Ramai yang sedia maklum bahawa cheetah adalah salah satu spesies haiwan yang tergolong dalam keluarga kucing. Jadi, walau bagaimana garang pun rupa wajah mereka, telatah mereka yang comel pasti akan membuatkan kita berasa geram dan terhibur melihatnya.
Seorang pengguna laman Twitter, @nanata35047722 pada Julai 2019 ada memuatnaik empat keping gambar beberapa ekor cheetah ketika dia sedang melawat Zoo Tama di Tokyo, Jepun.
Yang menariknya, walaupun hanya empat gambar yang dimuatnaik, namun penceritaan di sebalik gambar-gambar ini benar-benar lucu. Dalam gambar tersebut, jelas dapat dilihat bagaimana seekor cheetah yang berada dalam kandangnya telah tersekat di celahan pokok.

Melihatkan keadaan rakan yang tersekat, seekor cheetah lain datang untuk membantu melepaskan rakan cheetah yang tersekat itu, seperti dalam gambar yang pertama dan kedua. Bagaimanapun, nampaknya niat untuk melepaskan cheetah yang tersekat itu tidaklah semudah yang disangka. Walaupun dengan beberapa kali cubaan, hasilnya masih menemui jalan buntu.

Malah, posisi cheetah yang tersekat itu juga nampaknya telah berubah selepas berlaku pergerakan untuk melepaskan diri. Tidak membantu!

Dalam gambar yang keempat, kelihatan rakan cheetah tersebut masih lagi cuba untuk membantu. Tetapi kali ini, tangannya sudah terlanjur memukul bahagian alat sulit cheetah yang tersekat itu. Aduhai!

Dan lihatlah sendiri, wajah cheetah yang tersekat itu menggambarkan rasa terkejut dan sakit yang tidak tertanggung! Kasihan betul…
Memang lucu dan comel sekali kiriman gambar ini. Walaupun nampak ringkas, tetapi siapa sangka sebenarnya momen yang dirakam ini mempunyai kisah yang tersendiri dan mampu menghiburkan sesiapa yang melihatnya.
Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 223,300 sukaan, lebih dari 93,000 ulang kicau dan 496 komen.