25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
Utama Blog Laman 361

Lahir dengan bulu yang unik, ramai netizen bandingkan kucing ini dengan selebriti terkenal

0

Antara perkara yang seronok dibincang pastinya haiwan peliharaan seperti kucing. Di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook banyak sekali akaun warganet yang memaparkan gambar dan video tentang haiwan comel itu.

Masing-masing seronok berkongsi cerita tentang kucing mereka dan apa yang pasti tiada yang akan bosan melihat telatah kucing-kucing itu. Selain telatah mereka yang comel dan selamba, rupa dan wajah mereka juga sering menjadi perhatian ramai.

Twitter

Contohnya seperti kucing comel ini mempunyai warna bulu yang sangat unik dan keunikan itu membuatkan dia mirip selebriti Hollywood. Antara yang dibandingkan oleh netizen adalah:

Jim Carrey

Twitter

Oz Perkins

Twitter

Leonard Nimoy

Twitter

Moe Howard

Twitter

Ezra Miller

Pinterest

Lihat sahaja gambarnya sudah boleh membuatkan ramai yang tergelak. Tidak hanya itu, warna bulunya memang mirip dengan gaya rambut kebanyakan watak yang dilakonkan oleh pelakon untuk membawa watak tersebut.

Dengan melihat pada gayanya seperti ini tidak mustahil banyak kucing betina yang pasti akan jatuh hati padanya!

Pandai sungguh cuba rebus sotong kembang guna periuk tekanan tinggi, wanita ini tercari-cari sotong bertukar ‘jelly’

0

Ada orang kadang-kadang apabila nampak sotong kembang, terfikir pula macam mana sotong yang kecil itu boleh menjadi kembang. Kalau anda hendak tahu asalnya daripada sotong kering yang kita beli dekat pasar kering. 

Tanya dengan auntie atau uncle dekat pasar hendak masak sambal sotong kering atau hendak buat sambal sotong kembang. Kemudian tanya hendak beli air abu sotong sekali bersama sotong kering itu, hendak buat sotong kembang. Auntie atau uncle dekat pasar pasti faham punya.

Buat sotong kembang pakai air abu, dengan menjalani proses rendaman dan bilasan air sebanyak beberapa kali sehingga sotong kering menjadi kembang. Jika anda tidak mahu buat sendiri, boleh beli sahaja di pasar basah atau pasaraya.

Facebook

Kalau ada orang yang kata masak sambal sotong kembang itu leceh, mungkin orang itu akan kena gelak-gelak kaw-kaw punya. Mana tidaknya masak sotong kembanglah paling senang berbanding sambal sotong kering, sotong gurita atau sotong biasa.

Tambah kalau anda hendak buat sambal sotong kembang, tidak perlu direbus lagi sotong kembang itu. Hanya perlu rendam seketika dengan air sejuk, bilas dan tus kering. Potong ikut saiz kesukaan dan boleh masak sambal sotong, macam resipi sambal tumis sotong yang biasa. 

Entah bagaimana perkongsian seorang wanita ini di laman Facebook kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL nampaknya menggelikan hati dan membuat ramai netizen berdekah terhibur.

Dia agak bersemangat hendak masak sambal sotong kembang, tapi lain pula yang terjadi dengan kisahnya.

Facebook

Menerusi perkongsian Norliza Liza, dia menceritakan kisahnya yang baru pertama kali ingin memasak sambal sotong kembang.

Namun lain pula yang terjadi apabila dia tersalah meletak setting periuknya iaitu menekan suhu untuk merebus daging kerana selama ini dia hanya menggunakan ‘pressure cooker’ untuk memasak daging saja. Dan ini kesalahannya, masak sambal sotong kembang adalah terus di kuali, tidak perlu menggunakan periuk tekanan tinggi. 

“Alih-alih bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong, ehhh mana pergi sotong ni. Sambal dah elok masak, sotong ini menyorok. Tak puas hati akak tuang je dalam sinki,” tulisnya.

