24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaGaya HidupWanita ini ubah minyak masak terpakai jadi sabun pembersih yang efektif dan...

Wanita ini ubah minyak masak terpakai jadi sabun pembersih yang efektif dan mesra alam

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjelaskan dengan menuang minyak masak terpakai dari sinki dapur ke dalam longkang akan mencemar alam sekitar dan juga membazirkan wang kerajaan.

Lemak, minyak dan gris membeku akan menyebabkan longkang dan pembentungan tersumbat. Walaupun minyak memecah dalam sabun dan air panas, minyak akan kembali memekat dan membeku setelah sejuk lalu menyebabkan saluran paip dan pembetung tersumbat.

Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Klang membelanjakan hampir RM6 juta untuk menyelesaikan masalah saluran pembentungan tersumbat yang disebabkan oleh minyak masak yang mengeras di dalam longkang.

MokMeow/Twitter

Bukan itu sahaja, minyak yang memasuki sungai dan tasik boleh menyebabkan kesan fizikal yang dahsyat kepada hidupan air dan tumbuh-tumbuhan dengan kesan minyak yang memenuhi permukaan, mampu mengakibatkan haiwan dalam air mengalami kekurangan oksigen.

MPOC mengesyorkan agar minyak masak terpakai dibuang ke dalam bekas tertutup yang diletakkan di dalam beg plastik tertutup dan dibawa ke pusat kitar semula bagi tujuan guna semula seperti untuk dibuat sabun, lilin, dan menjadi tenaga yang boleh diperbaharui.

Menyahut seruan untuk mengitar semula minyak masak terpakai, seorang wanita dari Kuantan memutuskan untuk mengubah sisa minyak masak menjadi sabun buatan sendiri yang berkesan dan menjimatkan wang sebagai sabun pembersih.

MokMeow/Twitter

Pengguna Twitter Noor Jehan Abu Bakar @MokMeow menggunakan platform media sosial itu dengan perkongsian bagaimana beliau menjadikan 2 kilogram minyak masak terpakai menjadi sabun, yang mana caranya membuat ramai netizen berasa kagum dengan transformasi itu.

Noor Jehan berkata beliau telah membuat sabun menggunakan minyak masak terpakai sejak 4 tahun yang lalu dan menjadi vendor sabun itu di sebuah kafe di Kuantan setelah berhenti menjadi pengamal undang-undang dua tahun yang lalu.

“Saya melihat minyak masak terpakai agak sukar dibuang, jadi menjadi jalan mudah apabila ramai orang menuangnya ke dalam saluran pembetungan,” kata Noor Jehan.

Tidak selesa dan berasa bimbang dengan jumlah buangan sisa minyak masak, kafe tersebut mula membuat sabun buatan sendiri untuk digunakan bagi tujuan pembersihan umum, seperti mengelap lantai dan meja!

MokMeow/Twitter

Bekas peguam dan aktivis alam sekitar ini turut menjelaskan beliau menggunakan kembali kotak PET dari bungkusan makanan dan minuman, serta bekas simpanan plastik sekali pakai dari pasar malam sebagai pencetak atau acuan sabun. Maka tiada langsung pembaziran.

“Dengan cara ini, kami terus mengguna semula barang-barang di dalam rumah dan tidak hanya membuangnya untuk terus dibazirkan di tempat pembuangan sampah selama bertahun-tahun akan datang,” tambah Noor Jehan.

Persoalannya, adakah sabun daripada minyak masak terpakai dapat berfungsi sebagai pembersih yang baik?

MokMeow/Twitter

Noor Jehan menjawab, “Ya! Kerana ia sama baik dengan yang dibeli di kedai, dan ini lebih mesra alam, cuma tanpa pewangi dan pewarna tiruan.”

Bahan yang terkandung di dalam sabun ini adalah minyak, air dan lye, tetapi lye atau alkali dikeluarkan setelah 48 jam melalui proses saponifikasi dalam pembuatan sabun.

Noor Jehan menjelaskan sabun minyak masak yang dikitar semula baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau alahan kepada bahan kimia yang terdapat dalam sabun pencuci pinggan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran ia tidak bermanfaat atau tidak sesuai sebagai sabun badan.

“Tetapi ia berfungsi hebat seperti sabun pencuci pinggan, sabun pembersih umum dan sabun pencuci pakaian,” jelasnya.

MokMeow/Twitter

Noor Jehan yang juga pengerusi Malaysia Nature Society cawangan Pahang mengesyorkan supaya mencairkan sabun itu di dalam air, dan menambahkan minyak pati seperti minyak tea tree atau eucalyptus untuk keselesaan penggunaan.

Didorong dengan kejayaan penciptaan sabun itu, Noor Jehan mula mengajar masyarakat setempat tentang cara membuat sabun menggunakan minyak masak terpakai dari rumah mereka sendiri, seperti kepada Wanita Ikram Negeri Pahang, Komuniti Intervensi Dadah Malaysia dan beberapa NGO lain.

Kadang kala ketika berkesempatan menjana wang tambahan, aktivis alam sekitar ini juga menyumbangkan hasil ciptaannya ke rumah anak yatim atau rumah warga emas untuk membantu mereka mengurangkan kos operasi.

Cara mengubah minyak masak terpakai menjadi sabun

MokMeow/Twitter

Resipi sabun minyak masak Noor Jehan cukup mudah. Mula-mula rebus minyak masak terpakai terlebih dahulu dengan daun pandan dan serai untuk menghilangkan bau makanan pada sabun.

Kemudian, campurkan dengan air dan sodium hidroksida dan kacau yang kemudian dicurahkan ke dalam acuan. Selepas tempoh 24 jam, sabun siap boleh digunakan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI