Bila bercakap pasal menu sarapan atau penyediaan bekal untuk anak-anak ke sekolah dengan resipi berasaskan roti, ia menjadi menu yang paling mudah semudah memetik jari.
Makan apa juga jenis roti sudah pasti mengenyangkan dan mudah didapati, disamping membekalkan khasiat yang mencukupi untuk anak kekal bertenaga.
Dan menu yang paling mudah berasas roti adalah sandwic telur!
Ikuti resipi roti telur, Sandwic Telur Paling Viral seperti di bawah hasil perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.
Bahan-bahan ( hidangan untuk 1-2 orang) :
- 3 biji telur rebus
- 1 sudu besar mayonis
- ½ sudu kecil mustard
- 1 cubit lada hitam atau lada sulah
- 1 keping keju
- 2 keping roti
- 1 cubit garam
- 2 cubit gula
- Mentega atau marjerin.
Cara-cara penyediaan:
1. Mula hancurkan telur rebus dengan penapis. Lagi halus lagi bagus. Buat dengan putih telur dulu.
2. Tekan telur sampai hancur dan melepasi penapis macam ini. Kalau gunakan “food processor” pun boleh. Dia akan lumat jadi pes.
3.Kalau pakai penapis, dia jadi macam ini. Kasar-kasar sikit. Ikut suka macam mana.
4.Lepas putih telur sudah siap, buat pula telur kuning. Boleh juga kalau hendak buat sekali sebiji telur, tiada masalah.
5.Ini hasil telur yang telah “ditapis”.
6.Kemudian, masukkan mayonis, mustard, garam, gula dan lada hitam atau lada sulah. Mayonis jangan banyak sangat, nanti basah. Gaul rata, dan ketepikan.
7.Sapukan mentega atau marjerin pada roti.
8.Letak telur yang disediakan tadi, dan padatkan. Tadi pesan jangan letak mayonis banyak sangat, kan? Kalau banyak sangat, dia tidak boleh padat macam ini.
9.Letak kepingan keju atasnya. Hendak tabur keju yang telah di sagat pun boleh.
10.Sandwich Telur siap! Potong kulit tepi. Kemudian potong sandwic menjadi kiub-kiub kecil. Mudah anak hendak makan. Kalau orang dewasa, sekali ngap je kiub tu.
Selamat mencuba!