Facebook

“Nah, surprise! Tinggal seperti dalam gambar je. Rupa-rupanya akak salah setting periuk, tertekan untuk daging. Selalu setting daging je, hari ni ambik. Tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga. Nasib sotong dah hancur lebur, dapat bau je,” tulis Norliza.

Posting yang menjadi tular dengan pelbagai komen netizen yang rata-rata geli hati membaca perkongsian wanita tersebut.

Facebook

Sambil ada pula netizen yang mengajar cara yang betul memasak sambal tumis sotong kembang.

Facebook

Tidak mengapalah tersalah masak sambal sotong kembang, buat pertama kali pun. Yang ini boleh jadi pengajaran. Tidak semua benda dan bahan boleh masuk lebur terus di dalam ‘pressure cooker’ tau. Lain kali menjadi baik sahajalah masakan sotong kembang tu, kalau sudah tahu cara tidak mahu sotong kembang bertukar menjadi ‘jelly’.

Niat mahu x-ray untuk mohon kerja sebaliknya pemuda ini dapati terdapat pisau di dadanya

0

Pengalaman ditikam bukanlah satu situasi yang disenangi apatah lagi jika pisau yang digunakan itu masih lagi berada dalam tubuh. Ngerinya!

Ya, ianya sangat mencemaskan namun itulah yang dialami oleh seorang pemuda berusia 25 tahun dari Filipina ini.

Sumber mengatakan bahawa lelaki tersebut, Kent Ryan Tomao hanya mengetahui terdapat pisau di dadanya selepas mengadakan imbasan x-ray.

Imbasan x-ray itu pula diperlukan untuk membolehkannya memohon pekerjaan di sebuah syarikat yang berpangkalan di Agusan del Sur.

Kent turut diberitahu doktor bahawa terdapat objek menyerupai pisau hanya beberapa inci daripada paru-parunya.

Sebenarnya pada 4 Januari 2020, Kent pernah dirawat kerana ditikam oleh beberapa remaja ketika dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja. Malah Kent hampir mati.

Dia juga tidak mengetahui sama ada hospital kerajaan yang merawatnya pada ketika itu ada melakukan imbasan x-ray padanya ataupun tidak.

Kent juga tidak perasan apa-apa yang pelik pada tubuhnya selepas itu namun dia berasa sakit dada terutamanya apabila cuaca sejuk.

“Saya selalu pelik kenapa saya sakit dada ketika cuaca sejuk. Saya langsung tak tahu ada pisau di dada saya”.

Namun Kent tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang merawatnya dahulu. Sebaliknya dia hanya mahu pisau itu dikeluarkan sahaja.

“Saya minta tolong untuk keluarkan pisau itu saja”, ujarnya lagi. Kasihan Kent, semoga dia dapat kerja yang dimohonnya itu.

Kucing ‘berjambang’ disangka tidur dalam bekas pasir ketika ‘membuang’ buat netizen geli hati

0

Manusia berjambang sudah biasa kita lihat bukan? Tetapi pernahkah anda melihat kucing dengan ‘jambang’ asli?

Itulah keunikan yang dimiliki oleh seekor kucing macho bernama Bao Di ini. Berbulu hitam dan putih, kucing ini memiliki warna bulu yang hitam di kawasan dagunya.

Sebiji macam jambang! Dan ini pula satu foto lucu yang membuatkan pemiliknya, Zhang tertanya-tanya sama ada Bao Di tidur semasa ‘membuang’.

Mana tidaknya, warna bulunya yang hitam di bahagian mata menampakkan seolah-olah kucing tampan itu sedang tidur.

Sudahlah kelihatan seperti sedang tidur, malah ‘tersenyum’ pula ketika ‘membuang’. Lucu sangat!

Tapi mana mungkin Bao Di tidur di bekas pasirnya? Cuba kita zum dan lihat sama-sama.

Rupa-rupanya, Bao Di berjaga sepanjang berada di tandasnya itu. Ia dapat dibuktikan apabila mata Bao Di sebenarnya terbuka.

“Sampai hati fitnah saya ya? Merajuklah..”

Rupa-rupanya, Bao Di berjaga sepanjang berada di tandasnya itu. Ia dapat dibuktikan apabila mata Bao Di sebenarnya terbuka.

Menurut Zhang, Bao Di yang berusia setahun tiga bulan itu dibela bersama seekor lagi rakan kucingnya, Bao Mei.

Bersama-sama, mereka hidup dengan gembira dan riang. Semoga kedua-dua mereka sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya.

Kertas daripada rumput lebih mampan dan lestari, berikut cara ‘tukarkan’ rumput jadi kertas

0

Sejak kecil lagi, kita sudah biasa menggunakan kertas untuk belajar, melukis, mengira, menconteng dan sebagainya, hinggalah kita dewasa.

Ia merupakan lembaran nipis yang dihasilkan menerusi pemprosesan serat selulosa secara mekanikal mahupun kimia.

Lazimnya ia bersumberkan kayu pokok namun tahukah anda bahawa rumput terbiar juga boleh diproses menjadi kertas? Ingin tahu caranya?

Berikut adalah langkahnya :

  1. Potong mana-mana rumput yang boleh anda dapati kemudian keringkannya terlebih dahulu

#1 Potong mana-mana rumput yang boleh anda dapati kemudian keringkannya terlebih dahulu

#2 Kemudian basuh rumput tersebut dengan menggunakan air dan rendamkan

#3 Ambil rumput yang sudah dibasuh dan direndamkan itu lalu masukkan ke dalam periuk untuk direbus

#4 Tapis rumput yang sudah direbus, kemudian kisarkan ia menggunakan mesin pengisar hingga menjadi seperti pes

#5 Tuangkan kisaran tadi ke dalam bekas berisi air dan gaulkan kesemuanya

#6 Kemudian lakukan tapisan menerusi penapis skrin. Angkat penapis itu lalu jemurkan ia sehingga kering

#7 Setelah kering, tarik kertas yang sudah terhasil pada penapis itu perlahan-lahan.

Mudah sahaja bukan? Hanya memerlukan rumput dan penapis skrin sahaja tanpa sebarang penggunaan bahan kimia.

Menariknya, kaedah ini adalah mampan dan menggunakan 97% lebih kurang tenaga untuk setiap tan dalam proses pengeluaran.

Malah jika dibandingkan dengan kertas daripada pokok yang mengambil masa lama untuk membesar, rumput lebih ideal dan cepat. Ia boleh dituai beberapa kali setahun.

Dan jika kita semua beralih kepada kertas yang diperbuat daripada rumput maka banyaklah pokok yang dapat kita selamatkan.

Ini kerana 40% hasil daripada industri pembalakan di dunia digunakan untuk penghasilan produk berasaskan kertas.

Jadi, sama-sama kita ubah. Pilihan ditangan kita..

Gosokan mesra tukang sapu pada anjing jalanan ceriakan hari warganet. Kasih sayang tak mengenal siapa..

0

Sifat penyayang adalah peribadi manusia yang sejati, bukan sahaja sesama manusia malah haiwan dan tumbuhan juga perlu disantuni.

Walaupun mereka tidak dikurniakan kebolehan berfikir seperti manusia namun haiwan misalnya cukup memahami gerak geri dan tingkahlaku manusia padanya.

Menerusi video di bawah, anda dapat saksikan contoh belas kasihan dan perbuatan baik manusia terhadap seekor anjing jalanan.

Rakaman itu dimuat naik oleh seorang pengguna, Diego Maldonado di Twitter yang menunjukkan seorang pekerja pembersihan sedang memegang penyapu.

