Sejak kecil lagi, kita sudah biasa menggunakan kertas untuk belajar, melukis, mengira, menconteng dan sebagainya, hinggalah kita dewasa.
Ia merupakan lembaran nipis yang dihasilkan menerusi pemprosesan serat selulosa secara mekanikal mahupun kimia.
Lazimnya ia bersumberkan kayu pokok namun tahukah anda bahawa rumput terbiar juga boleh diproses menjadi kertas? Ingin tahu caranya?
Berikut adalah langkahnya :
- Potong mana-mana rumput yang boleh anda dapati kemudian keringkannya terlebih dahulu
Waste-Ed/Facebook
#1 Potong mana-mana rumput yang boleh anda dapati kemudian keringkannya terlebih dahulu
#2 Kemudian basuh rumput tersebut dengan menggunakan air dan rendamkan
Waste-Ed/Facebook
#3 Ambil rumput yang sudah dibasuh dan direndamkan itu lalu masukkan ke dalam periuk untuk direbus
#4 Tapis rumput yang sudah direbus, kemudian kisarkan ia menggunakan mesin pengisar hingga menjadi seperti pes
#5 Tuangkan kisaran tadi ke dalam bekas berisi air dan gaulkan kesemuanya
#6 Kemudian lakukan tapisan menerusi penapis skrin. Angkat penapis itu lalu jemurkan ia sehingga kering
Waste-Ed/Facebook
#7 Setelah kering, tarik kertas yang sudah terhasil pada penapis itu perlahan-lahan.
Mudah sahaja bukan? Hanya memerlukan rumput dan penapis skrin sahaja tanpa sebarang penggunaan bahan kimia.
Menariknya, kaedah ini adalah mampan dan menggunakan 97% lebih kurang tenaga untuk setiap tan dalam proses pengeluaran.
Malah jika dibandingkan dengan kertas daripada pokok yang mengambil masa lama untuk membesar, rumput lebih ideal dan cepat. Ia boleh dituai beberapa kali setahun.
Waste-Ed/Facebook
Dan jika kita semua beralih kepada kertas yang diperbuat daripada rumput maka banyaklah pokok yang dapat kita selamatkan.
Ini kerana 40% hasil daripada industri pembalakan di dunia digunakan untuk penghasilan produk berasaskan kertas.
Jadi, sama-sama kita ubah. Pilihan ditangan kita..