27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya HidupKucing selamba duduk manja atas riba sami ini ketika upacara doa Malam...

Kucing selamba duduk manja atas riba sami ini ketika upacara doa Malam Tahun Baru berlangsung, seronok dibelai sami yang tidak boleh fokus

Keletah kucing yang manja pada masa sama agak nakal sememangnya tidak boleh diduga. Ada masa si bulus bertindak ego tidak mahu dibelai, dan ada masa tiba-tiba dia bertindak luar dugaan minta dibelai, dengan lokasi dan situasinya pula tidak kena tempat. 

Kuil Buddha Wat Udomrangsi di Thailand sedang mengadakan upacara berdoa dan memohon keberkatan pada Malam Tahun Baru 2021 di akhir tahun. 

Facebook

Ketika itu, seorang sami muda berusia 25 tahun sedang duduk di atas pentas dengan fokus membaca doa dari kitab, apabila tiba-tiba seekor kucing muncul di atas ribaannya, tanpa mempedulikan orang awam yang sedang mendengar dan memerhatikan panduan doa para sami di pentas.

Kucing itu melompat dan tidak duduk diam di atas riba sami muda ini sambil meminta dirinya dibelai.

Facebook

Sambil menahan posisi duduknya yang tertib dan terus berdoa, sami ini membuka telapak tangannya dan membelai kucing itu tanpa menghalaunya walaupun kelihatan dia cuba menolak si comel dengan lembut. 

Yang mana pada akhirnya, sami ini bukan sekadar spontan tersenyum dan mahu ketawa, tetapi juga terus diam-diam membelai kucing itu dengan tangannya. Sabar dan ikutkan sahajalah!

Facebook

Sami itu berkata, “Walaupun saya cuba fokus kepada berdoa, perhatian saya sebenarnya lebih tertarik oleh kucing itu.” 

Pada mulanya, dia memejamkan mata dan merapat erat kedua tangannya sambil berusaha untuk terus bertenang dan fokus membaca kitab. 

Facebook

Namun lain jadinya, sami ini boleh membayangkan kucing nakal itu sedang berlegar-legar di sekelling badannya pada ketika matanya terpejam, maka dia tidak lagi dapat fokus selepas itu kerana hatinya telah terpikat oleh kucing yang ingin bermanja dan bermain dengannya.

Jurugambar yang merakam video lucu kucing dan sami ini berkata kucing itu terus berada di atas riba sami selama kira-kira 15 minit dan terus berada di sisi sami itu sehingga menjelang kiraan detik sambutan Hari Tahun Baru. 

Facebook

Kucing ini sebenarnya sudah biasa menjadi pelawat tetap di kuil berkenaan dan mengenali sami muda itu, maka tidak hairan mengapa mereka boleh menjadi sebegitu rapat.

Selain kucing ini, terdapat beberapa ekor lagi kucing jalanan yang sering berkunjung ke kuil itu dengan kesemuanya sihat diberi makan dan dijaga dengan baik oleh para penganut dan sami-sami Buddha sendiri.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI