Persekitaran dan alam semula jadi yang bersih merupakan tanggungjawab kita semua. Pernahkah kita tertanya mengapa agaknya seseorang itu membuang sampah sesuka hati?
Tidak pedulikah mereka terhadap persekitaran? Atau mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja? Tahukah mereka bahawa tindakan itu akan memakan diri sendiri kelak?
Sedar akan tanggungjawab masing-masing, terdapat foto generasi muda yang mengutip sampah sarap yang dibuang di sekitar jejambat Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Mereka tidak menunggu pekerja pembersihan untuk membersihkan sampah itu, sebaliknya meluangkan masa untuk mengutipnya sendiri.
Dan itulah sumbangan mereka terhadap komuniti setempat.
Ooi Chun Keong/Facebook
Menurut sumber, keadaan persekitaran seseorang memainkan peranan untuk menetapkan keputusan mereka semasa membuang sampah, sama ada di tempat yang betul atau salah.
Ooi Chun Keong/Facebook
Antara faktor lain pula adalah pandangan mereka tentang alam sekitar, di mana ia turut mempengaruhi aspek pengendalian pembuangan sampah.
Ooi Chun Keong/Facebook
Kita semua adalah individu yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan setempat. Jangan tunggu orang lain untuk mulakan sesuatu seperti ini. Mulakan dengan diri kita semua.
Didiklah anak-anak kita sedari kecil lagi agar mereka menghargai keindahan alam dan sama-sama menjaga kebersihan ya..