abu Saim yang sudah berkhidmat untuk Malaysia Airlines selama 27 tahun.

Dia walau bagaimanapun, bersyukur kerana masih terus bekerja sungguhpun jumlah penerbangan telah berkurang secara drastik. Sebagai ketua keluarga, dia merasakan pendapatannya tidak mencukupi.

“Kedua ibu bapa saya berpengalaman dalam industri makanan dan minuman (F&B) kerana mereka pernah bekerja di hotel”, kata anak Zakaria, Tilla Hanna.

Pada bulan November tahun lalu, Zakaria difahamkan telah mula menjual nasi lemak di kawasan Kota Kemuning dan ianya mendapat sambutan penduduk di sana.

Kemudian, idea menjual burger mula disuarakan oleh adik kepada Tilla. Makanya kedua ibu bapa mereka akhirnya bersetuju dan mula membuka gerai burger di kawasan rumah mereka.

Menurut Tilla, burger dipilih memandangkan keluarga amat menggemari burger dan sering kali bereksperimentasi dengan resipi burger di rumah.

“Saya tidak pasti kenapa dan bila kami tertarik dengan burger tetapi saya masih ingat makan banyak burger yang dibuat sendiri di rumah ketika kecil dahulu”.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor – kos operasi, pembelian peralatan, penyelidikan dan pembangunan, akhirnya gerai burger mereka dibuka pada Disember 2020.

Sambutan pada mulanya agak perlahan, malah ramai jiran mereka tidak menyedari bahawa terdapat gerai burger di rumah mereka.

Namun kini, gerai mereka berjaya menjual 40 biji burger secara puratanya pada setiap hari. Kenaikan jualan burger membuatkan dapur rumah mereka turut diperbesarkan untuk memenuhi permintaan burger yang kian bertambah.

“Setiap daripada kami mempunyai peranan masing-masing agar proses perniagaan kami ini berjalan dengan lancar”, kata Tilla lagi.

Zakaria akan mengendalikan akaun media sosial Bay-6 Burger dan pelanggan manakala ibunya pula menguruskan operasi gerai dan menyediakan bahan mentah untuk burger.

Adik kepada Tilla pula bertindak sebagai cef, memasak dan menyediakan burger sementara Tilla berperanan untuk membantu bapanya menyimpan rekod dan menolong adiknya membungkus burger.

Istimewanya, daging burger yang dibuat sendiri ini terdiri daripada daging yang berkualiti. Tambahan pula, terdapat penambahan kombo burger baru setiap bulan membuatkan pelanggan tertarik.

 Jelas Tilla, sungguhpun bapanya kelak akan kembali bertugas seperti biasa namun ibu bapanya mahu mereka meneruskan perniagaan itu.

“Kami akan terus mengoperasikan Bay-6 Burger di rumah dan mungkin akan mengubah menu kami bergantung kepada permintaan pelanggan selepas pandemik”.

Jika anda teringin merasai keistimewaan burger mereka, dapatkannya di alamat ini :

Bay-6 Burger
11, Jalan Anggerik Aranda 31/19
Kota Kemuning
40460 Shah Alam
Selangor

Atau anda boleh lihat menu Bay-6 Burger di laman Facebook mereka dan memesan makanan anda menerusi nombor Whatsapp ke 013-6351518.

Ayah ini sentuh hati ramai bila hadiah anak kesayangan ‘kerusi gaming’ baharu, sambil tidak lupa pesan jangan terleka bila rasa lebih selesa

0

Buat golongan muda, bermain permainan video sudah pasti menjadi aktiviti paling popular kini kerana jika anda berusaha keras, tekun dan mahir, ia mampu menjadi satu kerjaya profesional yang lumayan.

Ramai yang sanggup berbelanja ratusan hingga ribuan ringgit semata-mata ingin memiliki set permainan video idaman masing-masing.

