Rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera Myanmar bermula 1 Februari lalu telah mengakibatkan protes rakyat secara besar-besaran.
Pemimpin demokratik Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin lain juga merupakan antara ratusan individu yang ditahan setakat ini.
Situasi ini menyebabkan rata-rata rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berasa tidak puas hati dan sanggup turun berdemonstrasi.
Ini termasuklah mereka yang terdiri daripada golongan agamawan seperti sami Buddha dan yang lain.
Seperti apa yang dimuat naik di laman sosial, seorang sami dilihat melindungi golongan penunjuk perasaan daripada keganasan pihak berkuasa.
Sama juga dengan seorang biarawati Myitkyina yang dilihat melutut di hadapan pihak tentera,merayu agar tidak membahayakan para penunjuk perasaan.
“Saya melutut, merayu agar mereka tidak menembak dan menyiksa kanak-kanak, sebaliknya tembak dan bunuhlah saya”, kata wanita itu.
Begitu juga dengan foto di bawah yang menunjukkan seorang lagi biarawati yang turut melutut di hadapan polis.
Tindakan itu dibuat olehnya bagi mengelakkan pihak berkuasa memulakan kebakaran yang disasarkan kepada penunjuk perasaan.
Dengan hati yang suci, mereka sanggup melindungi nyawa orang lain dengan merisikokan nyawa sendiri.
Sebelum ini, rejim tentera ada memberi amaran agar tidak melindungi para aktivitis yang membantah rampasan kuasa oleh junta.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula memberi amaran keras kepada tentera Myanmar akan ‘akibat yang buruk’ jika mereka bertindak balas secara ganas terhadap penunjuk perasaan.