Difahamkan bahawa semasa lelaki itu sedang fokus melakukan tugasnya, anjing tersebut datang dan berehat berdekatan dengan lokasi lelaki itu menyapu.

Lelaki itu pula langsung tidak terganggu dan menghabiskan sedikit masanya dengan menggosok penyapu tersebut ke badan anjing berkenaan.

Dan nampaknya anjing itu begitu menikmati tubuhnya digosok, sehinggakan tubuhnya beberapa kali dipusing dan diterbalikkan.

Sempat juga lelaki itu membelai anjing berkenaan.

Menariknya lelaki itu langsung tidak mengetahui ada kamera tersembunyi sedang merakamkan adegannya bersama anjing manja tersebut.

“Siapa anda tatkala tiada siapa yang memandang?”, tulis kapsyen pada video berkenaan. Ya, ia merupakan persoalan yang perlu kita jawab.

Adakah kita insan yang berhati nurani seperti mana yang kita saksikan tadi? Hanya kita sahaja yang tahu..

Loji penapisan minyak Pertamina di Indonesia terbakar, meletup

0

Perusahaan minyak Indonesia, Pertamina pada 29 Mac mengesahkan loji penapis minyak yang beroperasi di Balongan, Jawa Barat telah ditutup ekoran berlaku kebakaran dan letupan.

Seramai 950 penduduk berdekatan telah dipindahkan manakala insiden itu telah mengakibatkan enam orang tercedera.

Menurut laporan, rumah-rumah penduduk dan masjid berdekatan loji tersebut juga turut mengalami kerosakan akibat kesan letupan yang kuat.

Pertamina dalam kenyataan turut memaklumkan bahawa tangki di loji minyak miliknya itu terbakar kira-kira jam 12:45 pagi 29 Mac, semasa berlakunya hujan lebat dan petir di kawasan tersebut.

Pihak Pertamina turut melakukan kawalan aliran minyak bertujuan untuk mencegah penyebaran kebakaran ataupun gas daripada berlaku lebih meluas.

Menurut jurucakap Pertamina, Ifki Sukarya, tiada kakitangan syarikat itu yang mengalami kecederaan.

Tambahnya, kebakaran yang tercetus berpusat pada unit penyimpanan kilang dan tidak meninggalkan kesan pada loji pemprosesan.

Balongan menempatkan salah sebuah loji penyulingan dan pemprosesan minyak mentah terbesar Pertamina, yang diambil dari Duri dan Minas dan dibekalkan untuk keperluan bahan bakar di Jakarta dan wilayah Barat Pulau Jawa.

“Punca kebakaran belum diketahui. Ketika ini, Pertamina sedang berusaha memadamkan api di kilang yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Jakarta”, kata wakil Pertamina.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Jawa Barat, Ahmad Dofiti berkata bahawa polis mengesyaki berlaku kebocoran di lokasi sebelum kebakaran terjadi.

Kucing usia 15 tahun setia iringi datuk 97 tahun berjalan sejauh 3 kilometer melawat isterinya yang hidap dementia. Sama-sama tua tapi saling membantu dan melindungi

0

Jika seekor kucing sangat sayangkan tuannya, maka dia mungkin akan sayangkan tuannya sehingga ke akhir hayat. Si comel akan mendedikasikan dirinya dengan sanggup berkorban apa sahaja. Begitulah erti kasih sayang seekor kucing yang amat menyentuh hati.

Pan Shuhua, seorang pemilik kucing berusia 15 tahun bernama Xiao Ke berkata pada mulanya kucing ini adalah kucing jalanan yang diselamatkan. Selepas 15 tahun berlalu, ternyata dia menjadi kucing pelindung yang mendedikasikan seluruh jiwanya demi keluarga. Xiao Ke sangat ceria dan peramah. Paling mengagumkan Xiao Ke akan setia melindungi dan menemani datuk dalam keluarga itu yang kini telah berusia 97 tahun. 

Kucing setia ini akan dilihat berada bersama datuk pada setiap kali dan ke mana sahaja dia pergi. Xiao Ke yang patuh akan mengekori belakang datuk untuk melindunginya, dan keduanya tidak dapat dipisahkan. 

pets.ettoday

Pan Shuhua berkongsi kisah pada satu hari apabila bapa mentuanya tiba-tiba teringat untuk keluar mencari ibu mentuanya, dan seluruh keluarga menjadi bimbang kerana dia telah keluar tanpa memberitahu mereka. Kemudian dia terkejut melihat Xiao Ke menemani datuk itu pulang. Seluruh keluarga berasa lega dan bersyukur datuk pulang dengan selamat, dengan bantuan Xiao Ke yang sentiasa berada di sisi demi memastikan keselamatan datuk. 

Pan Shuhua berkata ibu bapa mentuanya tinggal di Miaoli mempunyai hubungan yang sangat rapat. Pada hari itu, bapa mentuanya tiba-tiba teringat akan ibu mentuanya yang berusia 89 tahun tetapi dia kini tinggal di pusat jagaan orang tua kerana menghidap penyakit dementia. 

“Bapa mentua saya telah berjalan sejauh sehingga 2 kilometer tanpa memberitahu keluarga,” kata Pan.

Kemudian, oleh kerana bapa mentuanya tidak dapat berjalan dengan baik, dia mujur ditemani Xiao Ke ketika berjalan pulang ke rumah.

pets.ettoday

Pan berkata ketika dia mengetahui bapa mentuanya hilang, semua orang dalam rumah menjadi bimbang dan panik. Kemudian mereka menjadi sangat terharu dan lega melihat Xiao Ke pulang bersamanya. Xiao Ke mengekori dan melindungi datuk dalam perjalanan pergi dan balik sejauh 2 hingga 3 kilometer itu dengan selamat.

“Bapa mentua berkata dia hanya berjalan sebentar dan berehat, kemudian berjalan sebentar dan berehat. Perjalanan itu jadi mudah kerana Xiao Ke berada di sisinya menemani. Kami tidak menyangka bahawa Xiao Ke juga akan melompat keluar dan berjalan bersama-sama datuknya. Pengalaman datuk hilang sebentar yang benar-benar menakutkan kami,” kata Pan Shuhua. 

“Perjalanan sejauh satu atau dua kilometer amat sukar bagi orang tua, dan mereka memerlukan masa 2 hingga 3 jam untuk berjalan. Ketika bapa mentua pulang, dia tersenyum sahaja dan berkata, ‘Nasib baik, ada si kecil comel ini menemani saya, jika tidak, mungkin saya boleh jadi sangat bingung…’,” tambah Pan.

pets.ettoday

Oleh kerana nenek tidak berada di rumah, dan anak-anak keluar bekerja, hubungan Xiao Ke dengan datuk bertambah rapat. 

Pan Shuhua sambil ketawa memberitahu tabiat Xiao Ke yang sentiasa bimbang akan keselamatan datuk, “Setiap kali bapa mentua keluar berjalan, Xiao Ke akan berada di sisinya di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang bapa mentua pergi mandi dan dia menunggunya di pintu bilik air dan sabar memerhatinya sehingga dia selesai mencuci sebelum boleh beredar dan pergi dengan rasa selesa. Bermula awal musim sejuk tahun ini, ketika ibu mentua tiada di rumah, Xiao Ke menjadi peneman tidur bersama bapa mentua. Mereka sentiasa bersama.”

pets.ettoday

Datuk kini berubah posisi sebagai tuan yang utama kepada Xiao Ke. Pan Shuhua merasakan keputusan asalnya untuk mengadopsi dan menjaga Xiao Ke adalah tepat. 

“Sebenarnya, saya adalah tuan sebenar Xiao Ke. Kemudian, saya meninggalkannya di rumah mentua kerana saya melihat ibu dan bapa mentua saya amat menyayangi Xiao Ke. Saya tidak sampai hati pula hendak memutuskan kasih sayang mereka, jadi saya tinggalkan dia di sana. Tetapi sekarang saya fikir, bagus juga Xiao Ke tinggal di rumah itu dengan bapa mentua. Hidupnya lebih bahagia kerana dapat menemani mentua saya di Pergunungan Miaoli,” kata Pan Shuhua.

pets.ettoday

Semoga datuk dan kucing kesayangannya ini akan terus panjang umur juga menjalani kehidupan yang sentiasa sihat.

Seronok betul Chihuahua ini bermain dengan rama-rama hingga tidak sedar dia sudah terjatuh anak tangga

0

Antara perkara yang paling menyeronokkan bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan ialah apabila dapat melihat haiwan kesayangan mereka bermain dengan riang.

Terkadang mereka hanya bermain dengan apa yang ada di sekitar mereka. Asalkan perkara tersebut menarik minat mereka. Mereka boleh bermain tanpa henti seolah-olah langsung tidak penat!

Buktinya, lihat sahaja si comel Chihuahua ini yang nampaknya sangat seronok bermain dengan rama-rama.

Facebook

Dia mungkin tidak tahu apa yang sedang berterbangan itu, tetapi kelihatannya dia tidak peduli kerana apa yang penting ‘benda’ berterbangan itu sangat menarik perhatiannya.

Facebook

Si rama-rama juga seperti seronok dapat bermain dengan anjing comel itu. Ia bahkan terus berterbangan di situ. Apa yang lebih lucu Chihuahua ini seronok sangat bermain sehingga tidak sedar dengan anak tangga di situ.

Facebook

Jadinya dia terus terjatuh semasa bermain, tapi, sekali lagi dia tidak peduli dengan apa yang berlaku. Dia bahkan bangun dan terus bermain!

Facebook

Jelas sekali si comel ini tidak memerlukan mainan mahal, cukup dengan rama-rama cantik yang berterbangan sudah boleh membuatkannya gembira!

Lihatlah betapa gembiranya dia:

Facebook

Wanita ini ubah minyak masak terpakai jadi sabun pembersih yang efektif dan mesra alam

0

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjelaskan dengan menuang minyak masak terpakai dari sinki dapur ke dalam longkang akan mencemar alam sekitar dan juga membazirkan wang kerajaan.

Lemak, minyak dan gris membeku akan menyebabkan longkang dan pembentungan tersumbat. Walaupun minyak memecah dalam sabun dan air panas, minyak akan kembali memekat dan membeku setelah sejuk lalu menyebabkan saluran paip dan pembetung tersumbat.

Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Klang membelanjakan hampir RM6 juta untuk menyelesaikan masalah saluran pembentungan tersumbat yang disebabkan oleh minyak masak yang mengeras di dalam longkang.

MokMeow/Twitter

Bukan itu sahaja, minyak yang memasuki sungai dan tasik boleh menyebabkan kesan fizikal yang dahsyat kepada hidupan air dan tumbuh-tumbuhan dengan kesan minyak yang memenuhi permukaan, mampu mengakibatkan haiwan dalam air mengalami kekurangan oksigen.

MPOC mengesyorkan agar minyak masak terpakai dibuang ke dalam bekas tertutup yang diletakkan di dalam beg plastik tertutup dan dibawa ke pusat kitar semula bagi tujuan guna semula seperti untuk dibuat sabun, lilin, dan menjadi tenaga yang boleh diperbaharui.

Menyahut seruan untuk mengitar semula minyak masak terpakai, seorang wanita dari Kuantan memutuskan untuk mengubah sisa minyak masak menjadi sabun buatan sendiri yang berkesan dan menjimatkan wang sebagai sabun pembersih.

MokMeow/Twitter

Pengguna Twitter Noor Jehan Abu Bakar @MokMeow menggunakan platform media sosial itu dengan perkongsian bagaimana beliau menjadikan 2 kilogram minyak masak terpakai menjadi sabun, yang mana caranya membuat ramai netizen berasa kagum dengan transformasi itu.

Noor Jehan berkata beliau telah membuat sabun menggunakan minyak masak terpakai sejak 4 tahun yang lalu dan menjadi vendor sabun itu di sebuah kafe di Kuantan setelah berhenti menjadi pengamal undang-undang dua tahun yang lalu.

“Saya melihat minyak masak terpakai agak sukar dibuang, jadi menjadi jalan mudah apabila ramai orang menuangnya ke dalam saluran pembetungan,” kata Noor Jehan.

Tidak selesa dan berasa bimbang dengan jumlah buangan sisa minyak masak, kafe tersebut mula membuat sabun buatan sendiri untuk digunakan bagi tujuan pembersihan umum, seperti mengelap lantai dan meja!

MokMeow/Twitter

Bekas peguam dan aktivis alam sekitar ini turut menjelaskan beliau menggunakan kembali kotak PET dari bungkusan makanan dan minuman, serta bekas simpanan plastik sekali pakai dari pasar malam sebagai pencetak atau acuan sabun. Maka tiada langsung pembaziran.

“Dengan cara ini, kami terus mengguna semula barang-barang di dalam rumah dan tidak hanya membuangnya untuk terus dibazirkan di tempat pembuangan sampah selama bertahun-tahun akan datang,” tambah Noor Jehan.

Persoalannya, adakah sabun daripada minyak masak terpakai dapat berfungsi sebagai pembersih yang baik?

MokMeow/Twitter

Noor Jehan menjawab, “Ya! Kerana ia sama baik dengan yang dibeli di kedai, dan ini lebih mesra alam, cuma tanpa pewangi dan pewarna tiruan.”

Bahan yang terkandung di dalam sabun ini adalah minyak, air dan lye, tetapi lye atau alkali dikeluarkan setelah 48 jam melalui proses saponifikasi dalam pembuatan sabun.

Noor Jehan menjelaskan sabun minyak masak yang dikitar semula baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau alahan kepada bahan kimia yang terdapat dalam sabun pencuci pinggan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran ia tidak bermanfaat atau tidak sesuai sebagai sabun badan.

“Tetapi ia berfungsi hebat seperti sabun pencuci pinggan, sabun pembersih umum dan sabun pencuci pakaian,” jelasnya.

MokMeow/Twitter

Noor Jehan yang juga pengerusi Malaysia Nature Society cawangan Pahang mengesyorkan supaya mencairkan sabun itu di dalam air, dan menambahkan minyak pati seperti minyak tea tree atau eucalyptus untuk keselesaan penggunaan.

Didorong dengan kejayaan penciptaan sabun itu, Noor Jehan mula mengajar masyarakat setempat tentang cara membuat sabun menggunakan minyak masak terpakai dari rumah mereka sendiri, seperti kepada Wanita Ikram Negeri Pahang, Komuniti Intervensi Dadah Malaysia dan beberapa NGO lain.

Kadang kala ketika berkesempatan menjana wang tambahan, aktivis alam sekitar ini juga menyumbangkan hasil ciptaannya ke rumah anak yatim atau rumah warga emas untuk membantu mereka mengurangkan kos operasi.

Cara mengubah minyak masak terpakai menjadi sabun

MokMeow/Twitter

Resipi sabun minyak masak Noor Jehan cukup mudah. Mula-mula rebus minyak masak terpakai terlebih dahulu dengan daun pandan dan serai untuk menghilangkan bau makanan pada sabun.

Kemudian, campurkan dengan air dan sodium hidroksida dan kacau yang kemudian dicurahkan ke dalam acuan. Selepas tempoh 24 jam, sabun siap boleh digunakan.