Hobi bermain ‘game’ yang boleh membuat ibu bapa menjadi bising tidak tentu pasal jika tidak gaya. Namun tidak bagi ayah yang seorang ini, kerana dia benar-benar menyokong hobi anak lelaki kesayangannya.

kighito/Twitter

Dalam satu rakaman video yang tular di Twitter, seorang ayah mengejutkan anaknya yang sedang leka bermain ‘game’ dalam keadaan tidak selesa kerana dia hanya duduk di atas kerusi kayu yang biasa.

kighito/Twitter

Oleh kerana kasihan melihat anaknya yang cekap bermain ‘game’ dan ayah ini juga seronok melihatnya, maka dia mahu memberikan kejutan yang akan membangkitkan keterujaan kepada anaknya, juga kepada sesiapa sahaja termasuk para netizen yang melihat.

Si ayah masuk ke bilik anak lelaki kesayangannya dengan lembut lantas menutup matanya untuk memberikan kejutan hadiah berupa sebuah ‘kerusi gaming’ yang baharu dan sudah pasti lebih selesa.

kighito/Twitter

Setelah satu bungkusan kotak diserahkan kepada anak ini, dia terus membuka kotak itu dan wajahnya terus manis tersenyum lebar melihat bungkusan set ‘kerusi gaming’ berwarna merah dan hitam yang cantik.

kighito/Twitter

Spontan anak ini melompat dan memeluk ayahnya dengan teruja. Mereka berdua tersenyum gembira dalam momen yang begitu berharga.

kighito/Twitter

Kemudian si ayah didukung oleh anak lelaki tersayang yang begitu seronok menerima hadiah ‘kerusi gaming’ itu.

kighito/Twitter

“Terima kasih, Ayah!” kata anak bertuah ini.

kighito/Twitter

Sambil si anak melihat semua bahagian ‘kerusi gaming’ yang akan dipasang sendiri itu, si ayah sempat berpesan kepadanya supaya jangan terleka apabila sudah berasa lebih selesa ketika bermain ‘game’ nanti.

“Baharulah best main game, tapi jangan leka tinggal solat,” pesan ayah.

kighito/Twitter

Memang rasa tersentuh hati dan terharu apabila mendapat bapa penyayang yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak yang sebegini, tidak kira apa juga hobi dan minat mereka.

kighito/Twitter

@IsskndarAriffin/Twitter

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter oleh @IsskandarAriffin, dapat dilihat bagaimana seorang budak lelaki yang sedang diajar oleh gurunya di dalam sebuah kelas menjadi sangat kecewa dengan ‘otaknya’ sehinggakan dia sanggup mencubit dahinya dengan harapan agar otaknya berfungsi ketika dia mahu mengira nombor.

“Aduh, kenapa otakku ini?” luah budak lelaki itu dengan kecewa sambil menangis di awal video.

@IsskandarAriffin/Twitter

Selepas diminta untuk tenang dan mengira semula, budak itu dengan tenang cuba untuk mengira dari nombor satu sehingga akhirnya dia ‘tersekat’ lagi di nombor yang kesebelas.

Kelihatannya, budak lelaki ini hanya lancar mengira dari nombor satu sehingga nombor sepuluh sahaja. Selepas dari nombor sepuluh, budak ini mula berasa gundah kerana ‘otaknya’ tidak memberi kerjasama dalam mengingati urutan nombor.

@IsskandarAriffin/Twitter

Lucu betul!

Tidak cukup dengan menyalahkan otak, budak lelaki ini juga turut menyalahkan mulutnya di saat 0:50 video selepas dia sekali lagi gagal mengingat urutan nombor!

@IsskandarAriffin/Twitter

“Harus bangun kau otak, harus bangun!” ujar budak lelaki ini dengan kecewa sambil mengetuk dahinya selepas dia membuat kesalahan dengan menyebut nombor sebelas sebagai “satu belas”.

Memang terhibur betul menonton video ini. Kami pasti, sesiapa yang menontonnya juga akan ketawa apabila menyaksikan gelagat spontan dan lucu budak lelaki ini!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih sehingga lebih dari 17,200 retweet, lebih dari 12,500 sukaan dan 216 komen dari warganet yang jelas terhibur.

@IsskandarAriffin/Twitter
@IsskandarAriffin/Twitter

Memang lucu benar video budak lelaki yang cuba untuk mengira ini. Tidak mengapalah adik, kami pasti selepas beberapa cubaan menghafal, kamu pasti akan berjaya!

Pilihan Editor: